Translate

Tajaan

Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Isnin, 3 Ogos 2015

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Adam?



Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji bagi ALLAH SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, penghulu sekalian Nabi dan Rasul, penghulu sekalian ummat dan penyuluh sekalian ummat! Salam ke atas sekalian Ahlul Bait keturunan Rasulullah SAW dan semua sahabatnya. Salam ke atas sekalian pewaris Baginda Rasulullah SAW dari awal hingga akhir. Al-Fatihah...


Dalam kesempatan ini, saya hanya ingin berkata sepatah dua ucapan sahaja kerana ingin memberi laluan kepada catatan Bedah Buku bersama Tn Ibnu Yaacob yang akan membicarakan buku karangan Muhammad Isa Dawud di bawah nanti. Pada kesempatan ini, saya mewakili warga kerja bk.blogspot ingin menyeru kepada sekalian pembaca, ketahuilah bahawa kita semua sedang berada di akhir zaman.

Kehidupan yang kadang kala kita rasakan sangat manis ini, sebenarnya sungguh pahit untuk kita cerna. Ketahuilah bahawa zaman ini adalah zaman fitnah berleluasa. Fitnah telah tersebar dari segenap penjuru hatta telah masuk ke dalam masjid-masjid dan rumah-rumah kalian. Sungguh, fitnah akhir zaman itu sangat sulit tipu dayanya, ketahuilah bahawa segenap penjuru agama ini telah difitnah. Maka, saya menyeru sekalain para pembaca agar keluar dari fitnah itu. Carilah kebenaran dalam setiap perkara tak kira di mana anda berada hatta di ceruk hutan sekalipun.

Ketahuilah bahawa kebenaran itu sangat pahit. Namun, berkatalah benar walaupun ianya sangat pahit. Maka, carilah kebenaran itu dimana jua anda berada dan bersama siapa jua anda duduk.

Tanpa perlu melengahkan masa, saya beri ruangan ini kepada bedah buku oleh Tn Ibnu Yaacob.




Sekian dahulu,
'bradokapak'
1.43 pagi, Rabu 25 April 2012.

---------------------------------------------------------------------------------




Tajuk Asli: Allazina Sakanu al-Ardha Qablana; Pengarang: Muhammad Isa Dawud

  
Penterjemah: Irwan Kurniawan (Bahasa Indonesia), Mukhtar Yusuf (Bahasa Malaysia)

Terbitan: Pustaka Hidayah (Indonesia), Pustaka Syuhada -http://www.facebook.com/pustakasyuhada (Malaysia)

Ulasan oleh: Ibnuyaacob (http://ibnuyaacob.com/)


Pendahuluan
   
Assalamu’alaikum,

Kurnian Allah SWT yang mencukupkan diriku dengan pancaindera anugerah-Nya, moga aku sentiasa bersyukur dan sentiasa tergolong dalam golongan mukmin yang bersyukur dengan pemberian-Nya. Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk dan silap itu adalah dari kelemahan diriku sendiri.

Menurut penerbit, buku ini adalah karya terbaru selepas buku “Dialog Dengan Jin Islam”dan “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”.

Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah di terbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya.

Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika danVariasari.

Kali ini penulis akan mengulas berkenaan bukunya yang bertajuk SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA? Walaupun isi kandungan ini tidak mengisahkan hal-ehwal Dajjal yang menjadi intipati utama blog ini, namun isi kandungannya terdapat maklumat-maklumat tersembunyi yang pada pandangan penulis merupakan kunci kepada identiti Dajjal.

Di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai peminat tulisan Muhammad Isa Dawud. Sekiranya para pembaca sekelian kurang bersetuju, tidak mengapa. Ianya cuma sekadar perkongsian ilmu penulis yang sedikit ini dalam mentafsir pemikiran orang yang lebih bijak dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal antropologi dan sosiologi.


Persoalan-Persoalan Utama


Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-
  1. Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.
  2. Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
  3. Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
  4. Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
  5. Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
  6. Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
  7. Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
  8. Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
  9. Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
  10. Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak,manuskrip-manuskrip kunoal-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.


