Translate

Tajaan

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2015

Satelah diperkosa, Murid SD ini Dibunuh oleh Sepupunya



MAKASSAR - A (10), murid SD warga Paowe, Kelurahan Salokaraja, Kecamatan Lalabata, Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan, yang ditemukan tewas setelah hilang selama tujuh hari. Kepala Polres Soppeng, Ajun Komisaris Besar Polisi (AKBP) Dodiet Prasetyo Aji, mengatakan, A diperkosa lalu dibunuh oleh Misbah (25), sepupunya sendiri. Pelaku baru tinggal di Kota Makassar sekitar 3 tahun.

"Jadi sebelum di Makassar, pelaku tinggal di Papua. Misbah awalnya dicurigai sebagai pelaku, karena terlihat terakhir bersama korban. Ada beberapa saksi yang melihat itu," katanya ketika dihubungi via telepon seluler, Kamis (30/7/2015).

Dodiet mengatakan, hilangnya korban pertama kali dilaporkan oleh sang nenek. A memang diketahui tinggal bersama neneknya selama ini karena kedua orangtuanya sudah bercerai.

"Korban selama ini tinggal dengan neneknya di Soppeng. Sedangkan kedua orang tuanya telah bercerai. Ayahnya tinggal di Masamba dan Ibunya tinggal di Samarinda," ujar Dodiet.

Sementara itu, Kepala Polsekta Manggala, Kompol Akbar Setiawan mengatakan, pelaku ditangkap di rumah tantenya di Jl Makkio Baji, Kecamatan Manggala.

"Tadi malam setelah ditangkap sempat diamankan di Polsekta Manggala, Makassar. Di sini pelaku sempat diintrogasi sebelum tadi pagi dibawa ke Polres Soppeng," tuturnya.

Sebelumnya diberitakan, A ditemukan tewas setelah hilang selama tujuh hari. Jenazah korban ditemukan dalam kondisi membusuk dan tertutup daun kelapa kering di belakang bangunan sanggar tani, tepatnya di kebun H Syamsuddin di Paowe, Kelurahan Salokaraja, Kecamatan Lalabata, Kabupaten Soppeng.

Dari hasil visum RSUD Ajapange Soppeng, terdapat luka robek pada alat vital korban, luka pada kepala dan luka gores pada punggung tangan sebelah kanan.

Rabu, 10 Disember 2014

BILA USIA SEMAKIN SENJA


Kerja doktor cuba merawat. Pesakit pula kena setia makan ubat. Ada ketika bila dah diserang sakit kronit ni silap makan boleh buat sakit tak menentu. Gula naik semua masalah lain jadi kacau. Darah akan naik. Samalah jika kolesterol naik pasti tekan darah juga naik.

2. Ubat kena makan untuk menyekat sakit merebak. Bahan makanan lain seperti herba kena menjadi makanan untuk memulihkan kesihatan. Ketika kita sakitlah ada kalangan rakan akan ambil kesempatan untuk memujuk kita beli ubatan dari jualan MLM yang mahal untuk menjadikan mereka cepat kaya. Paling naif ada kalangan mereka dapat melancong percuma setelah mendera mereka yang sakit kronik ini dengan pembelian barangan yang mahal.

3. Doktor sudah sediakan ubat. Makanlah. Negara kita sebenarnya kaya dengan herba yang terbiar tidak kita amalkan mahu memanfaatkan terbuang. Sebagai contoh. Buah mengkudu. Melambak gugur. Ada ketika serasi bagi mereka yang diabetes menjadi penawar yang bagus. Cuma usaha sedikit. Perah sendiri & minum jusnya. Jering petai ulaman kampung juga bagus untuk perjalanan darah juga boleh buang kolesterol dalam badan.

3b. Ada banyak herba lain yang dijual secara terbuka di kedai sensei cina bagus untuk diamalkan dari duit habis disamun mereka yang guna cara jualan langsung yang mahal ini. Yang pasti rajin mencuba juga bertanya apa petua amalan mereka yang sakit kronik boleh bertahan pun berumur panjang.

5. Bila dah tua ni doktor muda pun sering membebel bila keadaan diri kita tak stabil. Ada ketika sakit kronik ini bukan sebab tak makan ubat boleh menjadi kritikal. Makan ubat sekali pun jika fikiran yang terganggu, tidur tak cukup, kurang bersenam semua itu menjadi penyebab sakit boleh melonjak naik. Sebab itu pesakit kronik kena banyak berehat beri sokongan juga jangan buat mereka stres. Jika awak asyik membuli pesakit kronik dengan pelbagai agenda juga ancaman menggusarkan ibarat awak sengaja mahu membunuh pesakit kronik ini.

Sedar tak sedar Januari nanti akan masuk tahun ke sembilan aku bergelar pesakit kronik. Sebab aku mula makan ubat malas mati ini sejak usiaku 48 tahun. Huh aku berharap aku boleh bertahan.

Khamis, 29 Mei 2014

Kematian lans koperal, 13 anggota tentera ditahan

Polis menahan 13 anggota tentera bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang anggota tentera dan dua orang awam cedera di Pekan Lahad Datu semalam.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kesemua mereka ditahan sejak semalam di sekitar Pekan Lahad Datu dan 13 laras senjata api turut dirampas.
  
"Mereka direman sehingga 4 Jun bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini dan menambah sehubungan itu kes berkenaan dianggap selesai.
  
Dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah kedai, tembakan itu mengakibatkan Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di dada dan meninggal di Hospital Lahad Datu.
  
Dua orang awam turut cedera yang merupakan warga Indonesia berumur 31 dan 38 tahun yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.
  
Sementara itu di Tawau, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kementerian berkenaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan sebelum pihaknya mengambil sebarang tindakan.
  
Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian tersebut kerana ia melibatkan anggota pasukan keselamatan.
  
"Sekarang kes ini (adalah) kes polis dan polis akan buat siasatan dan kita pun tak pasti apa yang berlaku sehingga polis selesai melakukan siasatan.
  
"Jadi kena tunggu hingga polis membuat pengesahan berkaitan kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai perjalanan pengurusan kem Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem San Shui di Kota Kinabalu hari ini.
  
Menurutnya, jika terdapat bukti mencukupi, anggota tentera yang didakwa melepaskan tembakan itu akan didakwa di Mahkamah Awam kerana kes berlaku di kawasan awam serta melibatkan orang awam dan kes bukan berlaku di kawasan kem tentera.
  
Abdul Rahim juga berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam penggunaan senjata api bagi anggota tentera akan ditambah baik jika terdapat kelemahan, tetapi ia bergantung kepada hasil siasatan kes berkenaan.
  
"Penggunaan senjata api di kalangan anggota tentera atau polis mempunyai SOP tertentu dan anggota yang tidak bertugas tidak harus menggunakan senjata api sewenang-wenangnya apatah lagi untuk kegunaan peribadi.

“Tapi kita akan tunggu siasatan, sama ada dia (suspek) ikut SOP atau tidak. Kalau dia ikut OK, tetapi kalau dia tidak ikut, kita akan tengok apa (bentuk) tindakannya. Kita akan lihat semula selepas pihak polis siasat,” katanya.
  
- Bernama

Rogol beramai-ramai, tiga beranak antara 14 ditahan

Seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.
  
"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.
  
"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasir Mas hari ini.
  
Lai berkata seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu  Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.
  
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
  
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
  
Sementara itu, Lai berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.
  
- Bernama

Jumaat, 1 Februari 2013

Polis Tahan Pegawai Bank — Kes Kecurian RM50,000 Lisa Surihani Hampir Selesai

Pihak polis baru baru ini telah mengesahkan yang seorang wanita yang merupakan seorang kakitangan bank telah di’tahan berkaitan dengan kes kehilangan RM50,000 daripada akaun milik Lisa Surihani.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa Surihani sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran berjumlah RM50,000.

“Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai,” komen Lisa Surihani tentang penahanan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial K. Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

RM50 Ribu Wang Lisa Surihani Lesap

Salam, terbaca berita RM50 Ribu Lisa Surihani Lesap dalam akaun bank disyaki kekeluarkan oleh individu lain. Kehilangan wang tersebut mula disedari apabila ibu Lisa ingin mengeluarkan sejumlah wang melalui mesin juruwang automatik di Seksyen 9 bandar Baru Bangi, baru-baru ini, namun gagal. Apabila dirujuk dengan bank, rupa-rupanya kad yang dalam simpannya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukar dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.





Selepas semakan keatas akaun bank dilakukan, didapati terdapat rekod pengeluaran wang sebanyak RM50,000 dari akaun tersebut dikeluarkan di beberapa lokasi dan yang terbaru di Kuantan, Pahang, pada selasa lalu. Berikutan itu, Lisa Surihani dan ibunya tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, pada hari yang sama.


Namun yang menjadi kemuskilannya, macam mana proses penukaran kad boleh dilakukan oleh orang lain ? Bukan ke setiap proses penukaran kad memerlukan bukti seperti kad pengenalan.


- Sabar ye Lisa ! Mungkin pihak polis akan dapat selesaikan kes ini.

RM50,000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani 
Lisa Surihani
KUALA LUMPUR:

Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.

Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.

“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Khamis, 17 Januari 2013

Polis siasat akaun Twitter persenda Tunku Mahkota Johor

03/04/2012 6:09pm

JOHOR BAHARU 3 April – Polis Johor hari ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung kewujudan satu akaun di laman sosial Twitter yang mempersenda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, laporan itu diterima pihaknya semalam dan siasatan mengenainya kini dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Laporan itu dibuat oleh peguam Tunku Ismail kira-kira pukul 1.30 petang semalam di Balai Polis Pelangi Indah, di sini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan program High Profile Policing bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Terminal Larkin Sentral, di sini.
Tunku Ismail menerusi tweet @HRHJohor2 pada Sabtu lepas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas akaun berkenaan.

Akaun itu dikendalikan sebagai @HRHJohor dengan menggunakan nama yang mempersenda Tunku Ismail berserta gambar baginda.

Akaun berkenaan, bagaimanapun, telah dinyahaktifkan sejak tiga hari lepas. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd