Translate

Tajaan

Isnin, 18 Julai 2011

Asam pedas Melaka

Bahan-bahan
  • 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh)
Bahan kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
  • @ 1/2 bawang besar-hiris
  • @ 1/4 sudu teh biji sawi
  • @ 1/4 sudu teh halba
  • @ 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

Rabu, 13 Julai 2011

SPRM digesa siasat dakwaan Rosmah beli cincin RM73j

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:

Nama Barangan:
Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA

Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 group"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.


Susan Loone
Jul 14, 11
9:05am


NONE"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

Gelenggang: Jika benarlah perkhabaran ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga yang isteri PM kita mampu berjimat cermat & sampai boleh berbelanja semahal itu sebentuk cincinnya.

Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan Abdul Rahim Sabri Jul 13, 11 5:02pm

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

NONEDengan sinis, Noh (kanan) berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.

Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.

Dinafikan hak bersuara

Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata, perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Noh turut mengulas penggantungan dua ADUN BN Selangor dari menghadiri perbahasan sidang DUN Selangor semalam kerana mengingkari arahan speaker.

selangor dun state assembly 120309Katanya, apa yang berlaku menggambarkan "demokrasi sebenar" Pakatan yang sebelum ini lantang melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan sebelum mengambil alih Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

"Tetapi apabila berkuasa, di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat hendak bercakap seperti mana mereka (Pakatan) mahu sebelum ini," katanya yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri.

Semalam dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar DUN setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.

Manakala Ketua penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang pula didakwa tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.

Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno mendakwa kerajaan Selangor sekarang menafikan kebebasan bersuara kepada BN sebagai pembangkang negeri.

Nik Aziz sokong BERSIH 3.0


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong sekiranya himpunan BERSIH 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan, pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ia menyentuh soal kepimpinan negara, lapor Harakahdaily.

NONE"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara? katanya kepada akhbar internet PAS itu.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata PAS akan mendesak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan gabungan itu dalam masa terdekat.

Mohamad yang pengerusi badan penggerak mobalisasi demokrasi PAS mengingatkan SPR supaya tidak berdolak-dalik kerana empat daripada lapan tuntutan itu boleh dilakukan suruhanjaya itu.

Nik Aziz mendakwa perhimpunan Sabtu lalu sepatutnya berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Katanya, perasaan manusia ibarat banjir yang akan mengganas dan menghanyutkan apa sahaja sekiranya disekat.

Mengulas dakwaan bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohammad berlakon sakit, Nik Aziz berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

"Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, Insya-Allah," katanya.

Isnin, 11 Julai 2011

70 isteri wakil rakyat keracunan makanan

Berita Oleh: amkns

"Kosmo 11 Julai 2011 , KUALA TERENGGANU - Lebih 70 orang isteri wakil rakyat yang terbabit dalam Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini kelmarin, mengalami keracunan makanan.

Kejadian mula disedari kira-kira puku1 1 pagi apabila beberapa mangsa mula muntah-muntah dan cirit-birit sebelum mereka dirujuk kepada petugas di klinik statik hotel penginapan iaitu Primula dan Permai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 17 mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Bagaimanapun, hanya 15 yang ditahan di wad kerana simpton yang dialami mereka lebih serius namun, keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya yang ditemui ketika melawat mangsa di HSNZ semalam.

Menurut A. Rahman, punca kejadian masih disiasat namun, beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

1,667 terbabit BERSIH dilepas Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

2011/07/11

JOHOR BAHRU: Seramai 1,667 individu yang terbabit dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu kota kelmarin, sudah dibebaskan secara berperingkat dengan jaminan polis sejak kelmarin.

Mereka termasuk Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi Himpunan PATRIOT, Khairy Jamaluddin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata walaupun semua yang terbabit itu sudah dibebaskan, pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu.

“Kita akan kemukakan kertas siasatan berhubung perkara itu dan tindakan susulan akan diambil selepas ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (KOR SUKSIS) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Timbalannya, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman serta Komandan KOR SUKSIS Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa.

Seramai 1,024 pelatih daripada 24 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara menerima sijil pentauliahan edisi ketujuh itu.

Ismail berkata, siasatan pihaknya terhadap pemimpin berkenaan turut membabitkan kesalahan kerana melanggar peraturan larangan dikenakan polis terhadap 91 individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur ketika perhimpunan berlangsung.

Ditanya laporan media asing bahawa polis mengenakan kekerasan kepada orang ramai ketika perhimpunan haram berlangsung, beliau berkata, rakyat boleh menilai sendiri sejauh mana perkara itu berlaku.

“Polis bertindak secara profesional dan mengikut prosedur operasi (SOP) bergantung kepada situasi yang berlaku bagi menjamin ketenteraman dan kesejahteraan negara,” katanya.

Ismail berkata, rakyat juga tidak seharusnya terpengaruh dengan khabar angin di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter yang berbaur hasutan ekoran perhimpunan haram itu.

“Ketenteraman awam bukan hanya terletak di bahu polis saja, malah rakyat juga perlu bekerjasama memastikan Malaysia sebagai negara aman dan tenteram,” katanya.

Nak makan sedap, jadilah tahanan polis, sertai BERSIH

Oleh: amkns

"Kenyataan polis ini seolah-olah menggalakkan orang ramai menyertai apa-apa perhimpunan tanpa permit selepas ini, terutama warga kota yang kelaparan. Makanan untuk peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang ditahan polis lebih baik dari anggota polis yang bertugas. RM 23 belanja makan setiap tahanan, hidangan buffet ke?

Polis belanja RM41,475 untuk kos makanan tahanan

Harian Metro 11 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM41,475 diperuntukkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menampung kos makanan 1,659 individu yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di ibu kota, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, pihaknya memperuntukkan RM23 bagi setiap individu yang ditahan untuk menampung kos makanan dan minuman.

“INI MEMBUKTIKAN LAYANAN MESRA KEPADA SEMUA TAHANAN MALAH MAKANAN YANG DISEDIAKAN KEPADA MEREKA LEBIH BAIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ANGGOTA POLIS BERTUGAS.



Hisham nafi polis bertindak ganas, amaran pada media


Kuek Ser Kuang Keng
Jul 11, 11
1:42pm


Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBeliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"dalam media yang telah membuat dakwaan tidak berasas".

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami.

"Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Bagaimanapun, Hishammuddin enggan mengesahkan dakwaan keganasan polis, termasuk serangan gas pemedih mata dan meriam air
ke perkarangan Hospital Tung Shin Hospital, serta dakwaan bahawa Baharuddin Ahmad - yang meninggal dunia selepas ditangkap oleh pihak polis semasa perarakan itu - telah dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

"Kami mempunyai rakaman tertentu. Jika apa yang didakwa tidak mempunyai bukti, mereka yang melaporkannya akan dibawa ke muka pengadilan," katanya berulangkali apabila ditanya mengenai serangan gas pemedih mata dan meriam air di perkarangan Hospital Tung Shin itu.