Translate

Tajaan

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Selasa, 3 Disember 2013

PETUA - PETUA DALAM MEMBERSIHKAN PAKAIAN BILA TERKENA KOTORAN TERTENTU

Pakaian Terkena Dakwat 
  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
 Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian 
  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian 
  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian 
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik 
  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Jumaat, 18 Januari 2013

Khasiat Kunyit

Khasiat kunyit.

Ramai wanita selepas bersalin mengambil kunyit segar atau jus kunyit ketika dalam pantang.
image


Curcumin, pigmen yang memberi warna kuning-oren pada kunyit adalah antioksidan yang sangat berkesan untuk kesihatan. Penawar bagi anti-radang dan keradangan kronik termasuk kencing manis, arthritis dan penyakit jantung, katarak, regenerasi otot, keradangan usus dan alzheimer. Ia juga anti-bakteria dan anti-viral. Curcumin juga dikatakan boleh menghalang dan merawat berbagai penyakit kanser. Ia juga mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang sangat berguna untuk mengawal infeksi pada luka di kulit. Mujarab untuk luka didalam badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.

image
( Buku ini sebahagian dari sumber rujukan)

Manfaat kesihatan yang lain termasuk meningkatkan penghadaman, detoksifikasi dan fungsi hati yang sihat dan membersih darah.

Saya pernah juga mendengar sesetengah orang tua tidak menggalakan pengambilan kunyit secara berterusan kerana dibimbangi boleh menyebabkan putus haid (menopause) lebih awal. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran itu. Sehingga kini saya belum temui dalam pembacaan saya yang menyokong pandangan tersebut, wallahu’alam.

Walaubagaimanapun, saya juga difahamkan adalah lebih baik untuk tidak mengambil satu-satu herba itu berterusan lama. Berhenti untuk satu jangka waktu dan kemudian mengambilnya semula, begitu juga dengan supplement seperti vitamin dll adalah lebih berkesan pada kesihatan tubuh badan.

iDAN:

Saya suka juga sesekali buat ulam; nampaknya memang berkesan untuk penghadaman & tak dinafikan terasa segar badan sementelag saya seorang pengidap sakit kronik. Untuk menghilangkan sindrom ubat-ubatan kimia selalunya saya suka memakan herba juga ulam-ulaman seperti kunyit ini. Tapi gigi maka datok kuninglah amat.

Selasa, 27 Mac 2012

Pati Delima


Jenama Gulsan antara produk terdapat di pasaran terbuka
jangan beli di pasaran jualan MLM amat mahal sedangkan patinya sama, satu lagi jenama yang terdapat di pasar raya besar ialah Hamada, lebih murah dari jenama Gulsan.

Antara khasiat delima yang dikenalpasti dan teruji ialah:-

[01] Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan.

[02] Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit.

[03] Melancarkan peredaran darah.

[04] Mengeluarkan angin dan asid dalam badan (mencegah penyakit gastrik dan kanser usus ).

[05] Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan.

[06] Menyingkirkan lemak berlebihan, kelesterol & mengurangkan serta mengimbangi Tekanan Darah tinggi. Tentunya dapat mengimbangi berat badan & kembali menjadi langsing.

[07] Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan.

[08] Membuang asid urik dalam sendi untuk meredakan penyakit GOUT.

[09] Mengelak rasa mual (semasa hamil), melega masalah pening kepala.

[10] Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (mengelak kesakitan senggugut).

[11] Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas. Mengimbangi berat badan bagi yang obesiti.

[12] Dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (utk suami-isteri).

[13] Merapatkan rahim, menyuburkan rahim = kembali dara. Di samping memelihara kesimbangan cairan pada vagina (mencegah kekeringan vagina).

[14] Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam. Insya-Allah badan yang semakin dimakan tua kembali nampak gebu & berwajah seri.

[15] Menurunkan paras glukos/gula dalam darah, membantu pesakit kencing manis.

[16] Menghapuskan kahak, mereda penyakit batuk.

[17] Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua ~ jangan lupa hadiahkan pati delima ini untuk bonda kesayangan anda (dapat mengurangkan risiko penyakit jantung).

[18] Anda hamil? Ambil lah pati delima ini untuk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda, di samping membantu proses tumbesaran janin..

[19] Awet muda.. amal dari sekarang.. tenguk lah dalam 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai dan bersyukur.. InsyaAllah..

[20] Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

[21] Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yg tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh drpd rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf..

[22] Lain-lain khasiat delima ialah mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas badan dan demam, membunuh cacing dalam usus, memutihkan kulit,  melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan terang mata menghindar rabun.


[23] Jika anda ada masalah sembelit pati delima memang amat sesuai untuk mencegah sembelit.


[24] Mereka yang ada masalah lemah badan tak bermaya. Alahan ubatan kimia; lesu sangat terutama ketika bangun tidur cubalah bancuh dengan air suam atau sejuk; minum sebelum tidur. Tenguk kesannya ketika bagun tidur.

(Cara mengamal minum pati delima: Pastikan ianya DIBANCUH dengan air. Terpulang sejuk atau panas. Bagi Obesiti elok minum sebelum tidur; bagi mendapat tenaga yang CERDAS sepanjang hari minum selepas bangun tidur. Untuk kesihatan terpulang nak minum sekerap mana tapi memadai sehari sekali atau dua kali minum. Sukatan sekali minum terpulang kepada selera anda; sebab pati delima bukannya ubat ianya macam kita makan buah-buahan. Cuma jangan pula teguk sebotol sekali gus itu memang melampaulah eh)


iDAN:

Saya sedang mengamalkan makan pati delima ini; nampaknya kesannya amat baik untuk kesihatan. Jika anda ingin mencuba jangan beli melalui jualan MLM atau melalui internet; ianya terdapat banyak di pasar terbuka. Saya dapat harga yang patut & jika mahu maklumat sila e-mel saya atau telefon saya. Jangan lupa makan goji bagi menambah kesan herba buat diri anda. Saya ada keratan akhbar Mingguan Warta Perdana (MWP) dari Ustaz Azhar Idrus yang popular itu tentang khasiat Buah Delima , sila e-mel saya jika mahu membaca rahsia buah delima yang memang ada terdapat di syurga nanti. (idanradzi@yahoo.com). Saya tak mahu uar-uarkan artikel ini takut ada yang suka tambah-tambah tulisan Ustaz Azhar ini sebab dia bukan jual ubat tapi di MWP dia rajin diundang menulis tentang pemakanan dalam agama.



Saya juga menjual Parti Delima dengan harga RM15 jenis seperti di atas. Sekitar Jenaris harga termurah ialah di belakang blok KAMDAR Prima Saujana; jika kedai Barangan Timur Tengah (ARAB) itu tutup; saya sentiasa ada stok telefon talian rumah 03 87371884 24jam.   Tauke kedai tu adalah teman baik saya.Di Pasar malam harganya tetap sekitar RM16 atau lebih; TAPI jika anda datang sendiri ke rumah saya dapat kenal saya Penyair iDANRADZi saya akan kasi harga istimewa seperti harga rakan baik saya jual.

Mahu murah terpaksa ke Shah Alam TETAPI kena beli satu kotak sebanyak 24 botol akan dapatlah harga borong. Murah sedikit. Di pasaran kebanyakan penjual menjual harga RM15 ke RM18, tak baik pula kalau kita nak saingan mereka berniaga dengan harga yang terlalu murah. Di mini gerai depan pasar raya selalunya sekitar harga tersebut. Pasar Tani Prima Saujana juga di gerai kecil Giant RM18. Bangi RM15.

Terpulang kepada anda jika nak beli dijualan internet atau secara jualan terbuka. Sekitar di Perak memang harganya masih sekitar RM20 ke atas (Jauh dari Pembekal); jenama GULSAN seperti gambar di atas.


KHASIAT BUAH DELIMA

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul.

Delima adalah antara pokok yang terdapat di Syurga. Kenapa tidak mencubanya; jika rajin ke Carre Four cuba cari jenama Hamada; ianya lebih murah & diperah dengan seratnya sekali; mmg lagi sedap jika anda mencubanya. Kasi tahu aku jika jumpa jenama Hamada ini, aku hanya pernah jumpa di Carre Four Ampang. Hingga kini aku masih tercari-cari jenama ini.

Terbaru saya temui jenama HAMADA dijual di gerai dalam Masjid Kajang, harganya RM15 saiznya agak kecil berbanding yang saya beli (700 gram) di Carre Four jenama yang sama. Tapi bolehlah jika anda mahu mencuba. Sebab HAMADA ini diproses dengan seratnya sekali. Jika tak silap saya HAMADA ini buatan Syria (HAMADA rasanya tak manis masam amat berbanding GULSAN)

Kami telah mencuba mengkaji apakah ditaruh gula jenama GULSAN ini; buktinya semut tak mendekati titik pati delima GULSAN yang kami sengaja tumpahkan. GULSAN diimpot dari Turki.

Anda boleh mencubanya dua-dua jenama Hamada & Gulsan. (botol Hamada terbaru tidak ada telinga bagai dulu). Yang nyata ramai menyukai jenama GULSAN sebab rasanya memang enak apatah lagi jika ianya dibancuh secara sejuk/ais.

Jika tak jumpa pati delima ini kenapa tidak amalkan sering makan buah delima; selalunya RM10 anda akan dapat sekitar 4 atau 5 biji buah delima sederhana besar. Kadang-kadang di pasar malam RM5 dapat tiga biji. Belilah & amalkan makan buah delima memang akan membantu anda menjaga kesihatan.