Translate

Tajaan

Sabtu, 25 Februari 2017

MERANCANG WAKTU


Dalam jurnal@blog lamaku ada aku tulis bab strategi menentukan arah hidup; (sayang jurnal tersebut buat masa ini tak dapat diakses; servernya habis kena godam... ish ada 1001 catatanku ghaib)

Sila ikut sasaran merancang masa ini agar kehidupan kita tidak jadi keliru kecamuk & cacamarba. Ada empat sasaran kerja. Ikutlah turutan ini agar segala urusan teratur & tidak sampai membuang waktu.

1. Mana yang segera & penting.
2. Mana yang tak penting tapi segera.
3. Mana yang penting tapi tak segera.
4. Mana yang tak penting & tak segera.

Yang kasi tips ini Pakar motivasi dari Rusia tetapi fasih berbahasa Inggeris. Dia kata kalau kita pandai mengimbangkan benda penting & segera ini pasti hidup kita tak akan rumit. Yang pasti dia letakkan chit-chat, ym, blog FB & wsapp itu bukan kategori penting mahupun segera. (Sekarang ada bos guna wsapp untuk urusan rasmi... emm ini agak pelik! manusia kini kena sentiasa dekat di WiFi)

Sasaran masa yang utama SEGERA & PENTING.

1. Segera & penting.

Solat dah tentu; ianya adalah Rukun Islam yang kedua. Tertinggal solat sebab nak kejar perkara lain ianya amat nazak lagi naif. Antara perkara yang lain yang perlu didahulukan segera & penting katanya jika isteri mahu bersalin. Keluarga kemalangan teruk. Sakit perut! Strok atau pengsan... Apa jua kecemasan jika kita lambat bertindak akan mendatangkan maut. Samalah makan ubat jika memang sakit kronik, segeralah makan ubat jika sudah memang rasa tak sihat ianya amat penting.

Temujanji: jika abaikan rasa tak penting tak segera menepati janji, maka awak sahih seorang munafik.

2. Tak penting tapi segera;

Hantar & mengambil anak ke sekolah; jika kita memang tak mampu kita boleh serahkan bas sekolah menghantarnya tapi tindakan kena segera;

Membeli belah kita boleh suruh orang rumah atau pembantu belikan tapi jika lambat bertindak mana sayur beras nak makan. Memasak ada ketika memang tak penting masak sendiri tapi kena segera... bila dah lapar sangat atau anda berpuasa saat berbuka udah nak sampai; kena segeralah cari makan. Atau beli sahaja jika memang duduk sendirian duit pun memang banyak. Kenyang itu tak penting sebab agama Islam pun sarankan berhenti makan sebelum kenyang tapi ikut jadual amat penting.

3. Penting tapi tak segera.

Seperti Rukun Islam terakhir Mengerjakan Haji boleh ditangguhkan jika ada masalah lain tapi ianya amat penting jika sudah sedia. Malahan bila telah cukup kemampuan akan jatuh berdosa jika sengaja tidak mahu naik Haji.

Begitu juga tidur, jika kerja banyak terpaksa lewat tidur tapi penting amat untuk cukup tidur. Bersenam tak mesti kena buat segera tapi sebaiknya sehari paling malas 20 minit.

Bayar bil, selalunya ada tempohnya jadi tak perlu disegerakan tapi kena bayar jika tidak seperti cukai pintu mahal dendanya atau seperti bil elektrik jika tak bayar akan dipotong elektrik di rumah.

4. Tak penting & tak segera.

Berinternet atau YM, blog, FB atau Wsapp siapa nak marah kita jika tak ketik sehari atau sebulan; tolong ingat sikit saya yang berjinak denga FB ini sekitar sebulan dah dapat lebih 300 kenalan. Nak buang kawan 300 ratus sehari pun tak siapa nak marah!. Jadi apa masalahnya lantaran FB sampai kerja hakiki terabai begitu!.

