Translate

Tajaan

Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mei 2014

16 siswa UMS dibicara, 8 dibuang asrama

Lapan mahasiswa dibuang asrama manakala lapan lagi sedang menghitung nasib selepas terlibat dalam himpunan membantah pengambil alihan premis pelajar di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang dikendalikan pelajar.

Pengerusi kumpulan promahasiswa (Pro-M)universiti itu Jamhuri Mohamad berkata, 16 pelajar itu dibicarakan bawah Kaedah 9(3) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kaedah itu berkaitan menghadiri atau menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak universiti.

Jika disabitkan bersalah, mahasiswa itu boleh dihukum sama ada berbentuk amaran, didenda tidak melebihi RM200, dilarang berada di kawasan universiti, digantung pengajian atau dipecat

Tidak puas hati dengan prosiding itu, Jamhuri mendakwa, mahasiswa tidak diberi peluang untuk membela diri dan hukuman yang dikenakan “berat sebelah”.

“Pro-M UMSKAL mempertikai tindakan pihak Universiti yang melakukan perbicaraan dan hukuman secara tergesa-gesa.

“(Seramai) 16 orang mahasiswa dibicara dalam masa kurang 5 jam dan 8 daripadanya terus dihukum,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga mendakwa, tarikh perbicaraan juga terlalu hampir dengan tarikh surat pertuduhan dikeluarkan.

Katanya, surat pertuduhan dikeluarkan pada 23 Mei yang mengarahkan perbicaraan pada 26 Mei.

Jamhuri juga berkata, universiti gagal menghormati regulasi Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan kebebasan berhimpun yang dijamin perlembagaan.

Mahasiswa sebelum ini bertegas tidak akan mengosongkan premis itu walaupun sudah diberikan arahan lisan.

Sebuah perhimpunan bantahan turut dilakukan bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan universiti.

Pentadbir universiti sebelum ini menarik balik satu lot premis yang telah enam tahun dikendalikan oleh pelajar bawah Sekretariat Masjid Al Hikmah.

Pengarah UMSKAL Prof Dr Ismail Ali ketika dihubungi  berkata, beliau tidak dapat mengulasnya kerana tidak terlibat dengan tindakan tatatertib yang dikendalikan oleh bahagian perundangan dan tatatertib universiti.

Ahad, 9 Jun 2013

Wajah manusia dalam 100,000 tahun?


9 Jun 2013
Wajah manusia dalam 100,000 tahun?
Wajah manusia seperti digambarkan oleh saintis.
DAHI besar, muka leper dan mata bundar begitulah ramalan saintis tentang raut wajah manusia 100,000 tahun akan datang.

Penyelidik Nickolay Lamm dan Pakar Genomik dari Universiti Washington, Amerika Syarikat Dr Alan Kwan berpendapat, otak manusia pada hari ini bersaiz tiga kali ganda besar, lebih berat dan tengkorak juga lebih mengembang berbanding zaman primitif.

Menurutnya, melalui kemajuan genetik, evolusi masa depan boleh dikawal mengikut kesesuaian biologi bagi memenuhi kehendak mereka.

“Perubahan ini berlaku kerana manusia kini boleh memilih raut wajah di peringkat awal kehamilan mengikut cita rasa sejajar keperluan persekitaran,” katanya dipetik dari MailOnline.

Dr Kwan percaya, pembesaran saiz mata disebabkan peningkatan penggunaan sistem solar berbanding matahari.

“Mata juga akan melalui perubahan di mana ianya lebih bersinar kerana penerimaan cahaya rendah manakala kulit akan menjadi lebih berpigmen untuk membantu mengurangkan kerosakan sinaran matahari,” katanya.

Khamis, 17 Januari 2013

Warga emas dikecualikan caj pendaftaran

19/04/2012 7:39pm

PUTRAJAYA 19 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian caj pendaftaran sebanyak RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar di hospital dan klinik kerajaan bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata, pengecualian itu yang berkuatkuasa pada 1 Mei adalah tambahan kepada pengecualian caj pendaftaran pesakit luar sebanyak RM1 di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia yang diumumkannya tahun lalu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan caj sebanyak 50 peratus daripada kadar caj pesakit Kelas Tiga hospital kerajaan dengan caj maksimum sebanyak RM250 sahaja bagi setiap kemasukan.
"Pengecualian tambahan itu adalah sebagai menunjukkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan warga emas,” katanya semasa berucap merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia di sini hari ini.

