Translate

Tajaan

Memaparkan catatan dengan label MMms. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MMms. Papar semua catatan

Jumaat, 14 November 2014

SIHIRKAH INI


(Catatan ini sy sunting dari group dsp wsapp sy)

Adoi gatalnya badan... dah pakai sabun berubat siap mandi dengan bedak berubat Dettol... masih mengeriam gatalnya badan ini... cer kasi cadangan apakah lagi ikhtiarnya... Rakan sy orang kedai pernah jadi macam sy ... bila jumpa dukun dia kata kena santau. Bila berubat penuh serpihan kaca keluar dari badan.

Sy pernah mengadu dengan si Amid UKM... suruh dia guna ilmu kebatinan dari rakannya orang indon... kira dukun handal. Tolong scankan badan sy dari jauh. Amat mengejutkan... bila scan dari jauh akan diri sy... dukun ini sampaikan termuntah. Ada orang bundel/tuju dari jauh akan diri sy ini. Itu katanya. Macam tak percaya. Emm masih tak berubat dengan dukun ini. Dulu masa arwah Atok Ayot; atuk Mila pun pernah kasi tahu benda yang sama. Katanya dalam badan sy ini berpintal benang pelbagai rona mainan sihir orang. Sy masih tak berubat & buang bebenda bundel ini.

Siapa kalangan kita rajin jumpa orang hebat seperti anak buah Ustaz Harun Din dll. Terkadang terfikir ke arah itu.

Sy masih menganggap ini semua sekadar gangguan sementara. Berharap akan doa rakan juga keampunan Allah akan pasti sy kembali sihat sejahtera. Yang pasti. Sakit ini sebab banyak dosa. Rezeki kita jadi sempit juga sebab tak banyak bersyukur. Allah sentiasa menguji kita dengan kesakitan juga kemiskinan. Malahan ada ketika kita diuji tatkala kaya pun sihat segar bugar. Ini lumrah kehidupan. Bersabarlah.

Nampaknya kena cuba mandi daun sebambu dulu agar gatal & miang ini akan berkurangan. Ish gatalnya.
Ada ketika bila percaya cakap dukun kita bagaikan mahu mengesyaki seseorang. Siapa pula musuh kita. Memang sihir itu ujud sejak berzaman. Kenapa pula diri ini yang jadi mangsa. Pastinya ada dosa kita yang lalu buat ada orang benci akan kita. Ini semua buat hati ini akan bertitik hitam. Meragui sesama hamba manusia. Buruk sangka amat dilarang agama kita. Sy lebih percaya ini sekadar sebab nyamuk atau persekitaran yang tidak bersih. Bikin semua ada.

Rasanya kalau dapat mandi laut di pantai rahsia semua masalah akan selesai. Moh siapa nak temankan sy mandi laut.

Sy rajin juga pergi ke BB Bangi berubat dengan anak buah Ustaz Harun Din ni... ada ketika temankan orang. Lama tak pergi sana. Banyak Ustaz berpesan kena banyak sembahyang malam. Isunya bila terjaga larut malam... dinihari sekitar jam 2:00 atau 3:00 pagi. Nak ambil wuduk pun punyalah sejuk. Malas. Padahal peluang untuk solat malam tu dah ada. Iman kita ni amat tipis.

Memang benar syaitan jika telah berumah di dalam pembuluh darah amat sukar kita halau. Kecuali zikir juga iman yang kuat. Hanya Allah tempat kita mengadu. Agar mereka yang kuat iman. Rakan kita di dsp ini seringlah berdoa untuk sesama kita sihat sejahtera. Panjang umur. Pulih segala penyakit. Sy yakin ramai kalangan kita yang telah berumur ini ada pelbagai sakitnya. Cuma tak kronik atau nazak lagi.

Jenaris ini pun ada anak buah Ustaz Harun Din ni... salah seorang yang masih berubat dengan anak buah Ustaz Harun Din sahabat sy si Sahak. Tak pasti Sahak kini bagaimana... rakan kita di Fak Kejut mungkin boleh sedikit maklumat buat sy.

@Roha sakit orang tua macam abg ni memang lambat pulihnya. Insya-Allah abg akan terus berikhtiar untuk kembali normal. Ubat doktor pun agak kurang makan. Nak ikut jadual penuh badan tak mampu. Tapi tetap makan. Semua kita bila sakit pasti mahukan kembali sihat

Hahaha semalam ada seorang rakan fb orang luar negara... lelaki... sibuk minta nak kenal wajah sy... bila sy kasi wajah sy dia kata masih hensem... betul ke atan?... Jika tan perasan semalam ada dua orang staf perempuan baru datang jamuan di rumah Atan... perasan sangat orang muda zaman sekarang tenguk wajah orang tua pun takut. Dua staf baru ini tak pandangkan wajah sy. Macam mana nak perasan kita dah tua masih hensem lagi... kecuali di "make up" warnakan rambut... taruh gigi palsu... pakai segak-segak. Naik pentas pasang lampu lip-lap... bergurindam... emmm masa tu dah berlalu.

Ubat Takut/Malas Mati

"Awak datang ke PKupm ni dengan siapa?"
"Sendiri"
"Naik apa?" aku lihat wajah Doktor Imah semacam, cemas pun ada"
"Kapcai!" jawab aku ringkas terbayang akan kapcai aku yang uzur yang sering mabuk keluarkan asap semua unggas lari.

"Kalau macam tu saya kena panggil Ambulan, awak jangan masuk ofis kena ke Hospital Serdang!" aku senyap terkebel-kebel tenguk Doktor Imah menulis nota ringkas ke Wad Kecemasan Hospital Serdang.
Aku perasan masa ujian tekanan darahku memang melambung gila. 185/115 mmHg. Ada yang tidak kena. Tujuh jenis ubat sakit kronik yang aku telan tak memberi kesan.

Tujuh jenis ubat ini aku panggil Ubat Takut/Malas Mati. Jika tak ikut jadual aku jadi amat parah; berjalan pun rasa tak larat bagaikan mahu merangkak. Bila makan pula kesannya buat aku tak jadi orang; mamai melayang...

Sebenarnya untuk kebah dari sakit ini ada banyak langkah yang perlu dilalui. Bukan sekadar makan ubat. Kawalan makanan amat penting, bersenam satu hal, tidur yang cukup amat perlu, paling payah jika stres. Rupa jangan sesekali stres bila stres akan pasti semuanya jadi gawat. Gula akan melambung tinggi. Gula normal sekitar 6 mmol/L. Jika tekanan darah dah setinggi kini; dah pasti gula dalam badan sekitar belasan bacaan. Nak mati senang saja teruskan stres bila gula naik sampai 20 mmol/L bila-bila masa sahaja akan strok sekitar 3 hari kena tahan di CCU ke dunia abadilah berpindahnya.

Siren ambulan membawa aku ke Wad Kemasan Hospital Serdang. Dekat saja ikut ladang UPM ke Hospital Serdang. Aku terus ditempatkan di bilik rawatan; samalah macam selalu pembantu perubatan buat ujian tekanan darah & kasi aku ubat untuk turunkan tekanan darah. Suruh aku berehat. Sakit tak nampak seperti aku ini tak mendapat perhatian doktor pun. Ada ramai pesakit yang kemalangan. Doktor terpaksa dulukan mereka yang pendarahannya mengalir atau patah riuk tinggal nyawa ikan.

Pengalaman terbaring di katil Wad Kecemasan sudah menjadi rutin buatku. Suara mesin radas denyut nadi sambung bersambung. Bila bunyi terusan nyaring akan ada jururawat panik doktor berkejar jika sempat dibawa ke bilik bedah. Selamatlah. Jika tidak emm mungkin pesakit ini tak dapat diselamatkan lagi. Terbujur di katil sebelah aku tunggu urusan jenazah seterusnya.

Aku meraba poketku kut ada sms masuk. Aku nak dail nombor luar memang tak boleh. Aku memang ada telefon bimbit dugong selalunya hanya menanti panggilan. Fahamlah kan?. Kreditnya kosong & kosong.
Ada beberapa pelawat keluar masuk tenguk pesakit yang nazak. Ada ketika macam seorang isteri. Ada ketika macam seorang anak. Aku seorang yang hanya sendiri. Tak ada pelawat. Bila aku nak cuba pejamkan mata. Asyik ditayangkan adengan takut lagi merabankan. Orang junjung KERANDA. Asyik itu saja bila aku pejam mata. Ish masalah betul.

Buat kata catatanku di blog. MMms terusan menganggu aku. Apa itu MMms?. Malaikat Maut mengintai selalu. Tolonglah pengalaman ini aku tak mahu sering ulang berulang tapi inilah nasib orang sakit kronik seperti aku. Tak siapa ambil tahu.


Idanradzi

Nak berpantang apanya... lagi orang berpantang lagilah mereka dah lama tiada... Nurrul Hidayu masih ingatkan kita pernah makan semeja dengan arwah Wan Lan... dia ni punyalah aktif tak degil macam abg ni... tetiba dia yang pergi dulu... kini boleh kata tiap minggu abg lalu pusara Arwah Lan sebelah Pulau Carey tu antar & ambil si Anif di KMS Banting... dia pergi ketika usia genap 50... abg dah buat kajian dah... amat sukar sakit kronik macam abg ni boleh sampai 60an... tapi jangan risau abg akan terus berjuang merentas sakit ni... harapan abg masih nak hidup lama... hahaha hari ni pengsan kejap lepas berbuka... terjaga sempat juga solat terawih pena milo panas jenaris...
pada 17hb Julai pukul 11.48 ptg

Isnanun Pak ·

ASM... Aji.. kena tahan di CCU H.Serdang ke?.... apasal keruk sangat niii Jiiii.. mana engkau punya petua tuuu... tak kan buang terus..... aku rasa engkau liat nak jaga makan hari2 tak!.. Walau bagaimanapun sama samalah kita berdoa memohon dipanjangkan usia dan di sihatkan anggota tuboh badan agar dapat kita menyambung dan menokok tambah amalan yg dikehendaki sebagai hamba ALLAH...
pada 18hb Julai pukul 9.10 pagi



Idanradzi Kct 
hahaha biasalah orang tua selalu degil... biasa eh kena tahan kat Wad Kecemasan ni... sejak kebelakang ini kira okey... terus border masih border... minuman juga juadah di surau itu mengancam amat... kisah di atas ini kisah benar bila masuk wad kecemasan ni kita rasa dah dekat nak mati amat...
pada 22hb Julai pukul 1.44 ptg


Idanradzi Kct sy masih macam dulu bak kambing makan daun... makan ulaman mentah seperti daun mengkudu tak putus... ulaman kampung... petai juga jering tak tinggal... cuma bulan puasa ni gula ni naik mendadak 13.9 mmol/L ada dua bacaan lagi ke 16... jika dah 16mmol/L doktor pesan kena berbuka puasa...
pada 22hb Julai pukul 1.47 ptg