Translate

Tajaan

Rabu, 25 November 2009

MENGHAYATI HARI RAYA QURBAN (Agama)


oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Qurban ataupun Hari Raya
Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih qurban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berqurban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!

FADHILAT QURBAN DAN AQIQAH

Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.

Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM BERQURBAN

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

*Islam

*Merdeka (Bukan hamba)

*Baligh lagi berakal

*Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).

"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN

*Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

*Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

*Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

*Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

1.Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

HIKMAH DAN FADHILAT

* Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

*Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

*Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

*Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

*Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

*Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH

*Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

*Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

*Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

*Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

*Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH

*Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

*Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:

1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)." (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).

*Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.

*Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

*Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).

*Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.

*Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.

*Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.

QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI

Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:

*Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

*Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).

*Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).

Selasa, 24 November 2009

Tentang Hamka

Hamka
Sdr BlueGene,

Saya juga mempunyai minat yang sama ulat buku; gila dengan koleksi buku. Sayangnya sejak kebelakangan ini banyak buku-buku koleksi saya habis terperap tanpa jagaan.

Masa saya bercinta dengan orang rumah Kak Mila saya tu!, saya pernah menghadiahkan dia buku, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Saya membaca buku itu semasa darjah lima lagi. Kecil-kecil lagi menangis sakan membaca tentang percintaan Zainuddin & Hayati.

Kak Mila bukanlah jenis penyimpan buku, begitu juga keluarganya. Maka itu baik buku & majalah menjadi masalah bagi kami di rumah ini. Bayangkan Majalah Ibu dari edisi pertama sampailah keberatusan jumpalah; tak satu pun saya terlepas membelinya. Samalah Gila-Gila, Wanita, Jelita, Mastika, Al Islam, Ummi komik jangan ceritalah banyaknya.

Dari harga Gila-Gila RM1 lebih entah berapa ratus edisi memang saya tak pernah miss mengumpulnya.

Sayang semua itu entah ke mana. Ada yang tersimpan ada juga yang telah terbuang. Maka itu saya tak sabar mahu memiliki rumah di kampung agar semua majalah & novel pun banyak buku agama yang berbaki ini dapat tersimpan dengan baik.

Ongkosnya belum cukup untuk membeli almari cermin bagai arwah Emak lakukan. Emak saya amat menyayangi buku.

Semasa di St Michael Inst Ipoh saya rajin ke Perpustakaan Negeri ianya terletak sebelah Inst kami. Ketika itu memang banyak terdapat buku tulisan Hamka. Saya banyak membaca tulisan Allahyarham di Perpustakaan tersebut. Sila klik di sini http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah. Semua koleksi buku Allahyarham tersinarai di sini.

Antara novel beliau yang memang menjadi bahan kajian atau buku rujukan di sekolah ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. Seingat saya buku Kapal Van Der Wijck tak kurang ada dua buah di rumah saya ini, tapi entah ada lagi entah tidak. Bagaimana mahu mencarinya memang pening & mengambil masa.

Jika mahu mendapatkan buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ada terjual di MPH, saya baru sahaja melihat buku itu di MPH Putrajaya & ianya dicetak semula masih mendapat pasaran. MPH paling besar di Mid Valley KL rasanya pasti banyak buku Allahyarham Hamka.

Jumaat, 20 November 2009

Soal Jawab Ibadah Korban

Diselenggarakan oleh :
Ustazah Norwariza Mohd Hed
B.A (Hons) Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir

SOALAN

* Ibadah korban dalam Islam
* Jenis-jenis ibadah korban
* Waktu korban dan jenis haiwan
* Korban untuk ahli keluarga
* Mewakilkan pihak lain melaksanakan korban
* Memakan daging korban sendiri
* Mengagihkan daging korban

Ibadah korban dalam Islam

1: Apakah hukum melakukan ibadah korban?
2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?
3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
4: Apakah hikmah korban?
5: Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?
6: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?
7: Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
8: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?

Jenis-jenis ibadah korban

1: Apakah jenis-jenis ibadah korban?
2: Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?
3: Apakah yang dinamakan korban wajib?

Waktu korban dan jenis haiwan
1: Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban?
2: Apakah jenis haiwan yang lebih utama disembelih sebagai korban, jantan atau betina?
3: Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk ibadah korban?
4: Bolehkah seseorang berkorban dengan sekilo daging?
5: Bolehkah bersedekah sejumlah wang untuk mengantikan penyembelihan korban?
6: Manakah yang lebih baik, korban dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu?
7: Bolehkah seekor kambing dikongsi untuk seisi keluarga bagi ibadah korban?
8: Apakah hukumnya berkongsi wang dengan seorang kawan untuk membeli seekor kambing bagi tujuan korban?
9: Bolehkah seseorang menyembelih seekor burung untuk korban kerana tiada kemampuan menyembelih lembu atau kambing?
10: Adakah seseorang yang sedang bermusafir dituntut melaksanakan korban?

Korban untuk ahli keluarga

1: Bolehkah korban dilaksanakan bagi anak saya yang belum diaqiqahkan?
2: Apa yang perlu didahulukan untuk seorang anak kecil, korban atau aqiqah?
3: Bolehkah niatkan korban bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia?
4: Bolehkah seseorang itu berniat untuk melaksanakan korban untuk anaknya yang telah meninggal dunia?
5: Bolehkah seseorang melaksanakan korban bagi orang lain tanpa pengetahuannya?

Mewakilkan pihak lain melaksanakan korban
1: Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya?
2: Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain?
3: Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?

Memakan daging korban sendiri
1: Bolehkah seseorang itu memakan daging korban nazarnya?
2: Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita sendiri?
3: Bolehkah kita menjual daging korban?
4: Bolehkah kita menjual kulit haiwan korban?
5: Ada pandangan mengatakan bahawa kita mesti makan sebahagian daging korban yang kita sembelih, bolehkah kita sedekahkan semua daging sembelihan korban?

Mengagihkan daging korban
1: Bolehkah diberikan sebahagian daging korban atau kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih?
2: Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban?
3: Bolehkah orang kafir diberikan daging korban?
4: Apakah hukum menjemput orang kafir untuk makan daging korban yang telah dimasak?
5: Bolehkah seseorang itu mengambil 1 atau 2 bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat mendapatkan daging sahaja?


SOALAN & JAWAPAN

Ibadah korban dalam Islam

1. Apakah hukum melakukan ibadah korban?
J: Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar: ayat 2
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Wallahuaklam

2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?
J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”. Wallahuaklam

3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?
J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahuaklam

4: Apakah hikmah korban?

J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;
1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam
5: Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?
J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: ‘Aku pasti membunuhmu?’ Habil berkata: ‘Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa’”.

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam

6: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?
J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahuaklam

7: Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
J: Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” Wallahuaklam

8: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?

J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam. Wallahuaklam

Jenis-jenis ibadah korban

1: Apakah jenis-jenis ibadah korban?
J: 1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Eidhul Adha atau Hari Raya Haji.

2. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu. Wallahuaklam

2: Apakah yang dimaksudkan dengan korban nazar?
J: Korban nazar ialah apabila seseorang itu mengatakan bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan korban, maka wajiblah ke atasnya menunaikan nazarnya itu. Bahkan Imam Nawawi menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan untuk penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka wajiblah bagi orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya. Wallahuaklam

3: Apakah yang dinamakan korban wajib?
J: Korban wajib ialah apabila seseorang membeli seekor kambing atau lembu atau unta dengan mengatakan bahawa ‘haiwan ini adalah untuk sembelihan korban’, atau ‘aku beli haiwan ini untuk korban’, maka adalah wajib beliau menyembelih haiwan tersebut sebagai korban pada hari raya korban.
Wallahuaklam

Waktu korban dan jenis haiwan

1: Bilakah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban?
J: Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat Eidhul Adha, sehingga terbenam matahari tanggal ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih haiwan korban ada 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah korbannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W;

yang bermaksud, “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.” Wallahuaklam

2: Apakah jenis haiwan yang lebih utama disembelih sebagai korban, jantan atau betina?
J: Para ulama berbeza pendapat tentang menentukan haiwan jantan atau betina yang lebih baik dijadikan korban Mengikut pendapat dalam mazhab Imam Syafie, haiwan jantan lebih baik dari haiwan betina. Kesimpulan yang boleh kita berikan ialah kedua-dua jantina sama ada jantan atau betina boleh disembelih sebagai haiwan korban. Wallahuaklam

3: Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk ibadah korban?
J: Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu atau unta, ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi;
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.” Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al-Barqani;
“Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Wallahuaklam.

4: Bolehkah berkorban dengan sekilo daging?
J: Untuk menjawab soalan tersebut, mari sama-sama kita renungi kisah Abdullah Ibnu Abbas R.A. Ayahnya (Abbas) yang merupakan paman Rasulullah S.A.W. adalah seorang jutawan. Namun Ibnu Abbas tidak berminat mengikut jejak ayahnya. Ketika Idhul Adha tiba, Ibnu Abbas hanya membeli daging untuk Korban kerana tidak memiliki persediaan wang untuk membeli haiwan korban. Melihat perkara tersebut para sahabat bertanya:
“Apa yang engkau bawa wahai anak paman Rasulullah? Tanpa malu beliau menjawab: Inilah korban Ibnu Abbas hamba Allah yang miskin.”
Wallahuaklam

5: Bolehkah bersedekah sejumlah wang untuk mengantikan penyembelihan korban?
J: Terlaksananya korban adalah dengan berlakunya penyembelihan haiwan tertentu dan mengalirnya darah haiwan tersebut. Adapun perkara lain, seperti sunat seseorang itu memakan sebahagian daging korbannya, atau menyimpan sebahagian, atau bersedekah dengan sebahagiannya lagi adalah amalan sampingan dalam ibadah korban. Maka kita dapati bahawa bersedekah dengan sejumlah wang ataupun sejumlah daging yang dibeli bagi mengantikan sembelihan haiwan korban yang telah ditentukan adalah tidak menepati tuntutan ibadah korban itu sendiri, berbeza dengan zakat fitrah, ia bertujuan mengurangkan bebanan orang-orang miskin. Wallahuaklam

6: Manakah yang lebih baik, korban dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu?
J: Dalam menentukan haiwan yang mana lebih baik untuk dijadikan sembelihan korban, imam-imam mazhab berbeza pendapat, ini kerana banyak sumber dari hadis yang memberi isyarat akan kelebihan setiap haiwan yang dibolehkan untuk dijadikan sembelihan korban. Secara umumnya semua bersetuju manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati oleh lebih ramai orang, maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak dagingnya boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa kita menentukan jenisnya. Wallahuaklam

7: Bolehkah seekor kambing dikongsi untuk seisi keluarga bagi ibadah korban?
J: Berkongsi seekor kambing bagi mewakili korban satu keluarga adalah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat, dalam sebuah hadis Nabi S.A.W.;
“Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang berkorban dengan seekor domba untuknya dan untuk keluarga seisi rumahnya. Mereka memakan dan mereka berikan orang lain sampai manusia merasa senang, sehingga mereka menjadi seperti yang engkau lihat.” Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi.

Ulama’ besar Asy Syaukani dalam kitabnya Al Raudlah 2:210, menyatakan :
“Adanya perintah berkorban, menunjukkan kepada wajibnya. Perintah itu ditujukan atas tuan rumah. Udhiyah (korban) itu, jika dikatakan wajib, maka bagi isi satu rumah diwajibkan atas kepala keluarga, atau atas orang yang mengepalainya, dan bagi orang yang tidak berkeluarga, atau belum mempunyai rumah tangga yang ia urusi, maka atas dirinya.” Wallahuaklam

8: Apakah hukumnya berkongsi wang dengan seorang kawan untuk membeli seekor kambing bagi tujuan korban?
J: Islam telah meletakkan syarat bahawa seekor kambing boleh dijadikan haiwan sembelihan korban bagi satu kepala atau seorang sahaja, manakala mereka yang telah membeli seekor kambing bagi tujuan korban dengan berkongsi wang, maka mereka hanya mendapat pahala perkongsian selagi mana penyembelihan belum berlaku kerana niat yang baik membeli seekor kambing bagi tujuan korban, akan tetapi selepas penyembelihan haiwan tersebut, pahala itu hanya untuk orang yang di atas namanya haiwan korban itu disembelih. Wallahuaklam

9: Bolehkah seseorang menyembelih seekor burung untuk korban kerana tiada kemampuan menyembelih lembu atau kambing?
J: Menyembelih haiwan korban tertentu seperti yang telah ditentukan oleh syarak adalah wajib, kita tidak diberi pilihan bagi menyembelih haiwan lain, ia bertujuan mendapatkan ganjaran yang terbaik yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, apabila kita tiada kemampuan, maka kita disunatkan menyembelih sesuatu seperti ayam, burung, itik dan sebagainya bagi meraikan hari raya korban yang disambut. Wallahuaklam

10: Adakah seseorang yang sedang bermusafir dituntut melaksanakan korban?
J: Menurut pendapat semua mazhab, ibadah korban juga dituntut ke atas orang yang bermusafir walau di mana mereka berada, ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang mana Baginda telah menyembelih seekor lembu korban di Mina untuk isteri-isterinya. Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.
Bagaimanapun, mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang musafir tidak dituntut berkorban kerana akan membebankannya seperti mana mereka juga tidak dituntut bersolat Jumaat ketika bermusafir. Wallahuaklam


Korban untuk ahli keluarga

1: Bolehkah korban dilaksanakan bagi anak saya yang belum diaqiqahkan?
J: Korban bagi anak kecil adalah atas tanggungjawab ibu bapanya seperti juga aqiqah, khususnya ibu bapa yang mempunyai kelapangan dan kemampuan. Jika seseorang itu berniat ingin membuat korban untuknya maka ia tidak menjadi masalah, akan tetapi jika didahulukan aqiqah adalah lebih baik, kerana aqiqah adalah suatu tuntutan kepada ibu bapa terhadap anak tersebut, sedangkan korban pula adalah suatu sunnah sahaja. Wallahuaklam

2: Apa yang perlu didahulukan untuk seorang anak kecil, korban atau aqiqah?
J: Bagi seorang anak kecil maka sudah tentu aqiqah perlu didahulukan daripada korban. Sebabnya ialah, pertama; kerana ibadah aqiqah merupakan tanggungjawab ibu bapanya yang perlu dilaksanakan seawal mungkin, kedua ; korban merupakan pengorbanan individu yang dituntut bagi mendapatkan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T., sedangkan tuntutan tersebut belum terletak di atas diri anak itu kerana ia masih kecil dan tiada kemampuan sendiri.

Walau bagaimanapun jika bertemu hari aqiqah anak saudara dengan hari raya korban, maka dibolehkan berniat sembelihan tersebut untuk aqiqah dan korban bagi anak tersebut. Wallahuaklam

3: Bolehkah niatkan korban bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia?
J: Orang yang telah meninggal dunia amat memerlukan kepada orang yang masih hidup, khususnya dari kalangan ahli keluarga bagi meneruskan amal kebajikan yang boleh menambah bekalan amal baik sebagai bekalan di akhirat nanti. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunat dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka berkorban bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh dilaksanakan mengikut pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali. Berdoalah kepada Allah S.W.T supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kebajikannya kepada kedua ibu bapa. Wallahuaklam

4: Bolehkah seseorang itu berniat untuk melaksanakan korban untuk anaknya yang telah meninggal dunia?
J: Korban seperti yang kita ketahui adalah sebahagian daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, mengikut pandangan mazhab Imam Hanafi dan Imam Hanbali terpulanglah kepada warisnya untuk melakukan amal kebajikan tersebut untuk anaknya, dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menerima korban tersebut dan memberikan pahala kepada anaknya. Wallahuaklam

5: Bolehkah seseorang melaksanakan korban bagi orang lain tanpa pengetahuannya?
J: Melaksanakan korban memerlukan niat yang sengaja, dan disertai dengan rasa kepatuhan kepada Allah S.W.T. Seseorang yang berkorban perlu sedar yang ia sedang melaksanakan suatu tuntutan ibadah yang dinamakan korban. Manakala korban yang dilaksanakan oleh orang lain tanpa pengetahuan orang kedua, maka ia tidak memberikan kesempurnaan kepada perlaksanaan korban itu sendiri, oleh itu kita tidak boleh melaksanakan korban bagi orang lain melainkan dengan keizinannya, kecuali ahli keluarga. Wallahuaklam

Mewakilkan pihak lain melaksanakan korban

1: Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya?
J: Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim. Wallahuaklam

2: Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain?
J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.

Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:

“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”

Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”

3: Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?
J: Hukum asal penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang korbannya bagi pihak dirinya.

Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am korban di negeri yang lain dan pada menyembelinya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini. Wallahuaklam”

Memakan daging korban sendiri

1: Bolehkah seseorang itu memakan sedikit daripada daging korban nazarnya?
J: Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar , maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban. Semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Wallahuaklam

2: Bolehkah kita memakan daging haiwan korban kita sendiri?
J: Kita memang dibenarkan oleh agama untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita lakukan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian daging korban kamu.”
Mengikut pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga daripada daging korban tersebut. Wallahuaklam

3: Bolehkah kita menjual daging korban?
J: Hakikat dan tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu untuk dirasai oleh orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Jadi, menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan matlamat yang digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak dibolehkan. Kita hanya digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban tersebut bagi mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut. Wallahuaklam

4: Bolehkah kita menjual kulit haiwan korban?
J: Menjual kulit haiwan korban adalah dilarang oleh agama, kerana ia bertentangan dengan matlamat dan tujuan sebenar korban itu dianjurkan, dan ia juga bertepatan dengan sebuah hadis Nabi S.A.W yang berbunyi;
“Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.” Hadis riwayat Hakim.
Walau bagaimanapun, menurut pendapat Imam Abu Hanifah, kulit haiwan korban boleh dijual dan harganya disedekahkan atau dibelikan sesuatu keperluan rumahtangga. Wallahuaklam

5: Ada pandangan mengatakan bahawa kita mesti makan sebahagian daging korban yang kita sembelih, bolehkah kita sedekahkan semua daging sembelihan korban?
J: Memakan sebahagian daripada daging korban itu dibolehkan oleh agama untuk kita sama-sama merasa dan mendapat keberkatan dari ibadah tersebut, adapun jika seseorang ingin bersedekah dan memberikan semua daging korban tersebut kepada mereka yang layak menerimanya, maka ia amatlah baik sekali. Wallahuaklam

Mengagihkan daging korban

1: Bolehkah diberikan sebahagian daging korban atau kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih?
J: Dalam hal ini Islam tidak membenarkan kita membayar upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki. Ini bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali R.A.;
“Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada kami.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahuaklam

2: Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban?
J: Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan hati haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah S.A.W memakan hati korbannya.”
Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28;
Maksud ayat “Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
Wallahuaklam

3: Bolehkah orang kafir diberikan daging korban?
J: Matlamat dan tujuan kita dianjurkan berkorban adalah jelas, antara lain mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang dikurniakan sepanjang tahun tersebut, dan memberikan orang lain sama-sama merasa nikmat Allah S.W.T, di samping merapatkan lagi ukhuwwah sesama umat. Oleh itu pemberian daging korban kepada orang yang bukan Islam tidak bercanggah dengan mana-mana tujuan korban itu dianjurkan, maka mengikut pandangan mazhab Hanbali adalah dibenarkan kita memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada orang bukan Islam, tetapi daging korban wajib tidak boleh kita berikan kepada orang bukan Islam. Wallahuaklam

4: Apakah hukum menjemput orang kafir untuk makan daging korban yang telah dimasak?
J: Seperti mana kita dibenarkan memberikan daging korban sunat kepada orang bukan Islam berdasarkan kepada pandangan mazhab Hanbali, maka menjemput mereka makan daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan tujuan dan matlamat murni korban itu sendiri, dan juga syaratnya ialah bukan daripada daging korban wajib. Wallahuaklam

5: Bolehkah seseorang itu mengambil 1 atau 2 bahagian di dalam seekor lembu korban dengan niat ingin mendapat daging sahaja?
J: Ibadah korban hanya tercapai dengan berlakunya penyembelihan haiwan korban tertentu, pada hari-hari tertentu, dengan berlakunya tumpahan darah dari haiwan yang disembelih, maka terlaksanalah ibadah korban. Oleh itu, sembelihan mestilah berlaku dengan niat yang satu iaitu korban. Akan tetapi ada pendapat di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa berkongsi bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing. Wallahuaklam

Rujukan:

1. Al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’ – Khotib Syarbini
2. Fiqh Islami – Wahbah Az-Zuhaili
3. Fiqh As-Sunnah – Sayyid Sabiq
4. Sirajul Wahhaj ‘Ala Matnil Minhaj Lil Imam Nawawi.
5. Korban & Aqiqah – Haji Ahmad Fuad Said
6. Panduan Aqiqah Khatan & Korban – Muhammad Isa Selamat
7. Ibadat Korban, Hukum & Cara Pengendaliannya – Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Dari Blog http://www.korbanaqiqah.com.my

Daging Korban.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu yang melakukan korban (sembelih) maka janganlah menyimpan sedikitpun di rumahnya selepas dari tiga hari. Pada tahun berikutnya, para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah kami harus melakukannya seperti pada tahun lepas? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak, pada tahun itu ramai dari kalangan kaum Muslimin hidup dalam keadaan susah. Jadi aku mahu daging korban itu dibahagikan kepada mereka.

Hadis Ali bin Abu Talib r.a:

Diriwayatkan daripada Abu Ubaid r.a katanya: Aku pernah mengikuti sembahyang Hari Raya bersama Ali bin Abu Talib. Beliau mendahulukan sembahyang sebelum khutbah dan beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menegah kami memakan daging korban kami selepas daripada tiga hari.

Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Seseorang dari kamu tidak boleh memakan daging korbannya selepas dari tiga hari.

Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Waqid r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang dari memakan daging korban selepas dari tiga hari. Abdullah bin Abu Bakar berkata: Aku memberitahu perkara tersebut kepada Amrah lalu dia berkata: Dia benar, aku pernah mendengar Aisyah r.a berkata: Beberapa orang wanita dari penduduk gurun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat penyembelihan korban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Simpanlah tiga hari. Setelah itu sedekahkanlah apa yang masih berbaki. Beberapa ketika selepas itu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Orang ramai menyimpan daging korban dan membawa sebahagian dari lemaknya. Rasulullah s.a.w bertanya: Kenapa begitu? Mereka menjawab: Dulu engkau melarang dari memakan daging korban selepas tiga hari. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Aku melarang kamu hanyalah kerana mengingat orang-orang yang berjalan perlahan-lahan (untuk menolong orang-orang yang tidak mampu). Sekarang kamu bolehlah makan, menyimpan dan menyedekahkannya.

Hadis Jabir r.a:
Nabi s.a.w melarang daripada memakan daging korban selepas dari tiga hari. Kemudian selepas itu baginda bersabda pula: Makanlah kamu, berbekallah dan simpanlah.

ISU-ISU DAGING KORBAN

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


Suasana ‘Idul Adha atau dikenal juga sebagai Hari Raya Korban tidaklah sehebat ‘Idul Fitri. ‘Idul Fitri disambut dengan ‘bermati-matian’ di mana persediaan menyambut kedatangannya dibuat lebih awal dan ada orang sanggup ‘berbelanja besar’ kerananya. Inilah suatu hakikat yang tidak selaras dengan agama.

‘Idul Adha mengingatkan kita kepada peristewa penyembelihan Nabi Ismail. Sejak dari saat itulah penyembelihan binatang korban menjadi salah satu syiar dalam Islam.

Kalau ada orang sanggup ‘berbelanja besar’ kerana Hari Raya Fitri, maka inilah saatnya kita ‘berbelanja besar’ kerana menyertai amalan berkorban binatang, kerana ia menjanjikan pahala yang besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang antaranya:

i. Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorban.

ii. Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu.

iii. Darah korban itu jika tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Tidak syak lagi menyembelih binatang korban itu tanda bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu, jika seseorang itu mempunyai harta sebanyak nilai harga binatang korban, selepas ditolak keperluannya dan keperluan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari Tasyrik, maka dia dianggap telah memenuhi syarat-syarat boleh berkorban.

Meninggalkan ibadah korban walaupun tidak berdosa, namun seseorang itu bukan hanya kehilangan pahala-pahala besar yang dijanjikan dan tidak mendapat pahala sunnah, bahkan dihukum pula sebagai makruh.

Yang demikian itu, rebutlah peluang berkorban ini yang datangnya hanya setahun sekali, itupun jika ada umur yang lebih, sambil itu sama-samalah kita memerhatikan hukum-hakam mengenainya supaya bertambah sempurna amalan korban itu dan dalam waktu yang sama terjauh daripada segala yang boleh mencacatkannya.

Isu-Isu Daging Korban Wajib

Udhhiyyah atau korban itu terbahagi kepada dua iaitu udhhiyyah wajibah (korban wajib) dan udhhiyyah mandubah (korban sunat).

Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nazar yang sebenar itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang berkorban itu berkata: “Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai korban”, ataupun dia berkata: “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada Hari Raya Haji nanti”.

Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: “Aku jadikan kambing ini untuk korban”, ataupun dia berkata: “Ini adalah korban”, maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘ayin) binatang tersebut.

Maka yang demikian itu wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan tanduknya. Untuk lebih jelasnya lagi disebutkan beberapa isu berhubung dengan korban wajib yang perlu diambil perhatian seperti berikut:

(1) Hukum Memakan Daging Korban Wajib

Haram atas orang yang berkorban wajib itu memakan daging tersebut walaupun sedikit. Jika dimakannya daging tersebut, wajib diganti kadar yang dimakannya itu, tetapi tidak wajib dia menyembelih binatang lain sebagai ganti.

(2) Makan Daging Korban Yang Diwasiatkan

Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat daripada seseorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

(3) Menukar Binatang Korban Wajib Dengan Yang Lebih Baik

Binatang korban wajib itu tidak boleh ditukar dengan yang lain walaupun dengan yang lebih baik. Apatah lagi dijual, disewakan atau dihibahkan (diberikan).

(4) Melambat-lambatkan Pembahagian Daging Korban

Jika orang yang berkorban itu melambat-lambatkan pembahagian daging korban wajib tersebut sehingga rosak, maka wajib ke atas orang yang berkorban itu bersedekah dengan harga daging itu dan tidaklah wajib dia membeli yang baharu sebagai gantinya kerana telah dikira memadai dengan sembelihan tersebut.

(5) Menjual Binatang Korban Wajib

Sekiranya binatang korban wajib itu dijual oleh orang yang berkoban, maka hendaklah dia mendapatkannya semula daripada orang yang telah membelinya jika masih ada di tangan pembeli dan dia hendaklah memulangkan harga belian yang diterimanya. Jika tiada lagi di tangan pembeli, umpamanya sudah disembelihnya, maka wajib baginya mengadakan nilaian harga yang lebih mahal daripada harga waktu dia memiliki yang dahulu, dan hendaklah dia membeli semula dengan nilaian itu binatang korban yang sama jenisnya dan sama umurnya untuk disembelih pada tahun itu juga. Jika luput dia daripada menyembelihnya, maka wajib ke atasnya menyembelih binatang korban wajib itu pada tahun hadapannya sebagai qadha yang luput itu. Jika harga binatang korban itu (yang sama jenis dan umur dengan yang dahulu) lebih mahal kerana naik harga dan harga nilaian itu tidak mencukupi untuk membeli binatang yang sama dengan yang dahulu itu hendaklah ditambahnya dengan hartanya yang lain. Begitulah juga hukumnya jika binatang itu tidak disembelih setelah masuk Hari Raya Adha dan binatang itu binasa dalam tempoh tersebut.

(6) Binatang Korban Dicuri Dan Dibinasakan Orang Lain

Jika binatang korban wajib itu rosak, umpamanya mati atau dicuri orang sebelum masuk waktu berkorban dan bukan kerana kecuaiannya, tidaklah wajib dia menggantinya.

Manakala jika ia dibinasakan oleh orang lain, maka hendaklah orang yang membinasakan itu mengganti harga binatang korban wajib itu kepada orang yang punya korban dan dia hendaklah membeli semula binatang yang sama seperti yang dahulu, jika tidak diperolehi binatang yang sama, hendaklah dibelinya yang lain sahaja sebagai ganti.

(7) Disembelih Sebelum Masuk Waktu

Adapun jika binatang korban wajib itu disembelih sebelum masuk waktu korban, wajiblah disedekahkan kesemua dagingnya dan tidak boleh bagi orang yang berkorban wajib itu memakan dagingnya walaupun sedikit dan wajib pula menyembelih yang sama dengannya pada hari korban itu sebagai ganti.

(8) Kecacatan Binatang Korban Wajib

Jika binatang korban yang telah ditentukan dalam korban wajib itu menjadi cacat (‘aib) setelah dinazarkan dan sebelum masuk waktu menyembelihnya dan kecacatan binatang itu adalah cacat yang tidak boleh dibuat korban pada asalnya, maka tidaklah disyaratkan menggantinya dan tidaklah terputus hukum wajib menyembelihnya dengan adanya cacat tersebut. Bahkan jika disembelihnya pada Hari Raya Adha adalah memadai (boleh dibuat) sebagai korban.

(9) Binatang Cacat Disembelih Sebelum Masuk Waktunya

Sekiranya binatang yang dalam keadaan cacat itu disembelih sebelum Hari Raya Adha hendaklah disedekahkan dagingnya itu dan tidak wajib menggantinya dengan binatang yang sama untuk disembelih pada Hari Raya Adha itu. Tetapi wajib bersedekah nilaian harga binatang yang disembelih itu.

(10) Cacat Setelah Masuk Waktu Menyembelih

Jika kecacatan itu berlaku setelah Hari Raya Adha dan disembelih dalam keadaan yang demikian, maka tidaklah ia memadai (tidak memenuhi syarat) sebagai korban, kerana ia telah menjadi barang jaminan selagi belum disembelih, dan wajib diganti dengan yang baru.

Isu-Isu Daging Korban Sunat

Sebagaimana yang kita ketahui berkorban itu hukumnya sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya.

Terdapat beberapa isu yang perlu diambil perhatian berhubung dengan korban sunat seperti berikut:

(1) Memakan Daging Korban Sunat

Sunat bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripadanya. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir”.

(Surah Al-Hajj: 28)

Afdhalnya yang dimakan itu ialah hatinya, kerana telah diriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah makan sebahagian daripada hati binatang korbannya, tetapi makan di sini bukanlah bererti dia wajib memakannya.

(2) Menyedekahkan Daging Korban Sunat

Berdasarkan kepada ayat di atas, para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu dalam keadaan mentah lagi basah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.

Ini bererti setiap orang yang berkorban sunat itu wajib menyediakan sebahagian daripada daging korbannya itu untuk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin. Tidak memadai jika daging-daging korban itu dihadiahkan keseluruhannya kepada orang-orang kaya misalnya. Hal inilah yang wajib diketahui oleh setiap orang yang berkorban.

(3) Cara Pembahagian (Menyedekahkan)

Harus bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga bahagian; satu pertiga untuk dimakan, satu pertiga untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga lagi untuk dihadiahkan kepada orang kaya.

(4) Afdhal disedekahkan Kesemuanya

Namun yang afdhalnya adalah disedekahkan semuanya, melainkan dimakannya sedikit sahaja iaitu kadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripadanya, kerana yang demikian itu lebih mendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada sifat mementingkan diri sendiri.

(5) Jika Dimakan Kesemuanya

Sekalipun sah korban sunat seseorang itu, jika dimakan kesemua daging korbannya dan tiada sedikit pun disedekahkan kepada orang fakir atau miskin, tetapi wajib didapatkan atau dibeli daging-daging yang lain kadar yang wajib disedekahkan sebagai ganti.

(6) Daging Korban Untuk Hadiah

Memberikan daging korban sunat sebagai hadiah kepada orang kaya Islam adalah harus. Walau bagaimanapun hadiah itu setakat untuk dimakan sahaja, bukan untuk tujuan memilikinya. Ini bererti dia tidak boleh menjualnya, menghibahkannya atau sebagainya kecuali menyedekahkannya kepada fakir atau miskin. Berlainan halnya dengan orang fakir dan miskin, di mana daging yang disedekahkan kepadanya itu adalah menjadi milik mereka. Mereka diharuskan menjual daging tersebut atau menghibahkan (memberikan) kepada orang lain.

(7) Menghadiahkan Daging Korban Kepada Orang Kafir

Satu perkara lagi yang wajib kita ketahui ialah hukum haram menyedekah dan menghadiahkan daging korban kepada orang kafir sekalipun dia kaum kerabat, sama ada ia korban wajib atau sunat sekalipun sedikit kerana ia adalah perkara yang berhubung dengan ibadat.

(8) Daging Korban Dijadikan Upah

Kulit atau daging binatang korban itu haram dijadikan upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah jika penyembelih itu orang miskin atau hadiah jika dia bukan orang miskin.

(9) Daging Korban Dijadikan Jamuan Bagi Fakir Miskin

Sepertimana yang dijelaskan di atas, bahagian yang wajib disedekahkan itu hendaklah ia daging yang masih basah dan mentah. Ini bererti tidak memadai jika bahagian yang disedekahkan itu bukan daging seperti kulit, hati, tanduk dan sebagainya. Begitu juga tidak memadai jika daging tersebut dimasak kemudian dipanggil orang-orang fakir dan miskin untuk memakannya kerana hak fakir dan miskin itu bukan pada makan daging tersebut, tetapi adalah memiliki daging berkenaan dan bukan memilikinya dalam keadaan yang telah dimasak.

(10) Berkorban Bagi Pihak Orang

Tidak sah dibuat korban bagi orang yang hidup melainkan dengan izinnya, dan tidak sah juga dibuat korban bagi orang yang telah mati jika simati tidak berwasiat untuk berbuat demikian.

Khamis, 19 November 2009

Asma dan Rawatannya (Kesihatan)

Oleh Prof. Madya Dr. Rahmat Awang
Pusat Racun Negara


Apakah Yang Digunakan Dalam Rawatan Asma?

Berikut merupakan beberapa jenis ubat yang sering digunakan dalam rawatan asma. Secara umumnya boleh dikelaskan kepada jenis bronkodilator iaitu ubat yang boleh membantu menghentikan serangan asma apabila ia terjadi dan kedua, agen anti-inflamasi yang digunakan untuk mencegah serangan asma daripada terjadi. Namun begitu, bagi memastikan kesan terbaik dapat dicapai, beberapa nasihat umum haruslah diperoleh terlebih dahulu.

Agonis Beta-2

Salbutamol dan terbutalin merupakan sejenis agonis beta-2. Ia didapati dalam bentuk larutan inhalasi. Ubat ini biasanya digunakan sebagai tambahan kepada agonis beta-2 apabila kawalan sepenuhnya daripada agonis beta-2 tidak dapat dicapai.

Teofilin

Ubat jenis ini bertindak dengan menyebabkan saluran pernafasan mengembang dan ini dapat di capai sama ada dengan mengambilnya dalam bentuk sirap, pil, kapsul atau suntikan. Keupayaannya mengawal asma amat bergantung kepada kepekatannya dalam darah dan penentuan kandungan ubat yang seringkali dilakukan. Antara masalah yang sering timbul akibat penggunaan ubat ini adalah rasa sebu perut, mual, resah dan kerap membuang air kecil. Tetapi pada kepekatan yang tinggi, kesan sampingan yang serius seperti gelugut dan gangguan pergerakan jantung boleh dialami. Justeru itu, pesakit harus mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum menggunanya bagi memastikan kesan yang terbaik dapat dicapai.

Kortikosteroid

Kortikosteroid merupakan ubat utama dalam rawatan asma. Ubat kumpulan ini mempunyai kesan anti-inflamasi yang amat kuat dan digunakan untuk tujuan pencegahan serta rawatan asma yang aktif. Jenis kortikosteroid yang digunakan pula bergantung kepada matlamat yang ingin dicapai.

Bagi menghentikan serangan asma, kortikosteroid secara makan atau suntikan biasanya digunakan dalam jumlah yang besar untuk jangka masa lebih kurang tujuh hari. Ini hanya diberikan kepada kes yang agak teruk. Namun begitu, pengambilan ubat seperti ini boleh menimbulkan sedikit masalah sukar untuk tidur, perubahan mood atau tingkah laku, sakit otot atau sebu perut. Contoh kortikosteroid jenis ini termasuklah prednisendan meetilprednisolon. Bagi mencegah serangan asma, kortikosteroid sedut seperti beklometason dipropionat dan budesonid pula digunakan. Penggunaan kortikosteroid dengan cara semburan ini tidak banyak menimbulkan masalah melainkan jangkitan kulat ditekak.

Kromolin

Ia merupakan satu sebatian yang dapat menghalang sel mati iaitu sel yang terlibat dalam menghasil dan mengeluarkan bahan kimia seperti histamina ke dalam paru-paru yang disahkan boleh memulakan proses inflamasi saluran pernafasan. Ubat seperti ini mengurangkan pembengkakkan serta penghasilan lendir supaya dapat memastikan saluran pernafasan sentiasa berada dalam keadaan terbuka. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk dan digunakan dengan bantuan alat sedut (inhaler). Masalah yang pernah dilaporkan berkaitan dengan penggunaan ubat ini termasuklah hidung tersumbat, gatal atau panas dan iritasi pernafasan.

Ketotifen

Ubat ini digunakan sebagai langkah pencegahan dan tidak boleh digunakan apabila serangan asma telah terjadi. Ia boleh didapati dalam bentuk pil atau sirap. Kesan sampingan yang dilaporkan termasuklah rasa mengantuk, kering mulut dan peningkatan selera makan diikuti dengan pertambahan berat badan.

Terapi-Imun-alahan

Rawatan yang juga dipanggil sebagai terapi hiposensitasi diberikan sekiranya asma yang dialami disebabkan oleh tindakbalas alahan. Rawatan yang bersifat suntikan ekstrak bahan alahan dalam jumlah yang mula-mula sedikit tetapi seterusnya ditingkatkan, bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan pesakit bagi membolehkan pencegahan serangan asma dicapai. Keperluan dan pemberian rawatan sedemikian biasanya ditentukan oleh doktor pakar yang terlatih dalam bidang alahan dan imunologi.

Rumusan

Asma boleh menjadi satu penyakit yang serius dan boleh menggugat nyawa mangsanya jika tidak berhati-hati. Bagaimanapun, ia boleh dikawal dengan baik sekiranya pesakit tahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Ubat-ubatan yang digunakan pada masa ini semuanya berupaya membantu pesakit bernafas semula dengan baik tetapi tidak satupun dianggap boleh menyembuhkan. Justeru, pesakit harus mempelajari cara-cara untuk mencegah berlakunya serangan asma disamping mengenali tanda-tanda awal asma supaya langkah pengawalan dengan ubat-ubatan dapat dilaksanakan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi teruk.

Cara Menggunakan Ubat Sedut

  1. Bekas ubat sedut digoncangkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

  2. Bekas dipegang secara menegak berdepan dengan mulut.

  3. Hembus nafas sepanjang yang boleh supaya paru-paru dapat dikosongkan.

  4. Hujung bahagian bekas ubat diletakkan di mulut dan dirapatkan dengan bibir.

  5. Tarik nafas perlahan-lahan dan tekankan bahagian atas (pengepam bekas ubat).

  6. Setelah selesai menyedut nafas, bekas penyedut dialihkan dari mulut dan nafas ditahan selsema yang boleh bagi memastikan ubat masuk ke dalam paru-paru.

  7. Proses ini boleh diulang selang satu minit kemudian diarahkan oleh doktor.Apa itu Asma ?


  • Apa itu Asma ?Asma atau lebih dikenali sebagai lelah merupakan penyakit yang boleh dianggap sebagai penyakit kronik. Ini kerana sekiranya pesakit lambat mengambil tindakan awal ketika diserang ia boleh mengakibatkan nyawa pesakit dalam keadaan kritikal. Asma merupakan penyakit yang menyerang pada salur pernafasan manusia yang akan menyebabkan seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selain itu juga nafas akan menjadi tersekat-sekat dan akan menghasilkan bunyi yang tidak menyenangkan. Ini kerana berlakunya penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru ketika pesakit menyedut udara. Apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru, salur pernafasan akan menjadi kejang dan berlakunya penyempitan ruang udara. Sekiranya pesakit di serang ketika pesakit mengalami batuk yang berkahak, ia akan mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan yang kurang baik. Akibat daripada itu sekiranya diserang, penyempitan ruang udara ke paru-paru akan terjadi dan boleh mengakibatkan pesakit pengsan dengan serta merta dan boleh mengakibatkan kematian.

  • Tanda-Tanda Untuk Penghidap Asma atau Lelah
    1. Kesukaran untuk bernafas.
    2. Sering batuk.
    3. Pernafasan menjadi pendek dan berbunyi.

    Faktor yang memburukkan lagi keadaan Penghidap Asma

    • Alahan kepada habuk.
    • Bulu binatang seperti kucing.
    • Debunga
    • Asap - rokok, kenderaan.
    • Senaman yang tidak teratur.
    • Tekanan kerja.
    • Tekanan perasaan.
    • Alahan Ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin.
    • Pencemaran udara termasuk pendedahan kepada bahan kimia. Sebagai contoh adalah asicynates yang di gunakan dalam industri plastik dan pengecatan.

    Komen iDAN di Blog DaudMili (Delima Merkah)

    Menarika isu yang dicatatkan oleh Sdr DaudMili di dalam blognya tentang topik Dalam diam...
    Sika ke blok beliau http://daudmili.blogspot.com

    Khamis, November 19, 2009 3:58:00 AM

    Blogger iDAN berkata...

    "Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat."

    Maka itu ada setengah kes di mahkamah syariah ianya terpaksa disebut secara tertutup. Namum jika dalam keadaan tertentu terpaksa juga kita membuka aib kepada berwajib untuk tidak sampai ianya menjadi barah dalam hidup kita. Bukan untuk mencari jalan perpisahan tetapi demi kebaikan & agar keadaan tidak jadi bertambah pecah setelah ianya retak.

    Sebelum ianya gurur...


    Umpamanya serahkan kepada ibu ayah atau pak mertua & emak mertua. Bukan rakan yang sering menanggguk di air keruh... andai berlaku kekusutan rumah tangga. Pilihan terbaik ada keluarga terdekat yang boleh dipercayai.

    Yang terbaik tutuplah aib itu selesaikan bersama! semuka berdua.

    Secara umumnya, mana mungkin manusia ini tiada aibnya. Kenapa mesti kita merumitkan keadaan dengan keaiban seseorang. Cermin diri kita dulu, apakah kita ini manusia sempurna, akur diri... kita pun bukan sempurna, buat silap juga kan? Jadi maafkan sahaja kekurangan seseorang itu; pasti jiwa kita jadi lapang.

    Pasangan kita tak semua dapat menerima kita ini boroi punyai sakit kronik atau dimakan tua. Memang masalah dalam rumah tangga begini sukar kita kawal. Maka itu tak hairan ada suami tinggalkan isteri sebab isteri tak menawan lagi, ada isteri bercinta dengan lelaki lain sebab suaminya punyai masalah diri sakit kronik seumpamanya!. Memang payah.

    Khamis, November 19, 2009 5:46:00 PM

    Rabu, 18 November 2009

    Cerai Melalui E-mel (Hiburan)

    Farah ditipu kekasih?



    BARU-BARU ini, seorang teman Marilyn menerima kiriman e-mel daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada lelaki yang dikatakan kekasih kepada penyanyi Farah Asyikin.

    Kandungan e-mel itu memang jelas menzahirkan perasaan tidak puas hati wanita yang hanya ingin dikenali sebagai N itu.

    Teman Marilyn pernah berbicara dengan N di telefon apabila N sendiri menghubungi pejabat Kosmo!. Ketika itu dia turut meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh suaminya sendiri sebagai dalang sebalik penyebaran e-mel kepada pihak media untuk memburuk-burukkan nama Farah.

    Dalam e-mel yang dikirim N kepada teman Marilyn juga, dia menjelaskan kemungkinan besar Farah telah ditipu oleh teman lelaki sendiri yang berbohong kerana terperangkap dalam satu situasi yang sukar.

    Menurut N, dia dan M bukan bercerai pada tahun lepas ataupun pada bulan Jun seperti yang didakwa M dan Farah. Sebaliknya, N diceraikan dengan talak satu pada 3 Oktober hanya melalui e-mel yang dikirim oleh M.

    "Sehingga hari ini saya masih tidak menerima sebarang surat cerai daripada M. Kalau anda semua kata saya tipu, sila rujuk kepada Mahkamah Syariah Singapura.

    "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin M mempunyai alasan tersendiri atas tindakannya dan Farah pula tertekan kerana mempunyai hubungan dengan M.

    "Saya faham Farah bukan janda terdesak kerana dia masih muda, cantik, berbakat, terkenal, berkedudukan dan terpelajar. Saya berharap agar semuanya akan berakhir dan tiada apa lagi yang dipertikaikan selepas ini.

    "Saya dan anak menumpang gembira seandainya Farah dan M bertemu kebahagiaan dalam diri masing-masing," ujarnya.

    Ermm.. Marilyn pun kadang-kala pening memikirkan masalah orang lain. Jalan mudah, Marilyn tidak mengadili siapa yang benar atau salah dalam hal ini. Semoga tiada apa yang dibangkitkan lagi selepas ini kerana sudah berlaku adil dengan menyiarkan luahan hati tiga pihak terbabit.

    Marilyn: Semakin yakin hendak buka pusat kaunseling khas untuk orang putus cinta dan bercerai.


    iDAN: Aku pun tak pasti kenapa terkadang kita silap menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Ada e-mel, kenapa tak bersemuka dahulu. Rasanya berpisah secara jauh begini takutnya ada penghasut yang menyusuk masuk ke hati itu. Sang syaitan sememangnya amat suka melihat kita ini porak-peranda.

    Ada SMS kita sering ganggu hati & perasaan orang. Sang suami gatal tangan menghantar SMS cintan yang boleh menggugah rumah tangga. Isteri sekarang pun semakin berani, ada yang katanya pergi kerja tetapi menyimpang ke tempat lain. Ada yang berani ketemu dengan rakan cit cat yang dikenali melalui dunia maya. Apak perbuat begini dapat dimaafkan. Fitnah akan mudah merobohkan rumah tangga.

    Memang kecantikan, keremajaan itu boleh menambat hati, tetapi semua itu pinjaman semata. Bilamana setua aku ini barulah sesal tak sudah durhaka kepada isteri & anak sendiri. Jika boleh berlaku adil tak apa. Tetapi berapa ramai kalangan suami yang menceraikan isteri dari dari tanggung jawab menjaga nafkah anak-anak. Sudahlah bekas isteri terpaksa cari nafkah sendiri; lainlah bekas isteri itu cantik bagai ratu, idola & boleh cari pengganti Datuk, Tan Sri atau kerabat di Raja.

    Isteri pun satu mentang-mentang diri itu cantik lagi menggoda, ada suami yang terdera lantaran isteri yang mengejar kekayaan & kemewahan. Bila bercerai tahu-tahu ada kekasih yang menanti jauh lebih berstatus dari suami. Aku nak tenguk isteri begini, apakah untung nasib menyebelahi sikap mengajar hartanya ini.

    Apa kesudahan si Farah Asyikin ini iyer?.