Pusat itu yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hospital Putrajaya hanya melibatkan kos kurang daripada RM12 juta yang merangkumi kos-kos perolehan peralatan perubatan, bukan perubatan dan kenderaan serta pengubahsuaian bangunan. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 21 Disember 2012

Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!

by Staff Berita Semasa on May 16, 2012
Illicit Fund Malaysia Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!
Ada yang mengatakan rasuah di Malaysia berjaya diatasi di Malaysia secara drastik di mana penyelewengan skandal lembu fidlot kebangsaan yang meletus sehingga menyebabkan projek yang mendapat tekanan daripada pelbagai pihak dan terpaksa diberhentikan untuk siasatan selepas 6 bulan lamanya skandal tersebut dibongkarkan satu persatu. Bagi kami, angka RM250 juta dana fidlot yang telah diseleweng itu, hanyalah jumlah yang kecil sahaja. Ini kerana….
Ini kerana…laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integritiy (GFI) meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke 5 tertinggi di dunia melibatkan kes aliran wang negara yang dibawa keluar secara haram dari Malaysia. Angka terkini mencatatkan Malaysia telah kehilangan wang secara haram sejumlah US$338 iaitu bersamaan RM1.052 trillion sejak tahun 2000 sehinggalah tahun 2009 berbanding laporan GFI antara tahun 2000-2008 mencatatkan aliran wang haram sekitar US$291 bilion.
illicit Fund Flows Malaysia Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!
Bagi negara kecil seperti Malaysia yang hanya memiliki sekitar 28 juta penduduk, angka bagi aktiviti aliran wang haram sebanyak RM1 trillion merupakan satu angka yang cukup-cukup besar dan tidak boleh sama sekali dipandang enteng. Sayang sekali, kami belum melihat laporan seperti ini dipandang serius oleh media-media arus perdana dan pihak berkuasa.

Apa itu illicit Fund (Wang Haram)?

Bagi yang masih-masih samar-samar dengan istilah illicit fund biarkan kami beberapa contoh untuk mudah anda memahaminya. Bagaimana illicit fund (aliran wang haram) ini boleh terjadi di sesebuah negara seperti Malaysia? Antaranya ialah melibatkan aktiviti seperti :
  1. gejala rasuah yang berleluasa
  2. pengubahan wang haram
  3. urusniaga dadah
Wang-wang haram ini dibawa keluar dan disimpan di Swiss Bank, London dan beberapa bank antarabangsa yang lain.
Illicit Fund 2012 Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!
Sebenarnya aliran wang haram yang berlaku di Malaysia ini boleh disamakan dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara sebagaimana “keberanian laporan berita akhbar utama di India” ketika membuat laporan mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….
illicit fund flows India Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)!
Bagi kami, jika kerajaan sudah bersedia untuk menjalankan siasatan secara telus dan profesional sesegera mungkin bukan sekadar “kosmetik” disebalik dalang yang menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit, ini sebenarnya memberikan kelebihan dan kredit kepada kerajaan juga apatah lagi bagi menangani persepsi rakyat Malaysia sebelum menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
Ini kerana, jika “jerung-jerung” yang selama inibebas berkeliaran di Malaysia meneruskan aktiviti haramnya tanpa gangguan berjaya ditangkap, insyalllah lebih banyak wnag rakyat dapat diselalamatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk “menikmatinya”.
P/S : Walaubagaimanapun, kami daripada Berita Semasa masih lagi menunggu iltizam daripada pihak kerajaan untuk melaksanakannya tindakan siasatan ini secepat mungkin…..

Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia

Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!

by Staff Berita Semasa on December 17, 2012
WSJ Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Tertunggu juga kami dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan berita ini atau tidak. Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain….
 Jikalau K. Rajagopal ada pernah mengatakan ranking bola sepak Malaysia pada ranking FIFA tidak penting, harap-haraplah pendapat sebegitu tidak keluar untuk ranking di bawah ini..
Rasuah Malaysia 2012 Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik? Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat & prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita Malaysia.
Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejut dengan laporan berita  The Wall Street Journal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah, Transparency International (TI).
Rasuah Malaysia Australia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Sumber Laporan Berita + Video : http://www.abc.net.au
Jikalau tidak masakan, berbangkitnya skandal skandal komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima “individu yang ada hubungan rapat peringkat tertinggi dengan pihak kerajaan” daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia serta merupakan broker bagi program senjata nuklear Pakistan.
Skandal ini sedang hangat di Australia apabila dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Ini hanya beberapa contoh sahaja….

Rasuah di Malaysia Najib Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah! 

Jikalau sebelum ini, kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)! (KLIK SINI). Satu angka dan bebanan yang cukup besar kepada negara. Sedang akhbar utama di India contohnya menyamakan  ia dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….