Ulasan Mengikut Topik



Kita, Sebelum Membicarakan Mereka (ms 1-36)

Topik ini dimulakan dengan ungkapan berikut

Dilahirkan….letih…kemudian mati
Dilahirkan….kini letih…..dan belum mati…. namun pasti akan mati

Isa Dawud menyatakan bahawa itulah ringkasan hidupnya. Ya, samalah dengan penulis sendiri dan para pembaca sekalian. Memang kita letih bekerja, belajar dan beribadat dan semua itu akan menghala kepada satu matlamat iaitu ‘kematian’.



(Gambar) Anatoli Francis (1844-1924) , Ashley Montagu (1905-1999)

Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernamaZemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.

Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagumengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?

Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.

Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan.

MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Isi-Isi Penting Topik



  • Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi.
  • Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

 

Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Noh (ms 36-52)

Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.





 (Gambar) Ekspedisi mencari bahtera Nuh di Gunung Ararat.

MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.


(Gambar) Gunung Armenia yang dikatakan terdamparnya bahtera Nabi Nuh.

Selain itu, terdapat ekspedisi lain iaitu oleh Gordon Gaskeil, Christian Herald dan George Jefferson Green. Kesemua mereka cuba membenarkan perkara yang palsu.
Seperti biasa, perbahasan tentang Nuh di bawah topik ini terhenti pada mukasurat 46. MID menamatkan perbincangan bahtera Nuh dengan menghuraikan dengan panjang lebar tentang kepalsuan fakta-fakta Taurat. Kemudian perbincangan itu diselitkan secara tidak langsung tentang makhluk-makhluk aneh sebelum kedatangan Adam.

Isi-Isi Penting Topik Ini

  • Hampir kesemua fakta-fakta yang dikemukan oleh pengkaji Yahudi tidak boleh dipercayai terutamanya berkisarkan bahtera Nabi Nuh.
  • MID mendedahkan bahawa kita perlu berhat-hati dalam meneliti setiap ekspedisi yang dilakukan oleh pengkaji barat tentang peninggalan-peninggalan para nabi.
  • Penulis sendiri dengan yakin ingin mengatakan bahawa ekspedisi ini banyak difilemkan khususnya dalam rencana Discovery Channel dan National Geographic.
  • Kesimpulannya, fakta-fakta bahtera Nuh dari kedua-dua siaran (channel) ini tidak semuanya boleh dipercayai.


Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil (ms 53-90)

 

Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :
“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia, yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak menyaksikanpenciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita melihat, belajar dan memahami…”


Isi-Isi Penting


  • Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi.
  • Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10 juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.
  • MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.
  • MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucas dan Injil Mathewdalam membincangkan soal umur manusia tertua.
  • Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.

 

Lima Juta Tahun Sebelum Adam (ms 91-109)

  • Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
  • MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh HerbertBlatsberWilliam MorrowCharles ThomasAshley Montagu dan Alfred Kroeber.
  • Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…
  • MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
  • Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.

 

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam (ms 117-140)

  • MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
  • Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara Sweeden dan Norway.
  • Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang olehVon Deikin berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
  • Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin. MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari al-Quran.
  • Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.


Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 141-162)

  • Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya di Zimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
  • MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhover yang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
  • Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiranIbnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“. Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
  • Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan An-Nabaa’.
  • MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman.

 

Misteri Di Danau Kematian Dan Api Yang Besar Dan Misteri Terbesar Bersama Setiap Batu Atau Peninggalan (ms 163-184)

  • Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan misteri Gunung Berapi Saint Helen di Montana, Amerika Syarikat.
  • Huraian misteri gunung berapi ini kemudian diakhiri dengan ulasan tentang sejarah penemuan negara Amerika dan asal usul namanya sekali.
  • Kemudian, perbincangan yang panjang-lebar telah ditumpukan pada sejarah kuno negara Australia melalui lagenda-lagenda yang dituturkan oleh suku-suku orang asli di sana seperti Aborigin, Arunta, Warra Munga, Binbinga dan Kamiliol.


(Kiri) Orang asli Aborigin dan (Kanan) Orang Asli Warramunga, dari Australia
  • Perbahasan tentang negara Australia diketengahkan kerana Muhammad Isa Dawud cuba membuka persoalan berkemungkinan bahawa negara Australia yang seperti pulau besar itu adalah bongkahan dari jatuhan serpihan-serpihan planet lain.
  • Muhammad Isa Dawud kemudian membongkar pula bukti-bukti dari lagenda-lagenda di Peru, Amerika Selatan. Perbahasan mengenai Peru tertumpu kepada misteri bentuk-bentuk fizikal tempat-tempat ibadatnya. Bukti-bukti penemuan ahli paleantologi mengenai lembah-lembah di Peru juga dibahaskan dengan panjang.



(Gambar) Kuil kuno di Peru yang berjaya ditemui ahli arkeologi.
  • MID menyimpulkan di akhir topik ini bahawa penemuan-penemuan dan misteri di Montana, Australia dan Peru itu masih belum ada jawapannya.

 

Api Aneh Di Bumi Aneh Tidak Ada Kehidupan Di Bumi Kita Yang Datang Dari Planet Lain (ms 185-212)

  • MID memulakan topik ini dengan mengisahkan dengan panjang lebar berkenaan seseorang yang ‘aneh‘ yang datang ke kota London. Orang aneh tersebut telah bekerja di sebuah ladang yang besar. Sebuah peristiwa aneh telah berlaku di ladang itu dan penjaganya. Perisitiwa itu disaksikan sendiri oleh tuan punya ladang yang kemudiaanya telah dianggap gila orang masyarakat setempat kerana menuturkan tentang ‘daerah makhluk asing’.
  • Perbincangan diteruskan dengan menghuraikan kisah kedua iaitu berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke alam lain di sungai berdekatan rumahnya.
  • Budak perempuan yang bernama Karen itu telah mengalami satu pengalaman mengembara ke alam lain (dimensi kelima) yang tidak disengajakannya.
  • Kanak-kanak itu mengisahkan kepada keluargaya bahawa dia telah melihat suatu peradaban yang lebih maju tetapi hampir musnah.
  • Malah Karen juga berbicara dan berjalan bersama-sama makhluk di alam misteri itu. Namun percakapannya tidak dipercayai kerana ia masih kanak-kanak. Sehinggalah dewasa, budak perempuan itu membukukan kisah misterinya.

 

Tetaplah Mada’in Salleh Sebuah Misteri Dan Tanda Bagi Yang Bertanya (ms 213-242)

  • Topik ini membicarakan dua hujah dari dua orang penulis, yang pertamanya seorang dari Sweeden iaitu F.N. Mubirg dan seorang lagi penulis Muslim iatu Abd Hamid Murdad. Kedua-dua penulis itu membicarakan misteri bagi tempat dan kaum yang sama iaitu kaumTsamud, ‘Ad dan daerah Mada’in Salleh di Semenanjung Arab cumanya berbeza dari segi pendapat dan hipotesis.
  • Pertamanya Muhammad Isa Dawud membentangkan hasil tulisan F.N. Mubirg yang mengambil kisah dari seorang pengembara zaman Viking Kuno. Pengembara itu menceritakan pengalamannya melihat tempat-tempat di kawasan Timur Tengah yang menunjukkan adanya peradaban yang maju dengan bangunan-bangunan yang tinggi.
  • Pengembara itu juga melalui manuskripnya mengisahkan bagaimana nenek moyangnya yang berkerja sebagai perompak telah terdampar di suatu tempat yang agak aneh. Bangunannya dari logam dan mempunyai kapal-kapal yang dapat terbang ke udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
  • Bahagian kedua pula MID membentangkan sebahagian kisah yang dipetik dari buku bertajuk Madain Saleh, Tilka Al’A'jubah karangan Muhammad Abd Hamid Murdad. Penulis buku ini mengisahkan pengalamannya melawat lembah Mu’azam, Gunung Al-Hiwar dan Al-Hijr. Tempat-tempat ini adalah peninggalan peradaban kuno kaum Tsamud yang dilaknat Allah SWT.
  • Muhammad Abd Hami Murdad juga menceritakan legena-lagenda fiksyen yang menjadi pegangan kaum-kaum Badwi yang tinggal di kawasan-kawasan itu. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai mitos yang direka-reka kaum Badwi terutamanya bagi kawasan Wadi Al-Anbiya, Wadi Ar-Rajiim, Gunung Bakrah, Gunung Al-Ibrah, Gunung Al-Muruuj dan Lembah Al-Mazham serta Madain Salleh.
  • Akhir sekali, Muhammad Isa Dawud menyimpulkan bahawa dia sendiri bersetuju dengan penulisan penulis barat dan muslim itu tentang peradaban-peradaban yang wujud di Madain Salleh. Menurutnya lagi, peradaban itu telah pun diberitakan dengan jelasnya dalam kitab yang paling dipercayai iaitu Al-Quran.

