Translate

Tajaan

Jumaat, 1 November 2013

Wanita Diabetis Boleh Hamil


SOALAN:
Saya sudah berumah tangga selama tiga tahun dan masih tidak mempunyai anak. Saya begitu tertekan apabila sanak saudara asyik bertanyakan keadaan saya. Saya ingin tahu, jika salah seorang suami atau isteri mempunyai kencing manis, adakah sukar bagi mereka mendapatkan zuriat? Bagaimana pula jika kedua-dua suami dan isteri mengalami kencing manis?

Ada yang memberitahu saya penghidap kencing manis sukar mendapatkan zuriat. Untuk pengetahuan puan, saya baru saja menjalani pembedahan di bahagian rahim kerana haid terhadang.


Junn,
Yuan Ching Road, Singapura

JAWAPAN:
Anda perlu menyatakan usia anda terlebih dulu kerana usia wanita memainkan peranan penting dalam menentukan kesuburan dan kejayaan dalam rawatan kesuburannya. Wanita yang mengalami penyakit kencing manis lazimnya tidak mempunyai masalah untuk hamil namun berisiko untuk mengalami keguguran dan kecacatan janin jika kencing manis itu tidak terkawal.

Namun, penyakit kencing manis mungkin turut dihidapi oleh wanita yang mengalami penyakit yang mengganggu kesuburan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS). Lelaki yang berpenyakit kencing manis pula boleh mengalami mati pucuk dan tidak berupaya mencapai ereksi zakar untuk dimasukkan ke dalam faraj. Secara amnya, bilangan sperma dan kualiti asasnya (pergerakan dan bentuk) sama dengan lelaki tanpa kencing manis namun kajian lanjut menunjukkan ada kerosakan DNA (struktur genetik) pada sperma lelaki penghidap kencing manis yang boleh mengurangkan kesuburannya. Perkara ini tidak diuji dalam ujian air mani biasa.

Puan tidak nyatakan jenis penyakit yang puan alami serta jenis pembedahan dijalani. Berkemungkinan puan tidak didatangi haid untuk beberapa bulan dan didapati lapisan haid (endometrium rahim) sudah menebal lalu puan dinasihati menjalani prosedur D&C untuk memeriksa lapisan haid (endometrium dalam rahim) dengan lebih lanjut sama ada berpenyakit ataupun sebaliknya.

Puan dinasihatkan meneruskan rawatan kesuburan. Suami juga dinasihatkan menjalani ujian air mani. Penyakit kencing manis (jika dialami) juga perlu dikawal sebelum memulakan kehamilan. Mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap malam.

Rabu, 16 Oktober 2013

Cara remove virus shortcut dari pendrive.| IT

Cara remove virus shortcut dari pendrive.| IT


sumber: google
Pernah tak terjadi dalam komputer kau orang, bila kau cucuk pendrive, sekali semua folder dah bertukar rupa jadi icon shortcut macam kat picture atas tu?? Dan, semua folder tu tak boleh nak buka. Damn! Sakit hati! Mesti kau cakap, lagi baik aku format pendrive. Even dalam pendrive tu ada berjuta macam benda penting. Kesian kan?

Jadi, malam ni, aku nak kongsilah sikit, macam mana nak remove shortcut virus dalam pendrive, tanpa format pendrive tu, since cikgu-cikgu selalu jumpa aku pasal nak remove virus ni. Kesian.

1) Cucuk pendrive. Kenal pasti kau punye pendrive locate kat mane. Kat E ke, F ke atau sebagainya.

2) Before kau buat ape-ape, aku sarankan, SCAN dulu pendrive tu. Biar mampus semua virus-virus mukaffafoh tu.

3) Dah siap scan, kau klik kat My Computer, klik Tools, kemudian, Folder Options, and then View. Kau nampak tak ada kotak dia tulis show hidden files tu?? Ha, kau klik yang tu. Kemudian kau unclick yang hide extension dengan hide protected tu. Biar kita nampak semua isi dalam window. Haha..

Murid-murid, faham setakat ni?? Kalau faham, bagus, boleh kite proceed ke step seterusnya.

4) Bukak lokasi pendrive tadi. Biarkan dia terbuka. Kau akan nampak, folder yang shortcut tadi actually sudah di hiddenkan oleh virus tadi. Cis! Kuang ajaq!

5) Klik kat Start, Run, dan kau taip cmd. Then, muncul skrin hitam kan.

6) Kau taip command ni ok!

attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
(yang g tu ialah lokasi pendrive kau. If pendrive kau location dia F, kau tulis la F, jangan taip Q pulak)
Kemudian, tekan button Enter.