Malangnya media arus perdana dilihat tidak begitu berminat untuk berkongsi laporan berita ini di media mereka. Mereka dilihat lebih suka menyiarkan iklan animasi dan iklan komersial yang mengatakan Malaysia akan memerangi rasuah.
Sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk iklan sebegitu rupa. Persepsi rasuah & usaha untuk meyakinkan kalangan rakyat Malaysia di mana kerajaan “benar-benar” dilihat lebih berkesan jika janji yang dilontarkan disusuli dengan tindakan yang dilihat ada integriti, bukan setakat mencanang di seluruh pelusuk Malaysia semata.
Rasuah Malaysia Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!
Terbaru, badan pemantau rasuah, Transparency International (TI)  meletakkan Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012 berdasarkan laporan The Wall Street Journal. Ini kerana……
  • 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah.
  • Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
  • Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah

Khamis, 20 Disember 2012

(Gangster Melayu VS Samseng India)

Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah . Rusuhan Kaum Berlaku?

by Staff Berita Semasa on December 19, 2012
Kes Gaduh Sungai petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. Kata “mereka”. Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?

Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!

Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….
  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……

Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah : Pelbagai Versi Cerita

Facebook Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?
“Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya”
Paya Nahu Sungai Petani Kedah Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Erm…..Beginilah. Mengapa…..
Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi “semangatnya” melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?

Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?

Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhaen tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benar terjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….
“Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______”
Ayahanda Cik Joe Sungai Petani  Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

India Melayu Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  •  Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan
Rusuhan Kaum Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…

PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…

Isnin, 17 Disember 2012

Pengkaji: Negara berpotensi dilanda gempa bumi


 
Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Felix Tongkul berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.

"Daripada kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa bumi berskala sederhana.

"Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda," katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur.

Dr Felix berkata bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.

"Seperti yang kita sedia maklum ada beberapa kawasan di negara ini yang sering mengalami gegaran apabila berlaku gempa bumi kuat di negara jiran seperti di kawasan Kundasang, Ranau dan Lahad Datu di Sabah. Kawasan-kawasan ini mungkin berpotensi dilanda gempa bumi sederhana itu," katanya.

Dr Felix yang juga profesor dalam bidang Geologi di Akademi Sains Malaysia berkata kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi sederhana.

Sehubungan itu, katanya masyarakat harus sentiasa bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku gegaran pada masa akan datang.

Katanya gempa bumi paling kuat yang direkodkan di Malaysia setakat ini ialah gempa bumi sederhana pada kekuatan 5.8 skala Richter di Lahad Datu Sabah pada 1976 yang mengakibatkan banyak harta benda rosak serta bangunan retak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan) JMM berkata Malaysia mengalami lapan gegaran akibat 22 gempa bumi kuat di negara jiran sepanjang tahun 2012.

Beliau berkata kedudukan Malaysia yang berjiran dengan negara di zon lingkaran gempa bumi menyebabkan Malaysia turut tidak terkecuali daripada terpalit sama merasai gegaran gempa bumi.

Justeru JMM telah membuat beberapa kajian mengenai kesan gempa bumi dan hasil kajian sedang diteliti di samping pemantauan dari semasa ke semasa bagi membolehkan kita bertindak dengan pantas sekiranya ada kawasan yang dilanda gempa bumi," katanya.

- Bernama

Ahad, 16 Disember 2012

Gejala spam perlu ditangani

2012/12/13 - 05:27:28 pagi

Dubai: Malaysia berpendapat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) perlu terus berani mengemukakan pandangan lebih tegas mengenai perkara berkaitan soal integriti, keselamatan jaringan serta spam, dan tidak hanya mengehadkan perbincangan kepada aspek teknikal dalam telekomunikasi semata-mata.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata selagi badan dunia itu tidak berani mengemukakan pandangan yang boleh melindungi hak asasi anggotanya, selagi itu peranannya akan dilihat amat terhad.

Katanya, soal seperti gejala spam, jika tidak dapat diketengahkan dan ditangani dalam persidangan antarabangsa seperti Persidangan Telekomunikasi Antarabangsa Sedunia 2012 (WCIT), ia merugikan banyak pihak.

Bukan kacau dunia IT

“Kita bukan nak kacau atau masukkan sesuatu yang tidak wajar dalam dunia IT (teknologi maklumat), yang kita maksudkan ialah supaya talian atau jaringan kita bebas daripada sebarang gangguan yang boleh merosakkan perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas diwawancara media ITU di sini, semalam.

Rais berkata, apabila seseorang melanggan dengan syarikat telekomunikasi untuk melayari internet, individu berkenaan mempunyai hak untuk bebas daripada gejala seperti spam.
Sebagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merujuk khusus kepada isu berkaitan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), ITU yang membabitkan keanggotaan hampir 200 negara di samping pemain industri, menyediakan pentas untuk forum dan perbincangan antara pihak berkepentingan ke arah mencapai persetujuan dalam isu berkaitan hala tuju industri ICT.

