Translate

Tajaan

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ejaan (Delima Merkah)

Apakah ejaan yang betul bagi: 1- Ulama' 2- Tabi' Tabiin dan bagaimanakah hendak meletakkan huruf besar bagi perkataan seperti al-Quran, sama ada: Al-Quran@al-Quran@Al-Quran?Sekian terima kasihEjaan yang betul ialah ulamak, tabii dan al-Quran. Harap maklum.Ejaan31.07.2008

Pening juga Bahasa Melayu ini. Seperti ejaan ulamak ramai yang memakai ejaaan ulama. Dalam khidmat nasihat DBP mereka mengesyorkan agar menggunakan ulamak tetapi dalam Tesaurus tiada perkataan ulamak. Kesimpulannya boleh guna kedua-duanya cumanya kalau mahu jimat ruang gunalah ulama sahaja. Saya sendiri selalu menulis Al-Quran yang disyorkan adalah al-Quran.

Isnin, 3 Ogos 2009

Sakit Gigi Geraham Bongsu (Ceritera)

Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-

Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Sakit Gigi Berlubang

  1. Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
  2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
  3. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
  4. Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
  5. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Memutihkan Gigi

  1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
  2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
  3. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  4. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Ahad, 2 Ogos 2009

Meranggupkan Cucur (Petua)

Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa enak bila dimakan.