Samalah jualan langsung atau gores & menang. Kalau kita kaji penting ke benda ini? Perlu segerakah mahu menjadi ahli. Contohnya menjadi ahli jualan langsung Penapis Air ada yang sanggup buat pinjaman sampai RM20K. Sedangkan di pasaran bersepah Penapis Air jauh lebih baik, jauh lebih murah harganya dua kali ganda murah dari harga jualan langsung. Penting sangatkah benda ini. Segera@urgent sangatkah keperluannya?.
Rumusan.

Samalah jika nak menonton wayang atau mahu melancong atau  mencari hiburan yang lain, penting sangatkah?. Tak perlu pun disegerakan. Carilah masa yang sesuai untuk santapan jiwa awak!.

Sebagai rumusan terpulang kepada anda nak merancang masa anda. Cuma imbangkan; sebagai contoh di zaman moden kini ada orang perempuan terlalu penting solat berjemaah sampai tak masak di rumah, saya rasa ini satu kesilapan sebab; selain ibadah memasak itu juga satu kerja harian yang dianggap Islam sebagai ibadah. Imbangkan niat awak, semua niat baik itu menghalalkan cara. Maksudnya jangan tunggang terbalik terlalu nak kejar pahala jemaah sampai rutin harian yang lagi banyak pahalanya terabai.

Bagi perempuan atau para isteri; ada ketika solat berjemaah ini terpaksa dilupakan sebab tiada tuntutan solat berjemaah yang disarankan terhadap perempuan; jangan pula sampai tak solat ini memang terlarang. Perempuan lebih afdal solat di rumah. Ini memang jelas ajaran Islam.

Solat sendiri di rumah, atau nak pahala berganda boleh berjemaah dengan keluarga di rumah. Tidak mesti ke surau sebab biarpun memasak bukan wajib bagi wanita; tetapi jika berniat ikhlas ketika memasak itu pun ibadah juga. Seperti waktu Maghrib yang pendek; selalunya jika isteri bekerjaya waktu Maghrib itulah saat paling sibuk kena solat, kena masak takkan sibuk berkejar ke surau.

Insya-Allah pahala memasak untuk keluarga itu jauh lebih besar ganjarannya berbanding pahala sembahyang berjemaah buat seorang isteri.

TETAPI jika ada peluang atau waktu senggang ke masjid atau surau pun dekat dengan rumah apa salahnya sembahyang jemaah di surau setelah urusan rumah tangga usai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."

Sebab itu para isteri kena tahu; solat jemaah tak dituntut oleh agama bagi para muslimah; lebih afdal solat di rumah; Solat para isteri di rumah itu lebih sempurna di sisa Allah berbanding solat di surau atau masjid.

Menghidangkan air buat suami pahalanya seperti puasa sunat setahun. Apatah lagi memasak untuk suami & keluarga. Akan tetapi para suami tak boleh menghalang jika isteri minta IZIN untuk solat di masjid atau surau; asalkan jangan timbul fitnah.

Khamis, 11 Ogos 2016

Cacar Air


6 Penawar Mudah Untuk Rawatan Cacar Air/ ChickenPox pada bayi dan kanak-kanak

Mencari penawar bagi rawatan cacar air atau lebih glemer dikenali dengan nama chickenpox bagi bayi dan kanak-kanan sebenarnya boleh diperolehi hanya dengan bahan-bahan di rumah sahaja.





Cacar air atau chickenpox adalah penyakit yang sangat berjangkit yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster, biasanya bermula dengan ruam kulit dan kemudianya akan menjadi lepuh yang gatal. Paling biasa ditemui pada kanak-kanak di bawah 12 tahun, cacar air pula boleh menjejaskan mana-mana orang daripada semua peringkat umur.


Selain daripada kanak-kanak, wanita mengandung dan mereka yang lemah sistem imun membentuk kumpulan berisiko tinggi untuk cacar air. Cara terbaik untuk mencegah cacar air ialah untuk mendapatkan vaksin terhadap penyakit ini. Rawatan cacar air bergantung kepada umur, kesihatan peribadi dan tahap teruknya penyakit ini. Kanak-kanak yang sihat mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan perubatan dan boleh sembuh melalui rehat rumah sahaja. Namun, jumpa doktor untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk.

===========================================================
Cara hilangkan parut akibat chicken pox agar tidak meninggalkan parut kekal bagi orang dewasa. Jom tonton testimoni live di bawah ni. Saya juga seakan tidak percaya parut yg teruk kini tidak meninggalkan kesan langsung.

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula
===========================================================

Namun, terdapat beberapa cara mudah untuk rawatan bagi cacar air/ chickenpox yg hanya boleh dilakukan menggunakan bahan-bahan di rumah jika ingin mencubanya

#1. Baking Soda Penawar bagi Cacar
Baking soda adalah salah satu ubat yang popular untuk memberi bantuan dari gatal-gatal apabila mengalami cacar air.Menyapu baking soda pada kulit boleh mengelakkan lepuh dan ruam menjadi semakin teruk.




Cara-cara untuk menggunakan baking soda untuk cacar air
Ambil setengah sudu teh baking soda dan campuran ke dalam segelas air. Sponge pesakit cacar air dengan air ini. Biarkan ia kering pada kulit untuk memberi kelegaan daripada gatal. Anda juga boleh menggunakan hampir 3 sudu besar baking soda dalam mangkuk atau segelas air.
Ambil setengah cawan baking soda dan campurkan dengan air suam atau air sejuk yang disediakan untuk mandikan pengidap chickenpox.

#2. Madu untuk Penyembuhan Cacar
Madu adalah komponen antibakteria semula jadi yang sangat bagus untuk menyembuhkan kerengsaan. Dikatakan bahawa gula ringkas semula jadi yang terkandung dalam madu bersama-sama dengan ciri-ciri anti-bakteria itu mencipta kesan menenangkan ini.




Cara menggunakan madu untuk cacar air
Sapukan madu dalam lapisan nipis di seluruh kulit di mana terdapat ruam, lepuh atau hanya gatal-gatal.
Biarkan untuk beberapa ketika dan kemudian bersihkan.
Ulangi langkah ini 3-4 kali sehari.

#3. Mandian oatmeal
Oatmeal bukan sahaja dimakan untuk kesihatan jantung dan kurangkan kolestrol malah merupakan salah satu pneawar bagi chickenpox. Oatmeal yang dijadikan sebagai bahan rendaman dalam air mandian boleh membantu melegakan kegatalan akibat daripada ruam dan lepuh.





Cara menyediakan mandian oatmeal
Oatmeal-2 cawan
Tab mandi yang dipenuhi dengan air suam
Kisar oat dalam pengisar atau pemproses makanan untuk mendapatkan serbuk halus.
Isi tab mandi/baldi dengan air panas, masukkan serbuk oatmeal secara berpusar ke dalam air.
Rendam badan dalam campuran ini.
Kaedah ini bagaimanapun akan meninggalkan keping-keping oatmeal pada kulit dan rambut anda tetapi akan melegakan kanak-kanak dari kegatalan.

#4 Garam Epson untuk penawar Chickenpox




Garam Epsom, yg sebenarnya bukanlah garam tapi merupakan sebatian mineral yang terdiri daripada magnesium dan sulfat dan boleh menjadi sangat berguna untuk melegakan gatal-gatal disebabkan oleh cacar air. Mineral dalam garam Epsom juga melegakan kesakitan dan melegakan keradangan kulit yang berkaitan dengan cacar air.


Cara 1 untuk menggunakan garam Epsom untuk cacar air: mandi garam Epsom
Ambil 2 cawan garam Epsom.
Isi tab mandi anda dengan air suam.
Tambah garam Epsom ke dalam air ini. Gaul dengan tangan sehingga ia larut sepenuhnya.
Rendam di dalam air yg bercampur dengan garam Epsom selama kira-kira 15 minit atau lebih.
Keluar dari tab mandi dan perlahan-lahan tepuk dengan tuala badan supaya kering. Berhati-hati supaya tidak merosakkan kulit yg menggelembung.
Rendam setiap hari dalam air garam Epsom hingga chickenpox kanak-kanak sembuh.


Cara ke-2 untuk menggunakan garam Epsom untuk cacar air:
Ambil garam Epsom 2 cawan
Panas air 1 gelen (lebih sedikit daripada 3.5 liter)
Satu kain bersih
Campurkan garam Epsom di dalam air panas.
Celup kain dalam air ini.
Tekap kain td pada kulit di mana terdapat lepuh.Biarkan kain sejuk.
Ulangi sbeberapa banyak yg mahu.
#5 Bunga Jasmine Penawar bagi Cacar Air
Ini adalah salah satu cara orang Thai untuk merawat cacar air. Orang di Thailand menggunakan bunga melati untuk membuat teh dan juga untuk mandi bagi merawat cacar air. Bunga-bunga ini mudah didapati di mana-mana kedai-kedai ubat herba dan juga kedai-kedai teh herba.




Cara-cara untuk menggunakan bunga Jasmine untuk cacar air
Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Anda boleh mendapatkan teh ini di kedai-kedai teh herba. Hanya curam di dalam air panas dan minum.
Bunga jasmin juga boleh dijadikan mandian. Ambil segenggam bunga melati dan kisarkan. Campuran bunga Jasmine yg dikisar dengan air beras. Campurkan air beras ini dengan air suam. Mandi dengan air ini.

#6 Mandian Halia untuk Penawar Chickenpox
Ini merupakan satu lagi ubat herba Thai untuk cacar air bertujuan untuk mengurangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh penyakit ini. Walaupun teh halia boleh diminum dengan merebus buah halia dalam air, mandi halia juga boleh dilakukan untuk menghilangkan gatal-gatal namun ianya bukan serta merta.




Cara sediakan mandia halia untuk chickepox:
Halia serbuk ¼ untuk ½ cawan (anda juga boleh menggunakan keping halia segar)
Tab mandi yang dipenuhi dengan air suam
Campurkan serbuk halia atau halia keping segar ke dalam air mandian hangat.
Rendam di dalam air ini selama 20-30 minit.
Perlahan-lahan tepuk kering dengan tuala yang bersih tanpa merosakkan kulit.

Badan pesakit chickenpox memerlukan nutrien asas termasuk vitamin dan mineral dan juga enzim yang boleh meningkatkan kekebalannya . Bukan itu sahaja, nutrien ini juga membersihkan sisa toksik dari sel-sel untuk merawat cacar air. Jadi pesakit harus mengambil diet tertentu ketika diserang chickenpox. Antaranya adalah:

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh menyediakan badan dengan phyto- nutrien yang diperlukan untuk menguatkan sistem imun.
Minum jus yang kaya dengan vitamin A dan C. Jus Carrot dengan daun ketumbar dan sedikit jus lemon adalah baik untuk mengubati cacar air. Tambah madu untuk untuk menjadikannya lebih berkhasiat.
Makan sup ayam dan sup sayur-sayuran.
Elakkan makanan bergula dan diproses serta soda .
Hadkan pengambilan produk tenusu tetapi yogurt boleh diambil.
Hadkan pengambilan daging , roti atau makanan lain yang meletakkan tekanan pada sistem pencernaan.
Elakkan garam , cili , mentega dan makanan pedas.
Minum banyak air.

Semoga tips dan panduan untuk penjagaan semasa chickenpox ini dapat membantu ibu-ibu menjaga anak atau bayi yg diserang chickenpox dengan lebih mudah dan membantu mereka merasa lebih selesa. Selamat mencuba dan semoga memberi kesan positif terhadap pesakit. Apepun berjumpa lah doktor jika penyakit menjadi semakin teruk.

Khamis, 31 Mac 2016

Top overhaul sendiri (DIY)

Banyak entri terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan dengan top overhaul ini.Top overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos..Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta ,maka bermulalah proses top overhaul .
Top overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel.Tapi kali ni aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol..




Sebab utama Top Overhaul dilakukan:-

1.Enjin mengalami kepanasan sehingga melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk
2.Injap patah
3.Rocker Arm retak
4.Timing belt putus 5,Enjin tiada pick up walaupun klac plate masih baik disebabkan karbon banyak dalam head dan permukaan blok
6,Prestasi enjin yang menurun mendadak
7.Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada kebocoran ketara pada gasket
8,Enjin gegar dan satu dari plug tidak berfungsi ,enjin jalan 3 silinder sahaja

Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top overhaul ini:-
1.Kebuk silinder(cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust(exhaust valve,fuel valve)
3.Penahan injap( valve seal)
4.Spring injap(valve spring)
5. Penahan penyebar api(Distributor seal)
6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker arm)
8.Gasket silinder(head gasket)
9.Skru silinder

Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul(overhaul atas) dalam enjin kereta.Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder,ceraikan segala komponen-komponen di atas, kemudian melakukan pembersihan atau pencucian bakaran karbon pada piston,dan kebuk silinder.Cuci dengan petrol atau disel.Pastikan timing belt telah dimarking sebelum meneruskan membuka timing belt dan silinder head.

Setelah semuanya telah dilakukan,bermula proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser injap(grind valve).permukaan injap harus diratakan supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam di atas piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta tidak dapat hidup sempurna.

Grind injap tersebut dan carikan permukaan rata dan ujikan dengan minyak setelah dipasang semula.Segala valve seal harus ditukar,dan kalau boleh sekali dengan valve spring serta semua gasket berkaitan..

Setelah proses pembersihan,grind valve dilakukan pasang semula dan ketatkan segala skru kebuk silinder dah harus pastikan gasket telah ditukarTop overhaul akan lebih sempurna jika semasa mengetatkan skru diatas kebuk dengan penggunaan top wrench yang boleh laras.

Peringatan-sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap exhaust tertutup dan juga sebaliknya.Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada piston.

Top overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit.Pastikan segala perturan dan amaran di atas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul.Semasa pemasangan timing belt juga pastikan korang dah letakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak dapat dihidupkan dengan sempurna.

Kecacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah kerana

1)Silinder head yang tidak di skim (jangan skim jika terlalu nipis dapatkan nasihat machinist)
2)Salah marking pada timing belt-tidak tepat satu atau dua gerigi
3)Head gasket yang tidak ditukar
4)Tidak teliti dalam membersihkan serpihan /kotoran pada blok dan silinder
5)tappet yang tidak diselaraskan dengan tepat.

INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SAHAJA.

BERITAHU MEKANIK MASING-MASING UNTUK MELAKUKAN SKIM HEADSEBELUM TOP OVERHAUL DISEBABKAN ENJIN PANAS SAHAJA,WALAUPUN TIDAK MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SKIM HEAD JUGA BOLEH MEMPERBAIKI PRESTASI ENJIN UNTUK KERETA.

SKIM HEAD ADALAH CARA KERJA DIMANA SILINDER HEAD ENJIN AKAN DICANAI OLEH MACHINIST UNTUK MERATAKANNYA SUPAYA IA JADI RATA SELEPAS MELALUI KEPANASAN ENJIN YANG MELAMPAU.

SKIM HEAD HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH MACHINIST DAN MENGGUNAKAN MESIN KHAS UNTUK MENCANAI SILINDER TERSEBUT PADA KADAR UKURAN TERTENTU UNTUK SESEBUAH SILINDER

SILINDER HEAD YANG TIDAK BOLEH DICANAI AKIBAT TELAH NIPIS HARUSLAH DIGANTI.

Khamis, 17 Mac 2016

8 Negara Paling Panas di Dunia






Banyak dari negara – negara di dunia mempunyai rekor Negara Terpanas Di Dunia. Dan di sisi lain yang ada di daftar ini kebanyakan adalah negara – negara yang terletak di dekat atau bahkan di garis khatulistiwa. Saat bumi mulai berputar, tiap – tiap dari negara ini mempunyai tempat yang kian dekat dengan matahari

Berikut adalah 10 Negara Paling Panas Di Dunia menurut unikgaul.com:


1. Libya

Ini negara dengan luas terbesar ke-4 di Afrika terletak dekat dengan khatulistiwa dan dianggap menjadi negara terpanas di dunia.Tanah dari wilayah negara ini sebagian besar ditutupi oleh padang pasir gersang dan panas. Di ibukotanya, Tripoli, suhu tinggi rata-rata sekitar 30 ◦ C di musim panas. Angin disebut Ghibli mampu mengubah suhu menjadi sekitar 40 ◦ C sampai 50 ◦ C.


2. Aljazair

Aljazair mengalami suhu yang sangat panas. Bahkan selama musim dingin, suhunya masih panas dan lembab. Suhu diketahui melebihi 50 ◦ C di negara ini.


3. Ethiopia

Negara ini dianggap salah satu yang terpanas di dunia. Danakil Depression adalah gurun dengan area lebih dari 100 meter di bawah permukaan laut. Daerah ini ditandai dengan gelombang panas dan juga tremor bumi. Suhu Udara di sini bisa meningkat sampai dengan 63 C.


4.Iraq

Iraq mengalami suhu panas di tahun 2010. Merkuri mencapai 520 ◦ C di Basra pada tanggal 14 Juni. Negara ini biasanya mengalami musim panas yang kering dan musim dingin yang basah.kadar hujan di Sebagian besar negara ini sekitar 10 inci per tahun.


5. Amerika Serikat

Beberapa daerah di Amerika Serikat yang panas, terutama Death Valley, California. Suhu rata-rata 48 ◦ C selama musim panas. Daerah ini merupakan padang pasir tandus yang memiliki rata-rata hujsn 5 cm per tahun.


6. Arab Saudi

Pada tahun 2010, Arab Saudi mengalami tahun panas. Di Jeddah suhu naik hingga 52 ◦ C. Gelombang panas ini disertai dengan badai pasir. Ini menyebabkan pemadaman listrik utama di 8 pembangkit listrik di negara ini.


7. India

India menghadapi sejumlah gelombang panas dalam dekade terakhir. Pada tahun 2003 gelombang panas menewaskan sedikitnya 1.065 orang di bagian Selatan India. Pada tahun 2010, gelombang panas yang melanda negara itu menyebabkan pukulan besar bagi perekonomian india di sebelah barat laut dan menyebabkan ketergantungannya pada kapas.


8. Iran

Negara ini juga dikenal memiliki iklim panas, terutama di Gurun Luth. Di bagian dari negara ini telah tercatat suhu naik sampai 71 ◦ C.

Khamis, 3 Mac 2016

SPM Azim... Cikgu ooo Cikgu.



"Emm payahlah macam tu... "
"Sebab si Azim hanya cutu hari Jumaat sbb tu nak tenguk wayang hari ni... semalam dia hilang rumah lepas Maghrib tu yang x sempat nak ajak tenguk wayang...."
"Ingat nak meraikan dia saja... Jika tenguk wayang dengan si Azim berdua macam tak meriah saja." meraikan kejayaan SPM Azim.
Keputusan SPM Azim sederhana sahaja. Nak masuk Asasi memang agak sukar kena saingan (Betul ke kata Aziq kena sekurang-kurang 8A untuk masuk Asasi?) Doakanlah Azim dapat masuk Matikulasi ikut jejak abang-abangnya. Azim hanya dapat 6A seperti telahan kami berdua sedari awal.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Math Agama Islam semua Azim dapat A. Masalah mata pelajaran Sains sekadar kepujian tak dapat cemerlang. Siapa pelajar di SMTKL tahu masalah ini. Bukan Azim tu tak pandai Sains tapi cikgu yang mahir ngajar mata pelajaran ini bertukar. Ini masalah pengurusan sekolah.
Azim belajar di kelas teratas 5AE (Elektrikal) di SMTKL itu. Ada beberapa orang rakannya dapat 9A. Ada sekitar 15 orang pelajar SMTKL dapat 9A SPM 2015. Pelajar dapat 10A ramai kalangan kos Awam & Mekanikal
(Aziq abang si Azim dulu ambil kos Mekanikal, Aziq adalah pelajar terbaik di SMT Gombak tapi sekarang tinggal berjauhan dengan Azim di UTM Skudai... sedih amat tak dapat bantu adiknya... emmm gadgets yang ada tak dapat membantu mereka berkomunikasi dalam pembelajaran!!! asrama mana dibenarkan bawa hp!. Curi-curi bawa bolehlah)
Kasihan Azim dia tak dapat bantuan dari rakan atau abgnya Aziq atau dapat masuk kelas tiution yang dihentikan oleh pihak SMTKL tahun lalu sebab ibu bapa pelajar kosnya mahal. Lagi pun Azim terikat di asrama. Pada saat akhir dia ada masalah ini tak dapat kami kesan atau menolongnya.
Bagaimana pun TAHNIAHLAH Azim dapat keputusan terbaik ini. Bersyukurlah!!!. Ini sudah takdir Ilahi yang penting agar Azim dapat sambung belajar di tempat sesuai. Doakanlah untuk Azim!!!.
Alahai semua keputusan mata Sains di SMTKL menurun tahun ini. Memang ada pelajar pintar. Pelajar terbaik di SMTKL ini adalah pelajar lelaki, bayangkan dapat 9A+ dan 1A. Kos Mekanikal. Tak ada tiution tak ada bantuan apa pun. Huh ini memang dikatakan genius. Azim selalu perhatikan pelajar ini nampak biasa saja bukanlah ulat buku. Tak nampak pun bila masa dia belajar!!!.
Aziq dulu pandai dia kejar pelajar pintar ini sama kelas. Semangat pelajar pintar ini yang banyak membantu dia dalam SPM.
Saya berbual dengan beberapa ayah pelajar yang anaknya berjaya mata pelajaran Sains ini, ada seorang ayah terpaksa memberi tuition anaknya masa cuti sekolah. Ayah pelajar ini seorang jutawan okeylah; memilik PhD mengajar di UM. Ada kedai pakaian di GM Klang diuruskan oleh isterinya, pendapatan sebulan dia sahaja tak lari RM20K. Belum lagi kedai pakaian di GM Klang yang isterinya uruskan. Pensyarah memang dilarang buat bisnes tapi keluarga tak kisah, isterinya sanggup bersara awal sebab melihat bisnes pakaian ini boleh maju.
Bila dia tahu anaknya ada masalah mata pelajaran Sains ini, sama macam masalah si Azim, dia sanggup panggil tenaga pengajar tiution ke rumah. Sejam dia bayar RM75. Tak pernah anaknya dapat markah B dalam mata pelajaran Fizik atau Chemistry sejak Tingkatan Empat di SMTKL tu. Percubaan SPM anaknya cuma dapat 2A. Akhirnya keputusan SPM anaknya semalam dapat 7A... menariknya berjaya dapat B+ dan B dua mata pelajaran Sains... Fizik dan Chemistry. Hanya tiution di rumah saat akhir!!!.
Agar catatan sy ini dapat pihak pengurusan atau pengetua SMTKL baca. Mesti ada komitmen untuk usaikan masalah ini bagi pelajar SMTKL untuk SPM tahun ini dalam mata pelajar Sains.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia KPM kena menjadikan isu cikgu yang mahir mengajar ini satu agenda yang penting jika mahu pelajar Melayu kita terus hebat dalam mata pelajar Sains ini. Carilah cikgu yang betul-betul tepat. Begitu juga mata pelajar lain. Saya lama kerja di UPM. Masalah pengajaran ini memang ujud. Bila laksanakan ISO memang ramai pensyarah yang ada PhD ada masalah dalam pengajaran. Terpaksa perlu hadiri kursus mengajar secara tepat. Pensyarah saya rasa lain!!!. Cikgu sebaiknya takkan timbul masalah sebegini. Namanya pun cikgu bukan kejap nak dapat segulung ijazah mahu jadi seorang cikgu kini. Tak main lagi maktab macam dulu. Ramai cikgu kini sudah ada Master.

Khamis, 28 Januari 2016

IndiGo Air


Pretty stewardesses: pics and video




Today here are some photos of the IndoGo stewardesses. IndiGo is a private, low-cost airline based in Gurgaon, Haryana, India. Since commencing operations in August 2006, it has established itself as one of India’s leading airlines using its model of efficient, low-cost operations and by attracting customers with low fares. IndiGo has the second largest share in India’s domestic air travel market. IndiGo has grown faster than any other low cost carrier in South Asia.







IndiGo operates to 32 destinations in India and abroad with 341 flights each day. It obtained a license to operate international flights after completing five years of domestic operations. On 22 August 2011, it was announced that the airline planned to begin international services on 1 September, initially on the New Delhi—Dubai route, but over the following weeks expanding to serve Dubai, Bangkok, Singapore, Muscat and Kathmandu from New Delhi and Mumbai.








Iklan Gedik

https://youtu.be/VBS7b1CG1HU

Isnin, 12 Oktober 2015

Kerja Penyair silap gaya jadi SONGSANG


Manuskrip sy ditolak oleh ahli panel penilai milik kerajaan antara sebabnya dikatakan: puisi berbau politik tak sesuai dibukukan... ayat atau suku kata x sesuai... hipokrit... tak jujur... caca marba... sy dituduh penulis curang... ingkar... asyik bercinta... asal tulis... tiada nilai sastera... adoi banyaknya tuduhan bukan penolakan sahaja macam-macam kecaman terpaksa diterima; sakit amat mahu ditelan... begininya rupanya kehidupan mereka di dunia sastera... tak tahu apa motifnya (mungkin juga sy yang memang tak betul dalam penulisan? hahaha) terima sajalah seadanya.

Puisi ini antara puisi yang ada dalam manuskrip sy. Ada banyak lagi dikatakan puisi sy itu puisi songsang... antaranya memang dah terbit di Dewan Sastera juga majalah lain, akhbar tabloid juga media arus perdana.

http://www.harakahdaily.net/.../lain-lain/37820-kota-asing

- cukai pintu di jenaris dulu hanya separuh dari rm120 untuk 6 bulan... bil Indah Water x pernah ada... tetiba saja ujud tanpa bincang pun... lambat bayar keluar surat saman lawyer... insuran moto atau kereta... terus naik x pernah pun diuar-uarkan di berita... top-top nak baharukan cukai jalan jalan... siaplah terkejut beruk dengar insuran ni naik mendadak...

- isu elaun pesara atau pencen seperti sy... naiknya berapa iyer?

- terbaru anakda sy hanya layak pinjaman RM165K... cuba cari rumah sekitar Kajang juga Lembah Klang... siap ke karnibal@karnival harta tanah... wadoh! cer tenguk rumah di pinggiran kota pun amat mahalnya. Tak jumpa pun rumah selayaknya anakda sy nak beli... Sime Darby ada buat rumah rakyat kononnya di Shah Alam tapi cer tenguk harganya...