Semak peraturan ITR

WCIT 2012 anjuran ITU yang akan berakhir esok pula menampilkan perbincangan, perbahasan serta semakan semula Peraturan-Peraturan Telekomunikasi Antarabangsa (ITR) iaitu perjanjian global yang diguna pakai khusus bagi memudahkan saling hubungan antarabangsa dalam isu berkaitan telekomunikasi di samping menggariskan prinsip bagi memastikan pengaliran maklumat yang bebas sepenuhnya di seluruh dunia.

Sementara itu, merujuk kepada wawancara oleh media ITU, Rais berkata beliau diberi kesempatan menerangkan kepada badan antarabangsa itu mengenai kemajuan yang dicapai Malaysia dalam aspek IT.

Katanya, beliau turut menyampaikan maklumat bagaimana Malaysia menyediakan akses internet yang luas kepada pengguna termasuk di kawasan luar bandar, di samping berusaha menjamin perkhidmatan yang mantap dan dalam kemampuan buat seluruh masyarakat.

“Diharapkan berita sebegini akan membawa satu pulangan yang baik bagi kita,” katanya. - BERNAMA

Sabtu, 15 Disember 2012

AES amat Menyusahkan Pemandu.

Komen rakan kita di Internet

Aku dah ada 3 saman AES lampu isyarat  Jalan Ipoh, KL. Waktu kereta yang sibuk lancar jalan masa lampu hijau, tukar saja warna kuning terus kamera lip lap tangkap gambar. Gila ke hapa. Bukannya ada warna lain sebelum warna kuning. Takkan la nak terus brek KECEMASAN. Sama jugak jalan sebelum tol. Hadlaju sebelum 110km sebelum sampai tol terus turun 60km. Aku lepas minyak pun kereta masih lg 80 -100km. X kan semua kereta nak brek utk capai 60km tu. GILAA KE HAPA !!!

Kuning hati-hati berhenti! otu setahun aku jika kereta dibelakang rapat memang kan berlaku kemalangan jika buat brek kecemasan. Tak percaya cer cuba brek kecemasan setiap kali kena lampu kuning. Jangan tenguk cermin belakang nak malang lori memang tak akan brek punya.


Kes kedua ini memang menyulitkan sebab kereta belakang selalunya laju jika kita mahu TIBA-TIBA memandu 60 km/j depan tol sebab sebelumnya kebanyakan kereta memandu sekitar 100 km/j lebih di lebuh raya. Nama pun lebuh raya kecuali had laju lebuh raya tu cuma 70 km/j mudahlah nak turunkan kelajuan mendadak menjadi 60 km/j.

Sama keadaannya aku cuba memandu 60 km/j di HADAPAN keluar tol sebab memang ada kamera AES dipasang dalam jarak beberapa ratus meter;  kemudian baru ada tanda had laju 110 km/j. Maksudnya depan tol juga kena memandu 60 km/j sekitar 500 meter lebih kurang jika tidak patuh PASTI awak kena saman. Kereta buruk aku pun bila dah bayar tol rem minyak cepat saja dah lebih 60 km meternya.

Lebuh raya LEKAS sebagai contoh dari pintu utama  Kajang ke Seremban menghadapi masalah ini; ada sekitar 500 meter ke 1 km pemandu kena perlahan 60 km/j depan pintu tol. Yang ikut kelajuan 60 km/j tak sampai 20% bermakna 80% sah kena saman jika kamera AES ini di pasang. Biar pun jalan raya sebelum lebuh raya LEKAS hadlajunya cuma 80 km/j. 20% ini berisiko kena sondol belakang jika ikut lorong tengah atau kanan.

Selepas tol SETOL ke Senawang had laju cuma 80 km/j dua lorong pergi dua lorong balik ada sekitar  5 kamera AES dipasang satu tu untuk 60 km/j. Cer cuba ikut arahan had laju ini bawa 80 km/j dengan jalan sunyi dan banyak kejadian ROMPAK di sini. Memang ini amat menyiksakan. Kena saman atau kena rompak.

- Jika di lebuh raya yang had laju 110 km/j pun memang sering berlaku kemalangan dipasang AES aku amat setuju. Aku jenis pemandu yang jarang di lorong kanan sebab tak mampu menyaing kereta mewah bila aku bawa 110 km/j tak sampai 5 minit dah bertalu-talu orang main lampu dongak dari belakang.

Selasa, 9 Oktober 2012

GAPIS & iDAN


Majlis Penganugerahan GAPIS - SMI 100 Tahun: Alangkah baiknya jika sesekali mataku ini boleh menjadi musang; tak mengantuk sebelah malam. Sebab jika aku nak ikut agenda GAPIS pasti habisnya sekitar 10:00 malam ke atas. GAPIS tu adalah kesatuan pelajar Islam di SMI Ipoh. Sekolah lama aku. Selain perjumpaan pelajar Islam sekitar 100 tahun; majlis jua akan meraikan kejayaan rakan pelajar: Ada seorang menteri & dua orang pangkat Datuk/Dato' bekas pelajar sana. Seorang Datuk tu orang kuat TV3 dulunya, bekas CEO Datuk Seri Farid Ridzuan seorang lagi tu Dato' Abdullah Said orang kuat di UiTM memang kawan baik aku. Yang menteri tu aku pun tak pasti siapa si Osman sebut namanya malam tadi.

