Translate

Tajaan

Khamis, 23 Oktober 2014

Diabetes atau Kencing Manis



Pengenalan


bullet


Glukosa atau gula


bullet


Makanan yang kita ambil, terutamanya karbohidrat seperti nasi dan sebagainya, akan dicerna di dalam sistem badan kita dan proses ini akan menghasilkan glukosa. Glukosa boleh diserap oleh badan kerana saisnya yang kecil berbanding sais karbohidrat yang besar. Glukosa adalah sumber utama tenaga kita.


bullet


 Insulin


bullet


Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia berfungsi mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita. Sekiranya kandungan gula tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang lebih banyak. Insulin kemudiannya akan membantu menurunkan kandungan gula di dalam darah. Insulin juga penting dalam metabolisma dan penyimpanan protin dan lemak, selain daripada karbohidrat.



Kencing manis
Berbeza dengan orang yang sihat, seorang pesakit kencing manis akan mengalami dua jenis keadaan iaitu:


bullet
kekurangan insulin.
bullet
insulin resistance.



Bagaimana ia bermula ?
Diabetes mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh keturunan. Bagaimanapun ada beberapa keadaan di mana penyakit ini lebih mudah menyerang, seperti berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat, mengandung dan sebagainya.

Jenis-jenis kencing manis
Ada dua jenis kencing manis iaitu:


bullet
Type I
bullet
badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Kencing manis ini juga dikenali sebagai Juvenile-onset diabetes kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile). Ia juga dikenali sebagai Insulin-Dependant Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.

bullet


Type II

bullet


kencing manis jenis ini juga dikenali sebagai mature-onset diabetes atau Non-Insulin Dependant Diabetes Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis yang lebih biasa berlaku. Ia disebabkan oleh kekurangan insulin dan juga insulin resistance (Sila lihat di atas). Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau juga insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan pemakanan mereka.


Perbezaan secara ringkas kedua-dua jenis ini adalah seperti di dalam carta di bawah :
 


Type I (IDDM) Type II (NIDDM)
Bermula pada usia muda, sehingga lebih kurang 16 tahun Bermula lewat, selalunya melebihi 35 tahun
Bermula dengan cepat bila pengeluaran insulin dari pankreas berhenti Bermula secara perlahan-lahan (kronik)
Bukan secara keturunan. Mungkin disebabkan jangkitan Penyakit keturunan
Pesakit tidak semestinya gemuk Selalunya pesakit adalah orang yang gemuk
Memerlukan suntikan insulin di samping penjagaan diet Memerlukan ubat jenis makan dan juga penjagaan diet. Sekiranya ubat tidak lagi berkesan, insulin diperlukan

 

Tanda-tanda
Ada pesakit kencing manis yang tidak merasa tanda-tanda. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:


bullet
selalu kencing, terutamanya waktu malam.
bullet
dahaga yang keterlaluan.
bullet
lapar, oleh itu selera makan naik.
bullet
penurunan berat badan walaupun ada peningkatan selera makan.
bullet
rasa lemah badan.
bullet
pening dan muntah.
bullet
luka lambat sembuh.
bullet
mudak terkena jangkitan kulit.
bullet
kebas kaki dan tangan.
bullet
pemandangan menjadi kabur.



Bolehkah ia disembuhkan ?
Tidak. Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap, pengambilan ubat secara teratur akan membolehkan komplikasi yang sering berlaku seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau dilambatkan.
Mengandung
Selain daripada jenis-jenis di atas, orang yang mengandung juga boleh mengalami kencing manis (gestational diabetic). Selalunya ia bersifat sementara sahaja dan akan hilang bila anak dilahirkan. Ibu-ibu yang mengalami kencing manis jenis ini hendaklah menjaga pemakanan mereka. Ada juga yang memerlukan pengambilan insulin.

Komplikasi-komplikasi akibat sakit kencing manis
Sekiranya tidak ditangani dengan betul, kencing manis boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan, oleh itu pemeriksaan berjadual adalah sangat-sangat digalakkan.


bullet
hyperglycaemia. Sila lihat di bawah.
bullet
penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, stroke dan kerosakan buah pinggang.
bullet
masalah mata seperti menjadi buta, cataracts dsb.
bullet
luka menjadi lambat sembuh dan boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di bahagian (selalunya) jari kaki dan kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu dipotong.
bullet
Jangkitan kuman senang berlaku. Bagi wanita selalu berlaku jangkitan pada alat sulit.
bullet
Kebas kerana kerosakan pada saraf.



Apa yang harus dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini ?

bullet
Pengambilan ubat-ubatan. Sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa ubat:


Ubat-ubatan konvensional : Ubat yang ada dipasaran adalah seperti Amaryl, Avandia, Daonil (glibenclamide), metformin (Glucophage), acarbose, Diamicron dsb. Jenama yang lebih baru seperti Diamicron, Amaryl dan Avandia adalah lebih berkesan. Kami tidak akan menghuraikan secara detail ubat-ubat ini. Setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil ubat-ubatan tersebut. Sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat-ubat ini.
Insulin. Insulin selalunya digunakan oleh pesakit Type I. Pesakit Type II juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat-ubatan yang diambil tidak lagi berkesan. Insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut. Ada 3 jenis insulin utama iaitu short-acting, medium acting dan long acting. Setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.


bullet
Makanan tambahan dan herba


Antara makanan tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah. Bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa kandungan gula di dalam darah mereka. Ubat biasa pula tidak boleh diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba-herba ini.
Persediaan herba seperti peria katak dsb. Ramai pelanggan kami yang menggunakannya dan mendapati herba-herba ini membantu mengawal kadar gula dalam darah mereka, sehinggakan ada di antara mereka yang tidak lagi perlu mengambil ubat biasa.
Gymnema. Herba ini sangat bagus sebagai 'penapis' gula. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia seperti Chitosan yang menapis lemak. Ambil herba ini (ada dalam bentuk teh) sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan. Boleh didapati dikebanyakan farmasi.
Chromium. Chromium memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor (GTF). Pesakit juga boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium.
Pesakit diabetik menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata. Ambil vitamin yang baik untuk saraf terutamanya B1, B6 dan B12.


bullet
Pemakanan harian yang lain
Pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam pengendalian kencing manis. Pesakit perlulah:

bullet
Makan makanan yang seimbang. Spirulina adalah produk yang baik untuk tujuan ini.
bullet
Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat.
bullet
Pengambilan makanan secara tetap, contohnya tiga kali sehari.
bullet
Cuba mengurangkan berat badan untuk mencapai berat ideal. (Sila rujuk kepada rencana kami sebelum ini untuk menentukan berat ideal, atau lawat www.anispharmacy.com/berat.htm untuk maklumat lanjut).
bullet
Karbohidrat ringkas hendaklah dijauhkan. Ini termasuklah gula (putih dan merah), glukosa (seperti Glucolin, dsb) dan madu. Antara contoh-contoh lain yang perlu pesakit jauhi ialah coklet, ais krim, minuman yang bergula seperti Milo, teh tarik, Coca Cola, Pepsi, dsb., air tebu, cendol, ais kacang, dan sebagainya.
bullet
Karbohidrat yang kompleks boleh diambil secara sederhana. Makanan jenis ini lebih lambat dicerna oleh badan, oleh itu ia tidak menyebabkan kenaikan kadar gula yang mendadak di dalam darah. Ini termasuklah nasi, kentang, jagung, kekacang, capati, thosai, oat, mi, roti wholemeal dan sebagainya.
bullet
Karbohidrat asli iaitu buah-buahan dan susu perlu juga diambil secara sederhana. Semua buah mengandungi gula, oleh itu pengambilannya hendaklah juga dihadkan. Begitu juga, jus buah-buahan walaupun ia tidak ditambah dengan gula, haruslah tidak diambil berlebihan. Susu pula mengandungi gula asli di dalamnya. Pengambilannya hendaklah tidak melebihi lebih kurang 240ml sehari.
bullet
Amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama Equal, Lo-cal, Nutra-Sweet, Pal-Sweet dsb. Ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada gula biasa. Kini terdapat jem buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Begitu juga, kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing manis.
bullet
Ambil lebih vitamin C dan Zink.
bullet
Pengambilan gamat (tanpa gula) untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
bullet
Makanan yang boleh diambil tanpa had termasuklah:
bullet
Cecair - air kosong, kopi atau teh tanpa gula, dsb.
bullet
Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.
bullet
Herba seperti cili, lada, cuka, dsb.


bullet


Senaman


Senaman yang kerap dan berterusan selama lebih kurang 30 minit tiga atau empat kali seminggu boleh membantu pesakit kencing manis. Lagipun, pesakit yang mempunyai berat badan yang tinggi boleh menurunkan berat badan mereka dengan senaman yang teratur. Bagaimanpun, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pesakit terlebih dahulu, terutamanya kepada pesakit Type I, yang mungkin perlu menukarkan dos pengambilan insulin harian mereka.
bullet


Penjagaan diri

bullet


Mata. Pesakit kencing manis perlulah menjalani pemeriksaan mata mereka pada masa-masa yang telah ditetapkan. Pesakit kencing manis kerap merasai kabur penglihatan. Ini adalah tanda bahawa kawalan gula di dalam darah mereka tidak baik. Sekiranya ia berterusan, ada kemungkinan berlakunya kerosakan kepada lensa mata dan ini akan menyebabkan diabetic cataract. Pengambilan vitamin B1+B6+B12 secara berterusan perlu diamalkan.

bullet


Kulit. Penjagaan kulit hendaklah dititikberatkan. Luka, walaupun sedikit perlukan rawatan segera. Sekiranya tidak, dikhuatiri ia akan melarat dan menyebabkan gangrene (kulit menjadi buruk dan hitam) terutamanya di bahagian kaki. Penjagaan kaki hendaklah juga dititikberatkan. Pesakit yang lebih tua selalunya mempunyai pengaliran darah ke bahagian kaki yang lebih buruk berbanding orang muda. Jangkitan kuman lebih mudah berlaku.

bullet


Gigi. Seperti kulit juga, sedikit sahaja luka di dalam bahagian mulut boleh menyebabkan jangkitan kuman, dan ini boleh membahayakan. Pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali.

bullet


Pemerhatian kandungan gula di dalam darah

Pesakit kencing manis perlu sentiasa membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam darah mereka. Ini dapat dilakukan di klinik, farmasi (RM 5.00 sekali check) ataupun dirumah. Bagaimanapun anda perlu membeli alatnya terlebih dahulu. Sila rujuk kepada carta kandungan gula yang ideal seperti di bawah ini.


Selain daripada memeriksa kandungan gula di dalam darah, anda juga boleh membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam air kencing. Bagaimanapun ia tidaklah setepat ujian darah.


Masa ujian dibuat Tahap ideal (darah) Tahap baik (darah)
Berpuasa - contohnya pagi sebelum sarapan 3.5 – 5.5mmol/l 4.4 – 6.7mmol/l
2 – 4 jam selepas makan 5.5 – 6.7mmol/l 6.7 – 7.8mmol/l

 

Untuk menukar mmol/l ke mg/dl gunakan formula di bawah:
18.01 x mmol = mg/dl  
Pesakit kencing manis yang tidak mengambil ubat mempunyai bacaan gula melebihi 11mmol/l semasa waktu berpuasa.

Perkara-perkara berkaitan dengan kencing manis
Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)


Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock".
Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila:

bullet
berlakunya pertambahan dalam aktivit yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin.
bullet
pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal.
bullet
terlebih ambil insulin.
bullet
lambat atau tidak makan.
bullet
mengambil alkohol berlebihan.


Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta. Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah. Antara tanda-tandanya ialah:
bullet
berpeluh (sejuk).
bullet
tangan menggeletar (trembling).
bullet
rasa lapar.
bullet
penat.
bullet
pening.
bullet
degupan jantung bertambah.
bullet
rasa keliru (confused) dan 'moody'.

Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera.

Hyperglycaemia (Hyper = tinggi, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)


Kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi daripada normal kerana beberapa sebab, antaranya:
bullet
tidak mengambil ubat atau insulin seperti sepatutnya.
bullet
makan berlebihan.
bullet
kurang bersenam.
bullet
tidak merasa sihat (seperti demam, perubahan hormon, dsb).


Bila ini berlaku, pesakit akan merasa:
bullet
dahaga yang sangat kuat.
bullet
lapar yang datang tiba-tiba.
bullet
selalu kencing, lebih-lebih lagi waktu malam.
bullet
lemah badan.
bullet
turun berat badan.
bullet
penglihatan kabur.
bullet
jangkitan kulit mudah berlaku.
bullet
kulit kering.
bullet
rasa kebas-kebas atau sakit pada kaki atau tangan.

Diabetic ketoacidosis


Sekiranya kawalan gula badan pesakit tidak baik, sel-sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah. Bila ini berlaku, sel-sel lemak (fat cells) akan dipecahkan oleh badan pesakit sebagai sumber tenaga pesakit.
Dalam proses pemecahan lemak ini, ketone akan dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing. Bila ini berterusan, pesakit akan merasa:

bullet
kencing yang sangat kerap.
bullet
dahaga yang sangat kuat.
bullet
pening kepala, muntah dan sakit perut.
bullet
pernafasan yang dalam. Nafas pesakit berbau seperti buah-buahan (bau ketone).
bullet
kekeliruan berlaku (confusion).


Sekiranya tidak dirawat, ketone akan berkumpul dan menjadi tinggi kandungannya. Darah akan menjadi asid dan ini merosakkan tisu-tisu badan. Kematian boleh berlaku. Silalah dapatkan rawatan segera sekiranya pesakit merasa 'tidak sedap badan'.

Insulin Resistance (IR)

IR bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin yang ada di dalam darah.
Akibatnya :

bullet
sel-sel otot dan sel-sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa.
bullet
hati (liver) pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing manis.


Bila berlakunya IR, badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas. Akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup. Dengan itu glukosa tidak akan dapat di”metabolisma”kan dengan betul. Kesudahannya kandungan gula (glukosa) dalam darah akan sentiasa tinggi.
Insulin juga mengawal kandungan Free Fatty Acid (FFA) dalam darah. Bila kandungan insulin tidak menentu, kandungan FFA juga bertukar. Selalunya pesakit kencing manis mempunyai kandungan FFA yang tinggi. Kandungan FFA yang tinggi pula mengakibatkan hati (liver) mengeluarkan lebih banyak glukosa.
Dua faktor utama penyebab IR, yang menyebabkan kencing manis.  

bullet
faktor genetik.
bullet
faktor persekitaran :
bullet
bermula sejak lahir, seperti berat badan semasa lahir yang rendah, dan pemakanan yang tidak baik
bullet
bermula lewat, seperti cara hidup yang tidak aktif, pemakanan yang buruk (kalori tinggi, banyak lemak, dsb), dan juga proses biasa penuaan.

Puasa

Pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa. Sedikit penyesuaian mungkin diperlukan. Sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda. Di bawah ini adalah contoh kehidupan seharian pesakit kencing manis semasa bulan Ramadan.


Masa Perkara
Sahur 1 - Makan ubat
2 - Makan sahur
Buka puasa 1 - Buka puasa dengan mengambil makanan atau minuman
2 - Makan ubat
3 - Solat maghrib
4 - Makanan berat

Goji

BERIKUT ADALAH BEBERAPA TESTIMONIAL DARI BEBERAPA ORANG YANG SUDAH MENGKONSUMSI BUAH GOJI :
Testimoni Goji
Berikut adalah cerita-cerita daripada beberapa penduduk tetap di Ningxia;

Dalam keheningan pagi, Dr Shengyuan Lei telah selesai membuat perjalanan hariannya sepanjang tiga-batu. Kemudiannya beliau akan menghabiskan satu jam untuk bertafakur dan yoga sebelum beliau berjumpa dengan pesakit-pesakitnya. Dr Lei berusia 103 tahun ! Ini amat luar biasa tetapi usia Dr Lei yang sebegitu bukanlah di luar kebiasaan. Ramai penduduk di Bandar itu hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. Mereka mempercayai memakan buah Goji setiap hari merupakan satu-satunya faktor utama yang membuatkan mereka luar biasa sihat dan panjang usia.

Ma Wangshi berusia 121 tahun . Beliau gemar berkebun setiap hari dan lebih suka menaiki anak tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak lelaki yang bersamanya ini merupakan cicit-cicit-cucu beliau! Ma suka memakan buah Goji sejak dari kanak-kanak lagi. Beliau boleh mengingati lagi saat pertama kalinya perayaan buah Goji diadakan di kampungnya yang kecil, setelah 100 tahun lalu! Ma akan membawa cucunya ke perayaan buah Goji pada tahun hadapan..

Hongzhang dan isterinya berusia 110 tahun . Penglihatan mereka masih tajam dan masih mempunyai semua gigi, mereka juga tidak pernah sakit sejak bertahun-tahun. Salah satu aktiviti kegemaran mereka ialah pergi ke pasar. Mereka berdua memakan buah Goji setiap hari. Wan Hongzhang menjual buah Goji yang kering kepada peniaga tempatan. Serbuk Goji beliau dikenali kerana berkualiti luar biasa. Beliau memaklumkan rahsia serbuk Gojinya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.


___________________________________________________________

Testimoni Goji

Pn Siti Rokiah, Seri Kembangan Selangor.

Setelah mengamalkan minum selama sebulan, masalah gastrik saya mulai berkurangan. Saya juga dapat berpuasa dalam bulan Ramadan dengan lebih cergas dan sihat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja semenjak mengamalkan goji ini masalah angin dalam badan saya juga berkurangan. Goji ini memang baik untuk buang angin dalam badan. Suami dan anak-anak saya juga gemar makan goji ini.


Mohd Azrul, Seremban Negeri Sembilan.

Sejak kecil lagi saya mempunyai masalah kembong perut dan pening kepala. Emak selalu sapukan minyak dan beli berbagai ubat untuk saya. Tapi tak hilang juga. Melalui maklumat dalam Mingguan Wanita, mak belikan saya Goji. Saya minumnya setiap hari. Dalam tempoh dua minggu sahaja saya rasa perut saya lebih selesa dan kepala pun rasa lebih ringan.. Terima kasih mak kerana belikan saya Goji.


Pn Dazanah Binti Sahat, Sri Gombak Selangor.

Saya seorang surirumah . Masalah saya ialah saya sering rasa kebas kaki dan tangan, sengal dan sakit di bahagian sendi. Saya sering berasa letih dan tidak bertenaga. Pada mulanya apabila En Azman mengesyorkan agar saya amal minum Goji setiap hari, saya tidak begitu yakin. Tetapi saya beli goji untuk mencuba. Setelah minum Goji ini saya rasa lebih bertenaga dan ceria. Sengal-sengal dan sakit-sakit badan juga beransur kurang. Saya akan terus mengamalkan Goji.


Pn Saripah Abd Muthalif, Johor Bahru Johor .

Masalah saya ialah saya sering tak dapat tidur malam. Kalau tertidur pun apabila terjaga di tengah malam saya sukar untuk tidur semula. Alhamdullillah, semenjak minum Goji tidur saya nyenyak sampai pagi. Badan pun lebih bertenaga dan tidak letih lagi. Saya ingin mengesyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah tidur malam..cepat dapatkan Goji.


Pn Hadijah Abdul Hamid, Gombak Indah Batu Caves

Saya berusia 60-an. Saya mengidap penyakit lemah jantung dan kencing manis selama lebih 10 tahun. Kaki kiri saya luka dan bertanda hitam. Di bahagian bawah telapak kaki pula bernanah dan sering keluar darah. Saya mula minum Goji pada pertengahan bulan September 2000. Sebelum saya minum Goji ini saya telah mencuba berbagai rawatan dan ubatan tetapi tidak berhasil malah semakin teruk. Mungkin kerana penyakit saya sudah lama. Pada peringkat mula saya tidak yakin dengan goji ini. Hati saya ingat nak baik dan cepat sembuh. Saya pun cubalah. Masuk saja bulan ke-dua, Alhamdulillah dapat dilihat perubahan yang ketara sekali. Tiada lagi kebas dan letih akibat menahan sakit. Kaki saya juga bertambah baik dari sehari ke sehari.


En Sahat Bidin, Rasa Selangor.

Berusia 50-an. Mengidap penyakit kencing manis dan badan sering letih-letih. Setelah minum 4-5 hari saya kerap buang air kecil dan badan saya bertambah letih. Saya tanya En Azman mengapa begitu tetapi beliau menasihati saya agar terus minum. Katanya itu semua adalah kerana krisis pemulihan. Saya minum tiap-tiap hari dan bawa ke mana saja saya pergi. Berat badan pun turun sikit. Kini saya bertambah sihat dan masalah kencing manis pun semakin sembuh.


En Alias Bin Ngah, Kuala Terengganu

Saya telah 2 tahun mengamalkan minum Goji. Alhamdulillah dalam usia saya 48 tahun saya tak ada apa-apa penyakit dan sentiasa sihat dan bertenaga. Rahsia saya itulah minum Goji selalu..


En Ragu Bin Marof, Felda Tunggal Kota Tinggi Johor.

Saya mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, sakit kepala dan leher. Semenjak mengamalkan minum Goji setiap hari dalam tempoh kurang dari tiga bulan sakit kepala dan leher saya hilang. Badan pun dah susut dan perut pun dah kempis. Saya rasa benar-benar sihat sekarang. Cubalah Goji .


En Nah Chim Poh, Simpang Rengam Johor.

Setelah disyorkan oleh seorang kawan yang Goji dapat menghilangkan keletihan dan kelesuan saya pun cubalah. Setelah minumnya selama 3 minggu saya dapati ada perubahan pada diri saya. Saya sentiasa bersemangat, cergas dan penyakit lemah jantung saya pun bertambah baik. Saya amat puas hati dengan pemakanan goji ini. Kini saya bukan sahaja penggemar goji ini tetapi juga aktif memperkenalkan kepada kawan-kawan.


Allergy / ashma

My daughter, Brianna, is almost 8 years old. She has suffered from asthma and allergies from September to May since she was about a year old. She had to use inhalers, breathing treatments, and steroids. Often, in spite of those treatments, she would still need to go to the emergency room. This Fall,amazingly, after drinking goji faithfully each day, and with no treatments, she has not had any serious problems with her asthma and allergies! We are so

thankful for goji!


Barbie D., CA

My 8-year-old son and I began drinking goji about a year ago. We used to call him "Mr. Picky" about his food, not realizing it was food allergies that made him not want to eat. Since drinking goji, he has lost his food sensitivities, the dark circles under his eyes have disappeared, and he's eating everything at
last. And he is in a serious growth spurt that has shot him up about 3 inches over this past year of drinking goji. For my son alone, I could not ask for a better solution to health. Thank goodness for Goji!


Alex, Washington

Our three-year-old son Bradley was born with a congenital heart defect. He only had 3 chambers instead of the normal 4. The doctors told us he only had a 50% chance of survival. He underwent the first of his 5 open-heart surgery's before he was 24 hours old.

The last surgery he had, we were told that he would need to be in the hospital for 7-9 days. We spent 10 weeks with him in the hospital. After a few days of being home Bradley began to retain fluids and had difficulty breathing. We had to return to the hospital. They put 4 drainage tubes in him and started a
rigorous treatment of drugs. Bradley began to loose weight and had little to no energy; he wasn't a very happy little boy.

When we got him back home we decided to give goji a try, and as nothing else was helping Bradley; we felt we had nothing to lose.In two weeks we could see a big difference in his energy level. He was playing, running around, even playing outside and getting into trouble with the other kids, something he hadn't done much of before. His appetite is up and he doesn't get as tired in the evenings like he used too. He's up early in the morning, earlier than he normally was. His blood circulation is better; his color is better, he's pink and his lips aren't blue any more, he's a happy little boy now. I just like to see him with all this energy and acting like a normal little boy.He likes the taste of it and that helps him to drink it. When our package
arrived the other day, Bradley said," there's my juice". I never want to run out of this wonderful juice.


Jonas S., Missouri

My eleven-year-old son who is drinking goji is exhibiting remarkably more focus and concentration in his studies and his overall attitude is more pleasant. It is making being his mother a much easier task. I am incredibly happy that goji came my way. It is a gift to my life and my family.


Bekas Pesakit Darah Tinggi.

Dulu saya menderita penyakit darah tinggi dengan bacaan 180. Saya makan pelbagai ubat atas nasihat doktor. Apabila rakan saya Rosli memperkenalkan saya dengan GOJI, saya mencuba.Kali pertama saya makan, saya demam.Saya takut nak makan lagi tetapi rakan saya mengatakan bahawa itu adalah kesan permulaan untuk buang bisa-bisa dan toksik dalam badan.Saya makan kali kedua, saya sakit-sakit badan dan sendi. Saya cuba kali ketiga, alhamdulillah demam, sakit-sakit badan dan sendi saya telah hilang.

Hari itu juga saya pergi ke hospital untuk mengetahui tekanan darah saya.Doktor yang memeriksa saya terperanjat kerana bacaan tekanan darah saya telah turun kepada 120 sehingga dia bertanya kepada saya apa yang saya makan sehingga boleh menurunkan tekanan darah saya secara mendadak.Setelah itu saya percaya bahawa semua penyakit ada ubatnya melainkan mati dan buah GOJI adalah anugerah Allah Yang Maha Esa yang dapat menyembuhkan penyakit saya selama ini. Alhamdulillah, kini penyakit darah tinggi saya telah hilang dengan mengamalkan


Orang Kurang Upaya.

Kaki saya lumpuh kerana demam panas semasa kecil. Kini umur saya mencecah 50 tahun Saya memerlukan kekuatan tangan untuk menolak kerusi roda dan menggunakan tongkat ketika berjalan. Saya akan berasa cepat penat dan letih semasa pergi kerja dengan menunggang motosikal dari rumah saya di Taman Johan Setia, Klang hingga ke pejabat saya di Jabatan Penerbangan Awam, Putrajaya, begitu juga semasa pulang ke rumah.

Suatu hari, rakan saya Muslimin telah memperkenalkan kepada saya GOJI Dia kata goji ini bagus untuk kesihatan badan, melancarkan peredaran darah dan membuang toksik dalam badan. Tanpa berfikir panjang saya terus membeli. Malam itu juga, saya makan buat pertama kali Saya mengikut nasihat rakan saya iaitu makan sebelum tidur dengan air suam setengah cawan dan GOJI.

Apabila saya bangun dari tidur saya rasa badan saya begitu segar dan tiada rasa sakit-sakit badan yang selalu saya alami setiap kali bangun dari tidur.

Saya telah memperkenalkan goji ini kepada keluarga, saudara-mara, jiran, saudara mara dan rakan sepejabat saya Ramai yang telah merasai kehebatannya, anda bagaimana?. Adakah anda ingin diri anda sihat dan orang lain sihat? MOHAMAD AMIN OSMAN, TAMAN JOHAN SETIA, KLANG


Bekas Pesakit Buasir

Saya tidak malu untuk menceritakan perkara yang benar. Saya adalah bekas anggota tentera dan telah berkhidmat selama 23 tahun. Semasa dalam tentera, pelbagai tekanan yang saya alami dari segi mental dan fizikal.Selama 23 tahun itu jugalah saya menderita penyakit buasir.Setiap kali saya ingin membuang air besar, usus saya akan terkeluar dan saya terpaksa menolak kembali usus itu ke tempat asalnya semasa membersihkannya.

Suatu hari, rakan saya Rosli telah memperkenalkan GOJI kepada saya. Pada mulanya saya tak percaya, tetapi apabila dinasihatkan untuk mencuba, saya mengalah. Kali pertama saya makan, saya pening kepala. Saya tidak dapat tidur kerana kepala saya berdenyut-denyut. 2 hingga 3 jam selepas itu barulah saya dapat tidur.

Keesokan harinya, seperti biasa apabila saya bangun dari tidur, saya akan membuang air besar. Sungguh hebat, usus saya tidak keluar lagi, kemut saya telah ditutup dan berak saya lancar.

Hanya dengan GOJI, penderitaan saya selama ini telah hilang. GOJI BETUL-BETUL POWER.

Nasihat saya, apalah guna wang yang banyak jika sakit. Bolehkah kita melaburkan sedikit wang untuk kesihatan diri kita sendiri. Kita berikhtiar, tuhan juga yang menentukan.


Bekas Pesakit Batu Karang.

Telah lama saya menderita penyakit batu karang di saluran pundi kencing. Penyakit ini menyebabkan saya susah untuk membuang air kecil. Setiap kali membuang air kecil, saya terpaksa meneran bagi memastikan air kencing saya lawas. Kadang-kadang saya mengambil masa begitu lama didalam tandas sehingga saya berasa sakit dan darah menitis keluar dari kemaluan saya.

Saya telah berjumpa dengan doktor tetapi malangnya doktor itu tidak dapat mengesan kedudukan batu karang tersebut walaupun menggunakan "cityscan".

Encik Rosli telah memperkenalkan GOJI kepada saya dan saya telah mencubanya.Saya terkejut apabila keluar ketulan-ketulan halus daripada kemaluan ketika saya membuang air kecil setelah saya sekali makan GOJI sahaja. Sekarang saya tidak ada lagi masalah untuk membuang air kecil. Penyakit saya telah hilang sama sekali. Saya tahu produk ini baik untuk diri saya dan orang lain. Saya bukan saja mahu diri saya sihat malah orang lain sihat juga


Bekas Pesakit 3 dalam 1.

Saya telah lama menghidap penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis dan gaot.Pelbagai jenis ubat yang perlu saya makan atas nasihat doktor. Suatu hari, abang saya, Mahmod telah perkenalkan saya dengan GOJI Dia menasihatkan saya untuk minum GOJI dengan setengah gelas air suam sebelum tidur.

Kali pertama mencubanya, saya demam, muntah-muntah dan sakit seluruh badan sehingga saya terpaksa
mengambil cuti kerja selama 1 minggu. Selepas seminggu dan demam saya semakin pulih, saya cuba GOJI buat kali yang kedua. Demam dan sakit-sakit badan telah hilang.

Saya pergi hospital untuk memeriksa penyakit saya setelah kali ketiga saya mencuba. Doktor yang memeriksa saya terperanjat kerana penyakit darah tinggi, kencing manis dan gaot saya telah hilang sama sekali. Sungguh ajaib.

Saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesihatan sekali lagi Rasanya bagaikan mati hidup semula.

Kini saya tak perlu makan ubat doktor yang begitu banyak lagi.


Penyakit gout amat menyiksakan

Ia berlaku apabila terdapat lebihan urik asid dalam darah. Apabila diserang gout, pesakit akan merasa sakit dan sukar bergerak.

Saya pernah dinasihati untuk tidak lagi memakan bayam, makanan laut dan organ dalaman seperti hati, jantung dan limpa bagi mengawal gout. Saya juga pernah disaran untuk mengambil buah ceri yang banyak di kampung saya untuk mengawal penyakit itu.

Saya juga mengamalkan pemakanan GOJI sejak beberapa tahun lalu. Sudah lama gout tidak menyerang saya dan saya tidak pasti apakah buah ceri atau GOJI yang membebaskan saya daripada penyakit itu. Ahmad Razali, Rawang, Selangor.


LUMPUH SEBELAH BADAN

Saya lumpuh sebelah badan selama kira-kira 6 bulan, akibat serangan angin ahmar. Selama itu saya hanya duduk di rumah, makan minum, tanpa pergi bekerja. Pada satu hari seorang rakan memberikan saya Goji untuk dicuba. Pada hari kedua saya mengambil produk tersebut, badan saya mulai merasai kelainan: lebih bertenaga, saya sudah mulai ada rangsangan untuk menggerakkan sebelah anggota saya yang lumpuh itu. Setelah kali ke-5 saya memakannya, anggota saya yang lumpuh semakin mudah digerakkan.

Saya membeli lagi Goji dari rakan saya itu. Hari ini, setelah sebulan saya mengamalkan Goji, anggota yang lumpuh beransur pulih. Saya yakin masalah kesihatan saya akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi. Rakan-rakan yang melihat perkembangan saya, juga telah berminat membeli Goji. Ashraf Mohamad, Kulai, Johor


TENAGA DI USIA 50an

Pada usia menjangkau 50 tahun, saya mengalami masalah hubungi sex. Kemahuan, keinginan dan tenaga sex saya semakin berkurangan sejak sekian lama. Ini mungkin masalah kencing manis yang saya hidapi sejak setahun yang lalu. Mujur ada jiran sebelah rumah memberikan saya Goji untuk saya cuba dengan percuma. Pada mulanya saya kurang yakin, kerana beberapa jenis produk sepertinya telah saya ambil sebelum ini tetapi tidak berkesan.

Goji memang lain dari yang lain. Pertama kali saya mengambilnya, saya mengalami tindak balas iaitu sakit kepala. Keesokan harinya ia beransur pulih, tetapi saya merasakan kehadiran tenaga baru. Alat kelamin saya telah bangkit dari tidur lebih awal dari saya. Saya berasa lega. Hari ketiga, saya ambil Goji setelah solat isyak.

Malam itu, datang tenaga, kemahuan dan keinginan sex yang kuat. Dan saya berjaya melaksanakannya. Terlihat wajah keceriaan dan kepuasan di pihak isteri saya. Memang produk ini luarbiasa. Masalah kencing manis saya juga bertambah baik. Saya terus membeli kotak kedua untuk mengamalkan seterusnya. Mereka juga mempunyai masalah kesihatan. Abd Kadir Malek, Jeram, Selangor.

Penyair iDANRADZi.

Doktor bising sebab sy ada masalah berat badan yang melampau/obesiti. Sy memang kurang bersenam hatta pastilah masalah obesiti ini berlarutan. Doktor suruh kurangkan berat badan 6 kg sy naikkan jadi 8 kg. Mahunya doktor tak membebel. Masalah sakit kronik udah 10 tahun lebih sy deritai. Sy mengamalkan makan goji ini sejak awal kena sakit kronik ketika usia 40an. Sy dapat turunkan berat badan 12 kg dengan sentiasa makan goji; pagi & malam. Kolesterol dalam badan pun bersih.

Tak perlu beli di internet atau MLM terkena nanti mahal amat orang giler nak kaya jual. Di Kedai Ubat Sensei Cina dulu  500 gram sekitar RM15. Saiz biasa kualiti kecil buahnya. Sekarang sekitar tahun lalu bulan Disember 2016 udah naik sekitar RM20. Tak habis makan sebulan pun.

Tahu kan cara memakannya?.

Eloklah ambil jumpa ganjil. Rasulullah kan suka bilangan ganjil. Baca Bismillah & Selawat Nabi... berniatlah. Elok masukkan dalam Teh O atau Kopi O maklumlah makanan kering dari luar negara. Kut tercemar. Makanlah masa sarapan juga ketika makan malam.









Selasa, 14 Oktober 2014

Ketua Bidadari

Apa yang membuat wanita itu cantik. Ada ketika bila perhatikan sama saja. Ada hidung mata bibir itu asasnya. Kemudian barulah timbul dahi licin pipi pauh dilayang. Kulit bagaikan telur dikupas.

2. Ada juga lelaki yang jadikan kecantikan itu bukan pilihan utama. Lebih utamakan wanita soleha juga berbudi pekerti mulia. Cantik bagaimana pun jika perangainya tak baik tiada memberi makna.

3. Yang nyata perempuan sebenarnya semua cantik, jika seorang perempuan itu berkahwin dah pasti isteri ini akan menjadi Ketua Bidadari nanti. Sudah tahu semua Bidadari cantik jelita akan pasti Ketua Bidadari teramatlah cantiknya. Yang tak cantik di dunia pun akan cantik di akhirat nanti jika memang menjadi isteri baik lagi soleha. 

4. Moralnya di sini cantik & soleha itu memang seiring bagi semua wanita Islam. Sebelum menjadi cantik bak Ketua Bidadari kena jagalah segala tingkah laku tutur kata agar nanti sentiasa bahagia di dunia & akhirat. Kan gitu.


Ahad, 12 Oktober 2014

Kahwin Lagi


JAUH di lubuk hati setiap lelaki bergelar suami teringin nak punyai lebih dari satu keluarga: nak buka cawangan baru... termasuk sy... kenapa? Ada ketika isteri seorang tanpa saingan sering suami jadi mangsa endah tak diendahkan... emm jangan sampai bila berpoligami tambah langsung tak diendahkan.


Selalunya jika isteri telah menjadi kekasih dapat menjalinkan kasih sayang yang intim mana mungkin seorang suami kejar perempuan luar. Apatah punyai anak-anak yang memanggil dia ayah amat mengambil berat kebajikan orang tua mereka. Hidup bahagia aman sentosa gatallah namanya jika merengek nak kahwin lagi.

Berpoligami atas dasar apa kena ditafsirkan sebenarnya. Perempuan pun satu hal ingin rampas suami orang apakah kerana suami orang itu kaya atau orang alim nak mudah masuk syurga atau sebab suami orang tu popular bak artis ini kena mendapat mencerahan.

Suami miskin serba kurang macam sy tak siapa hirau. Alahai.

HADIS-HADIS YANG MUSYKIL TENTANG AKHIR ZAMAN

Umat Islam Akan Berpecah Menjadi 73 Kumpulan.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
أَلاَ إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ اِفْتَرَقُوْا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ: ثنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah.[1]
Kemusykilan:
Apakah maksud sebenar hadis ini? Ia seolah-olah meramalkan bahawa banyak umat Islam yang akhirnya akan masuk neraka. Bagaimanakah kita hendak meletakkan diri kita dalam kumpulan al-Jamaah?
Penjelasannya:
Hadis ini adalah antara yang paling disalah-fahami dan disalah-gunakan. Dengan hadis ini ramai pihak yang memisahkan dirinya daripada kesatuan umat atas alasan kononnya Rasulullah telah meramalkannya. Dan banyak kumpulan yang membenarkan kumpulan sendiri sebagai hanya yang satu-satunya layak masuk syurga manakala lain-lain kumpulan semuanya akan masuk neraka.
Sementara itu sebahagian lain pula menolak hadis ini kerana bagi mereka adalah mustahil kebanyakan umat Islam akan masuk neraka. Telah sabit dalam pelbagai hadis yang sahih bahawa umat Islam, yakni mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, akan masuk syurga secara pasti. Mereka mungkin akan masuk ke neraka untuk sementara waktu bergantung kepada dosa-dosa besar yang dilakukan masing-masing tetapi akhirnya akan tetap masuk ke syurga.
Oleh itu apakah maksud hadis di atas? Marilah kita mengkaji maksud kalimahnya satu persatu.
Sabda baginda: … dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan)… bukanlah merupakan satu ramalan yang menetapkan tetapi adalah satu peringatan kepada apa yang mungkin akan terjadi. 
 
Jumlah 73 yang baginda sebut mengisyaratkan kepada jumlah yang banyak sebagaimana kebiasaan penggunaan angka 7 atau 70 oleh masyarakat Arab untuk mengisyaratkan sesuatu yang besar jumlahnya. Ini seperti yang telah diterangkan ketika menjelaskan hadis orang kafir ada tujuh usus. Angka 2 dan 3 bagi jumlah 72 dan 73 pula mengisyaratkan bahawa umat Islam berkemungkinan akan berpecah menjadi kumpulan-kumpulan yang lebih banyak jumlahnya daripada perpecahan Ahli Kitab.
Daripada kumpulan-kumpulan ini hanya al-Jamaah yang akan masuk syurga. Apa dan siapakah al-Jamaah?
Dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar.
Justeru Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan hadis di atas dalam rangka memberi amaran keras kepada umatnya untuk tidak berpecah-belah menjadi kumpulan dan kelompok yang saling berselisih antara satu sama lain. Hendaklah umat Islam semuanya bersatu sebagai satu jamaah.
Amaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis ini adalah selari dengan ayat al-Qur’an berikut ini:
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ.  إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ.
Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)” [Hud 11:118-119]
Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan tabiat manusia yang suka berpecah-belah dan ini termasuklah umat Islam sendiri. Semuanya akan memenuhi neraka kecuali mereka yang bersatu atas kebenaran, iaitu jamaah umat Islam.
Dalam sebuah ayat lain Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ. مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ.
Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [al-Rum 30:31-32]
Dalam ayat di atas Allah Tabaraka wa Ta‘ala menerangkan sifat orang-orang musyrik yang memecah-belahkan agama mereka, masing-masing bergembira dengan pecahan masing-masing. Maka hendaklah orang-orang yang mentauhidkan Allah, yakni umat Islam tidak mengikuti sikap musyrik tersebut. Hendaklah umat Islam bersatu dalam satu jamaah dan mengelakkan perpecahan.
Sikap berjamaah yang menjauhi perpecahan juga sangat ditekankan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis-hadis baginda. Antaranya:
فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْراً فَمَاتَ، فَمِيْتَةٌ جَاهِلِيَّةٌ.
Sesungguhnya orang yang memisahkan dirinya daripada jamaah sekalipun dengan jarak sehasta lalu dia mati, maka matinya adalah dalam keadaan jahiliyah.[2]
ثَلاَثَةٌ لاَ يُسْأَلُ عَنْهُمْ: رَجُلٌ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ، وَعَصَى إِمَامَهُ وَمَاتَ عَاصِيًا، وَأَمَةٌ أَوْ عَبْدٌ أَبَقَ مِنْ سَيِّدِهِ فَمَاتَ، وَاَمْرَأَةٌ غَابَ عَنْهَا زَوْجُهَا وَقَدْ كَفَاهَا مُؤْونَةُ الدُّنْيَا فَخَانَتْهُ بَعْدَهُ.
Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka: (1) seseorang yang memisahkan dirinya dari jamaah dan menderhakai imamnya lalu mati dalam keadaan menderhaka, (2) Seorang budak perempuan atau budak lelaki yang melarikan diri dari tuannya lalu dia (budak tersebut) mati dan (3) seorang isteri yang suaminya pergi lalu ditinggalkan bekalan (nafkah) duniawi yang mencukupi namun kemudian dia (isteri) mengkhianati (suaminya).[3]
Sabda Rasulullah: Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka bermaksud tiga orang yang akan menghadapi kemusnahan di Hari Akhirat nanti.[4]
اَلْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ، وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ.
Berjamaah adalah rahmat dan berpecah adalah azab.[5]
إِنَّ اللهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِيْ ـ أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ـ عَلَى ضَلاَلَةٍ، وَيَدُ الله عَلَى الْجَمَاعَةِ، وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ.
Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umatku (atau umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam) atas kesesatan. Dan tangan Allah atas al-Jamaah dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka.[6]
أَيُّهَا النَّاسِ عَلَيْكُمْ بِاَلْجَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفَرَقَةِ، فَمَمْ أَرَادَ بُحْبُحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَةِ.
Wahai manusia, berjamaahlah kalian dan janganlah kalian berpecah-belah. Sesiapa yang hendak tempat di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia selalu berjamaah.[7]
سَيَكُوْنُ بَعْدِيْ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ. فَمَنْ رَأَيْتُمُوْهُ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ، أَوْ يُرِيْدُ أَنْ يُفَرِّقَ بَيْنَ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمْرُهُمْ جَمِيْعَ، فَاقْتُلُوْهُ كَائِنًا مَنْ كَانَ، فَإِنَّ يَدَ اللهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْتَكِضُ.
 
Akan datang sesudah aku orang-orang yang berbuat fitnah, keburukan dan kejahatan. Maka sesiapa kamu yang melihatnya memecah-belahkan al-Jamaah atau hendak memecah-belahkan antara umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam atau memecah-belahkan urusan mereka, maka bunuhlah dia siapapun orangnya.
Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.[8]
Demikian beberapa hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang memerintah umat untuk berjamaah dan ancaman keras bagi mereka yang memecah-belahkan jamaah atau mengasingkan diri darinya.
Timbul persoalan seterusnya, bagaimanakah seharusnya kita umat Islam hidup berjamaah? 
Sepertimana yang telah diterangkan, dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar. Untuk memperincikan konsep al-Jamaah memerlukan sebuah buku yang berasingan kerana ini adalah satu subjek yang luas dan penting. Justeru berikut ini hanya digariskan perkara-perkara penting tentang konsep berjamaah dalam Islam:
Pertama:
Berjamaah adalah di atas kebenaran. Umat Islam bersatu di atas kebenaran yang berasal dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atau terkeluar dari batas-batas Islam. Ini adalah dasar pertama yang terpenting sehingga Abdullah ibnu Mas‘ud radhiallahu ‘anh pernah berkata: al-Jamaah adalah apa yang menepati kebenaran sekalipun engkau bersendirian.[9]
 
Namun perlu diingatkan bahawa kebenaran itu sendiri adalah sesuatu yang sangat luas, justeru hendaklah ia ditentukan oleh seseorang mujtahid atau sekumpulan ilmuan yang jujur dan adil. Jika didapati seseorang atau sesebuah kumpulan itu jelas menyalahi kebenaran, maka tidak perlu berjamaah dengannya seperti orang yang menyindir Rasulullah atau kumpulan tariqat yang meletakkan syari‘at Islam di tangga kedua selepas shaikh mereka.
Kedua:
Berjamaah adalah kepada satu pemimpin yakni seorang khalifah Islam. Dalam suasana tidak ada khalifah pada masa kini, berjamaah adalah kepada pimpinan al-Qur’an dan al-Sunnah dan para ahlinya. Dalam ertikata lain, para ilmuan Islam yang berdiri di atas al-Qur’an dan al-Sunnah bertindak sebagai pemimpin umat Islam masa kini sehinggalah lahir sistem khalifah yang berwibawa.
Ketiga:
Berjamaah bukanlah bererti persatuan pendapat tetapi adalah toleran terhadap beberapa pendapat yang sedia ada. Sebahagian ahli hikmah berkata: Yang dibolehkan adalah perbezaan pendapat sementara yang dilarang adalah perpecahan umat. Namun perlu diingatkan bahawa sikap toleran hanyalah terhadap beberapa pendapat dan bukannya semua pendapat kerana pendapat yang batil wajib ditolak atau diperbetulkan.

Keempat:
Berjamaah adalah saling menghormati antara satu sama lain. Namun di waktu yang sama gerakan dakwah dan ‘amar ma‘aruf nahi mungkar wajib berjalan sesama ahli termasuk pemimpinnya supaya kebenaran sentiasa berada bersama jamaah. Seandainya pemimpin memerintahkan sesuatu yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka tidak ada ketaatan kepada perintah tersebut melainkan kewajipan membetulkannya. Seandainya pemimpin tetap berdegil maka hendaklah diusahakan perlantikan atau penggantian pemimpin yang baru secara bermesyuarat sesama jamaah (Majlis Syura). Semua ini tetap dijalankan dalam jamaah, tidak di luarnya.
Demikian beberapa dasar utama konsep jamaah dalam Islam. Berjamaah berlandaskan dasar-dasar di atas wajib ditegakkan dan dipelihara sesama umat Islam tanpa mengira mazhab fiqh dan fikrah politik. Tidak boleh memecahkan jamaah semata-mata kerana perbezaan pendapat dalam hukum fiqh. Tidak boleh membahagi-bahagikan jamaah semata-mata kerana perbezaan pandangan dalam berpolitik. Tidak boleh saling memulau antara jamaah semata-mata kerana sesuatu amalan bid‘ah yang tidak jelas kebid‘ahannya. Sesiapa yang memecah-belahkan jamaah atau menyisihkan diri atau memulau daripada jamaah maka dia termasuk salah satu daripada 72 kumpulan yang akan masuk ke dalam neraka.






[1] Hasan: Hadis daripada sejumlah sahabat dengan lafaz yang saling berbeza tetapi ke arah maksud yang sama, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain, di atas adalah salah satu dari lafaz Abu Daud, lihat Sunan Abu Daud – no: 4429 (Awal kitab al-Sunnah). Hadis-hadis ini memiliki jalan periwayatan yang banyak, sebahagiannya sahih, sebahagiannya hasan dan sebahagian lain dha‘if, lihat semakan dan penilaiannya oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Silsilah Hadits Shahih – no: 203.
[2] Sahih: Sebahagian hadis daripada ‘Abdullah ibn Abbas radhiallahu ‘anh, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Darimi dan lain-lain, di atas adalah dengan lafaz Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 1849 (Kitab al-Imarah, Bab kewajipan bersatu dengan jamaah.....).
[3] Sahih: Sebahagian hadis daripada Fadhalah bin ‘Ubaid radhiallahu ‘anh, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari (Adab al-Mufrad), Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain, di atas dengan lafaz Ibn Hibban dan ia disahihkan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam Sahih Ibn Hibban – no: 4559 (Kitab al-Siyar, Bab Taat kepada pemimpin).
[4] al-Munawi dalam Faidh al-Qadir Syarah al-Jamii’ al-Sagheir (Maktabah Tijarah al-Kubra, Mesir 1356H), jld 3, ms 324.
[5] Hasan: Sebahagian hadis daripada Nu’man bin Basyir radhiallahu ‘anh, dikeluarkan oleh Ahmad, Ibn Abi ‘Ashim, al-Bazzar, Ibn Abi Dunya, al-Qudho‘i dan al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman), dinukil oleh al-Munziri dalam al-Targib wa al-Tarhib dan dinilai hasan oleh para penyemaknya: Muhyiddin Dibb Mastu, Samir Ahmad ‘Atha & Yusuf ‘Ali Badiwi.
[6] Hasan: Hadis daripada ‘Abdulullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anh, dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan di dalam isnadnya terdapat kelemahan. Namun bahagian awal hadis ini memiliki beberapa penguat dari sudut sanad dan matan sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, demikian penilaian Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi – no: 2167 (Kitab al-Fitan, Bab Keperluan kepada al-Jamaah). Bahagian akhir hadis: dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka tidak memiliki penguat dari sudut sanad tetapi memiliki kebenaran dari sudut matan sebagaimana disokongi oleh beberapa hadis dalam bab ini yang telah dikemukakan di atas. Oleh itu al-Suyuti menilai keseluruhan hadis ini sebagai hasan, lihat al-Jamii’ al-Sagheir – no: 1818.
[7] Sahih: Hadis daripada ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anh, dikeluarkan oleh Ibn Abi ‘Ashim dan dinilai sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Kitab al-Sunnah – no: 897.
[8] Sahih: Hadis daripada Arfajah bin Syuraihin radhiallahu ‘anh, dikeluarkan oleh Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Abu Daud, al-Nasa’i (al-Sunan & al-Kubra), Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain, di atas dengan lafaz Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam Sahih Ibn Hibban – no: 4577 (Kitab al-Siyar, Bab Taat kepada pemimpin), demikian juga oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 3621. Juga dikeluarkan secara ringkas oleh Muslim dalam kitab Sahihnya, no: 1852.
[9] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Damshq (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1999), jld 46, ms 409 dan dinilai sahih oleh Nasr al-Din al-Albani sepertimana jelas beliau dalam notakaki Misykat al-Masabih (Maktabah al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 61. Juga dinukil oleh al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal (Muasasah al-Risalah, Beirut 1980), jld 22, ms 264.

Hakikat Manusia Menurut Islam

  •   LATAR BELAKANG PEMBAHASAN Teori dari konsep biologi mengatakan bahwa manusia berawal dari sebuah evolusi dari seekor binatang sejenis kera. Dalam hal ini membuat kita para manusia kehilangan harkat dan martabat kita yang diciptakan sebagai makhluk yang sempurna dan paling mulia. Bagaimanakah hakikat manusia menurut islam?
  • ASAL MULA MANUSIA SIAPA MANUSIA PERTAMA YANG DIJADIKAN ALLAH S.W.T ? ADAM A.S Asal penjadian manusia dari apa? diterangkan Allah S.W.T. dalam al-Quran surat Al-Hijr ayat 26: “Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari tanah yang kering, dari tanah hitam yang busuk.”
  •   Sebelum Nabi Adam A.S dijadikan Allah, terlebih dahulu Allah menjadikan bangsa jin dari api yang sangat panas. Firman Allah dalam al-Qur’an surat Al-Hijr ayat 27: “Kami jadikan Jin sebelum manusia, daripada api yang sangat panas”. KENAPA SYAITAN BISA DIKATAKAN BAHWA MEREKA ADALAH MUSUH NYATA BAGI MANUSIA? Syaitan bertekad akan menghiasi manusia dengan kejahatan yang ada di muka bumi ini, dan akan menyesatkan semua manusia, kecuali hamba Engkau yang ikhlas”. APA SEBABNYA ANTARA SYAITAN DAN MANUSIA ITU BERMUSUHAN? Setelah Allah menjadikan Adam Allah memerintahkan isi Syurga agar bersujud kepada Adam Iblis enggan dan sombong tidak boleh tinggal lagi di dalam syurga  syaitanpun sakit hatinya terhadap Adam, karena dia berpendapat bahwa terusirnya dari syurga itu, adalah gara-gara Adam A.S.
  •   Cikal bakal manusia di muka bumi Diawali dari kisah Nabi Adam A.S dan Hawa yang telah berhasil terbujuk oleh rayuan syaitan sehingga melanggar larangan Allah, agar tidak mendekati buah Khuldi. Lalu Nabi Adam memohon ampun kepada Allah S.W.T., yang taubatnya itu diterima, tapi semenjak itu Adam dan hawa disuruh pindah ke bumi buat sementara sampai ajalnya. Setelah Adam dan Hawa melanggar perintah Allah, terbukalah pakaiannya yang bagus-bagus itu dan terpaksa auratnya ditutup dengan daun-daun kayu. Keduanya dipindahkan ke muka bumi di satu tempat terpisah dengan jarak yang sangat jauh dan masing-masing cari mencari, yang akhirnya bertemulah mereka di suatu tempat yang bernama “Padang Arafah”, artinya Padang tempat kenal-mengenal antara Adam dan Hawa yang sudah lama tidak bertemu.
  •   Tugas Manusia di Bumi Manusia bertugas menjadi khalifah di muka bumi ini. Amanat Allah adalah berupa tanggung jawab memakmurkan bumi dengan melaksanakan hukum-Nya dalam kehidupan manusia di bumi ini. Manusia berkewajiban menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah S.W.T.