7) Kau punya skrin hitam akan ambik masa nak loading. So, kau kena bersabar. Tunggu sampai second command muncul. Bila second command dah muncul, kau pergi tengok kat location pendrive tadi.

8) Kau punya folder yang hidden tadi dah back to normal. Yippie!

9) Dan kau dengan senang hati, boleh delete folder yang ada shortcut tadi. Pandai-pandai kaula ye.

10) Setting yang dekat My Computer tadi, kau tukar jadi macam asal balik ok! Jangan malas! Aku takut kau terdelete files window yang penting, kang tak pasal-pasal window corrupt.

Tadaa! Siap! Penat tak baca? Haha.. Kesian. Takpe, at least aku share something kan? SELAMAT MENCUBA! :)

Ahad, 1 September 2013

Tips Menjimatkan Kos 'baiki Kereta..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ni semasa saya balik ke rumah mentua saya di Batu Gajah.. Saya dapati kereta Kia Spectra kesayangan saya ada mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan apabila membelok di beberapa persimpangan jalan..Sebenarnya sebelum ini pun dah ada bunyi-bunyian tersebut.. Tetapi ianya jarang-jarang berlaku.. Jadi saya menangguhkan untuk memperbaiki kerosakan tersebut..

Kebetulan pula pada ketika itu saya berada di Batu Gajah, jadi inilah peluang terbaik untuk saya baiki kereta mana yang patut.. Sebelum ini saya dapati Kos baiki kereta di Batu Gajah lebih murah berbanding di tempat saya bekerja.. Ini disebabkan terdapat sebuah kedai yang menjual spare part kereta dengan harga yang murah di sini.. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik semula kepada masalah kerosakan kereta Kia Spectra saya yang telah berumur 6 tahun.. 

Langkah pertama yang saya lakukan adalah pergi ke bengkel baiki kereta yang berhampiran dengan rumah ayah mentua saya.. Saya bagi tahu kepada pomen di bengkel tersebut, tentang masalah yang kereta saya hadapi..

Bagi sebuah bengkel kereta yang bagus.. Mereka akan cuba sedaya upaya melayan pelanggan mereka dengan baik.. ;)

Untuk mengenalpasti kerosakan kereta saya.. pomen bengkel kereta tersebut telah membuat uji pandu ke atas kereta saya.. Dahsyat juga pomen ini... Siap buat drift beberapa kali semasa beliau sedang memandu uji kereta saya....

Setelah puas buat drift.. Pomen tersebut memberitahu bahawa kedua-dua Drive Shaft kereta saya mengalami kerosakan.. bagi saya memang patut pun Drive Shaft ini rosak.. Sebabnya saya tidak pernah menggantikan Drive Shaft kereta ini semenjak saya membelinya pada tahun 2006.. 6 tahun pakai tanpa berganti.. Kira lamalah tu kan..   

Semasa pomen bengkel tersebut sibuk mengesan kerosakan kereta saya.. Saya sempat mengambil gambar pada bahagian yang rosak tersebut..

Gambar Drive Shaft kereta yang rosak pada sebelah kanan..

Gambar Drive Shaft kereta yang riosak pada bahagian kiri..

Bahagian yang rosak ini dikenali sebagai C.V. Joint atau Constant Velocity Joint.. Bila dah rosak kenalah baiki.. bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan kenderaan terpelihara..

Jadi saya tanyalah kepada taukey Bengkel kereta tersebut tentang kos baiki untuk kedua-dua Drive Shaft tersebut.. Taukey bengkel tersebut memberitahu kos baiki Drive Shaft tersebut termasuk upah ialah RM420.00..

Mak Oi.. Mahal tu.. Mana nak cari duit sebanyak itu dengan serta-merta??

Sebelum ini saya sedia maklum, Spare Part untuk kereta Kia Spectra memang mahal.. Disebabkan Spare Part kereta ini agak susah dicari.. 

Kereta keluaran Korea tidak seperti kereta-kereta keluaran Jepun seperti Honda dan Toyota yang mempunyai lambakan Spare Part di pasaran.. Biasanya Spare Part kereta Kia adalah Spare Part original.. Disebabkan itu harga Spare part kereta ini agak mahal..

Untuk menyelamatkan diri.. Saya memberitahu kepada taukey bengkel kereta tersebut... sekarang ini saya tidak membawa jumlah wang yang mencukupi.. Jadi saya akan baiki kereta ini di lain waktu, apabila saya telah mempunyai duit yang mencukupi nanti.. (Bohong sunat tu).. 

Taukey bengkel kereta tersebut bersetuju dengan kata-kata saya.. Beliau berpesan supaya jangan tangguhkan lama-lama untuk baiki kereta ni.. Disebabkan ia boleh mendatangkan bahaya sewaktu dalam perjalanan.. Saya faham akan kata-kata taukey tersebut, sambil beredar meninggalkan bengkel beliau yang telah memberikan "maklumat berharga" kepada saya..  

Sekarang ni saya dah tahu bahagian mana yang rosak.. Siap ada gambar lagi.. Tindakan seterusnya yang saya lakukan ialah mengunjungi kedai spare part kereta.. Untuk mendapatkan harga bagi dua Drive Shaft tersebut.. 

Bila saya tanya dekat kedai Spare Part, Harga yang diletakkan untuk seunit drive Shaft tersebut ialah RM140.. Setelah proses tawar menawar dilakukan saya dapat membeli Drive Shaft tersebut pada harga RM68 seunit.. Untuk 2 unit, saya perlu membayar RM136.. Kira murahlah tu berbanding harga yang dikenakan oleh bengkel kereta tadi.. Syukur Alhamdulillah..

Langkah yang seterusnya saya perlu mencari bengkel kereta yang lain.. Yang boleh memasang Drive Shaft ini pada kos upah yang berpatutan.. 

Bila saya tanya satu kedai tu..  taukey kedai boleh bagi harga RM30 seunit untuk kos pemasangan Drive Shaft tersebut.. Jadi upah yang dikenakan untuk memasang dua Drive Shaft (C.V. Joint) tersebut adalah RM60..  

Bila saya jumlahkan kesemua perbelanjaan yang saya keluarkan untuk baiki kerosakan Drive Shaft pada kereta saya, tak sampai pun RM200..  

2 unit Drift Shaft (C.V Joint) = RM136
Kos Pasang C.V joint = RM60

Jumlah keseluruhan kos baiki kereta = RM196..

Jimat RM224 (lebih 50%) berbanding harga (RM420) yang dikenakan oleh bengkel kereta pertama.. Penjimatan yang sangat banyak..

Kesimpulan yang dapat saya buat dalam artikel ini..

Kita jangan menyerahkan 100% urusan baiki kerosakan kereta kita pada mana-mana bengkel kereta. Biasanya bengkel kereta akan meletakkan harga belian pada Spare Part yang mereka jual (Biasalah bisnes).. Sedangkan kita boleh mendapatkan separuh harga untuk Spare Part kereta tersebut, sekiranya kita membelinya di kedai menjual Spare Part..

Sekiranya anda tinggal di kawasan Pusing, Ipoh, Batu Gajah.. Saya syorkan anda membeli Spare Part kereta di kedai seperti alamat berikut:

Syarikat Peniagaan Alat-Alat Ganti Ban Fatt

76, Jalan Besar, 31000 Batu Gajah, Perak

Tel : 05-3664858

Kedai ini terletak berhampiran dengan Masjid Besar Batu Gajah.. Setakat ini Alhamdulillah, saya boleh mendapatkan Spare Part kereta Kia Spectra pada harga yang murah di kedai ini...

Sumber

http://www.coretananuar.com/

Rabu, 21 Ogos 2013

ATEM PEARL KTMB

LOKOMOTIF KTMB KELAS 24 TOSHIBA KAWASAKI

LOKOMOTIF KTMB KELAS 24 TOSHIBA KAWASAKI
Lokomotif Class 24 KTM ialah sejenis lokomotif yang digunakan oleh KTMB untuk mengangkut koc penumpang. Tidak diketahui sama ada Class 24 digunakan untuk mengangkut koc kargo atau tidak.


Spesifikasi:


KTM Kelas: 24
Buatan: TOSHIBA KAWASAKI. JEPUN.
Kuasa kuda: 2400
Diperkenalkan: 1987
Usaha tarikan: 43 408
Kelajuan maksima: 120 km / h
Enjin: Pielstick SP16 PA4V 200 VG
Transmisi: Diesel Elektrik
Status:  Masih digunakan


BILANGAN asal: 26 buah (24.101-24.126)


Armada (Nama dan Nombor Lokomotif kelas 24):


24101 PANGLIMA TEJA
24102 MAT KILAU
24103 TOK JANGGUT
24104 MAT SALLEH
24105 RENTAP
24106 LONG JAFFAR
24107 RAJA MAHADI
24108 HANG JEBAT
24109 HANG KASTURI
24110 HANG LEKIR
24111 HANG LEKIU
24112 HANG NADIM
24113 HANG TUAH
24114 TUN TELANAI
24115 TUN BIAJID
24116 TUN KUDU
24117 TUN TAHIR
24118 TUN MAMAT
24119 INDERA GAJAH
24120 SERI LANANG
24121 TUN PERAK
24122 BADANG
24123 TOK NANING
24124 TUN SIRAH
24125 MEGAT TERAWIH
24126 SANG SURA

Khamis, 8 Ogos 2013

Khamis, 1 Ogos 2013

R Hamzah Dua


GURINDAM DALAM KENANGAN
(Buat Allahyarham R Hamzah Dua)
R Hamzah Dua dalam kenangan,
Bidang sastera satu kehilangan.

Berita gempar beliau kemalangan,
Hatiku berdebar diulit kesedihan.

Kaku sebentar bagaikan bermimpi,
Khabar yang menjalar berdebar hati.

Kena reda Allah lebih menyayangi,
Dan kepada-Nya kita akan kembali.

Pergimu diratapi saudara dan taulan,
Meninggalkan legasi dalam penulisan.

Macam tak percaya berita kuterima,
Hilangnya permata dalam susastera.

Masih terbayang leluhur hati budimu,
Sudi memandang kepadaku tak jemu.

Tak lokek ilmu tunas muda dibantu,
Hebatnya karyamu semua dah tahu.

Terpahat indah kekata nasihatmu,
Pastinya kuratah segala amanatmu.

Kamikan berjanji wahai mahaguru,
Jejari terus menari itu kehendakmu.

Meskipun sekejap bersua di maya,
Nasihatmu meresap ke lubuk jiwa.

Siapalah diriku bak dedebu pasir,
Hadirnya dirimu nasihat kauukir.

Berladang sangsi menerima hakikat,
Dirimu menyeberangi negeri akhirat.

Teman seperjuangan dirundung hiba,
Bakti yang disumbang kami berbangga.

Pastinya karyamu menggamit rindu,
Bahasa senimu tetap teguh dihidu.

Doa mengiringi perjalananmu ke sana,
Menyusulnya kami pasti tiba detiknya.

Engkaulah sahabat engkaulah mentor,
Penulis yang hebat bergelumang jujur.

Al-Fatihah setulusnya kami hulurkan,
Waktu bersama seindah pengalaman.

Teruskan berkarya semoga berjaya,
Acapkali tiba menerawang di maya.

Al-Fatihah.

Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA,
Bidor,Perak.
21.7.2013 (Rabu)
Jam 6.00 petang.

Salam takziah buat keluarganya.
Suka · · Semalam pada pukul 6.53 ptg ·

  • Hj R Disma Syabas sdra Pauzi Md Isa...intisarinya Puisimu padat dan tepat sekali utk arwah sdra kita RHD...smoga Rohnya diterima Allah s.w.t. Daku pun kehilangannya juga. Baru 2 hari lepas kami berinteraksi di alam maya mengenai penghantaran karya ke Mingguan Wanita dan artikalku si Nenenk 65 thun bertenaga Dara...Mahasuci Allah s.w.t. yg berkuasa ke atas hidup matinya kita di alam fana ini...
  • Pauzi Mohd Isa Terima kasih Hj R Disma: Walau tak pernah bertentang tetapi arwah terasa dekat di hati. Entah kenapa ye...
  • Pauzi Mohd Isa Bagi saya, arwah R Hamzah Dua terlalu istimewa...
  • Amir Sabri Ahmad Perawakan allahyarham sangat sederhana, berbahasa tak pernah melebih, berkata sejujurnya, cermat pula dalam berbicara, tidak menyinggung dan tak lokek pengalaman, menghargai setiap kenangan dan suka berkongsi ...namun semuanya bersemadi dalam ingatan, tetapi karyanya terus hidup menjadi tatapan. Kali pertama aku mengenali Allahyarham, sebagai penulis muda aku ketika bersamanya tahun 1991..memori yg tak akan aku lupa sebilik dgn arwah R Hamzah Dua & Ramlee Awg.Murshid semasa bengkel penulisan drama radio ketika itu di Kundasang, Sabah. Allahyarham akan sentiasa dikenang. Alfatehah.

R Hamzah Dua


Tahniah sahabatku Idan Radzi, puisi Ratib Diri tersiar di Dewan Sastera, Ogos 2013. Semoga terus berkarya. Kita berkongsi siaran lagi,
pada 26hb Julai pukul 1.01 ptg ·
Orang yang menyukai ini