2. Mana aku larat nak memandu malam; Ahad kena balik awal sebab agenda Ahad memang padat. Kecualilah cuti sekolah. Lagi pun 13hb ini aku memang akan balik ke Perak pada Ahad 21hb bulan ni telah ada jemputan kahwin . Dua minggu berturut-turut ke Perak. Jik
a tidak menarik juga dapat tidur di Kampar atau hotel bajet di Ipoh.

3. Bila telah sakit kronik begini pergerakan kena terbatas maka memang aku tak mampu berjalan jauh. Kecualilah ada orang tolong memandu aku boleh rehat di sebelahnya. Jika anak-anak nak temankan ayahnya memang satu yang mengumbirakan.

4. Seperkara lagi kita sering meraikan kejayaan orang lain sedangkan kita tak pernah orang raikan; kalau meraikan kejayaan keluarga seperti penyampaian hadiah cemerlang anak-anak kita itu mungkin ada. Nak diraikan apa iyer... awak tu orang biasa. Kejayaan meraikan perut boroi@Lenggang Perut alahai buruk bunyinya. Ish jangan terkejut memang ada orang kita buat majlis Lenggang Perut tapi bukan untuk kaum lelaki. Kalau ingin diraikan perut boroi itu kena mengandung. Ada BERANI ka...

5. Dari tiga VVIP yang diraikan itu tak pasti apakah semua hadir; nama lagi VVIP pastinya sibuk selalu. Biarpun mereka itu ada pemandu peribadi. Teringin amat aku nak sertai majlis sebegini; biarpun sekadar tetamu tak diundang; tapi siapa eh nak bawa aku malam-malam ke sana.
(Aku ada berbincang dengan Azim tentang pergi menaiki keretapi tapi isu besarnya Ahad dia ada latihan taekwando Anif pun petangnya ke balik asrama; tengah hari Ahad pula ada jemputan di sekitar Banting. Hatta memang jadi kenangan yang tak kesampaianlah untuk aku menyertai majlis ini.)
 

Rabu, 14 September 2011

Jepun Mempunyai 47,756 Rakyat Yang Berusia 100 Tahun Ke Atas


| 14/09/2011

TOKYO – Jepun mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas, kebanyakannya adalah wanita.

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan semalam menyatakan bahawa ia merupakan peningkatan sebanyak 3,307 orang berbanding setahun lalu.

Sebanyak 87.1 peratus daripada mereka adalah wanita.

Rakyat yang paling tua ialah Chiyono Hasegawa yang berusia 114 tahun.

Dia dilahirkan pada 20 November 1896.

Kewibawaan statistik itu pernah dipersoalkan pada tahun lalu apabila beberapa orang yang disenaraikan dalam senarai tersebut telah mati dan hilang.

Pihak kementerian bergantung kepada rekod pendaftaran penduduk untuk membuat statistik itu.

Jepun merupakan salah sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat tua. – AP

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tolak baju baru

Oleh ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Arwah berpesan kepada isterinya supaya tidak membelikannya baju raya tahun ini walaupun mereka sekeluarga sentiasa berpakaian sedondon setiap kali menyambut hari lebaran.

“Namun, isterinya tetap menyediakan baju raya itu tanpa memaklumkan arwah dan siapa sangka pesanan itu adalah petanda arwah akan meninggalkan keluarganya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri,” kata Maznah Bakar, 43, kakak ipar kepada Sukri Awang, 38, anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi di Kampung Bukit Kolam, Hulu Terengganu, pagi kelmarin.


Dalam kejadian jam 7.50 pagi, Sukri yang duduk di sebelah kiri penumpang bahagian depan cedera parah di dada dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Hulu Terengganu manakala isterinya yang juga adik kepada Maznah, Norwani Bakar, 36, cedera di rusuk namun dirawat sebagai pesakit luar.

Selain itu, tiga anak pasangan berkenaan iaitu Mohd Amin, 6, yang cedera di rusuk dan Mohd Naim, lima bulan, yang mengalami pendarahan di kepala dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, manakala Mohd Amni, 3, yang cedera di muka ditempatkan di wad biasa HSNZ.


Ketika kemalangan, mereka yang menetap di Kem Tentera Iskandar, Johor Bahru dalam perjalanan pulang ke kampung Norwani di Bachok, Kelantan bagi menyambut Aidilfitri.


Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda Civic dipandu Norwani dari arah Bukit Besi menghala ke Ajil terbabas ke sebelah kanan jalan lalu dilanggar sebuah kenderaan Honda Accord yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Maznah, Norwani juga bersikap pelik apabila tidak memberitahu kepulangan mereka sekeluarga, sedangkan sebelum ini mereka biasanya memaklumkan perkara itu setiap kali pulang beraya di rumahnya di Kampung Alur Pilai, Jelawat, Bachok.


“Sebelum ini, saya tanya sama ada mereka akan pulang beraya tetapi Norwani memaklumkan tidak tahu kerana suaminya bekerja. Mungkin dia dan arwah suaminya merahsiakan kepulangan mereka kerana ingin membuat kejutan.

“Difahamkan, mereka bertolak daripada Kem Tentera Iskandar jam 12 tengah malam Khamis lalu. Jika saya tahu hal itu, pasti saya tidak membenarkan mereka pulang kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku,” katanya yang ditemui di HSNZ di sini, semalam.


Maznah yang juga anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia turut berasa tidak sedap hati pada hari kejadian dan segala perasaannya terjawab apabila menerima panggilan daripada Norwani memaklumkan dia dan keluarga terbabit kemalangan.


“Norwani menghubungi saya selepas kejadian itu sebelum panggilan terputus disebabkan telefonnya rosak. Namun ketika cuba menghubunginya semula, saya terdengar bunyi ambulans dan menyangka mereka sekeluarga hanya terbabit dalam kemalangan biasa.


“Walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku, saya reda, apatah lagi mengenangkan tragedi berlaku beberapa hari sebelum Aidilfitri,” katanya.


Seorang rakan Sukri yang enggan dikenali memaklumkan, arwah sememangnya teruja untuk pulang beraya pada malam sebelum kejadian walaupun isterinya mencadangkan mereka pulang pada keesokan harinya.


“Arwah baru saja bertugas di kem ini selama tiga hari selepas dipindahkan dari Melaka. Dalam tempoh itu, arwah tidak pernah tinggal menunaikan solat sunat tarawih, cuma dia kelihatan tidak sabar-sabar untuk pulang berhari raya pada malam sebelum kejadian,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Alias Hashim berkata, 153 kes kemalangan dilaporkan di negeri ini dalam tempoh empat hari Ops Sikap 24 dilancarkan sejak 23 Ogos lalu membabitkan lapan kemalangan maut dengan lapan kematian.

Selasa, 23 Ogos 2011

Buah tangan terakhir Seri Bayu

PORT DICKSON: “Ayah (Seri Bayu) sempat menghasilkan sebuah lagu berjudul ‘Sebelum Aku Pergi’ untuk saya,” kata penyanyi remaja, Nazira Abdul Ghani, ketika ditemui pada majlis pengebumian komposer dan penulis lirik terkenal itu.

Nazira yang juga anak angkat kepada Seri Bayu berkata, dia mengenali arwah ketika menyertai pertandingan karaoke di Tasik Idaman, Bangi, Selangor, empat bulan lalu.


“Saya disapa arwah ayah yang turut menyaksikan pertandingan itu. Dia menyatakan kagum dengan suara saya, malah berjanji menggilap saya menjadi penyanyi popular,” kata anak bongsu lima beradik itu.

Menurutnya, arwah ayah angkatnya itu meminta untuk tinggal bersama keluarganya di Kampung Teluk Pelanduk, di sini, dengan alasan suka dengan suasana kampung dan mudah mendapat ilham mencipta lagu.


Nazira berkata, arwah seperti dapat menjangka hayatnya tidak lama apabila begitu tergesa-gesa menyiapkan lagu untuk rakaman album.


“Ketika keluarga saya dan arwah ke Shah Alam berjumpa seorang komposer lagi bagi pembikinan video klip lagu Sebelum Aku Pergi, dia beria-ia minta disiapkan pada Mei, apabila ditanya kenapa tidak bulan April, dia hanya tersenyum saja. “Rupa-rupanya arwah seperti mengetahui ajalnya dan tidak mahu albumnya disiapkan dalam tempoh berpantang 44 hari,” katanya.

Kelmarin, komposer dan penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson di sini, kira-kira jam 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron dihidapinya sejak 2004 lalu.


Isterinya yang juga seorang penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 27, atau Erema, turut kelihatan walaupun sebelum ini rumah tangga mereka bermasalah dan kes itu masih dalam perbicaraan mahkamah.

“Saya masih sah isteri arwah dan reda dengan pemergiannya,” kata Erema yang mengetahui berita kematian suaminya itu kira-kira jam 9 malam kelmarin.


“Kali terakhir berjumpa arwah ketika hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Ogos lalu. Namun, kami kerap berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar antara satu sama lain,” kata ibu kepada seorang anak perempuan berusia lapan tahun itu.


Jenazah Seri Bayu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Pelanduk, di sini, semalam kira-kira jam 2 petang.

