مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ
“Sesiapa
yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia bukanlah golonganku”.
(Lihat: Jami’ul Ushul (1/294). Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari
Anas r.a.)
Mempermudah (tidak memperdulikan) suruhan Allah dan
RasulNya adalah maksiat. Ditakuti mereka yang sengaja cuai dengan
suruhan Allah akan terkena dengan amaran di dalam firman-Nya:
وَمَنْ يَعْصِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُوْدَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيْهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِيْنٌ
“Dan
sesiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar
ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api
neraka sedang ia kekal di dalamnya dan baginya siksa yang menghinakan”.
(an-Nisa’ 14)
PERINTAH MEMELIHARA JANGGUT DATANGNYA DARI ALLAH
Setiap
penentuan hukum-ahkam yang terdapat di dalam syara datangnya dari Allah
Subhanahu wa-Ta’ala yang disampaikan oleh RasulNya kepada umatnya.
Semuanya telah sempurna, lengkap dan jelas. Sama ada yang haram, yang
halal atau yang wajib. Orang-orang yang beriman wajib mentaati atau
mematuhi setiap penentuan Allah dan RasulNya sekalipun hanya satu
kalimah atau satu huruf. Maka berjanggut adalah termasuk suruhan yang
telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya sekalipun ada yang menyangka ia
hanya suruhan yang sunnah.
Tidak sepatutnya bagi orang-orang
yang beriman membantah, kerana sesiapa yang mengingkari perintah Allah
dan RasulNya walau sekecil manapun maka mereka berdosa atau paling kecil
akibatnya dibenci (makruh) oleh Allah. Namun, jika sekiranya ia berupa
suruhan yang wajib, maka ditakuti jika sengaja ditinggalkan akan
ditimpakan laknat dari langit sebagaimana nasib Iblis yang ingkar
terhadap perintah Allah.
Berjanggut adalah perintah Allah. Bukan
gaya fesyen atau adat orang Arab, bukan kerana tidak ada pisau cukur,
malas bercukur atau kerana sebab-sebab yang lain. Secara fitrah, semua
orang-orang lelaki lazimnya berjanggut dan tidak pula berlaku kepada
perempuan, oleh kerana itu hukum kewajipan berjanggut hanya diwajibkan
kepada lelaki sahaja.
Mungkin ramai tidak memberi perhatian
tentang hukum berjanggut kerana dianggap sunnah yang ringan hukumnya.
Mereka tidak tahu bahawa di sisi syariat tidak ada perkara yang kecil
jika dibandingkan dengan perihal dunia. Hanya kejahilan sahaja menilai
hukum syariat sebagai remeh. Allah berfirman:
وَتَحْسَبُوْنَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللهِ عَظِيْمٌ
“Dan
kamu menyangka suatu (dari Allah) itu ringan (remeh) sahaja, padahal
dia pada sisi Allah adalah perkara besar”. (an-Nisa’ 14)
Ayat ini
ditafsirkan oleh Imam Ibn Kathir: “Bahawa Allah Ta’ala berfirman
memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman dengan-Nya dan dengan
Rasul-Nya agar mematuhi seluruh suruhan Islam, syariat-syariat-Nya,
mengambil seluruh perintah-Nya dan meninggalkan seluruh
larangan-larangan-Nya mengikut apa yang mereka sanggupi (terdaya)”.
SYARA’ MEMERINTAHKAN MEMELIHARA JANGGUT DAN JAMBANG
Terdapat
banyak hadis-hadis sahih dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang.
Memerintahkan agar orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau
menipiskan misai mereka. Adapun pengharaman dari mencukur atau memotong
janggut ialah sabda Rasulullah:
عَنْ
عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى
وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.
"Abdullah
bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut
kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". (Lihat: ارواء الغليل hlm. 77.
Nashiruddin al-Albani. Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi)
وَعَنْ
اَبِي اِمَامَة : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
قَصُّوا سِبَالَكُمْ وَوَفِّرُوْا عَثَانِيْنَكُمْ وَخَالِفُوا أهْلَ
الْكِتَابِ. حديث صحيح رواه أحمد والطبراني
"Dari
Abi Imamah: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Potonglah
misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl
al-Kitab". (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Thabrani. Hadis sahih)
عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ وَمِنْهَا قَصُّ الشَّارِبَ وَاِعْفَاءِ
اللِّحْيَة. رواه أحمد ومسلم وأبو داود والترمزي والنسائى وابن ماجه.
"Dari
‘Aisyah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah
mencukur misai dan memelihara janggut". (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim,
Abu Daud, Turmizi, An-Nasaii dan Ibn Majah)
Kalimah al-i’fa (الاعفاء) di dalam hadis-hadis di atas bermaksud:
هُوَ التَّرْكُ مِنْ عَفَا الشَّيْءِ اِذَا زَادَ وَكَثُرَ
“Al-i’fa
ialah membiarkan (meninggalkan). Iaitu membiarkan sehingga bertambah
banyak”. (Lihat: Al-Libas wa-Zinatu fi as-Syariah al-Islamiyah, Dr.
Muhammad Abdulaziz ‘Amr)
Apabila kalimah i’fa sebagaimana yang
terdapat dalam hadis-hadis yang lalu dikaitkan dengan janggut, ia
memberi isyarat agar dibiarkan janggut tidak dicukur.
MENGIMANI SUNNAH
Individu
yang mengimani hadis ini pastinya mentaatinya kerana Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang setiap mukmin dari meniru atau
menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir, sama ada dari golongan
Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik. Antara penyerupaan yang dilarang
oleh baginda ialah pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman
dari mencukur janggut dan jambang mereka.
Baginda melarang pula
dari memelihara (memanjangkan) misai (kumis). Diharamkan memelihara
misai kemudian mencukur janggut kerana ia jelas menyerupai perbuatan
semua golongan orang-orang kafir. Motif utama dari larangan baginda agar
orang-orang beriman dapat mengekalkan sunnah dan mengharamkan setiap
orang yang beriman dari meniru tata-etika dan tata-cara orang-orang
kafir.
Melalui pengharaman yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam melalui hadis-hadis baginda, amat sukar
untuk menolak atau menafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini,
kerana terlalu banyak hadis-hadis sahih yang membuktikannya dengan
terang tentang pengharaman tersebut.
Memang tidak dapat
diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah meniru perbuatan orang-orang kafir
yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang
mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan.
Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan
masih dapat difahami melalui hadis-hadis baginda yang seterusnya
sebagaimana di bawah ini:
عَنِ
ابْنِ عُمَرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود
والطبراني
"Dari Ibn
Umar radiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi
golongan mereka". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)
عَنْ
أبِي هُرَيْرَةَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
اِنَّ أهْلَ الشِّرْكَ يَعفُونَ شَوَارِبَهُمْ وَيَحفُونَ لِحَاهُمْ
فَخَالِفُواهُمْ فَاعْفُوا اللِّحَى وَاحْفُوا الشَّوَارِبَ. رواه البزار
"Dari
Abi Hurairah radiallahu ‘anhu: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam: Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong
janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan
potonglah misai kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)
قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوا الْمَجُوسَ
لاَنَّهُمْ كَانُوْا يُقصِرُوْنَ لِحَاهُمْ وَيُطَوِّلُوْنَ الشَّوَارِبَ.
رواه المسلم
"Bersabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu meniru
(menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu
memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai
(kumis) mereka". (Hadis Riwayat Muslim)
قَالَ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَاحْفُوْا
الشَّوَارِبَ وَاعْفُوْا اللِّحَى. وفِى رِوَايَةٍ : وَانْهَكُوا
الشَّوَارِبَ وَاعْفُوا اللِّحَي. رواه البخاري
"Tipiskanlah
misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula:
Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat
Bukhari. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah. 208)
عَنْ
أبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ
وَسَلَّمَ: مِنْ فِطْرَةِ الاِسْلاَمِ اَخْذ الشَّوَارِبَ وَاِعْفَاء
اللِّحَي فَاِنَّ الْمَجُوْسَ تحَفى شَوَارِبَهَاوَتحْفِى لِـحَاهَا
فَخَالِفُواهُمْ خُذُوا شَوَارِبَكُمْ وَاعْفُوالِحَاكُمْ. رواه ابن حبان
Dari
Abi Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam: Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan
memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai
mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai
mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu".
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
عَنْ
عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : ذُكِرَ لِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَجُوْس فَقَالَ : اِنَّهُمْ يُوَفِّرُوْنَ
سِبَالَهُمْ وَيُحْلِقُوْنَ لِحَاهُمْ فَخَالِفُوْهُمْ. رواه البيهقي
"Dari
Abdullah bin Umar berkata: Pernah disebut kepada Rasulullah salllalahu
‘alaihi wa-sallam seorang Majusi maka beliau bersabda: Mereka
(orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut
mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka".
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
عَنِ ابْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : اُمِرْنَا بِاِعْفَاءِ اللِّحْيَةَ. رواه مسلم
"Dari Ibn Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut". (Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ
أبـِيْ هُرَيـْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : جُزُّْوا الشَّوَارِبَ وَاَرْخُوْا اللِّحَى رواه مسلم
"Dari
Abi Hurairah: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat
Muslim)
عَنْ
اَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : اَعْفُوْا اللِّحَى وَجزُّوْا الشَّوَارِبَ وَلاَ تَشَبَّهُوْا
بِالْيَهُود وَالنَّصَارَى. رواه أحمد
"Dari
Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru
(menyerupai) Yahudi dan Nasrani". (Hadis Riwayat Ahmad)
عَنِ
ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لاَ تَشَبَّهُوْا بِاْلاَعَاجِمِ ، اَعْفُوْا اللِّحَى
"Dari
Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan kafir), maka
peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)
MASYARAKAT DAN ULAMA
Di
era globalisasi ini, masyarakat Islam telah bijak menerokai jalur
infromai dan berinteraksi terus kepada para ulama diberbagai-bagai
negara Islam. Mereka mampu menanyakan berbagai-bagai persoalan
menggunakan berbagai-bagai bahasa perantaraan, mereka tidak lagi
dibelenggu taklid kepada ulama tempatan, mereka tidak dikongkong enakmen
dan fatwa Jabatan Agama atau Majlis Fatwa, mereka telah keluar dari
kepompong kitab kuning (kitab pondok atau pasantren), mereka telah
mengenali ulama profesional dan mereka telah didedahkan dengan hadis dan
nas termasuklah yang berkaitan dengan persoalan janggut.
Oleh
yang demikian, para ulama tempatan janganlah mengambil mudah dengan
sesuatu persoalan, sepatutnya mereka segera dan mampu memberi jawaban
secara berhujjah dan ilmiyah supaya tidak ketinggalan, ditinggalkan dan
dimalukan oleh masyarakat disuatu ketika nanti.
Hampir
keseluruhan jumhur ulama (ulama tafsir, ulama hadis dan para fuqaha)
menegaskan bahawa suruhan yang terdapat pada hadis-hadis tentang janggut
adalah menunjukkan suruhan yang wajib bukan sunnah, kerana ia
menggunakan lafaz atau kalimah (صيغة الامر): "nada (gaya) suruhan" yang
tegas, perintah yang jelas dan diulang-ulang. (Lihat: تفسير النصوص Jld.2
Hlm. 241. Adib Soleh)
Larangan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam agar orang-orang yang beriman tidak mencukur janggut mereka
dan tidak menyerupai Yahudi, Nasrani atau Majusi. Larangan ini telah
dilahirkan oleh baginda melalui sabdanya dengan beberapa gaya bahasa dan
ungkapan yang jelas, terang dan tegas. Sebagaimana hadis-hadis sahih
yang seterusnya:
خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى. رواه البخارى ومسلم
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
فَخَالِفُوْهُمْ (اَهْلَ الشِّرْكِ) فَاعْفُوْا للِّحَى وَاحْفُوْا الشَّوَارِبَ. رواه البزار
"Tinggalkan
cara mereka (jangan meniru orang-orang musyrik) peliharalah janggut
kamu dan tipiskanlah misai kamu". (Hadis Riwayat Bazzar)
خَالِفُوْا الْمَجُوْسَ. رواه مسلم
"Tinggalkan cara Majusi (jangan meniru Majusi)". (Hadis Riwayat Muslim)
وَلاَ تَشَبَّهُوْا بِالْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى. رواه احمد
"Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani". (Hadis Riwayat Ahmad)
لاَتَشَبَّهُوْا بِاْلاَعَاجِمِ اَعْفُوْا اللِّحَى. رواه البزار
"Janganlah kamu sekalian menyerupai orang-orang yang bukan Islam, peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Kesemua
hadis-hadis di atas amat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mewajibkan kepada setiap orang-orang
yang beriman agar memelihara janggut mereka, kemudian merapikan atau
menipiskan misai mereka. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
telah mengharamkan mereka dari meniru perbuatan orang-orang kafir, sama
ada golongan Yahudi, Nasrani, Majusi, munafik atau orang fasik yang
mengingkari surahan baginda, yang melanggar larangannya dan yang tidak
melayani seruan baginda yang mewajibkan memelihara janggut dan
menipiskan misai.
PENYERUPAAN YANG DIHARAMKAN
Begitu
juga jika diteliti beberapa hadis yang lalu, antara ketegasan
hadis-hadis tersebut ialah melarang orang-orang beriman dari meniru
(menyerupai) perbuatan mereka yang telah dilaknat, yang sesat dan yang
ke neraka seperti golongan Yahudi, Nasrani, Majusi dan semua orang-orang
kafir. Antara cara peniruan yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah dengan cara memotong (mencukur)
janggut kemudian memelihara misai (kumis).
Amat jelas dalam
setiap hadis-hadis tentang janggut yang tertera di atas, semuanya
merupakan suruhan atau perintah dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam agar orang-orang yang beriman memelihara janggut mereka
kemudian memotong atau menipiskan misai mereka. Antara tujuan suruhan
tersebut ialah supaya orang-orang yang beriman tidak menyerupai golongan
orang-orang kafir, tidak kira apa jenis kekafiran mereka.
Hadis
dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud
dan at-Thabrani yang telah dikemukakan di atas, perlu dijiwai dan
dicernakan di hati setiap mukmin agar sentiasa menjadi panduan dan
perisai untuk memantapkan pegangan (istiqamah) dalam memelihara hukum
berjanggut. Hadis yang dimaksudkan ialah:
عَنِ
ابْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَمِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود
والطبراني
"Dari Ibn
Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Sesiapa yang menyerupai satu satu
kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu". (Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan at-Thabrani)
Hadis di atas ini dapat memberi
keyakinan dan penerangan bahawa sesiapa yang meniru kaum-kaum jahiliyah
yang terdiri dari kalanganYahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh
ikutan, sehingga mengenepikan amalan sunnah dan merubah hukum yang telah
ditetapkan oleh agama Islam, atau tidak meyakini apa yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau tidak
memperdulikannya, maka peniru tersebut ditakuti tergolong dalam golongan
kafir yang ditiru. Oleh itu bertaubatlah kerana taubat meyelamatkan
diri dari terus bersama mereka sehingga di akhirat.
Kesahihan hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis sahih di bawah ini:
اَبْغَضُ النَّاسِ اِلىَ اللهِ ثَلاَثَةٌ (وَمِنْهُمْ) مُبْتَغ فِى اْلاِسْلاَمِ سُنَّة الْجَاهِلِيَّة. رواه البخارى
"Tiga
jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut
Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliyah". (Hadis Riwayat
Bukhari)
Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Umar, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوْتَ حَشَرَ مَعَهُمْ
"Sesiapa
yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam)
sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan mereka (sehingga
ke akhirat)".
MEMELIHARA FITRAH & AMANAH
Al-Fitrah
(الفطرة) bermakna: (الخلقة المبتدأة)Penciptaan atau Permulaan. Sebagai
contoh disebut di dalam al-Quran: فاطر السموات والارض “Allah yang
mencipta langit dan bumi”. Al-fitrah di ayat ini bermakna mencipta.
(Lihat: وجوب اعفاء اللحية hlm. 31-32)
Berkata Ibn Athir rahimahullah:
الفطرة : اى السنة ، يعني سنن الأنبياء عليهم السلام التي أمرنا ان نقتدي بهم فيها
“Al-Fitrah:
Bermakna As-Sunnah (السنة) yakni sunnah-sunnah para nabi ‘alaihumus
salam yang kita telah diperintah untuk mencontohi (mengikut) sunnah
mereka.” (Lihat: Nailul Autar 1/123)
Pengertian fitrah Islamiyah boleh difahami dari apa yang telah dikatakan oleh Imam as-Suyuti rahimahullah. Beliau menjelaskan:
وَاَحْسَنُ
مَا قِيْلَ فىِ الْفِطْرَةِ اَنَّهَا السُنَّةُ الْقَدِيْمَةُ الَّتِى
اخْتَارَهَا اْلأنْبِيَاءُ وَاتَّفَقَتْ عَلَيهَا الشَّرَائِعُ فَكَأنَّهَا
أمْرٌ جِبِلِّيٌ فُطِرُوْا عَلَيْهَا"
"Sebaik-baik
apa yang dikatakan dalam tafsir tentang al-fitrah adalah sunnah
terdahulu yang dipilih oleh para nabi dan disepakati oleh syara sehingga
menjadi seperti satu kemestian yang dicipta pada mereka". (Lihat:
النهاية 3/257. Lihat: Fathul Bari 10/339)
Memelihara janggut
adalah fitrah Islamiyah yang diamalkan oleh semua para nabi, para rasul
‘alaihimus salam, para sahabat dan orang-orang yang soleh.
SIRAH PARA NABI & PARA RASUL
Sirah
para rasul, para nabi sehingga ke Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam, sejarah para sahabat terutama Khulafa ar-Rasyidin, kesemua
mereka didapati memelihara janggut kerana berpegang kepada fitrah dan
perintah rasul yang diutus.
Di dalam al-Quran, antara ciri khusus
yang ditonjolkan pada kisah Nabi Harun ‘alaihissalam ialah fitrahnya
(janggutnya). Ini membuktikan Nabi Harun memelihara janggutnya. Allah
‘Azza wa-Jalla berfirman:
قَالَ يَابْنُؤُمِّ لاَ تَاْخُذْ بِلِحْيَتِيْ وَلاَ بِرَاْسِيْ. طه 94:20
"Harun menjawab: Hai putera ibuku! Janganlah kamu pegang janggutku dan jangan pula kepalaku". (Thaha 20: 94)
Berkata al-Allamah as-Syangqiti rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas ini:
“Ayat
yang mulia ini menunjukkan wajibnya memanjangkan (memelihara) janggut,
ini adalah Qurani menyeru memelihara janggut dan larangan mencukurnya.
Jika engkau telah mengetahui bahawa Harun bulu janggutnya panjang,
dengan dalil ucapan dia kepada saudaranya: “Janganlah kamu pegang
janggutku” kerana seandainya dia mencukurnya maka saudaranya tidak
mungkin memegangnya. Maka jelas bagi kamu dengan sejelas-jelasnya bahawa
memperkatakan janggut adalah perilaku antara perilaku-perilaku yang
diperintahkan oleh al-Quran al-Azim, dan ia adalah perilaku para rasul
yang mulia”. (Lihat: ادلة تحريم حلق اللحية hlm. 43)
Apabila
janggut disentuh dalam kisah nabi di ayat ini, menunjukkan penampilan
seorang nabi antaranya ialah berjanggut. Janggut disebut kerana ada
muslihat. Ingatlah! Semua para nabi dan rasul dijadikan model untuk
semua umat selepas mereka, maka keterampilannya perlu dicontohi.
Berkata al-Allamah Ibn Hazm al-Andalusi rahimahullah:
واتفقوا – أي الائمة – عَلَى انَّ حَلْقَ اللِّحْيَةِ مُثْلَةٌ لاَ تَجُوْزُ
“Telah
sepakat iaitu para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji,
tidak dibolehkan”. (Lihat: مراتب الاجماع hlm. 157. Dan Lihat: المحلى
2/189)
Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah:
وَيَحْرُمُ حَلْقُ اللِّحْيَةِ
“Dan diharamkan mencukur janggut”. (Lihat: الاختيارات العلمية hlm. 6)
Berkata Ibn Abidin (beliau dari kalangan mazhab Hanafi):
وَيَحْرُمُ عَلَى الرَّجُلِ قَطْع لِحْيَتهُ – أي حَلْقَهَا
“Diharamkan bagi seorang lelaki memotong janggutnya, iaitu mencukurnya”. (Lihat: رد المختار jld. 2. hlm. 418)
Berkata al-‘Adawi (beliau ulama dari kalangan mazhab Maliki:
يَحْرُمُ اِزَالَة شَعْر اللِّحْيَةِ
“Diharamkan mencukur janggut”. (Lihat: حاشية العدوي على شرح رسالة ابن زيد jld. 2 hlm. 411)
KISAH JANGGUT NABI DAN ISTERINYA
Para
isteri Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga suka melihat
Nabi berjanggut. Ada yang meletakkan minyak wangi di janggut dan jambang
baginda. Kalaulah janggut itu bukan persoalan besar, hanya perkara
remeh atau tidak mustahak, pastinya hadis yang bernilai mutaffaq ‘alaihi
yang berupa wahyu ini tidak disebutkan dengan menyentuh persoalan
janggut. Isu janggut menjadi fokas dan subjek di dalam hadis sahih di
bawah ini menceritakan:
عَنْ
عَائِشَةَ اُمّ الْمُؤْمِنِيْنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كُنْتُ
أطَيبُ النَّبِىّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاَطْيَبِ مَا نَجِد
فِىْ رَاْسِهِ وَلِحْيَتِهِ . متفق عليه
"Dari
'Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu anha berkata: Aku mewangikan Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan sebaik-baik wangi-wangian pada
rambut dan janggutnya". (Hadis Mutaffaq ‘alaihi)
قَالَ
اَنَسُ بْنُ مَالِكٍ : كَانَتْ لِحْيَةُ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : قَدْ مَلاَءَ تْ مِنْ هَاهُنَا اِلَى هَاهُنَا فَاَمَرَ
يَدَيْهِ عَلَى عَرضَيْهِ. رواه ابن عساكر (فى تاريخه)
"Berkata
Anas bin Malik: Janggut Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam didapati
lebat dari sini ke sini, maka diletakkan kedua tangannya di pipinya".
(Hadis Riwayat Ibn Asyakir dalam kitab Tarikhnya)
Di dalam kitab (فتح الباري) jld. 10, hlm. 335, terdapat teks yang ditulis:
فَهُوَ
مِنْ بَقَايَا الدِّيْنِ الَّذِى وَرثُوْهُ عَنْ اِبْرَاهِيْم عَلَيْهِ
السَّلاَم وَعَلَى نَبِيِّنَا الصَّلاَة وَالسَّلاَم كَمَا وَرثُوْا عَنْهُ
الْخِتَان أيْضًا
"Memelihara
janggut adalah sebahagian dari kesan agama yang diwariskan oleh Nabi
Ibrahim 'alaihissalam yang diwariskan kepada Nabi kita (Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam). Kewajiban berjanggut telah menjadi
warisan para nabi sebagaimana kewajiban berkhatan".
Teks di atas
menunjukkan bahawa berjanggut adalah warisan para nabi dan para rasul,
ia berupa kewajiban yang wajib dilaksanakan sebagaimana wajibnya
berkhatan (bersunat). Kewajiban berjanggut dikuatkan lagi dengan
beberapa hadis-hadis sahih di bawah ini:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَثِيْرُ شَعْرُ اللِّحْيَة. رواه مسلم
"Dari Jabir berkata: Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". (Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ
مُعَمَّرٍ قَالَ : قُلْنَا لِخَبَّابٍ أكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَقْرَاُ فِى الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ؟ قَالَ : نَعَمْ .
قُلْنَا مِنْ اَيْنَ عَلِمْتَ ؟ قَالَ : بِاِضْطِرَابِ لِحْيَتِهِ
"Dari
Mu'amar berkata: Kami bertanya kepada Khabbab, adakah Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam membaca (al-Quran) di waktu Zuhur dan
'Asar? Beliau berkata: Ya! Kami bertanya, dari mana engkau tahu? Beliau
menjawab: Dengan bergerak-geraknya janggut baginda". (Hadis Riwayat
Bukhari)
عَنْ جَابِرٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ قَدْ شَمَطَ مُقَدِّمَ رَاْسَهُ وَلِحْيَتَهُ. رواه مسلم
"Dari
Jabir berkata: Kebiasaannya Rasulullah sallalhu ‘alaihi wa-sallam
apabila bersikat dimulakan pada rambutnya kemudian pada janggutnya".
(Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ
عُمَرٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
كَثَّ اللِحْيَة ، وَفِى رِوَايَةٍ كَثِيْفَةُ اللِحْيَة ، وَفِى رِوَايَةِ
اَخَر عَظِيْمَةُ اللِّحْيَة. رواه الترمزي
"Dari
Umar berkata : Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
lebat janggutnya, di riwayat yang lain tebal janggutnya dan di lain
riwayat pula subur janggutnya". (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
عَنْ
أنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : كَانَ اِذَا تَوَضَّاَ اَخَذَ كَفَّا مِنْ مَاءٍ فَاَدْخَلَهُ
تَحْتَ حَنكِهِ فَخَلَّلَ بِهِ ، قَالَ : هَكَذَا اَمَرَنِيْ رَبِّيْ
"Dari
Anas bin Malik berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam apabila berwuduk meletakkan tapak tangannya yang berair ke
bawah dagunya dan diratakan (air) di janggutnya. Beliau bersabda:
Beginilah aku disuruh oleh Tuhanku". (Hadis Riwayat Abu Daud)
كَانَ فِى لِحْيَتَهِ شَعَرَاتٌ بيْضٌ. رواه مسلم
"Terdapat pada janggut (Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam) janggut yang putih". (Hadis Riwayat Muslim)
اِنَّهُ لَمْ يَرَ مِنَّ الشَّيْبِ اِلاَّ قَلِيِلاً. رواه مسلم
"Tidak kelihatan uban di janggutnya kecuali sedikit". (Hadis Riwayat Muslim)
وَلَيْسَ فِى رَاْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُوْنَ شَعْرَة بَيْضَاءَ. رواه البخاري
"Rambut
yang putih (uban) di kepala dan di janggut (Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam) tidak melebihi dua puluh helai". (Hadis Riwayat
Bukhari)
MENYALAHI CONTOH NABI & KHULAFA AR-RASYIDIN
Antara
sifat dan keterampilan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah
janggutnya yang lebat. Telah diriwayatkan dalam sahih Muslim dari hadis
Jabir bin Samurah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam lebat bulu
janggutnya. Telah dinyatakan dari para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin
dan dari para sahabat lainnya serta para tabi’in, mereka semua
memelihara janggut dan lebat janggut mereka.
Kesemua para Khulafa
ar-Rasyidin memelihara janggut mereka. Abu Bakar termasuk Khalifah yang
lebat janggutnya. (Lihat: قوت القلوب 4/9) Umar mempunyai janggut yang
tebal. (Lihat: الاصابة 2/511) Uthman berjanggut lebat. (Lihat: الاصابة
2/455) Diriwayatkan dari Sa’ad dari as-Syabi beliau berkata: Aku melihat
Ali radhillahu ‘anhu berjanggut tebal sehingga menutupi bahunya.
(Lihat: تاريخ الخلفاء 129)
Mereka semua adalah orang-orang yang
paling mulia, yang paling berilmu, paling bertaqwa dan paling hampir
dengan Rasulullah sallallahu ‘alahi wa-sallam yang sudah disepakati oleh
umat keluhuran akhlak mereka. Mengapa tidak berittiba’ kepada mereka
tentang berjanggut? Mengapa janggut sering dipertikaikan sedangkan tidak
seorangpun dari para sahabat yang pernah mempertikaikan perkara yang
berkaitan dengan janggut.
SELURUH PARA NABI & SAHABAT BERJANGGUT
Dari
hadis-hadis yang lalu dan melalui keterangan yang diperolehi dari
hadis-hadis sahih, athar dan sirah (sejarah para nabi dan para sahabat)
sebagaimana yang lalu, terbukti tidak seorangpun dari kalangan mereka
mencukur janggut. Begitu juga dari kalangan para sahabat tidak
seorangpun yang mencukur janggut mereka. Dan tidak seorangpun dari
mereka menghalalkan perbuatan mencukur janggut. Malah didapati
keseluruhan para sahabat memelihara janggut sebagaimana keterangan dari
hadis-hadis di bawah ini:
كَانَ
أبُوْ بَكْرٍكَثَّ اللِّحْيَة وَكَانَ عُثْمَانُ رَقِيْقَ اللِّحْيَةِ
طَوِيْلهَاوَكَانَ عَلِيُّ عَرَضَ اللِّحْيَة. رواه الترمزي
"Didapati
Abu Bakar lebat janggutnya, Uthman jarang (tidak lebat) janggutnya
tetapi panjang, dan Ali tebal janggutnya". (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
قَالَ الْبُخَارِيُّ: كَانَ اِبْنُ عُمَر يُحفِيْ شَارِبَهُ حَتَّى ينْظرَ اِلَى بَيَاضِ الْجِلْدِ وَيَاْخُذ هَذيْنِ
"Berkata
al-Bukhari: Ibn Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya
yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya". (Lihat: Fathul Bari,
jld 10. Hlm. 334. Ibn Hajar)
وَكَانَ اِبنُ عُمَر اِذَا حَجَّ اَوِ اعْتَمَرَ قَبَضَ عَلَى لِحْيَتِهِ فَمَا فَضل اَخَذَهُ. رواه البخارى
"Semasa
Ibn Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya,
mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong". (Hadis Riwayat Bukhari)
Kesemua
hadis-hadis dan penjelasan di atas bukan sahaja menjelaskan suatu
contoh perbuatan Nabi Muhammad, para nabi sebelum baginda, tetapi
termasuk juga para sahabat yang kesemua mereka memelihara janggut. Malah
hadis-hadis di atas juga merupakan lanjutan yang berupa suruhan dari
nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi
wa-sallam diutus.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
meneruskan suruhan tersebut ke atas orang-orang yang beriman supaya
memelihara janggut mereka. Anehnya, dalam hal suruhan dan contoh yang
nyata ini dirasakan sukar difahami oleh segolongan ulama. Entah dimana
suara para mufti, kadi, imam, ustaz dan alim ulama dewasa ini. Apakah
mereka tidak pernah terjumpa (terbaca) walaupun sepotong hadis yang
mewajibkan memelihara janggut. Mengapa mereka berat untuk menyuarakan
dan mengamalkannya? Mengapa pula suruhan dan larangan yang terdapat di
dalam firman Allah di bawah ini tidak mereka perhatikan:
وَمَا ءَ اتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وّمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا
"Dan
apa yang disampaikan oleh Rasul maka hendaklah kamu ambil (patuhi) dan
apa yang ditegah kamu (dari melakukannya) maka hendaklah kamu
tinggalkan". (al-Hasyir, 59: 7)
NASH YANG MEWAJIBKAN MEMELIHARA JANGGUT
Nas-nas
syara’ berupa suruhan Allah Azza wa-Jalla agar berjanggut telah
disampaikan oleh RasulNya. Semua nas-nas berkaitan dengan janggut,
sebagaimana yang telah berlalu di atas memberi penekanan agar setiap
orang yang beriman patuh melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah dan
RasulNya, dan meninggalkan apa yang telah diharamkan. Menurut nas-nas
syara, memelihara janggut telah diperintahkan dan mencukur janggut telah
diharamkan.
Orang-orang beriman pastinya gerun dan takut
mendengar berita tentang sikap Iblis. Iblis enggan mematuhi suruhan
Allah Subhanahu wa-Taala ketika diperintah supaya sujud kepada Nabi Adam
‘alaihis salam. Iblis dilaknat kerana mengingkari satu sahaja perintah
Allah. Keengganan umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
mematuhi baginda ditakuti ada persamaannya dengan keenganan Iblis
mematuhi suruhan Allah, sedangkan mematuhi Rasulullah adalah sama
seperti mematuhi suruhan Allah. Kita wajib mematuhi perintah Rasulullah
demi mendapat balasan syurga. Baginda bersabda:
مَنْ اَطَاعَنِيْ دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ فَقَدْ اَبَى
“Sesiapa
yang mentaati aku dia akan masuk ke syurga, dan sesiapa yang bermaksiat
padaku (enggan mematuhi baginda), maka dia telah menolak (menolak
sunnah dan menolak syurga)”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Mematuhi
Rasulullah adalah asas mentaati Allah. Mengapa masih ramai orang Islam
yang tidak mahu mentaati perintah Rasulullah yang telah diulang
berkali-kali yang memerintahkan orang-orang Islam supaya memelihara
janggut. Apakah patut beralasan berjanggut tidak kacak, selekeh, comot
dan hanya persoalan remeh?
Keingkaran dan alasan seperti ini
ditakuti menyerupai alasan Iblis sebagaimana yang dikisahkan di dalam
al-Quran. Atau mensikapi sikap Bani Israil, orang-orang munafik dan
orang-orang fasik yang banyak alasan dan dolak-daliknya atau kehancuran
yang ditimpakan kepada umat yang mengingkari perintah Nabi agar bertahan
di atas Bukit Uhud.
Adapun petanda mewarisi sikap Iblis
antaranya ialah bongkak, biadab, bangga diri dan membantah. Akhirnya
iblis keterlaluan sehingga menentang Allah. Iblis dikekalkan di neraka
hanya lantaran tidak mahu mematuhi satu-satunya suruhan Allah Subhanahu
wa-Ta’ala, iaitu sujud kepada Adam ‘alaihi sallam bapa sekalian manusia.
Mentaati
Allah dan Rasulnya dalam setiap aspek adalah bukti yang menandakan
cinta seseorang kepada Allah dan RasulNya, kerana syarat dan tanda
mencintai Allah dan RasulNya ialah ketaatan. Sebagaimana firman Allah:
قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِى يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ
"Katakanlah
jika kamu (benar-benar)mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". (Ali Imran, 3: 31)
Cinta
perlukan pembuktian walaupun dalam hal atau perkara yang kecil dan
dianggap remeh. Sikap orang-orang yang beriman apabila mengetahui bahawa
Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum dan menyeru mereka
supaya mematuhinya, maka oleh kerana cinta mereka yang bersangatan
terhadap Allah dan Rasulnya maka mereka akan mematuhinya tanpa banyak
persoalan. Kepatuhan mereka adalah benar-benar didorong oleh rasa cinta
kepada Allah dan RasulNya sebagaimana firman Allah:
اِنَّمَا
كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِيْنَ اِذَا دُعُوْا اِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ
لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ اَنْ يَقُوْلُوا سَمِعْنَا وَاُوْلَئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُونَ
"Sesungguhnya
jawaban orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dan
RasulNya agar menghukum di antara mereka, ucapan mereka ialah : Kami
mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".
(an-Nuur, 24: 51)
Orang-orang yang beriman akan mentaati segala
suruhan Allah dan RasulNya walaupun sekecil-kecilnya kerana mereka
mengimani bahawa suruhan Allah Subhanahu wa-Ta’ala wajib dipatuhi.
Mereka menyedari jika suruhan yang kecil dan mudah tidak mampu
dilaksanakan tentunya yang besar-besar akan ditinggalkan. Malah orang
yang beriman akan sentiasa berpegang teguh dengan suruhan Allah
Subhanahu wa-Ta’ala sebagaimana yang terdapat pada ayat di bawah ini:
وَاَطِيْعُوْا
اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَحْذَرُوْا فَاِنْ تَوَلَّيْتُمْ
فَاعْلَمُوْا اَنَّمَا عَلَىرَسُوْلِنَا الْبَلاَغُ الْمُبِيْنَ
"Dan
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(Nya) dan
berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah)
dengan terang". (al-Maidah, 5: 92)
وَمَااَرْسَلْنَامِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّلِيُطَاعَ بِاِذْنِ اللهِ
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah". (an-Nisa, 4:64)
Ayat-ayat
di atas merupakan suruhan agar kita mengambil (mentaati suruhan yang
berupa setiap apa) yang didatangkan (yang berupa perintah) dari Allah
dan RasulNya kemudian meninggalkan semua yang ditegah (dilarang atau
diharamkan) serta melaksanakan semampu mungkin setiap suruhan
terutamanya yang nyata wajibnya.
Allah dan RasulNya tidak
meredhai perbuatan orang-orang kafir, oleh sebab itu melaknat siapapun
dari kalangan orang Islam yang meniru cari mereka yang tidak diredhai
oleh Allah dan RasulNya seperti perbuatan mencukur janggut kemudian
memelihara misai mereka sahaja. Orang-orang yang menyedari bahawa
perbuatannya yang suka meniru perbuatan orang-orang kafir itu dibenci,
dilaknat dan tidak diredhai oleh Allah dan RasulNya tetapi mereka masih
meneruskan perbuatan tersebut dan menyukainya, maka ingatlah Allah telah
mengancam orang-orang seperti ini dengan firman-Nya:
ذَلِكَ بِاَنَّهُمُ اتَّبَعُوْا مَااَسْخَطَ اللهَ وَكَرِهُوْا رِضْوَانَهُ فَاَحْبَطَ اَعْمَالَهُمْ
"Yang
demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka mengikuti (apa yang
menimbulkan) kemurkaan Allah dan (kerana) membenci keredhaanNya, sebab
itu Allah menghapuskan (pahala) amal-amal mereka". (Muhammad, 47: 28)
Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam menegah orang-orang yang beriman
dari mencukur janggut dan jambang. Berkali-kali baginda menyuruh
memelihara janggut dengan berbagai-bagai ungkapan agar dapat difahami
dan diterima oleh umatnya.
Apakah benar seseorang itu mencintai
Allah dan RasulNya jika perkara yang paling mudah dan tidak mengeluarkan
modal ini mereka abaikan dan tidak memperdulikannya langsung? Apakah
mereka tidak mampu untuk memahami suruhan Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam dan tidak mahu mentaatinya? Suri tauladan dari
siapakah yang sewajarnya ditiru oleh orang-orang yang beriman? Apakah
lebih berbangga dan menyenangi contoh yang ditiru dari Yahudi, Nasrani
atau Majusi yang ditegah dari menirunya? Atau mencintai contoh dari
Rasul utusan Allah, contoh dari para sahabat baginda dan contoh dari
orang-orang soleh yang dibanggakan oleh setiap orang yang beriman
apabila dapat mematuhi dan mentaati contoh tersebut? Contoh yang terbaik
dan selayaknya dibanggakan adalah sebagaimana firman Allah:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُوْا اللهَ والْيَوْمَ اْلأخِرِوَذَكَرَ
اللهَ كَثِيْرًا
"Sesungguhnya
telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah (dan
kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak mengingati Allah". (al-Ahzab, 33:
21)
فَمَنْ تَبِعَنِى فَاِنَّهُ مِنِّى وَمَنْ عَصَانِى فَاِنَّكَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
"Maka
barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golonganku dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Ibrahim, 14: 36)
Berkata as-Syeikh Ismail al-Ansari dalam memperkatakan hadis (athar) dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma:
"وَلاَ
شَكَّ اَنَّ قَوْلَ الرَّسُوْلِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِعلهُ
اَحَقُّ وَاَوْلَى بِاْلاِتِّبَاعِ مِنْ قَوْلِ غَيْرِهِ كَائِنًا مَنْ
كَانَ"
"Tidak syak
lagi bahawa kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan
perbuatannya lebih berhak dan utama dipatuhi daripada kata-kata selain
dari baginda, tidak kira siapapun orang itu". (Lihat: تحريم حلق اللحي
للعاصمي hlm. 6. Muhammad Ahmad bin Ismail)
Mencintai Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan seluruh sunnahnya ialah dengan
cara mencontohi segala suri teladan dan amalannya, mentaati seruannya
dan mematuhi segala suruhannya sedaya mungkin.
Berjanggut atau
berjambang adalah suri teladan, suruhan dan amalan yang berupa syariat
para rasul, para nabi, para sahabat dan orang-orang soleh sejak dahulu
kala sehinggalah ke hari kiamat. Oleh itu ikutilah syariat para nabi
bukan hawa nafsu mereka yang tidak mengetahui. Inilah seriuan syariat
sebagaimana diperintahkan oleh Allah Azza wa-jalla:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَيَعْلَمُوْنَ
“Kemudian
kami jadikan kamu berada di atas syariat pada urusan agama, maka
ikutlah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang
tidak mengetahui”. (al-Jasiyah, 45: 18)
HARAM MEYERUPAI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI (MUSYRIKIN)
Memelihara
janggut dan jambang adalah jelas sekali merupakan ibadah dan amal
soleh. Suatu perintah syara yang pelakunya diredhai oleh Allah dan
RasulNya. Tidak sukar meniru (menyerupai) amal ibadah berjanggut yang
diwariskan oleh para rasul, para Nabi, para sahabat bagi orang-orang
yang beriman dan bertaqwa.
Berjanggut adalah ibadah yang
berterusan pahalanya, terus diberi kebaikan tanpa henti ganjarannya
selagi janggut tersebut tidak dicukur. Berjanggut besar pahalanya kerana
ia ibadah wajib yang telah diwajibkan oleh Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Baginda telah mengharamkan setiap orang beriman
mencukurnya. Antara sebab larangan baginda ialah supaya tidak menyerupai
perbuatan orang kafir sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana
hadis baginda:
خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَاحْفُوْا الشَّوَارِبَ وَأوْفُوْا اللِّحَى
"Usahlah
menyerupai orang-orang Musyrikin, tipiskanlah misai kamu dan
peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syeikh Ibn Taimiyah menegaskan bahawa:
"Larangan
dari meniru orang-orang Musyrikin (yang dimaksudkan oleh hadis di atas)
adalah secara mutlak". (Lihat: اقتضاء الصراط المستقيمhlm. 59)
جَزُّوْا الشَّوَارِبَ وَارْخُوْا اللِّحَى خَالِفُوْا الْمَجُوْسَ
"Potonglah
misai kamu, peliharalah janggut kamu dan jangan kamu meniru
(menyerupai) Majusi". (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Baihaqi)
Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam diutus oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala
semata-mata untuk ditaati. Melanggar larangan dari Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam adalah kemungkaran yang besar lebih-lebih lagi jika
diiringi dengan ancaman sebagaimana hadis yang mengancam orang-orang
yang meniru suluk orang-orang kafir maka mereka akan menjadi sebagaimana
keadaan orang kafir yang ditiru atau diikuti.
Rasulullah
sallallahu ‘alihi wa-sallam melarang dari meniru orang kafir dalam
perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi
tidak ada larangan dalam perkara atau hal-hal tabii seperti meniru makan
roti, masakan, pengurusan pejabat dan sebagainya. Apa yang dilarang
(diharamkan) sebagaimana yang terdapat di dalam nas-nas yang lalu ialah
mencukur janggut. Larangan yang sudah jelas penegahannya. Melanggar
larangan ini dikhuatiri memasukkan dirinya menjadikan golongan orang
yang ditiru sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
di bawah ini:
مَنْ
تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوِ مِنْهُمْ. رواه احمد والطبرانى وقال العراقى فى
تخريج الاحياء : سنده صحيح . وقال ابن تيمية : اسناده جيد
"Sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum maka ia telah menjadi kaum tersebut". (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Thabrani)
Berkata al-Iraqi dalam تخريج الاحياء, sanadnya sahih dan berkata Ibn Taimiyah : Isnadnya baik.
Berkata Syah Waliullah ad-Dahlawi:
Janggutlah
yang membezakan antara anak kecil dengan orang dewasa. Ia menjadi
hiasan ulama dan penyempurna kelelakian, maka janggut wajib dipelihara
(haram dicukur). Memotong janggut adalah mengikut sunnah Majusi.
Mencukur janggut telah merubah ciptaan Allah, meniru perbuatan mereka
yang sesat dan (bersikap) takbur dengan apa yang dikerjakan". (Lihat:
حجة الله البالغة jld. 1 hlm 182)
PENGUKIR BID’AH
Terdapat
individu yang lahirnya kelihatan seperti bersemangat berapi-api
memperkatakan sunnah, kononnya menyeru manusia supaya kembali kepada
al-Quran dan hadis, melaung-laungkan suaranya mengajak manusia
mengamalkan sunnah, mendakwa bahawa dirinya mencintai Nabi, mencintai
sunnahnya, ingin mengajak manusia menghidupkan kebenaran dan
memperjuangkan agama, tetapi tidak sudi mengamalkan sunnah, tidak mahu
mentaati suruhan Nabinya iaitu menentang hukum wajibnya berjanggut (yang
tidak perlu mengeluarkan modal untuk melaksanakannya), maka orang-orang
seperti ini adalah pembohong besar, orang fasik dan pada hakikatnya
orang seperti inilah yang benar-benar jahil tentang sunnah, kerana telah
terukir bid’ah di wajahnya.
Ciri-ciri mereka mudah dikenali,
kerana hampir setiap hari kegemaran mereka mengukir tanda bid'ah di
wajahnya. "Itulah ciri muka orang bid'ah (mubtadi’)". Orang yang
melaungkan sunnah tetapi masih berterusan mengukir bid'ah di mukanya
adalah orang yang pandai berkata, tetapi pendusta kerana perkataannya
tidak serupa dengan perbuatannya. Orang seperti ini paling dibenci oleh
Allah sebagaimana dijelaskan di dalam firman-Nya:
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ. الصف 3:61
"Amat besar kebencian di sisi Allah, bahawa kamu memperkatakan (agama) tetapi kamu tidak melaksanakan". (as-Saff, 61: 3)
Perlu
diingat bahawa orang yang berkobar-kobar (kononnya) mengajak manusia
kembali mengamalkan dan memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi
mencukur janggutnya, maka orang-orang seperti ini sebenarnya penentang
sunnah, pejuang bid’ah, lari dari sunnah, mempermainkan agama dengan
kata-katanya dan membohongi masyarakat.
Muka yang tak tahu malu
ialah muka-muka yang menggelarkan dirinya ulama, iaitu ulama yang
mencari makan atau keuntungan pakai modal sunnah, tetapi mukanya
dilarikan dari sunnah, sunnah di mukanya (janggut) dimusnahkan, dibuang,
dihilangkan dan dicukur sehingga kelihatan seiras muka perempuan. Dia
lari dari fitrah (sunnah berjanggut), namun mendakwa dirinya pejuang
sunnah, mengaku Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi malu memelihara sunnah di
mukanya, iaitu malu memelihara janggut.
Nabi telah membongkar
pembohongan orang-orang seperti ini kerana orang seprti ini bukan
mengajak kepada sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
lantaran dia sendiri telah lari dari sunnah. Baginda Rasulullah
bersabda:
وَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّى
"Dan sesiapa yang meninggalkan (lari dari) sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara perbuatan lari (meninggalkan) sunnah ialah meninggalkan sunnah (fitrah) berjanggut.
Sememangnya
Allah Azza wa-Jalla telah menegaskan bahawa manusia di dunia ini ada
dua golongan yang sentiasa berlawanan iaitu golongan Islam dan Kafir,
Mukmin dan Munafik atau golongan kanan (golongan ahli syurga) dan
golongan kiri (golongan ahli neraka). Golongan syurga adalah mereka yang
dicintai oleh Nabi kerana mereka sentiasa mencintai apa yang dicintai
oleh baginda.
Antara tanda mencintai Nabi ialah mencintai fitrah
yang dipertahankan oleh baginda dan para nabi sebelumnya, iaitu fitrah
berjanggut. Nabi mencintai golongan mereka yang berjanggut kerana mereka
yang berjanggut telah meninggalkan penyerupaan dengan
orang-orangYahudi, Nasrani dan Majusi.
Orang
yang telah mengenal sunnah kemudian mentaati sunnah tersebut sehingga
menjadi tatawwu', maka orang-orang seperti ini adalah merupakan golongan
kanan yang berjaya, mereka pasti akan bersama Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam di akhirat kelak. Ciri-ciri golongan bersama Nabi
ialah yang mencintai fitrah yang ada pada wajah baginda yang mulia.
Fitrah yang ketara ialah janggut baginda.
Orang-orang yang telah
mengabaikan perintah berjanggut yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan nas-nasnya yang sahih. Jika suruhan
tersebut tidak ditaati maka bagaimana dia boleh dipanggil seorang sunni?
Berjanggut adalah fitrah yang tidak pernah ditinggalkan oleh sekalian
nabi-nabi, rasul-rasul, para sahabat dan orang-orang yang soleh,
bagaimana boleh jadi pejuang sunnah jika mukanya masih bid’ah? Pastinya
orang seperti ini lebih berjaya menjadi pejuang bid’ah.
Mereka
yang meninggalkan hukum yang dipertahahankan oleh para nabi dan rasul
bolehkah digelar penegak sunnah? Mencukur janggut termasuk kegemaran
orang fasik, apakah orang fasik boleh digolongkan sebagai golongan yang
berjaya? Bolehkah dianggap sebagai anggota Jamaah yang dicintai oleh
Allah dan RasulNya sedangkan dia tidak mencintai apa yang telah dicintai
Rasullullah iaitu memelihara janggut? Pada hakikatnya hanya orang-orang
yang membuktikan cinta mereka kepada Allah dan RasulNya sahaja yang
akan mendapat balasan cinta dari Allah dan Rasul-Nya.
Awaslah
orang-orang yang membantah apa yang telah diperintahkan kepada mereka
kemudian sebaliknya melakukan apa yang ditegah oleh Allah dan RasulNya
kerana orang-orang yang degil seperti ini telah diberi peringatan oleh
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan sabdanya:
وَمَا تَاْتِيْهِمْ مِنْ آيَةٍ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِمْ اِلاَّ كَانُوْا عَنْهَا مُعْرِضِيْنَ. الانعام 4:6
"Tidak
ada suatu ayatpun dari ayat-ayat Tuhan sampai kepada mereka, melainkan
mereka selalu berpaling daripadanya (membantah)". (Al-A’nam, 6: 4)
Sesiapa
yang membantah suruhan Allah dan RasulNya kemudian mengamalkan yang
sebaliknya, maka perbuatan tersebut tidak akan diterima oleh syara
sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ. رواه مسلم
"Sesiapa yang membuat suatu amalan yang bukan dari suruhan kami, maka amalan itu ditolak". (Hadis Riwayat Muslim)
Sebenarnya
amalan mencukur janggut bukanlah suruhan dari Nabi Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam tetapi sebaliknya kerana sebagaimana yang telah
dijelaskan bahawa memelihara janggut adalah suruhan yang sudah jelas
wajibnya. Maka pilihlah satu di antara dua amalan ini sama ada memilih
yang wajib (memelihara janggut dan jambang) atau lebih suka membantah
iaitu memilih yang bid'ah? (mencukur licin janggut dan jambang).
MENYERUPAI SIFAT PEREMPUAN
Allah
telah membezakan kejadian lelaki dan perempuan antaranya ialah dengan
menumbuhkan janggut hanya di muka lelaki. Perbezaan ini adalah penentuan
dari Allah yang mencipta kedua-dua jantina tersebut. Tetapi mengapa
pula ada kaum lelaki yang mengaku beriman tidak rela dan tidak puas hati
dengan penentuan Allah itu sehingga berusaha untuk membersihkan setiap
helai janggut yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka?
Kesemua
ulama atau fukaha (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) telah
mengeluarkan fatwa (menghukumkan) bahawa mencukur janggut dan jambang
selain dianggap perbuatan haram ia juga perbuatan yang dianggap sebagai
menyerupai perempuan (تَشْبِيْهٌ بِالنِّسَاءِ). Janggutlah yang
membezakan di antara lelaki dan perempuan, sebagaimana yang diterangkan
oleh Imam Nawawi dan juga oleh Imam Ghazali di dalam bukunya yang
masyhur: (وَبِهَا-أيْ- اللِّحْيَة يَتَمَيَّزُ الرَّجُل مِنَ النِّسَاءِ)
"Dan dengannya -dengan janggut- dapat dibezakan di antara lelaki dan
perempuan"
Malah Imam al-Ghazali amat tegas dalam persoalan janggut dan jambang sehingga memfatwakan bahawa:
"Ditolak persaksian seseorang saksi yang mencukur janggutnya".