Mungkin Ada Penghuni Marikh Tetapi Inilah Kenyataannya (ms 243-257)

  • Topik akhir ini Muhammad Isa Dawud mulakan (seperti topik sebelumnya) dengan ulasan terhadap buku bertajuk Di Tepian Alam Semesta, karangan Carter F. Washington.
  • Buku Carter ini membincangkan penemuan terhadap kerangka-kerangka makhluk kuno yang membuktikan wujudnya kehidupan sebelum turunnya Adam. Dalam perbahasannya, Carter dengan tegas mengatakan huruf-huruf Latin dimulakan oleh makhluk-makhluk ini.
  • Beliau juga dengan yakin menegaskan peradaban di bumi adalah berpunca dari peradaban yang wujud dari planet-planet lain.
  • Seorang ahli astronomi bernama Liwel. Penyelidik ini telah membangunkan teleskop bintangnya sendiri untuk mengkaji keadaan-keadaan di planet Marikh.
  • MID mengakhiri perbahasannya dengan mengetengahkan suatu kesimpulan yang ringkas tetapi menarik dan kukuh (pada pandangan penulis). Kesimpulannya ialah ;
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka. 
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”


Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Direnungkan dan Dibahaskan

  1. Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
  2. Kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion
  3. Persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Qayyim iaitu adakah Adam, Hawa dan Iblis berada bukan di syurga sebenar tetapi syurga dari planet lain yang hampir sama indahnya dengan syurga sebenar.
  4. Malaikat mengetahui telah adanya peradaban yang moden sebelum Adam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…
  5. Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengeja mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Pandangan Penulis

Saya lebih tertarik dengan fakta kelima (5) iaitu  penghijrahan Nabi Musa dan Bani Israel. Selepas membaca kenyataan Muhammad Isa Dawud tentang lagenda itu, tiada lain yang saya fikirkan iaitu adakah sebahagian orang Bani Israel yang melihat gambar-gambar itu di dasar Sungai Nil adalah termasuk Samiri yakni Dajjal (mengikut teori Isa Dawud). Jika Samiri adalah salah eorang individu yang melihat gambar-gambar itu, maka tidak syak lagi bahawa dia kelak akan cuba mendapatkan bantuan jin dalam mencari teknologi-teknologi baru. Kita sedia maklum bahawa Dajjal dikurniakan Allah pemikiran yang pantas dan genius. Maka sudah pasti Samiri (Dajjal) itu mengetahui peradaban itu ialah peradaban bangsa Jin. Ini hanyalah teori sahaja yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Hanya Allah jualah yang mengetahui segala.
Beberapa Kelemahan Yang Dikenalpasti
  • Bahasa yang diterjemah ke Bahasa Malaysia kurang tepat walaupun dilakukan oleh orang Malaysia, masih terdapat beberapa perkataan Indonesia yang tidak diterjemahkan. Ini mungkin menganggu kekusyukan membaca dikalangan pembaca Malaysia.
  • Agak mengecewakan pihak penerbitan Pustaka Syuhada (Malaysia) tidak menterjemah sendiri dari buku asli dalam bahasa Arab. Terjemahan atas terjemahan akan merosakkan beberapa ayat dan cara persembahan asal penulis buku tersebut.
  • Font editing kurang kemas dimana perbezaan huruf tidak dibuat pada sebahagian ayat-ayat al-Quran, hadith dan pandangan penulis buku. Sebaiknya dialog, hadith dan pernyataan penulis di asingkan dalam perenggan (paragraph) lain.
Namun demikian usaha pihak Pustaka Syuhada menerbitkan tulisan Muhammd Isa Dawud amatlah dihargai. Mudah-mudahan pihak penerbit (Pustaka Syuhada) dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini disamping menerbitkan lebih banyak lagi karangan-karangan ilmiah para penulis Arab di lain masa. InsyaAllah

Untuk pembaca Indonesia, Singapura, Malawi, Brunei dan Bangladesh;

(Ulasan di atas adalah berdasarkan buku Muhammad Isa Dawud versi Bahasa Malaysia cetakan tahun 2007. kemungkinan pernyataan dan mukasurat terdapat sedikit perbezaan - Ibnuyaacob)

Respon menarik:

Dalam al-Quran disebutkan bahawa bila Allah mencipta Adam, ada di antara malaikat yang ragu kerana ada makhluk seperti itu telah melakukan kerosakan di bumi. Jadi siapakah makhluk yang diragui oleh malaikat itu? Adakah ianya manusia atau makhluk lain. Ini yang belum jelas.Setakat pembacaan saya, saya belum ketemu jawapan yang memuaskan.Dari al-Quran dan Hadis tidak pula dijumpai maklumat lanjut. Dari penulisan orang Islam dan bukan Islam banyak didapati berbagai bagai teorinya. Kalau dari Evolusionism. lagi banyak teorinya. Dalam ayat lain al-Quran ada menyebutkan bahwa Allah mencipta makhluknya yang kamu tidak tahu - mungkin berada di alam lain, alam ghaib. Kita hidup dalam demensi kita, dan mungkin banyak lagi makhluk hidup dalam demensi masing-masing. bolehkah sesiapa menjelaskannya?. Bagi saya kita harus merasa puas dengan setakat ilmu yang Allah berikan, sebab Allah mencipta manusia untuk menyembahnya full stop, rasanya tidak perlu kita mashgul sangat perkara ghaib tu. Wallahu a'alam

Isnin, 30 Mac 2015

MUSLIM : Wow!! Ternyata Negeri Saba' adalah Indonesia, Muslim Wajib Baca!!


Allah menciptakan tujuh langit dan sebagian dari bumi seperti mereka (QS 65.12)

Kita telah kehilangan sejarah, bahkan sejarah tergantung pada siapa yang berkuasa. Saat presiden Soekarno berkuasa kemana sejarah Tan Malaka dan beberapa pahlawan lain, begitupula saat Soeharto berkuasa nama Soekarno redup bahkan kelahiran bung Karno muncul belakangan bahwa beliau lahir di Surabaya yang selama ini kita kenal lahir di Blitar, terbitlah sejarah perjuangan bangsa yang merupakan ciptaan penguasa dengan meminggirkan aktor aktornya. Putra Bangsa sendiri telah melamurkan sejarah Apalagi sebuah negara yang akan menjajah dalam waktu yang lama, tentunya merubah culture memerlukan suatu pemikiran yang dalam yang akan berdampak pada ratusan bahkan ribuan tahun.

Saya tertegun saat berada di Belanda menelusuri Asterdam, Vlissingen, Denhelder, Folendam, Hangelo dan leden bahkan memutari negeri yang pernah menjajah Indonesia yang terkenal lama dan mengeruknya kekayaan negeri ini di bawah ke eropa sampai sampai pernah ada suatu cerita bahwa kapal VOC menumpahkan barang barang bawaan berharga dari Indonesia di mulut pintu amsterdam, bertenggerlah sekarang gedung gedung yang bertuliskan angka tahun 1500 di Amsterdam. Maka ketika Belanda mengirmkan Van Erp tahun 1817 ke Indonesia dan menyatakan Borobudur adalah Candi Budha dan pernyataan itu dianggap benar dan itu apakah benar? Apabila salah maka bangsa ini akan dirugikan selamnya sepanjang jaman. Sanggupkah bangsa ini meneliti kembali akan anugrah illahi yang berada didepan matanya, apakah hanya mempercayai penjajah pada jamnnya dan sampai bangsa ini puna. Di manapun yang namanya menjajah itu ya salah, begitu boleh dipercaya. Saat nya untuk bangkit untuk membuktikan suatu kebenaran tentang siapa kita, bangsa kita, tanah warisan leluhur kita, tanah ciptaan tuhan yang maha kuasa yang telah menciptakan kita. Apabila tidak maka kita tidak akan pernah bersyukur atas apa yang Tuhan ciptakan untuk kita, kita hanya menghabiskan dan merosaknya tanpa mengetahui di mana sebenarnya kita berada. Ini hanyalah sebagian kecil dari penemuan belum berjuta-juta peristiwa atau peninggalan sejarah di negeri ini yang belum bisa terkuak oleh penghuninya.

Dengan Memanjatkan puji Syukur kehadirat Ilahi, bahwasannya kita masih bisa hidup dan dilahirkan di negeri yang Baldatun Thoiyyibatun yaitu negeri yang baik, ciri negeri yang baik di antaranya tumbuh pohon-pohon yang baik yang mengandung antioksidan karena sinar matahari sepanjang tahun dan itu adalah Indonesia. Salah satu ciri negeri Saba adalah ia pernah disinggahi oleh Nabi Sulaiman dan tentaranya, penulis telah mengikuti expedisi ke-19 bersama KH Fahmi Basya Hamdi, dosen Matematika Islam Universitas Indonesia suatu penemuan yang Luar Biasa di Abad ini.

Nama Saba hanya 3 kali disebut dalam al-Quran: 1) Surat ke 34, bernama Saba, 2) Ucapan Burung Hud-hud kepada nabi Sulaiman surat ke 27 ayat 22 3) Hutan Saba, surat ke 34 ayat ke 25.

Beberapa Hal yang bisa dijadikan patokan bahwa Negeri Saba adalah Indonesia dan Bukan Yaman adalah:

1. Di buku-buku Ilmu Sejarah kita disebutkan bahwa Candi Borobudur didirikan pada abad ke-7 Masehi, tetapi menurut Teori paruh waktu , bahwa penelitian terhadap batu candi tersebut tidak bisa dihitung umurnya dengan Isotop C (Carbon). Sehingga bisa ditarik Hipotesa, bahwa Candi Borobudur tidak dibuat pada abad ke-7 Masehi.

2. Adanya phenomena angka 19 di Candi Borobudur. Adapun mengenai phenomena angka 19 itu terdapat di dalam Alqur’an berasal dari kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim yang terdiri dari 19 huruf. Kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim ini yang memperkenalkannya kepada kita adalah Nabi Sulaiman As. ketika beliau berkirim surat kepada Ratu Saba’

Kop Surat dari Surat Nabi Sulaiman As itu adalah kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim .


Isi suratnya adalah: ” Alla ta’luu ‘alaiyya, wa’tuunni muslimiin ” (Jangan menyombong kepadaku dan datanglah kepadaku dengan berserah diri). Dan perlu diketahui surat itu sampai sekarang masih ada yaitu di Musium Nasional berupa lempengan emas bertuliskan Bismillah, surat itu awalnya ditemukan di kolam dekat Candi borobudur.

3. Adanya phenomena posisi tiga buah candi terletak segaris lurus, yaitu: Candi Borobudur, Pawon dan Mendut.

Karena yang membuat Candi Borobudur itu bukan manusia saja, tetapi juga Jin, maka segaris lurusnya tiga candi, yaitu Borobudur, Pawon dan Mendut, bukanlah hal kebetulan. karena Jin bisa melihatnya dari atas.

Untuk apa mereka membuat ketiga candi itu segaris lurus?

Untuk membuat gambar Gerhana. Dengan demikian mereka memberitakan bahwa Borobudur itu gambar Matahari, Pawon itu gambar Bulan dan Mendut adalah gambar Bumi. Itu sebab Mendut mewakili Manusia. Disana ada sebuah patung Manusia sebagai wakil penduduk bumi adalah manusia.

Mengapa Borobudur itu gambar Matahari.? Karena Ya..si Ratu Saba’ itu dulunya kan penyembah Matahari, jadi ‘Arsy dia itu ada nuansa mataharinya.

4. Diceritakan pula di dalam al-Quran istananya berbentuk piring-piring dan patung-patung, sementara itu candi borobudur berbentuk piring dan banyak patung-patungnya, disinyalir patung Nabi Sulaiman As.

5. Candi Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman As. dan Indonesia adalah negeri SABA yg diceritakan al-Quran dalam surat As-Saba (34). karenanya ada nama daerah Sleman di DI. Yogyakarta – Jawa Tengah yang diambil dari nama Nabi Sulaiman As serta nama daerah deket candi Borobudur adalah dusun Salaman.

6. Sementara itu masih di kota Jogjakarta, tepatnya di daerah Prambanan ada candi ratu Boko yang di ambil dari nama Ratu Bulqo/Bilkis.

7. Di dalam al-Quran Surat As-Saba tanda-tanda daerahnya ada buah pahit, sementara disekitar candi borobudur ada buah: Mojo Pahit. bahkan sebuah kerajaan besar yang pernah jaya di pulau jawa dulu rela menamakan kerajaannya dengan nama Kerajaan Majapahit.

8. Lalu diceritakan di dalam al-Quran lagi: bahwa daerah Saba’ dikelilingi dua hutan, sementara itu Borobudur disana ada daerah Wanagiri dan WanaSABA, di mana dalam kamus bahasa jawa kawi; wana = hutan, saba = pertemuan.

9. Dimana seperti dalam al-Quran Nabi Sulaiman menggunakan dua lembar kain dan kain yang luar adalah sutra seperti patung di candi yang terdapat lipatan sutra.

10. Diceritakan lagi di Nabi Sulaiman sering beristirahat dan berlibur di pantai sebelah timur negeri Saba, sementara di sebelah timur Indonesia dekat Papua ada pulau Solomon, yang di ambil dari nama Nabi Sulaiman As.

11. Relief-relief di candi mengambarkan cerita tentang Nabi Sulaiman diantaranya gambar burung yang mengantar surat kepada ratu Bilkis.

Sedangkan relief yang bergambar burung berkepala manusia, memberikan penjelasan bahwa burung hud-hud tersebut bisa berbicara dengan Nabi Sulaiman.

12. Di dalam al-Quran surat As-Saba’ diceritakan negeri SABA telah di azab Allah karena penduduknya kufur dan tidak beriman, yaitu berupa dengan mengirim banjir besar yang menghancurkan negeri Saba’ menjadi berkeping-keping. Karenanya hanya Indonesia-lah satu-satunya negara di Dunia yang mempunyai 17.000 pulau lebih.

13. Indonesia adalah negeri SABA yang hilang, yang oleh Plato dan para ilmuwan barat diistilahkan benua Atlantis yang hilang.

14. Di antara Ribuan jumlah para Nabi, hanya Nabi Sulaiman As yang mempunyai nama Jawa yang berawalan “SU”, sebagaimana Suparmin, Suharto, Sukarno, Supratman, Sulistyono dll.

15. Adanya angin monson di Indonesia semakin menguatkan bukti bahwa Indonesia adalah negeri Saba’.

Dan masih banyak lagi fakta-faktanya yang lain.! Adanya angin monson yang terdapat dalam al-Quran Surat Saba 34: 12 “ Dan Kepada Sulaiman, Angin Bertiup Paginya sebulan dan Sorenya Sebulan.” Dan Angin Musson tersebut berada di Indonesia.

Nah kalau semua fakta ini benar adanya, bahwa yang dimaksud dengan Negeri Saba adalah Indonesia hasil peninggalan Nabi Sulaiman As dan Ratu Bulqis. Sungguh luar biasa bangsa ini, kita telah mewarisi peradaban yang mulia tersebut. Oleh Karena itu Bangkitlah bangsaku, Temukan Jatidiri Bangsa yang merupakan Bumi Penggalan Syurga, Wujudkan dalam kepemimpinan bangsa. Saya yakin dengan mengetahui Jati diri bangsa dan Kebesaran Bangsa maka Negeri Kita akan menjadi Mercusuar Dunia. Wallohu Alam.