Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa enak bila dimakan.
Translate
Tajaan
Isnin, 2 Mac 2009
Ahad, 1 Mac 2009
Bunga Lebat (Petua)

Menggalakkan Pokok Ros Berbunga
Air cucian beras bukan sahaja boleh digunakan sebagai penghilang bau hanyir ikan tetapi amat baik dijadikan siraman pada pokok bunga. Insha'Allah pokok akan mengeluarkan bunga yang banyak.
Menyegarkan Jambangan Bunga
Cara untuk mengelakkan jambangan bunga dari cepat layu ialah dengan cara :-
- Tumbuk beberapa biji panadol hingga hancur.
- Lembabkan sedikit kapas dan sapukan dengan serbuk panadol tadi. Kemudian balutkan pada pangkal bunga dengan kertas timah.
Ahad, 1 Februari 2009
Air & Daging Arnab (Petua)
2. Air Akuarium Tahan Lama : Sebelum ini anda kerapkali menukar air di akuarium kerana airnya cepat keruh? Untuk menjernihkannya, masukkan seketul arang.
3. Khasiat Kepala Arnab : Jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
4: Khasiat Daging Arnab : i. Dapat mengempiskan perut. ii. Melawas kencing.
Bubur (Petua)
Bubur
Memasak bubur nasi mengambil masa yang lama. Bagi menjimatkan masa, cubalah petua ini :
- Masak beras hingga kembang. Apabila air hampir kering. Tutupkan api. Biarkan seketika. Kemudian masakkan semula. Bubur nasi akan cepat lembut.
Selasa, 13 Januari 2009
Jumaat, 2 Januari 2009
Melembutkan Ayam Pencen (Petua)

Melembutkan Ayam
- Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.
- Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.
- Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
- Masukkan daun betik, atau putik betik ketika merebus ayam itu.
- Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.
Khamis, 1 Januari 2009
Buah Nenas (Petua)

Memilih Nenas :-
- Pilih nenas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol.
- Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik - bintik putih.
Buah-buahan kelihatan segar :-
Untuk membuatnya kelihatan segar, sapukan buah-buahan tersebut dengan minyak kelapa kemudian renjiskan dengan air. Cara ini sesuai untuk buah-buahan sebagai hantaran.
Buah yang dipotong berubah warna:-
- Celupkan buahan ke dalam air limau nipis. Hasilnya buah-buahan ini tidak akan berubah warnanya.
- Boleh juga mencelupkan buah-buahan tersebut dalam air gula. Selain mengekalkan kesegarannya, ia juga menambahkan rasa manis pada buah-buahan tersebut