Keluarga wajib bertaubat

KUALA LUMPUR: Perbuatan membelakangkan bapa sebagai wali bukan saja melanggar undang-undang keluarga Islam, malah semua pihak yang bersubahat memalsukan keterangan itu melakukan dosa besar dan wajib bertaubat.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata selepas menerima aduan daripada Sham, pihaknya kini dalam proses untuk memfaraqkan pasangan itu kerana secara jelas berlaku penipuan dalam perkahwinan terbabit.


“Secara umumnya, wali mujbir atau wali akrab menjadi satu syarat utama sah sesebuah pernikahan, tetapi dalam kes ini berlaku manipulasi undang-undang apabila si anak lebih sanggup mengaku anak tidak sah taraf daripada meminta bapa kandung menjadi wali.

“Kes seumpama ini pernah berlaku apabila seorang wanita menipu dengan menggunakan sijil kematian palsu bapanya untuk bernikah secara berwali hakim. Mahkamah kemudian memerintahkan pasangan itu difaraqkan serta-merta. Justeru, mengambil intipati perundangan sama tindakan tegas perlu diambil bagi kes ini,” katanya yang ditemui, semalam.


Beliau berkata, pasangan itu hanya boleh dinikahkan semula dengan berwalikan bapa kandungnya yang masih hidup kerana mengikut hukum syarak, perkahwinan tanpa wali mujbir tidak sah.


“Dalam kes ini, jurunikah juga bukan sekadar memastikan semua maklumat dalam borang nikah lengkap, malah sahih bukan bersikap sambil lewa.

“Malah, semua pihak yang mengetahui mengenai perkara ini, tetapi tidak menghalangnya wajib bertaubat kerana melakukan dosa besar selain melanggar undang-undang syariah,” katanya.

3 beradik mati lemas dipercayai ditolak bapa ke dalam kolam air

KLUANG: Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohd Fawzi berkata pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.


Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian.


Katanya polis kemudian berjaya menahan bapa kanak-kanak terbabit di rumahnya malam tadi, yang merupakan pemandu traktor di ladang berkenaan yang cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Lelaki itu katanya turut berada di bawah pengaruh alkohol dan kini ditempatkan di Hospital Kluang untuk rawatan.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian mengapa lelaki itu sanggup menolak anaknya ke dalam kolam yang menjurus kematian. Bedah siasat terhadap tiga kanak-kanak terbabit akan dilakukan hari ini untuk mengetahui punca kematian sebenar," katanya.

Menurut Mohd Fawzi polis sudah merekodkan keterangan ibu kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun bagi membantu siasatan dan polis sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suaminya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Isnin, 22 Ogos 2011

Pengedar dadah ditembak mati


KUALA LUMPUR 14 Ogos – Polis menembak mati seorang pengedar dadah dan memberkas enam yang lain termasuk dua wanita selepas berbalas tembakan dalam serbuan di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Flora, Balakong, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, polis turut merampas 200 gram dadah jenis heroin, ganja dan syabu bernilai RM500,000, dua pucuk pistol jenis Glock dan Revolver dan sepucuk pistol tiruan.

Selain itu, dua buah kereta BMW dan Mitsubishi dan empat buah komputer riba turut dirampas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rasyid Ab. Wahab, suspek dan seorang wanita bertindak melarikan diri ke dalam sebuah bilik sejurus sepasukan anggota polis menyerbu masuk rumah tersebut.

Katanya, ketika itu, terdapat tujuh orang di ruang tamu rumah termasuk dua wanita.

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah rogol, dipujuk agar menyerah diri namun enggan dan bertindak menembak ke arah anggota polis.

“Polis yang bertindak balas, telah melepaskan tembakan dan mengenai perut serta tangan suspek mengakibatkan lelaki itu terbunuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dekat sini hari ini.

Beliau berkata, wanita yang berada bersama suspek, bagaimanapun berjaya dipujuk keluar untuk menyerah diri.

Katanya, ujian air kencing terhadap enam suspek yang ditahan berusia 22 hingga 47 tahun itu didapati positif dadah.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung,” ujarnya.

Menurutnya, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Utusan

iDAN: sebelah rumah Salleh IT.... bikin Salleh serba salah nak balik sana...

Ahad, 21 Ogos 2011

Kompas mohon maaf kepada Najib



Jimmy S. Harianto memohon maaf kepada Najib Tun Razak mewakili akhbar Kompas di Putrajaya, baru-baru ini.


JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita

Rabu, 17 Ogos 2011

SOMALIA: Kebuluran tak halang ibadah


PENDUDUK Somalia mengalami kebuluran paling teruk dalam sejarah ketika ini.


DADAAB (Kenya): Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan kedatangan Ramadan, Faduma Aden, terpaksa menahan lapar sepanjang hari kerana tidak cukup makanan untuk berbuka.

Ibu kepada tiga anak dari Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran itu berkata, beliau tetap berpuasa.

Hidangan mewah untuk buka puasa tidak pernah difikirkan kebanyakan penduduk Somalia yang berhadapan dengan kebuluran paling teruk dalam sejarah. Biarpun Islam mengecualikan puasa kepada mereka yang sakit, kebanyakan penduduk Somalia tetap melakukannya.

Seperti yang lain, Mohamed Mohamud Abdulle malu kerana tiada makanan ‘bagi memenuhi kepuasan’ ketika berbuka selepas berpuasa sepanjang hari.

“Bagaimana saya boleh berpuasa jika tidak ada apa-apa untuk berbuka? Semua ahli keluarga kelaparan. Kelaparan memaksa saya ke sini,” kata Abdulle antara puluhan ribu yang berjalan ke kem pelarian di negara jiran, Kenya.

Penduduk Somalia sudah biasa ‘berpuasa’ berminggu malah berbulan lamanya kerana kekurangan makanan. “Saya tidak boleh berpuasa kerana tidak mempunyai makanan untuk berbuka dan sahur,” kata Nur Ahmed, bapa kepada enam anak di kem yang menempatkan pelarian Somalia di Mogadishu. Isterinya meninggal tahun lalu ketika bersalin.

Sheik Ali Sheik Hussein, ketua masjid di Mogadishu bimbang apabila ramai penduduk tidak dapat berpuasa kerana terlalu lemah akibat kelaparan dan tiada makanan untuk berbuka.

“Kami meminta umat Islam seluruh dunia menderma bagi membantu mereka yang kebuluran,” katanya. – AP

Ahad, 31 Julai 2011

Tiket kereta api Aidilfitri habis?


PELANGGAN tidak dapat membeli tiket kereta api KTM Antarabandar walaupun mendapat nombor giliran awal di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Julai - Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket kereta api untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri hairan apabila gagal mendapatkannya walaupun mula menunggu sejak awal pagi lagi.

Ada yang sanggup menunggu seawal pukul 7 pagi untuk mendapat nombor giliran paling awal, namun masih gagal untuk mendapatkan tiket kerana dikatakan sudah habis dijual.

Tinjauan Utusan Malaysia di kaunter tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KL Sentral hari ini mendapati, ia mula sesak diserbu orang ramai sejak awal pagi.

Beberapa kaunter turut ditampal notis pemberitahuan kepada orang ramai bahawa tiket khususnya pada 23 hingga 28 Ogos ke beberapa destinasi Pantai Timur sudah habis dijual.

Bagi Azmi Othman, 40, hari ini merupakan kali kedua dia mencuba nasib bagi mendapatkan tiket untuk pulang ke Pasir Mas, Kelantan setelah gagal mendapatkannya semalam.

"Nombor giliran saya adalah 18, namun apabila ke kaunter saya diberitahu tiket sudah habis dijual. Ini membuatkan saya terfikir sama ada perlu menunggu seawal pukul 5 pagi kerana hari ini seawal pukul 7 pagi sudah berada di sini semata-mata untuk membeli tiket.

"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku sebab sebelum datang hari ini saya menghubungi KTMB terlebih dahulu dan diberitahu tiket masih ada. Saya berharap KTMB mengambil tindakan sewajarnya seperti menambah perjalanan atau koc kereta api bagi kemudahan orang ramai sempena musim perayaan ini," jelasnya.

Sharifah Mazwin Syed Mohd. Sallehhuddin, 34, pula tidak berpuas hati dengan layanan penjaga kaunter tiket yang menengkingnya apabila bertanyakan tiket untuk pulang ke Ipoh, Perak.

Katanya, sudah beberapa hari dia berulang-alik ke KL Sental semata-mata untuk membeli tiket kereta api.

"Seawal pukul 7 pagi sebelum waktu kaunter dibuka saya sudah menunggu giliran untuk membeli tiket, namun tidak sampai setengah jam tiket dikatakan sudah habis.

"Apa yang membuatkan saya terkilan ialah apabila saya bertanya selepas itu, penjaga kaunter mengatakan bahawa tiket masih ada dan ini benar-benar menyusahkan orang ramai," katanya.

Gelenggang: Menantu saya Husna telah pergi membuat tempahan untuk ke Pantai Timur di kaunter Kajang sebelum 1 Ogos; katanya hanya dijual pada 1 Ogos baru dijual; lor! takkan belum 1 Ogos sudah habis?.

Rabu, 13 Julai 2011

SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM73j

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.


Susan Loone
Jul 14, 11
9:05am


NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

Gelenggang: Jika benarlah perkhabaran ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga yang isteri PM kita mampu berjimat cermat & sampai boleh berbelanja semahal itu sebentuk cincinnya.