Dalam
kesungguhan Imam al-Ghazali menegaskan wajibnya berjanggut, beliau
berdalilkan hadis dari Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu dan Ibn Abi
Ya'la rahimahullah kadi Madinah. (Lihat: Ihya Ulumuddin, jld. 2. Hlm.
257)
DILAKNAT MENYERUPAI WANITA
Tidak
dapat dinafikan bahawa pembeza lelaki dan perempuan adalah janggutnya.
Oleh kerana itu berkata Imam al-Ghazali rahimahullah:
“Dengan memelihara janggut, dapat dibezakan lelaki dengan wanita”. (Lihat: Ihya Ulumuddin, 2/257)
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melaknat orang lelaki yang sengaja menyerupai perempuan sebagaimana sabda baginda:
لَعَنَ رَسُولُ اللهَ الْمُتَشَبِّهِيْنَ مِنَ الرِّجاَلِ بِالنِّسَاءِ
"Rasulullah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan". (Hadis Riwayat Bukhari)
Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah rahimahullah:
"Adapun
setiap helai janggut ada kebaikannya, antaranya ialah perhiasan,
kesegakan (sebagai lelaki) dan kehebatan, juga pembeza antara lelaki dan
perempuan". (Lihat: التبيان فى اقسام القرآن hlm. 231)
Berkata syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:
"Sesungguhnya
dengan mencukur janggutnya seseorang lelaki tidak dapat dibezakan
dengan perempuan sebagaimana yang telah dibezakan oleh Allah, kerana
janggutlah yang benar-benar membezakan antara lelaki dengan perempuan".
(Lihat: اداب الزفاف hlm. 123. Nashiruddin al-Albani)
Sebenar
penyerupaan yang nyata pada seorang lelaki dengan seorang perempuan
ialah dengan pencukuran janggutnya. Kerana tidak terdapat perempuan yang
berjanggut. Dengan mencukur licin janggutnya, lelaki telah melakukan
penyerupaan mengatasi segala penyerupaan lainnya. Kerana jika
dibandingkan dengan pakaian, perempuan telah memakai seluar dan baju
yang dipakai oleh lelaki dan lelaki pula telah memakai apa yang dipakai
oleh perempuan, di segi pakaian mereka hampir sama, tetapi janggutlah
yang benar-benar dapat membezakan antara dua jantina ini. Oleh yang
demikian, al-Allamah al-Kandahlawi berkata:
“Tidak seorang pun
yang meragukan bahawa penyerupaan secara sempurna seorang lelaki dengan
seorang perempuan didapati dengan mencukur janggutnya. Penyerupaan ini
melebihi sekadar penyerupaan dari segi pakaian dan selainnya. Sebab
janggut seorang lelaki adalah pembeza pertama dan pembeda terbesar
antara lelaki dan wanita seperti yang diketahui dan disaksikan oleh
semua manusia, tidak ada yang mengingkarinya kecuali orang yang ingin
menipu dirinya sendiri, mengikuti kehendak hawa nafsunya dan menjadi
waria setelah Allah memberi kenikmatan kepada dia berupa bentuk lelaki
yang tampan yang difitrahkan kepadanya”. (Lihat: وجوب اعفاء اللحية hlm.
31-32. Al-Kandahlawi)
Amat tepat sekali kenyataan al-Allamah
al-Kandahlawi. Memang tidak dapat dimungkari kecuali orang yang tertipu
dengan kebodohannya sendiri, orang yang diperdaya oleh kehendak hawa
nafsunya dan orang yang menggemari cara keperempuanan walaupun ia
menyedari telah dilahirkan dan dijadikan oleh Allah sebagai seorang
lelaki sempurna. Kejahilannya tidak menyedari ia telah dilengkapi dengan
fitrah kelelakian iaitu ditumbuhi janggut.
Orang lelaki yang
suka menyerupai perempuan dilaknat oleh Allah dan RasulNya sebagaimana
sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
عَنِ
ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُخَنِّثِيْنَ مِنَ الرِّجَالِ. رواه البخارى
"Dari
Ibn Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘aliahi
wa-sallam melaknat lelaki yang meniru gaya (menyerupai) perempuan".
(Hadis Riwayat Bukhari)
Janggut adalah tanda kelelakian yang
hakiki, mencukur janggut samalah seperti menghilangkan satu dari
beberapa sifat kelelakian yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu
wa-Ta’ala. Janggut fitrah yang khusus hanya untuk lelaki. Perbuatan
terkutuk (mencukur janggut) dianggap tidak mahu menerima kenyataan dan
tidak mensyukuri anugerah pemberian Allah. Sesiapa yang tidak menghargai
janggut yang dianugerahkan oleh Allah sehingga berusaha membuang dan
menghilangkan setiap helai janggut yang tumbuh di mukanya, maka dia
lelaki yang tidak mengenal salah satu sifat kelalakian.
ULAMA MUKTABAR MENGHARAMKAN MENCUKUR JANGGUT
Para Imam fikah yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali) telah mengharamkan mencukur janggut atau jambang.
1 - Mereka mengeluarkan fatwa bahawa:
(اَنَّ حَلْقَ اللِّحْيَة حَرَامٌ وَاَنَّ حَالِقَهَا اَثِمٌ فَاسِقٌ)
"Sesungguhnya
perbuatan mencukur janggut itu adalah haram, bahawasanya orang yang
mencukur janggutnya itu berdosa dan (dihukum) orang fasik". (Lihat: ادلة
تحريم حلق اللحية hlm. 9. Lihat: وجوب اعفاء اللحية hlm. 10. Mohammad
Zakaria)
2 - Ibn Rif’ah, Azzarkasyi, al-Helmy dan al-Azraei
berkata: Imam Syafie rahimahullah di dalam kitabnya al-Umm, menegaskan
bahawa:
"Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa 'illah
(علة) atau dengan istilah lain, pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi".
(Lihat: رسالة تحريم حلق اللحية hlm. 7)
3 - Syeikh Ahmad bin Qasim al-‘Ibaadi, seorang tokoh ulama dari kalangan as-Syafi’iyah (mazhab Syafie) berkata:
قَالَ ابْنُ رِفْعَة فِى "حاشية الكافية" : اِنَّ اْلاِمَامَ الشَّافِعِي قَدْ نَصَّ فِى (الأم) عَلَى تِحْرِيْمِ حَلْق اللِّحْيَة
“Berkata
Ibn Rif’ah dalam حاشية الكافية: Sesungguhnya Imam as-Syafie telah
menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut”. (Lihat: ادلة تحريم
حلق اللحية hlm. 96)
4 - Telah disalin oleh al-'Allamah Abu
Syamah rahimahullah ke dalam tulisannya yang diambil dari fatawa Imam
al-Gazali dan Imam an-Nawawi (as-Syafei) bahawa:
"Mencukur
janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (mungkar dan dosa besar
kerana mencukur janggut termasuk melakukan perbuatan yang haram)".
(Lihat: ادلة تحريم حلق اللحية hlm. 96)
5 - Berkata Ibn Hazm:
"Telah
sepakat ulama bahawa mencukur janggut itu tidak dibolehkan (maksudnya
telah diharamkan oleh ulama setelah berpandukan kepada hukum-hukum
syara)". (Lihat: مراتب الاجماع hlm. 157)
6 - Ibn Taimiyah telah menegaskan di dalam kitabnya bahawa:
"Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan supaya meninggalkan (haram
meniru) gaya orang-orang musyrikin secara mutlak".
Kemudian beliau menyambung fatwanya dengan membawakan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Janganlah kamu menyerupai Majusi, tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu".
7
- Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa lafaz (خالفوا):
"Janganlah menyerupai" pada hadis di atas bermaksud: "Tinggalkan cara
orang-orang musyrikin" atau dengan maksud yang lain "Janganlah kamu
meniru cara orang-orang (kafir atau) musyrikin". Larangan di hadis ini
merupakan larangan berbentuk haram yang sudah ditentukan oleh syar’a.
(Lihat: اقتضاء الصراط المستقيم hlm. 58-59)
8 - Kadi Abu Bakar Ibn al-'Arabi rahimahullah berkata:
"Telah
sepakat ummah bahawa memelihara janggut itu adalah dari millah (agama
Allah), maka sesiapa yang menipiskan misai dan memelihara janggut telah
menentng agama golongan 'Ajam (selain Islam) kerana mereka (selain
Islam) mencukur janggut mereka dan memelihara misai mereka". (Lihat:
احكام القرآن jld. 1. Hlm. 37)
Berkata as-Safarini rahimahullah tokoh ulama dari kalangan mazhab Hambali:
اَلْمُعْتَمَدُ فِى الْمَذْهَبِ حُرْمَةُ حَلْقِ اللِّحْيَة
“Yang menjadi sandaran muktamad dalam mazhab (Hambali) ialah haram mencukur janggut”. (Lihat: غذاء الالباب jld. 1 hlm. 376)
10
- Hampir keseluruhan ulama besar zaman ini telah mengharamkan mencukur
janggut, antara mereka ialah: Ali Mahfuz (ulama besar al-Azhar),
Muhammad Nashiruddin al-Albani (pakar hadis), Abdul Aziz bin Bazz (ulama
besar Hijaz), Abu Bakar al-Jazairi (ulama Madinah), Muhammad Sultan
al-Ma’sumi dan lain-lainnya.
Sewajarnya orang-orang beriman tidak
akan meniru sikap, sifat atau apapun gaya orang-orang kafir, kerana
orang-orang Islam mempunyai cara berakhlak, cara berhias dan mempunyai
kebesaran dan kebanggannya sendiri sebagaimana firman Allah:
وَللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُوْلِهِ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ. المنافقون 8:63
"Padahal kekuatan (kebanggaan) itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman". (al-Munafiquun, 63: 8)
Malangnya
orang-orang Islam sekarang lebih membanggakan apa yang ditiru dari
orang-orang kafir terutamanya barat dan merasa jijik atau malu dengan
apa yang telah dibanggakan oleh Allah, RasulNya dan orang-orang yang
beriman, di antaranya ialah memelihara janggut atau jambang.
Mungkin
orang-orang Islam yang keliru akan membanggakan memelihara janggut
hanya setelah model berjanggut dipergayakan oleh orang-orang Barat. Jika
ini terjadi, apa yang dilakukan bukan lagi dianggap mengikut sunnah
kerana setiap amal bergantung pada niat yang ikhlas bukan kerana tergoda
oleh tarikan fesyen.
MENCUKUR JANGGUT TIDAK MENTAATI SUNNAH
Para
sahabat menolak (tidak menerima) persaksian orang yang telah mencukur
janggutnya lantaran mencukur janggut tidak mematuhi sunnah. Ini bermakna
orang yang membersihkan janggutnya tidak boleh menjadi saksi dan tidak
diterima pengakuannya kerana dianggap sebagai seorang yang fasik.
Kenyataan
ini dapat difahami dan diperjelaskan dengan apa yang dilakukan oleh
Umar radiallahu ‘anhu sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ghazali
rahimahullah:
وَرَدَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ
"Umar
bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu menolak persaksian (orang yang
mencukur janggutnya)". (Lihat: Ihya Ulumuddin. Jld. 2. Hlm. 257)
Semua
hadis-hadis Nabi Muhammad yang mewajibkan umat baginda memelihara
janggut dan mengharamkan dari meniru Yahudi, Nasrani dan golongan
Musyrikin Majusi menjadi amanah kepada setiap orang beriman. Mereka
wajib mentaati suruhan Allah dan NabiNya antaranya dengan mentaati dan
memelihara janggut dengan penuh keimanan. Itulah sebabnya Umar bin
al-Khattab menolak persaksian orang-orang yang mencukur janggutnya
kerana dia dianggap tidak amanah terhadap agama yang telah diamanahkan
oleh Allah dan RasulNya kepadanya. Allah telah berfirman dalam persoalan
amanah:
يَااَيُّهَاالَّذِيْنَ
آمَنُوْالاَ تَخُوْنُوْااللهَ وَالرَّسُوْلَ وَتَخُوْنُوْا اَمَانَاتِكُمْ
وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ. الانفال 8:27
"Hai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul
(Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang
dipercayakan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui". (Al-Anfal, 8: 27)
Telah
ada perintah yang memerintahkan oleh Allah agar apa sahaja yang
didatangkan oleh Rasulullah hendaklah diambil, dipatuhi serta diikuti.
Apa sahaja yang ditegah hendaklah ditinggalkan dan dijauhi tanpa banyak
persoalan kerana Allah berfirman:
وَمَااَتَاكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَانَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ
“Dan
apa yang Rasul telah datangkan kepda kamu maka hendaklah kamu ambil dan
apa yang dia larang maka hendaklah kamu tinggalkan. Sesungguhnya Allah
amat keras siksanya”. (al-Hasyr, 59: 7)
فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تَصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ
“Maka
hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasulnya takut akan
ditimpakan cubaan atau ditimpakan azab yang pedih”. (an-Nuur, 24: 63)
Ada
mereka yang mengakui sebagai ulama yang menentang dan memperlekeh
orang-orang yang berjanggut. Ulama seperti ini ditakuti termasuk dalam
firman Allah:
وَمَنْ
يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى
وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى
وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مِصِيْرًا
“Dan
sesiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti
jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa
terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami memasukkan ia ke
dalam jahanam, jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.
(an-Nisa, 4: 115)
Begitulah balasan orang-orang yang meragui
seruan Allah dan RasulNya. Iaitu orang-orang yang memilih pendapatnya
sendiri walaupun pendapatnya bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan
hadis yang sahih serta bercanggah dengan fatwa-fatwa ulamak muktabar.
Berjanggut
adalah amalan yang telah difatwakan oleh Imam as-Syafie rahimahullah
sebagai amalan yang wajib. Menurutnya adalah bid’ah mencukur janggut.
Oleh itu janganlah memilih kesesatan bid’ah apabila beramal. Jadilah
insan yang beriman, bertaqwa, tawaddhu’ dan khusyu’ dalam mentaati
perintah Allah.
FATWA DARI MEKKAH AL-MUKARRAMAH
Para
Ulama Saudi Arabia (ulama Hijaz) telah sepakat mengharamkan pencukuran
janggut dan jambang. Sebagaimana boleh dibaca dalam fatwa yang
dikeluarkan oleh:
a. Fatwa dari para ulama Kerajaan Saudi Arabia yang bertarikh 7/8/1398H. No:1640.
b.
Fatwa dari as-Syeikh Abi Bakar al-Jazairi bertarikh 13/5/1400H. Fatwa
ini ditanda tangani oleh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz, dikeluarkan
dan disahkan oleh:
رئاسة ادارات البحوث العلمية والافتاء والدعوة مكة المكرمة
Kesemua fatwa-fatwa ini telah diluluskan (disahkan) dan dikeluarkan oleh kerajaan Saudi Arabia.
Diharap
para pembaca mampu memelihara amanah Allah yang diamanahkan kepada
kita. Sekarang, setelah mengetahui hukum sebenar mencukur janggut yang
menjadi amanah yang wajib dipikul. Tak usahlah merasa janggal, serba tak
kena, malu, takut ditertawakan, diejak disindir atau diperlekeh oleh
seseorang apabila berjanggut. Itu semua hanya perasaan negatif yang
diperdaya oleh syaitan agar seseorang itu tidak mematuhi perintah Allah.
Taatilah
perintah Allah dan janganlah didilayan dan diperdulikan bisikan dan
godaan syaitan jenis manusia dan iblis yang sentiasa menganggu orang
beriman dari mentaati Allah Azza wa-Jalla dan RasulNya. Kita tidak
dituntut agar merasa takut atau malu kepada manusia, tetapi kita
dituntut supaya takut dan malu kepada Allah jika tidak berdaya
melaksanakan perintahNya. Wallahua’lam.
Rintangan untuk
merealisasikan perintah Allah Azza wa-Jalla dan Rasulnya sering berpunca
dari kelemahan faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman ialah masalah
keimanan di hati yang mempengaruhi faktor luaran. Begitulah halnya
dengan memelihara janggut atau jambang. Hanya keimanan yang konkrit,
adanya iltizam dan ilmu sahaja yang dapat mempertahankan keyakinan di
hati dari serangan anasir-anasir dalaman dan luaran tersebut.
Melalui
tulisan ini, penulis berusaha untuk membantu mengatasi kesulitan
pembaca menghadapi bisikan hati yang diwas-waskan oleh syaitan, pengaruh
suara sumbang dari syaitan jenis manusia dan kelemahan diri yang sering
mempengaruhi jiwa seseorang. Suntikan ayat-ayat al-Quran, hadis serta
fatwa para ulama muktabar yang tertera di tulisan ini insya-Allah akan
menjadi motivasi pada individu untuk terus komited mengamalkan salah
satu dari beberapa suruhan Allah iaitu berjanggut dan berjambang. Semoga
usaha sebegini dapat menyumbang kepada pembaca dalam memperteguhkan
keimanan demi mentaati dan mempertahankan hukum memelihara janggut dan
hukum-ahkam yang lainnya.
17 ulasan: