Translate

Tajaan

Khamis, 21 Mei 2015

Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … satu cadangan – Bhg 3

Dalam artikel terdahulu kita telah sembang2 tentang servis komuter, LRT dan juga monorel. Dalam artikel ini ini kita akan bincang2 tentang tren ekspres untuk perjalanan jauh pula.

Kandungan >> Intro & Servis Komuter >> LRT & Monorel >> Tren Ekspres >> Kereta api Laju

Kereta api Ekspres

KTM Antara Bandar

Ini kereta api KTM Antara Bandar, Sinaran Petang.
Ini pula tren Ekspres Rakyat
Ini pula adalah ekspres senandung malam
Ini pula ekspres timuran
Ini pula ekspres langkawi
Semua nampak sama daa … apa perbezaan antara tren2 ekspres itu selain enjin lokomotifnya? 1) laluan 2) siang atau malam.
Manakala ruang dalaman bagi semua jenis ekspres antara bandar juga adalah sama, yang membezakan ia adalah sama ada tren malam atau tren siang.
AFC: Air-conditioned First Class
Perhatikan ruang tengah adalah sempit.
ASC: Air-conditioned Second Class
Perhatikan ruang tengah adalah sempit, sukar bagi penumpang untuk bersilih tanpa berhimpit2.
AEC: Air-conditioned Economy Class
EPLUS: Economy Plus
ADNS: Air-conditioned Day Night Sleeper

Kalau ada bilik mesti canggih?
ADNFB (2PLUS): Air-conditioned Day Night First-class Berth
Bila tengok betul2 macam kereta api dalam filem hindustan, design taste India. Petikan daripada Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/KTM_Komuter) :
Berbeza dengan perkhidmatan kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada luar negeri, terutamanya India.
Patutlah design kereta api KTM dan tren2 LRT macam design negara dunia ketiga, canggih dan unik. Tambahan pula KTM sekarang banyak pakai enjin lokomotif dari India, negara yang trafik kereta api tinggi tetapi masih teruk bermasalah dan juga kemalangan kereta api yang tinggi. Orang luar boleh perli KTM, enjin lokomotif (kepala tren) diesel tetapi berasap macam kereta api stim@ arang batu. Ho, ho, ho … rupanya dari India, designer dan design pun dari India … ooo, nak bagi ada taste macam kari kepala ikan mamak, baru sedap kot. :-X
Lihat video ini, lihat pengalaman mereka … fuhh, selesa …

ADNFD (KOC SELESA): Air-conditioned Day Night First-class Deluxe
Selesa ke? Apakah ciri2 bilik hotel 5 bintang dalam koc kelas ini? La dalam kereta api rupanya, … ingatkan bilik rumah tumpangan @ hotel murah.

KTM Shutter Train

KTM shutter train adalah seperti KTM Intercity, tetapi ia berulang-alik untuk jarak yang lebih dekat.

Bandingkan …

Tren Ekspres Malam/Blue train negara Jepun

Kelajuan operasi adalah 110km/j.
  • Ini tren malam@biru bernama Twilight Express. Ia adalah tren mewah, klasik dan ekslusif. Perjalanannya adalah laluan sebelah barat dari Osaka ke Saparo.


Bilik Suite 1, car 1. Paling besar dan mewah, ada dua sahaja dalam tren dan terletak dikedua hujung tren.

Bilik air dan tandas dalam bilik. Dilengkapi pengering rambut, water heater, audio, TV. Malah ada minuman selamat datang (ikut pilihan) diberikan. Penumpang akan diberi sijil perjalanan menaiki train ini.

Baju tidur, tuala, sandal, bedak, pewangi dll.

Bilik Suite 2, car 3. Terletak di koc tengah, bilik sisi.

Bilik Royal, juga dilengkapi bilik air dan tandas, water heater, pengering rambut, radio, TV dan lain2.

Private room B, tiada bilik air dalam bilik tetapi baju yuukata, audio disediakan. Bilik berasaskan dua orang.

B Compart, pakej paling ekonomi dalam tren ini. Baju tidur dan sandal disediakan.

Dewan makan.

Koc / bilik pemerhatian untuk melihat pemandangan di luar dengan lebih luas.

Mesin vending juga disediakan dalam tren.
  • Ini pula tren malam@biru Hokutosei, bilik dan katil sahaja. Laluan sebelah Timur dari Ueno (Tokyo) ke Saparo.


Bilik Royal, bilik ini mempunyai katil single tetapi katil ini boleh dilebarkan menjadi double. Dalam bilik disediakan bilik air, tandas, TV, audio, shower dll. Pakaian tidur yuukata, sandal, minuman selamat datang, kopi sebelah pagi dll.

Bilik Royal, sambungan.

Bilik Twin Deluxe

Bilik Duet, bawah

Bilik Solo, bawah.

Basic berth type B, car 1.

Basic berth type B.
  • Ini pula tren malam@biru Cassiopeia. Ia adalah tren mewah, moden dan paling mahal di Jepun. Laluan perjalanan sebelah timur dari Ueno ke Saparo, sama seperti Hokutosei.




  • Ini tren malam Sunrise Seto/Izumo


Bilik Single Deluxe.

Bilik Single, berasingan, ini di bahagian atas koc dua tingkat.

Bilik Sunrise Twin, kembar.

Nobi Nobi seat, gaya agak klasik dengan budaya mereka.
Ini adalah pemandangan menarik menaiki tren jenis ini yang dirakamkan oleh Syaso.com.

  • Ini pula tren malam Kitaguni, tren ini agak tua. Ia mempunyai katil betingkat seperti KTM intercity kelas 2 tetapi 3 tingkat, dan juga kerusi serta katil lipat.

  • Ini tren malam@biru Akebono. Berbeza daripada Hokutosei dan Cassiopeia yang hanya mempunyai bilik tidur, tren ini juga mempunyai kerusi reserved.

Bilik Single Deluxe

Kelas Goron-to-seat.
  • Ini pula tren malam@biru Nihhonkai
  • Ini pula tren malam Noto

Di Jepun, tren biru adalah tren ekspres malam untuk perjalanan jarak jauh, ia dilengkapi dengan koc tidur@sleeper car.

Tren Siang

Selain tren komuter EMU dengan servis Rapid atau laluan terhad dan juga Shinkansen, terdapat juga pelbagai jenis tren ekspres untuk perjalanan jauh.
Ini ialah tren Limited Express Azusa, Super Azusa and Kaiji.

Azusa/Super Azusa, siri E351 halaju maks. : 130km/j

Kerusi kelas biasa, standard.

Green car atau kelas satu.


Kaiji / Azusa, siri E257 halaju maks. 130km/j

Kerusi standard

Kerusi kelas satu atau Green Car

Kansai Airport Limited Express “Haruka”

siri 281, halaju maks. 130km/j
Limited Express Nikko and Kinugawa

siri 485, halaju maks. 120km/j
Limited Express Shirasagi

siri 683, halaju maks. 130km/j

Terlalu banyak tren ekspres untuk disenaraikan, yang dipaparkan di sini hanya sebahagian tren JR West dan JR East. Ini tidak termasuk syarikat lain lagi. Fuhh… macam2 model tren, ada yang canggih dan ada juga yang pelik2.

Malah terdapat juga tren ekspres terhad untuk perjalanan jauh sambil bersiar-siar dengan penuh nostalgia. Tren arang batu/stim sungguh klasik, walaupun telah berusia, adalah lebih baik ia digunakan daripada hanya dipertontonkan di muzium. Generasi muda masih berpeluang merasai pengalaman menaiki tren ini seperti yang pernah dirasai oleh nenek moyang mereka. Kalau aku berpeluang melancong ke Jepun, aku juga teringin untuk naik tren ini. 8-) Tambahan pula pemandangan di pendalaman Jepun tidak terlalu canggung berbanding pemandangan sawah padi negara ini pada zaman dahulu, hu, hu… :-o

Bandingan untuk tren ETS KTM

Tren ETS iaitu tren komuter dengan hentian terhad dan lebih laju daripada tren komuter biasa, mungkin boleh disetarakan dengan kategori Home Liner di Jepun.

siri 185 EMU, halaju maks. 110km/j

siri 215 EMU, halaju mak. 120km/j

siri 251 EMU, halaju maks. 120km/j

KiHa 261 series DMU on Super Sōya service, Maximum speed : 130 km/h

Bandingan untuk Shutter Train KTM

Manakala shutter tren KTM boleh dibandingkan dengan tren tempatan atau tren kampung, samada DMU atau EMU.

Tren DMU KiHa-100, tren DMU sebenarnya mirip kepada bas


siri 113, suburban EMU. di kawasan bandar, berpenduduk padat tren tempatan adalah jenis komuter

satu lagi tren DMU

di bahagian pendalam kebanyakkan tren tempatan adalah jenis DMU, 1 atau 2 koc

Ruang dalam tren, tak la teruk sangat seperti shutter train ktm

Bilik Cassiopeia Suite with View, hanya ada satu bilik jenis ini dalam tren.



Sebuah tren hibrid diesel/elektrik.

Tren DMU, hentian terhad

Bukannya tak ada langsung tren yang buruk, tapi lama mereka nampak klasik …

Suatu yang menarik tentang tren tempatan ialah ia melalui kawasan pendalaman dan juga persisiran laut. Sering kali penumpang dapat menyaksikan keindahan pemandangan di kawasan pendalaman yang jauh dari pembangunan kota.


JR East Kiha-110 DMU at Koumi line (Kobuchizawa - Kai-koizumi).

JR East Kiha-110 DMU at Koumi line (Nobeyama - Shinano-Kawakami).

Lokomotif

Enjin lokomotif elektrik digunakan oleh tren biru dan juga kargo. Di kawasan tanpa kabel voltan atas, enjin lokomotif diesel digunakan.

Keretapi kargo

Tambahan

Bila tonton video2 tren di Jepun, baru perasan sesuatu … kenapa trek atau landasan kita bising semasa tren melaluinya? Kalau tak silap dulu2 tak la bising sangat.

Aduhai … kenapa la jauh sangat, perbezaan dengan servis kereta api mereka dengan negara kita. Kenapa kat TV dan media massa kita, negara kita nampak hebat, tetapi bila di luar kita seperti tak ada apa2? Malaysia nak ajar negara2 perintis teknologi tentang Green Technology, mesra alam … terkejut dunia sambil berkata O.M.G. :oops: … ha, ha, ha, ha, ha, ….

Artikel berkaitan :
  1. Aduhai …. kita kena tipu lagi – Siri 1
  2. Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … satu cadangan – Bhg 1
  3. Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … satu cadangan – Bhg 2
  4. Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … satu cadangan – Bhg 3
  5. Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … satu cadangan – Bhg 4
  6. Dilema kereta api negara kita, Bhg 1 – Landasan Menyanyi
  7. Dilema kereta api negara kita, Bhg 2 – Idola KTMB
  8. Dilema kereta api negara kita, Bhg 3 – Rangkaian Landasan
  9. Dilema kereta api negara kita, Bhg 4 – Landasan @ Rel
  10. Dilema kereta api negara kita, Bhg 5 – Sistem Keselamatan
  11. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 1
  12. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 2
  13. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 3, 4 dan 5
  14. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 6
  15. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 7, 8 & 9
  16. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 10
  17. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 11
  18. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 12
  19. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 13
  20. Dilema kereta api negara kita, Bhg 6 – Design Failure 14
  21. Dilema kereta api negara kita, Bhg 7 – Sistem Elektrifikasi
  22. Dilema kereta api negara kita, Bhg 8 – Analisis “Bangau Oh Bangau”
  23. Cadangan untuk sistem kereta api negara kita, sekadar cadangan … final

Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … satu cadangan – Bhg 2

Servis LRT

AMPANG LINE LRT

Jarak laluan :27 km, lebar landasan : standard gauge?, 6 koc.
Kerusi besi, licin, boleh buat papan gelungsor semasa tren mendaki, menurun dan ambil kona. Kat luar nampak macam hebat tapi dalam design mundur, sangat2 mundur … tak macam tren pun. Design dunia ketiga? Kalau orang buat tren, faktor keselesaan, keselamatan, ruang, reabiliti, bla, bla … diambil kira. Tapi kita hanya mekap canggih dan gaya menjadi keutamaan. Idea sapa ni?
Saiz landasan : nampak macam standard gauge, tapi kenapa tren kurus tak cukup makan. Apa la seronok sangat buat LRT, Singapura buat MRT … bandingkan (di akhir bab Kelana Jaya Line) … mana lebih selesa?

Kelana Jaya Line


Luar memang nampak canggih dan moden.

Kerusi plastik macam ruang menunggu kat hospital, ruang dalaman sempit dan tren agak bising. Nasib baik ada sedikit improvement dalam layout, kalau ikut design sebelum ini, buruk sangat.

Aku tak berapa paham dengan LRT Putra@KJL kalau mereka guna standard gauge, kenapa tren mereka lebih sempit dari KTM? Atau adakah mereka guna narrow gauge (cape gauge)?
Bandingkan negara kita punya LRT dengan MRT Singapura di bawah.

Wah jauh beza, luas ... adakah tren kita juga mengambarkan budaya pemikiran kita yang sempit dan hanya nampak gah dari jauh je? Hanya 1 pemikiran, pemikiran monokromatik.

Monorail

KL Monorail

Adakah monorel sebuah tren yang canggih dan moden? Bagusnya monorel ia lebih kerap, tapi yang tak bagus … ia sempit dan terlalu pendek. Hanya mampu bawa 80 penumpang itu dah kira sardin.

Masih lagi design kerusi plastik hospital.
Tokyo juga mempunyai monorail, perbezaanya?

Besarnya tiang beam landasan monorel mereka, lebih lebar dan panjang.

Lebar betul monorel mereka, bagaimana pula keadaan di dalamnya?

Besarnya landasan monorel

Tokyo monorel ini adalah salah satu tren ke Lapangan Terbang Haneda
Apa yang negara kita cuba tonjolkan dalam menyediakan kemudahan awam? Adakah untuk tarikan pelancong asing? Pelancong dari negara mana? Mana2? Kalau dari negara2 maju, mereka tak hairan pun … malah mereka terkejut, kata mereka, mereka ingatkan negara ini negara maju … tetapi tak lah hebat mana pun, cuma indah khabar dari rupa.
Oleh itu pelancung yang sangat2 mengkagumi kecanggihan di negara kita adalah dari negara2 dunia ketiga seperti kita. Sebab itu banyak pelancong asing yang bekerja sambil melancong di negara ini.  Sehingga pengguna tempatan terpaksa bersesak2 dengan pelancong2 asing ini. Kalau tak silap, ada pengguna tempatan yang nak pengsan dengan bau pelancong2 asing dalam tren sardin.
Pada satu petang, selepas hujan di stesen monorel Jalan Imbi, semasa nak turun tangga kedengaran pelancong asing negara barat merungut2 tentang stesen monorel kita. Katanya maksudnya lebih kurang begini … pengurusan monorel atau mereka2 yang design stesen monorel canggih ini tak reti atau terlalu bodoh … bahaya guna besi sebagai tanda jalan untuk pengguna cacat penglihatan. Tengok ni! bila hujan, lantai besi ini menjadi lincin …  nak bagi orang mati jatuh tangga ke, dah la tangga itu tinggi?”.
Stesen nampak canggih seperti negara kita telah membangun, tetapi perkara2 asas tak lepas. Kemudahan yang selesa, selamat, boleh diharapkan, menepati waktu, sistem yang praktikal, servis boleh dan mudah dipelebarkan, dapat menampung pertambahan kapasiti pengguna untuk jangka masa yang lebih lama, bla, bla …. tiada dalam kamus pembangunan mereka. Selagi tiada kemalangan atau bilangan kemalangan adalah kes terpencil, selagi boleh dgunakan, maka tiada tindakan diperlukan. Adakah begitu?
Macam KTM komuter, sindrom yang sama dihidapi oleh LRT dan monorel, tren2 kita kurus tak cukup makan, adakah tren kita berdiet, tak makan gula kerana takut obesiti? Oleh itu tren kita semuanya kurus2 dan ruang dalam yang sempit.
Ini aku tak pasti, tetapi rasanya macam ada yang tak kena dengan saiz landasan LRT Putra@Kelana Jaya line dengan maklumat yang diberikan. Kata mereka, mereka guna standard gauge (1435mm@143.5cm@ 4 kaki 8 1/2 inci) tetapi kenapa nampak kecil seperti Cape gauge@narrow gauge (1067mm@3kaki 6inci). Malah ruang dalam tren LRT pula, ia sempit dan mungkin lebih sempit daripada KTM. Bagaimana pandangan anda ? 

Perbandingan kereta api negara kita dengan negara orang … Bahagian 1

Dalam artikel terdahulu kita telah melawati negara orang dengan Google Maps, kita telah melihat kemudahan kereta api dan bagaimana rupa stesen di negara itu. Tak sangka ada beberapa penemuan yang begitu menakjubkan meskipun kita hanya mengembara secara maya. Macam tak percaya … Benar kata orang tua2 “jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman”. :-D

Sistem Pengangkutan Malaysia

Apa-apa gambar yang dipaparkan pada note duit kertas adalah merupakan lambang kepada sesebuah negara. Lihat di belakang note RM10 terpampang sistem pengangkutan kebanggaan negara kita yang sangat canggih. Kita patut berbangga … mmm, mmm, mmm. Tak sabar rasanya nak menunjukkan kehebatan negara kita di mata dunia. Tahukah dunia, kami mempunyai ini, kami mempunyai itu, ini, itu, ini, itu … bla, bla, bla …. only in Malaysia. Kami boleh, yes we can, yes! Kami boleh … only 1 Malaysia … :-)

Note@wang kertas RM10
Kita kata kita ada ini, ini, ini, ini, itu, itu … tapi benarkah ia hanya ada di negara kita? Pernahkah kita terfikir tentang negara orang? Bagaimana pula kemajuan di negara orang? Adakah mereka mundur? Adakah mereka ketinggalan? Adakah benar kita terlalu hebat? Adakah benar kita bangsa yang hebat? Negara kita adalah negara yang sedang membangun … betul tak? Adakah kita setanding dengan atau menghampiri negara2 membangun? ATAU kita hanya memukul tong yang kosong? Jom kita melancong ke negara orang secara maya dengan Google Maps, Youtube atau apa-apa servis berkaitan dan buktikan “Kita BOLEH!!!!”. :-?

Servis Komuter

Pada satu ketika pengguna komuter digembirakan dengan khabar di bawah:
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama)– Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperoleh 13 set tren baharu menjelang pertengahan tahun 2010 untuk perkhidmatan komuternya bagi menampung peningkatan pengguna perkhidmatan itu, kata Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Shahriza Embi.
Namun selepas tren yang dijanjikan itu tiba, lain pula ceritanya. Perkhidmatan yang diperkenalkan adalah ETS, servis bullet train gaya 1 Malaysia. Servis ETS bukan penambah baikkan untuk servis komuter, sebaliknya …
  • Adakah ia servis baru untuk menyelamatkan projek landasan berkembar (dengan kabel voltan atas) dari Rawang ke Ipoh supaya tidak menjadi projek gajah putih?
  • Adakah ia projek “kami boleh”, kereta api laju Malaysia yang pertama?
  • Jika itu tidak benar, adakah Kerajaan Malaysia hanya pandai membuat landasan kereta api dan stesen2 yang canggih sampai ke Padang Besar. Tetapi mereka lupa atau tidak tahu cara bagaimana untuk memperbaiki dan mengendalikan perkhidmatan kereta api di Malaysia?
Pengguna komuter terus dihukum dalam tin sardin yang telah expired. Mana janji-janji manis mu wahai KTMB … mana janji2 manis mu dahulu, jangan kata KTMB adalah penipu … tidak-tidak aku tak percaya. 8-O
Perasmian ETS dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, itu bermakna servis ETS secara rasmi berkaitan dengan kerajaan dan bukan ditentukan oleh pengurusan KTMB semata-mata. Apakah mereka sudah lupa tentang servis komuter? Mungkin benar kata orang bila usia sudah terlalu tua, daya ingatan semakin lemah dan sering menjadi pelupa.
Mereka terlalu ghairah dengan tren baru ETS untuk servis baru 160km/j.

tetapi … mereka telah melupakan … :-x

Kesesakan KTM Komuter yang kian parah dan membarah.

KTM Komuter dahulu kini dan selamanya? 3 koc sahaja. Kelajuan maksimum (komersial) : 120km/j. Kemudahan dalaman : kerusi. Bilangan penumpang : 400-450 orang. Jarak laluan : Rawang – Seremban (153 km). Tren : KTM Komuter Class 81, KTM Komuter Class 82, KTM Komuter Class 83. Bil. tren : 60. Stesen perhentian : 42 . Tarikh beroperasi : 3 Ogos 1995. Lebar trek : 1000mm (metric gauge), Sistem elektrik/voltan: 25 kV / 60 Hz.


Ini ruang dalam komuter KTM, kerusi kiri kanan, pic http://www.skyscrapercity.com

Ini reka bentuk dalaman kedua KTM Komuter, pic http://www.skyscrapercity.com

Satu lagi design layout kerusi KTM komuter, pic http://www.skyscrapercity.com

Koc wanita untuk wanita dan mereka2 yang ingin jadi wanita sahaja. :-)
Mmm, mmm … Bagaimana sistem komuter di negara maju dengan jarak yang hampir sama?
BANDINGKAN !!!! Servis komuter di Jepun. Servis komuter di Jepun ada macam2 jenis : Local, Rapid, Semi Rapid …
Sebagai contoh : Utsunomiya Line (宇都宮線), jarak : 159.9 km (laluan penuh) atau 106.1 (laluan tren), lebar trek : 1,067 mm (narrow gauge), Electrification : 1,500 V DC overhead catenary, Operating speed : 120 km/h, Stations : 33. Ambil satu contoh tren : E231-1000 series, bilangan koc : 10 atau 15 (termasuk koc hijau@kelas satu)

E231-1000 series suburban type train, pic Wikipedia

(green car@koc kelas satu, perhatikan koc ini adalah dua tingkat)

Kuiz : apakah perbezaan ketara berbanding KTM Komuter?

Satu lagi susun atur dalaman kerusi penumpang. Kuiz : apa yang anda nampak pada atas kepala kerusi tepi tingkap? bagaimana ini membantu semasa kesesakan?

Macam tak percaya komuter ini mempunyai tandas di dalamnya. Jarak perjalanan juga agak jauh seperti KTM Komuter dan ada laluan yang pendek dan ada laluan macam KTM antara bandar, namun ia tetap mempunyai tandas.

Kuiz : Apakah perbezaan ruang antara KTM komuter dan tren komuter Jepun ini?

Green car atau kelas satu, tingkat bawah. Kuiz : Bandingkan kualiti kerusi dengan kerusi kelas 1 atau kelas 2 KTM antara bandar dan juga ETS, apakah perbezaannya?

Kuiz : apakah perbezaan dari segi keselesaan jika dibandingkan dengan kerusi atau koc terbaik@termahal KTM pada masa dahulu, kini dan selamanya?
Tren komuter siri ini juga banyak digunakan dipelbagai laluan lain, misalnya : Jōban Line (常磐線) – 343.1km, Takasaki Line – 74.7km dan lain2.

E231 Takasaki Line

Siri yang setara denganya E231-xxx, E217, E331, E233, 321, … (banyak sangat model).

Tren komuter model E531

Tren komuter model E501

Tren komuter model E233

Ruang dalaman tren model E233
Bolehkah tren komuter KTM selebar ini …
… setanding dengan tren komuter selebar ini … apa masalahnya?
Rasanya seperti KTM Komuter adalah tren mini … hu, hu, hu ;-)
Pemandangan di belakang cab pemandu, tren model E231, rapid line Takasaki – Ueno, Jepun.

Tren2 model lama seperti 103, 205 dll masih digunakan tetapi ditukarkan ke laluan lain yang kurang sibuk.

Komentar

Aku tak nafikan bahawa, fenomena ini biasa dilihat di Jepun.

Menurut maklumat daripada beberapa sumber, video2 ini dirakam sekitar tahun 1991++ (link:http://www.youtube.com/watch?v=Lf8Ig2M3Zq0) dan kemudian disalin2 oleh banyak pihak berulang kali (video2 yang sama tetapi uploader berlainan dalam YouTube). Sekarang sudah 2011. Jika tak silap, sudah banyak tren baru diperkenalkan mengantikan tren lama (wikipedia). Koc baru dan juga lebih panjang, kekerapan juga ditambah. Tapi cuba lihat video ini pula,

(Tokyo selepas bencana alam baru2 ini, keadaan lenggang sedikit, banyak servis dihentikan. Tetapi kalau di KL Sentral, kesesakan seperti ini sudah cukup untuk menyebabkan ramai yang tidak dapat menaiki tren komuter)

Hibarigaoka Station – Tahun 2008.

Oimachi station, Keihin-Touhoku Line. Tahun 2010. Waktu puncak.

Ini tak tahu bila, tetapi uploader(mimizone) upload video pada 2010.

Uploader rakam video ini pada 11 November 2010 di Stesen Kita Senju, waktu puncak (sibuk) sebelah pagi bandaraya Tokyo. Keadaan tidak lagi seperti tahun awal 90an.

Tren komuter di Takasaki Line, 10/15 koc.
Adakah sama servis komuter KTM 3 koc, ruang dalam yang sempit dengan kekerapan minimum 30 – 45 minit jika dibandingkan dengan servis komuter orang 10 – 15 koc dengan ruang dalam yang luas dan kekerapan di waktu puncak sehingga 4 kali sejam (15 minit).
Tak faham? Bagaimana jika tren komuter mereka 10-15 koc mengantikan tempat komuter 3 koc KTM sekarang di KL Sentral, adakah anda dapat melihat perbezaannya? Sudah tentu tidak sesardin seperti sekarang, namun jika begitu jadinya dijangka permintaan kepada perkhidmatan komuter meningkat berkali ganda dan kesudahannya masalah yang sama akan berulang. Sebab itu perlunya penambah baikkan dari masa ke masa, bukan sekadar bersyukur apa yang ada, seadanya seperti ayam2 ternakan.