Tak
banyak yang boleh aku nyatakan kejayaanku di tahun 2012 yang akan aku
tinggalkan. Hasrat aku menjadi seorang Penyair Tanah Air yang dikenali
hanya sekadar memutik. Belum pun segar jauh sekali dikenali orang.
2. Bulan ini karyaku senyap sepi mungkin kerana fikiranku yang runsing
sebab sakit kronik yang tak pernah reda. Cuma karyaku ada ketika kerap
terbitnya ada ketika sepi. Aku sebenarnya terus menulis tapi bukan
urusanku dan khudrat mutlak untuk ianya diterbitkan terpulang kepada
editor.
3. Aku hanya banyak menumpukan penulisan di FB;
nampaknya ada beberapa masalah di FB yang sukar untuk dileraikan. Asyik
kena SPAM dan terikat dengan banyak protokol menjadi penulisanku
tersimpan kaku di FB. Nampaknya penulisan di blog jauh lebih teratur dan
tersimpan baik. Cuma pengikutnya tak nampak dengan respon & kaunter
pengunjung nan suram.
4.
Seyogia aku akan menukar konsep penulisanku; nampaknya terpaksa aku
salin dan letakkan di blog agar apa yang aku tulis tidak hilang begitu
sahaja. Mungkin ada pengikut tulisanku tak punya akaun FB maka amat
sukar mereka mahu mengikuti perkembanganku.
5. Penulisan bagiku
adalah kerja harian yang tak pernah selesai. Mungkin hari ini tak ada
siapa peduli tentang hasil catatanku tetapi bila aku tiada mungkin ada
suri teladan dan niat ikhlasku menulis dapat dijadikan bahan renungan.
Agar tahun 2013 akan menjanjikan satu yang lebih bermakna dalam hidupku.
SELAMAT TAHUN BARU dengan azam baru pun harapan baru yang bakal
dirahmati Ilahi pun agar iman kita bertambah baik ibadah kita akan
tambah tersusun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan