Translate

Tajaan

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2015

10 perkara anda perlu tahu mengenai pengeboman Hiroshima dan Nagasaki


10 perkara anda perlu tahu mengenai pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Sempena ulang tahun memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ke-70, berikut 10 fakta penting yang anda perlu tahu mengenai serangan tersebut. -Gambar AFP

PERISTIWA pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 70 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dan terpalit dalam kerakusan manusia mengejar kuasa.

Malah peristiwa itu membawa pengajaran hebat tentang keburukan penggunaan senjata pemusnah besar-besaran untuk tujuan peperangan.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki merupakan antara peristiwa bersejarah menghayat hati yang kita pernah pelajari ketika zaman sekolah.

Pengeboman dua bandar itu menggunakan bom atom merupakan serangan yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman ketika Perang Dunia II.

Menurut beberapa laporan, senjata nuklear Little Boy dijatuhkan di bandar raya Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dan diikuti oleh pengguguran bom Fat Man di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sempena ulang tahun ke-70 memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, berikut disenaraikan 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai serangan bom tersebut.


1. Memetik laporan Damn Interesting, Tentera Udara Amerika Syarikat menjatuhkan risalah amaran pengeboman kepada rakyat Jepun sebelum membuat serangan di Hiroshima dan Nagasaki.

2. Menurut laporan Open Demoracy, untuk beberapa dekad, Datuk Bandar Hiroshima, Tadatoshi Akiba menulis surat bantahan setiap kali ujian nuklear dijalankan, sebagai rayuan untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear.

3. Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 'Enola Gay' menjatuhkan bom atom bergelar 'Little Boy' di Hiroshima dan ‘Fat Man’ di Nagasaki.



4. Menurut sebuah buku berjudul 'Hiroshima 1946', selepas pengeboman Hiroshima yang pertama di Jepun, seorang mangsa Hiroshima yang terselamat berangkat ke Nagasaki untuk mengajar orang ramai teknik ‘Duck and Cover’. Hasilnya, kebanyakan mereka mampu menyelamatkan diri dalam serangan nuklear di Nagasaki.

5. Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.

6. Menurut Wikipedia, pengeboman Hiroshima dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu.

Manakala di Nagasaki, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.

7. Oleander merupakan bunga rasmi kota Hiroshima kerana ia merupakan bunga pertama yang mekar selepas letupan bom atom pada tahun 1945.

8. Selepas pengeboman atom Hiroshima, beratus-ratus orang (kebanyakan mereka tercedera), membuat perjalanan ke Nagasaki. Daripada jumlah ini, 165 terselamat daripada kedua-kedua serangan yang kemudian menceritakan kisah sebenar peristiwa tersebut.



9. Pada tahun 1945, pengendali radar Jepun mengesan kemasukan beberapa pesawat kecil AS (salah satu membawa bom atom yang dijatuhkan di bandaraya Hiroshima dan Nagasaki), tetapi mengambil keputusan untuk tidak menghalang mereka kerana pesawat kecil itu tidak dilihat sebagai satu ancaman.

10. Difahamkan, Tokyo mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum menyedari Hiroshima telah dibom.

Khamis, 29 Mei 2014

Raja Nazrin diisytihar Sultan Perak yang baru

 
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baru.
  
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.
 
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baru dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.

Raja Nazrin menggantikan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Raja Nazri diputerakan pada 27 November 1956 dan merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Bernama melaporkan Raja Nazrin kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.  

Sultan Nazrin kemudian melafazkan sumpah yang berbunyi: "Adalah kita Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian takluk jajahannya menurut Perlembagaan Perak dengan adil mengikut hukum Allah."
  
Setelah melafazkan sumpah, baginda menurunkan tandatangan di atas surat sumpah disusuli laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh para hadrin.
  
Istiadat diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, sebelum Sultan Nazrin meletakkan tangan dan mengucup keranda Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya disempurnakan pemakaman jenazah.
  
Istiadat pengisytiharan pelantikan Sultan Perak yang baru disempurnakan sejurus selesai sesi penghormatan terakhir pada pukul 3 petang.
  
Dewan Negara Perak yang bersidang semalam telah memperkenankan pelantikan Sultan Perak yang baharu.
  
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar hari ini.

Isnin, 17 Disember 2012

Penginapan Hotel Resort Chalet Khemah Bermalam

Untuk mengingatkan kembali di mana aku pernah bermalam pastinya satu catatan yang sukar dilupakan. Ada banyak kenangan semasa di sesuatu lokasi. Mungkin masih ingat di mida ada juga sekadar amat berbalam sukar nak dipastikan.

1.Kota Bharu Kelantan ketika umur lima tahun ikut apak jumpa Yeop Zaini; tak ingat hotel mana tetapi ketika dalam perjalanan sempat singgah bermalam di hotel sekitar KL sebelum menginap hotel di Kota Bharu Kelantan. dari Kota Bharu Perak ke Kota Bharu Kelantan. Menarik perjalanan ini; masa itu yang pergi Apak, Opah Bi, Seorang Pemandu & Aku. Masih dapat dibayangkan dengan pengalaman Hitam Putih; Yeop Zaini baru bertugas sebagai Inspektor bercinta dengan Yong orang Serting Hilir. Berkelah di Pantai Cinta Berahi. tak sangka cinta ini berbuah & lahirlah AC Mizal adiknya Zareen & Boboi

2. Bermalam di dalam bas sekitar tahun 60an, 70an malahan 80an; selalu ke Pesta Pulau Pinang. Pulau Pangkor; dulu ada Pesta Lumut; ke Teluk Batik, Kuala Kangsar Taiping malahan dari Kg Changkat Tualang Kota Bharu Perak aku pernah ke Kuala Lumpur ikut rombongan orang kampung. Penat tidur dalam bas ni; zaman dulu manalah ada bas berhawa dingin. Selalunya bila sampai satu-satu destinasi masjid adalah tempat untuk mandi atau jika ke Cameron zaman dulu air terjun di sana masih boleh mandi tapi teramatlah sejuk.

3. Sering bermalam di rumah saudara mara di Changkat Tin, Tg Tualang; Tukang Sidin, Kuala Kangsar satu tempat tu aku masih samar-samat jauh di dalam estet getah mandi terpaksa di telaga; jika tak silap sekitar Sungai Siput adakah tempat nama Chemor. Tak pasti amat. Selalu pergi jika apak tak hantar kami naik bas dengan emak. Jauh amat kena jalan kaki.

4. Tidur di pokok remenia sebelah Sekolah Kebangsaan Changkat Tualang, tunggu seseorang lalu ke kedai; pokok ni rimbun jika bernasib baik jumpa buah remenia yang masak ranum.

5. Banyak hidupku terkurung di Asrama Putra Jalan Watson & Jalan Tambun Ipoh. dari tahun 72 hingga 77. malam pertama tidur di asrama pakai cadar putih, sarung bantal putih, kelambu warna putih; aku duduk katil bawah; Ada rakan di katil atas. Memang aku menangis ketika itu. Mana tidak awal-awal masuk ke BULI, berkawat bogel; mana berani nak melawan baru masuk ke asrama orang. Bukan berkawat dalam asrama tapi luar asrama sampai keluar ke jalan raya (nasiblah kawasan tu sunyi hanya ada antu cina saja) bila masing-masing telah berpeluh dipaksa mandi dan terus masuk kelambu tidur. Aklu yakin rakanku yang buli ini semuanya telah MATI; ada yang kena gantung sebab pengedar dadah; ada mati ketagih dadah ada mati dihentam lori; malahan yang mati di PANAH PETIR pun ada. Jangan main-main doa orang yang teraniaya. Di dunia Tuhan telah tunjukkan balasan jika selamat pun insya-Allah mereka ini pasti berkawat di tengah Padang Mahsyar telanjang bulat anak-anak, cucu malahan kekasih pun akan melihat. Sampai sekarang aku tak boleh maafkan perkara najis begini. termasuklah warden yang bertanggung jawab membiarkan perkara ini berlaku. BULI ada batas; aku mimpi basah umur 10 tahun; yang buli ini semua dah baligh bagaimana tak tahu mana baik mana buruknya.

6. Tidur di jarat cina Tambun perkara biasa bagi kami di asrama. Sebabnya amat bosan terkurung di asrama yang terbiar. Ada kalangan musang & jampuk sekitar sana dah jinak dengan aku. Dah memang dia tahu aku telah jadikan jarat cina itu taman berhibur segala pokok rendang sana menjadi dahan bergantung & menyapa angin malam.
:
:
:

116. Pelangi Hotel di Genting; Tak pasti masih ujud atau tidak; mungkin sekitar tahun 80an. Masa itu Tok Perak masih berkerja di sana. Kenapa aku ke sana mumngkin Tok Perak dapat mengesan kenangan ini.

117. Doom perkhemahan pelajar Kaji Ukur Batu 3 Port Dickson sekitar tahun 80an; berkhemah dengan Mila.

bersambung.



Ahad, 7 Ogos 2011

Tun Teja

Gambaran pelukis wajah Tun Teja

Tun Teja Ratna Benggala atau Tun Teja, merupakan anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah, Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke 8. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang. Khabar kecantikan Tun Teja hingga ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, Tun Kecil. Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja berikutan pertunangan Tun Teja dengan Sultan Pahang.

Tun Teja disebut dalam dua hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang menyatakan Hang Tuahlah yang memujuk Tun Teja lari tetapi dalam Sejarah Melayu ia dikatakan Hang Nadim.

Tersebut pula kisah Hang Nadim yang merupakan Laksamana Melaka yang telah diutuskan ke India untuk membeli 40 gulung kain namun malangnya kapal beliau telah karam dipukul ribut. Bimbang akan kemurkaan Sultan Mahmud, Hang Nadim telah pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Tun Teja. Sesampainya Hang Nadim ke Pahang, baliau telah membuat perhubungan dengan orang-orang istana hinggakan tiada orang curiga lagi akan niatnya. Tun Teja di pujuk rayu dan Hang Nadim menceritakan tentang kebaikan rupa paras Sultan Mahmud dan kegagahan kerajaan Melaka. Tun Teja termakan pujuk dan bersetuju untuk mengikut Hang Nadim pulang ke Melaka.

Hang Nadim merancang akan rancangan untuk melarikan Tun Teja ke Melaka dan perjalanannya memakan masa selama 40 hari. Sesampainya Hang Nadim ke Melaka, beliau telah meniarap dilantai balai istana denagn tangan seakan terikat kebelakang. Melalui kata-kata kiasan, tahulah baginda bahawa Hang Nadim telah berjaya memujuk Tun Teja ke Pahang dan akan dipersembahkan kepada baginda. Tun Teja dikahwini baginda dan dikurniakan seorang puteri, Tengku Amra Dewi.

Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat sewaktu Portugis mula menyerang Melaka yang pada ketika itu Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar, pada tahun 1511. Tun Teja telah dimakamkan di Merlimau, sekitar 24 km daripada bandar Melaka.

Berbeza dengan versi Hikayat Hang Tuah yang menyebut tentang Hang Tuah yang telah difitnah oleh orang-orang istana Melaka dan telah membawa diri ke Pahang setelah dinasihati oleh Bendahara Paduka Raja. Sesampai di Pahang, Hang Tuah telah membuat perhubungan dengan Bendahara Seri Buana iaitu ayahanda kepada Tun Teja dan Tun Jenal, adinda Tun Teja. Pada mulanya Tun Teja menolak akan pelawaan perhubungan dengan Hang Tuah namun setelah diberi ubat guna-guna melalui Dang Ratna, inang pengasuh Tun Teja yang juga menjadi ibu angkat Hang Tuah, Tun Teja telah jatuh cinta kepada pahlawan itu, walhal Tun Teja Telah pun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu.

Hang Tuah telah membuat pakatan untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut, walau pun pada mulanya orang-orang Pahang berjaya menghidu akan tindakan Hang Tuah, diketuai oleh Tun Jenal. Namun angkatan tentera Pahang terpaksa berpatah balik setelah tiang kapal mereka patah dipanah oleh Hang Tuah. Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan gajah ke balairung seri istana Melaka. Tun Teja terperanjat kerana dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah, walhal kedatangannya ke Melaka adalah untuk mengahwini Hang Tuah. Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah, Tun Teja melupakan Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka, manakala Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan Melaka dan dijadikan Laksamana.

Megat Panji Alam yang amat marah dengan kejadian yang menimpa tunangannya, telah mengambil keputusan untuk menyerang Melaka bersama 4000 tentera namun beliau singgah di Pahang untuk mengadap Sultan Pahang. Namun beliau dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi yang telah diarahkan oleh Hang Tuah yang telah dapat menghidu tindakan Megat Panji Alam. Sultan Pahang yang murka kerana gagal menjalinkan hubungan dengan Terengganu, telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga Tun Teja.