Petanda Kiamat Makin Hampir
- Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah..
- Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim
~ dah nampak dah..
- Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..
- Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah..
- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan
& perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang
buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak malahan isteri mendoakan suami mati segera anak pun sama.
- Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka
tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk
yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa saja para ulama’ yg tinggal malahan yang ada pun asyik menjaga nama status pun makan gaji takut menyatakan perkara yang benar.
- Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia
akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka
orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit
oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
~banyak ahli penzina menjadi orang kuat agama berpura alim Islam digadai.
- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain
kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama Islam pun tak bertegur sapa; selalunya fahaman politik yang berbeda akan menjadikan perpecahan.
- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda
telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka
memakainya keadaannya seperti telanjang.”
~ fesyen zaman sekarang warnanya pun sudah menggoda; pakai tudung tapi ketat pakaiannya.
- Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
~ Mungkin ahli kaji bintang boleh mengesahkan ini.
- Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong
besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum
pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu
sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarangmemang lebih kepada mencari duit & menokok tambah berita.
- Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad
~ Kes bunuh di negara kita pun banyak yang amat pelik ianya dihakimi.
- Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..
Wallahu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan