Translate

Tajaan

Ahad, 9 Ogos 2015

Tips: Suami Hendaklah Sedut Anu Isterinya Seperti Bayi


Teknik Menikmati Buah dada isteri dengan penuh NIKMAT yang ramai tidak tahu.....

Daripada kajian sains, naluri lelaki menyukai perempuan buah dada besar kerana ia menandakan kemampuan untuk mengandung dan menyusukan anak.

Bahagian tubuh seperti buah dada dan punggung adalah kawasan dimana lemak DHA iaitu lemak untuk kecergasan otak disimpan. Sebab itu isteri anda akan membesar badan di kawasan-kawasan buah dada dan punggung. Yang penting, galakan isteri untuk makan ikan dan lebih baik lagi sekiranya minyak ikan. Ibu sihat, otak anak pun sihat.

Sebab itu adalah penting kepada ibu yang membesarkan bayi, sedaya boleh menyusukan anak selama yang boleh. Lemak simpanan dikawasan payu dara dan punggung boleh susut dengan sendiri kerana ia ditukarkan kepada susu ibu dan diberikan kepada anak melalui susu ibu.
Lagi banyak anak disusu lagi susut lemak dalam badan ibu.


Berbalik kepada cara untuk membelai isteri yang bertetek besar, atau membelai buah dada isteri ia perlu dilakukan dengan lembut kerana kawasan tetek dan puting tetek adalah kawasan yang sensitif.
Biasanya untuk wanita yang baru kenal belaian buah dada akan gairah apabila disentuh. Wanita yang buah dada pada mulanya kecil, akan membesar apabila tetek selalu dibelai, buah dada diramas dan punting tetek dihisap. Gairah dan berahi wanita dalam seks akan memberi isyarat kepada badan wanita untuk bersedia untuk mengandung. Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, kawasan tetek dan punggung adalah kawasan simpanan lemak dan khasiat sebagai persediaan untuk badan wanita untuk mengandung.

Untuk isteri yang sudah selalu tetek dibelai dan diramas, maka ia boleh menimbulkan rasa kegelian jika belaian dilakukan secara gelojoh. Suami perlu pandai mempelbagaikan cara untuk menikmati tetek besar isteri.

Jangan terus sentuh buah dada isteri terutama puting tetek. Belaian mula dilakukan dengan kawasan sekeliling buah dada isteri. Kawasan bahu, atas buah dada dan pangkal buah dada adalah kawasan mula yang mengairahkan dan biasanya tidak menggelikan. Gosok dan sentuh dengan lembut kawasan itu. Cium bahu dan kawasan atas buah dada.

Jari-jari tangan juga perlu memainkan peranan untuk merangsangkan buah dada. Gosok sekeliling pangkal buah dada isteri dalam bentuk bulatan. Jangan sentuh lagi buah dada isteri. Gosok dan tanyakan dimana kawasan yang menyenangkan isteri dan buat tumpuan disitu.

Bayangkan suami dalam keadaan sekarang. Sambil cium bahu dan kawasan atas buah dada isteri, jari-jari tangan menggosok sekeliling buah dada isteri. Gilirkan antara dua buah dada isteri.
Kawasan pangkal bawah buah dada isteri juga, merupakan kawasan yang sensitif dan gairah seks isteri. Belai dan gosok perlahan-lahan dengan tapak tangan. Gilirkan dengan gosok sekeliling dan gilirkan antara dua buah dada isteri.

Apabila isteri sudah gairah dan mahukan lagi belaian yang lebih. Barulah boleh merangsangkan puting tetek besar isteri. Puting dirangsang dan digairah dengan lidah dan hisapan lembut. Hisap puting tetek dengan cara masukkan puting dalam mulut dan letakkan atas lidah. Pastikan pangkal puting tetek diantara dua bibir suami dan tidak kena kepada gigi. Sambil puting buah dada isteri disedut lembut, gunakan lidah untuk basahkan puting tetek.

Gunakan lidah untuk membuat sentuhan lembut dalam bentuk bulatan sekeliling puting tetek. Yang paling berahi adalah apabila puting disedut, lidah dibawah puting mengurut bawah puting tetek, umpama bayi menyusu. Gilirkan sama tempoh masa pada setiap buah dada. Namun begitu, adakala ada belah buah dada yang isteri rasa lebih nikmat, maka maklum balas isteri adalah perlu.

Jangan lupa, sebelah puting tetek besar dihisap maka sebelah lagi bolehlah dibelai dan diramas. Jangan biarkan mana-mana belah buah dada kosong tidak disentuh dan digairahkan.

Kepada suami, jika mahu belajar cara yang baik menghisap puting tetek besar isteri, perhatikan bagaimana anak anda lakukan.

Tanda Wanita / Isteri Anda Gersang


Wanita terangsang. Lalu apa saja tanda-tanda yang muncul ketika tubuh perempuan sedang terangsang?

Beberapa wanita kadang memiliki titik rangsangan yang berbeza-beza, namun sebahagian besar wanita mudah teransang ketika diberikan rangsangan seksual dan hanya sedikit orang yang sulit terangsang.

Dr Andri Wanananda, MS dalam tulisannya menuturkan ada 2 perubahan yang terjadi pada perempuan ketika sedang terangsang, iaitu perubahan di organ genital serta di tubuhnya.

Perubahan yang terjadi pada organ genital:

- Sekitar dua pertiga bahagian dalam vagina memanjang dan merekah
- Lubrikasi dari vagina secara automatik meningkat
- Warna vagina boleh berubah menjadi agak gelap seperti ungu
- Serviks dan tubuh rahim (uterus) akan tertarik ke belakang dan terdorong ke atas hingga ke dalam rongga panggul (pelvis)
- Bibir vagina dalam (labia minora) dan bibir vagina luar (labia majora) akan meningkat ke atas dan terbuka
- Klitoris akan membesar dan menegang

Perubahan yang terjadi pada tubuh:

- Pupil mata akan melebar
- Keringat yang keluar akan meningkat
- Puting susu mengalami ereksi atau tegang
- Frekuensi nafas meningkat
- Denyut jantung menjadi lebih cepat
- Payudara akan membesar

Umumnya respons pertama yang muncul ketika perempuan menerima rangsangan seksual adalah adanya perasangan hangat yang menjalar di seluruh tubuh, yang nantinya diikuti oleh perubahan tubuh lainnya.

Jika rangsangan ini terus berlanjut, maka akan lebih mudah bagi perempuan untuk mencapai orgasme saat berhubungan seksual. Ketika seseorang mencapai orgasme maka beberapa hormon di tubuh akan turut aktif seperti prolaktin, serotonin, oksitosin, endorfin, adrenalin dan phenylethylamine. Namun hal itu belumlah berakhir, sebagian besar perempuan akan mendapatkan manfaat lain berupa perasaan lebih bahagia dan juga santai serta lebih mudah menerima rangsangan.

3 Teknik Kemutan Faraj Bantu Suami Lambat Pancut


Jika kemutan faraj dilakukan dengan betul ketika berdayung, bukan sahaja para suami akan merasai nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata, malahan para isteri juga akan merasai nikmat baru yang belum pernah dirasai sebelum ini ketika berasmara.

Secara amnya, terdapat tiga teknik kemutan faraj yang betul yang perlu dipraktikkan ketika berasmara. Teknik kemutan faraj ini akan memberikan sensasi yang baru kepada suami dan juga isteri.

Teknik kemutan faraj yang pertama 

  • Teknik kemutan faraj ketika suami meletakkan, atau merehatkan zakar di dalam faraj. 
  • Iaitu zakar suami berada di dalam faraj tanpa sebarang gerakan atau dayungan. 
  • Ketika zakar berada di dalam faraj, kemut zakar suami anda, ketatkan otot-otot faraj untuk memberikan cengkaman yang kuat kepada zakar suami.
  • Tahan seberapa lama yang boleh sebelum anda melepaskan kemutan tersebut. 
  • Teknik kemutan faraj ini sesuai dilakukan jika zakar suami belum menegang sepenuhnya, kerana teknik kemutan ini akan membantu zakar suami untuk menjadi tegang dan keras.


Teknik kemutan faraj yang kedua 

  • Dilakukan apabila suami memasukkan, atau menyorong zakar beliau ke dalam faraj. 
  • Kemut zakar suami ketika beliau menyorong ke dalam, dan lepaskan kemutan ketika beliau menarik keluar zakar beliau. 
  • Teknik kemutan faraj kedua ini akan memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada suami.
  • Tetapi awas, teknik kemutan faraj ini juga secara tidak langsung akan membuatkan suami tidak tahan, dan cepat pancut. 
  • Oleh itu gunakan teknik kemutan ini dengan berhati-berhati. 
  • Selalunya teknik kemutan faraj kedua ini dilakukan pada permulaan permainan dayungan, iaitu untuk membuatkan suami lebih bertenaga dan bernafsu untuk mendayung.
  • Jika anda perhatikan suami anda sudah tidak dapat menahan dan ingin klimaks atau pancut, tukar teknik kemutan faraj anda kepada teknik yang ketiga. 


Teknik kemutan faraj yang ketiga

  • Amat sesuai untuk melewatkan pancutan zakar suami.
  • Kaedah kemutan faraj yang ketika ini ialah melepaskan kemutan ketika suami menyorong masuk zakar beliau ke dalam faraj, tetapi mengemut dengan kuat semasa suami menarik keluar zakar daripada faraj. 
  • Teknik kemutan faraj ini akan memperketatkan tarikan zakar suami, dan secara tidak langsung akan mengurangkan rasa ngilu pada kepala zakar suami dan melambatkan pancutan zakar suami.

Ketiga-tiga teknik kemutan faraj ini jika dilakukan dengan betul bukan sahaja akan memberikan nikmat berganda kepada anda dan suami, malah boleh membantu melambatkan pancutan suami sekaligus memberikan lebih nikmat ketika berasmara.

10 Fakta Menarik Tentang Pulau Reunion, Lokasi Serpihan MH370 Ditemui

Pulau Reunion bukanlah lokasi yang begitu dikenali oleh rakyat Malaysia.
Tetapi apabila tercetusnya pengesahan bahawa serpihan pesawat berhampiran dengan pulau ini, kami ingin bawakan 7 fakta tentang Pulau Reunion.

1. Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abda ke 16. Pulau yang pada ketika itu tiada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara.

Pada tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami pulau ini selama 20 tahun. Sehingga kini pulau ini masih di bawah jajahan Peranchis.

2. Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di Lautan Hindi ini kemudiannya ditukar nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis pada tahun 1793.

3. Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana ia adalah campuran 3 bahasa –  Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke sini.

Namun begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini.

4. Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula. Hasil bumi lain adalah beras dan tebu.

5. Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang menarik!

6. Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di pantai.


7. Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di beberapa hotel dan restoran ‘high class‘ di pulau ini.

8. Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke 17.

Letusan terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pemandangan menarik dari jauh.

Sewaktu tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi.

9. Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des Aigrettes.


Merupakan kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam, ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke sini.

10. Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan dan keindahannya.


Jika anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihat canyon yang dalam, gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang dibina atas air di sekeliling pulau ini.

Jadi kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi dalam ‘bucketlist’ anda. 

Isnin, 3 Ogos 2015

Makhluk Ganjil Dari Dasar Laut Ditemui




Mahkluk Menakutkan ini kelihatan seperti raksasa dari planet lain. Tetapi inilah makhluk yang terasing yang wujud dibawah lautan

Memeranjatkan gambar-gambar “Polychaeta”, atau cacing skala, menunjukkan bagaimana makhluk ini berkembang dan bertahan dengan tekanan yang melampau lebih daripada 1,000 meter di bawah permukaan air dan persekitaran yang amat buruk tanpa sedikit pun cahaya matahari.



Makhluk ini lebih popular dikenali sebagai ‘perokok’ atau cacing Skala ,makhluk ini biasanya ditemui di sekitar zon gempa bumi, gunung berapi dan pinggir plat tektonik. Kawasan ini melepaskan air panas melampau dan koktail bahan kimia yang menyediakan rumah untuk makhluk seperti cacing skala.Makhluk ini seolah-olah makhluk asing dari planet marikh yang panas dan gersang.

Cacing skala merangkak di sepanjang dasar laut berhampiran, Menggunakan gigi ganas mereka untuk mengunyah bakteria dan organisma mudah yang hidup di dalam air panas dan banyak bahan kimia. Makhluk ini mendapat tenaga dari kimia dan bukannya fotosintesis, kerana cahaya tidak menembusi pada kedalaman lebih 1000meter kedasar laut.Ini membawa kepada beberapa hubungan yang pelik: cacing skala adalah perumah kepada bakteria tosymbiotic yang boleh memberikan mereka nutrien.

Ciri-ciri makhluk ini termasuk mulut menakutkan yang boleh bergerak keluar masuk, Menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk memakan mangsanya, ini didedahkan dalam satu siri imej-imej yang baru dikeluarkan oleh penyelidik lautan dalam. Makhluk, yang berukuran lebih daripada dua atau tiga sentimeter panjang, sebahagian daripada ekosistem yang tidak diketahui sehingga 40 tahun yang lalu.
Sesetengah saintis percaya bahawa cacing skala mungkin bergantung kepada bakteria untuk terus hidup. Keupayaan mereka untuk wujud dalam keadaan seburuk ini yang tidak diketahui oleh manusia, membuat cacing skala menjadi bahan kajian Daniel Desbruyeres, seorang penyelidik kanan di I’lfremer, Institut Penyelidikan Perancis untuk Carigali Laut.

“Jika makhluk ini boleh hidup di persekitaran yang buruk,berkemungkinan manusia juga boleh mendiami planet Marikh yang gersang suatu hari nanti, itulah yang sedang kita kaji pada makhluk ini”,Ujarnya.

“Laut dalam alam adalah salah satu habitat yang paling pelbagai di Bumi, namun persepsi kita masih di peringkat awal”.

Siapa Penghuni Bumi Sebelum Adam?



Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji bagi ALLAH SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW, penghulu sekalian Nabi dan Rasul, penghulu sekalian ummat dan penyuluh sekalian ummat! Salam ke atas sekalian Ahlul Bait keturunan Rasulullah SAW dan semua sahabatnya. Salam ke atas sekalian pewaris Baginda Rasulullah SAW dari awal hingga akhir. Al-Fatihah...


Dalam kesempatan ini, saya hanya ingin berkata sepatah dua ucapan sahaja kerana ingin memberi laluan kepada catatan Bedah Buku bersama Tn Ibnu Yaacob yang akan membicarakan buku karangan Muhammad Isa Dawud di bawah nanti. Pada kesempatan ini, saya mewakili warga kerja bk.blogspot ingin menyeru kepada sekalian pembaca, ketahuilah bahawa kita semua sedang berada di akhir zaman.

Kehidupan yang kadang kala kita rasakan sangat manis ini, sebenarnya sungguh pahit untuk kita cerna. Ketahuilah bahawa zaman ini adalah zaman fitnah berleluasa. Fitnah telah tersebar dari segenap penjuru hatta telah masuk ke dalam masjid-masjid dan rumah-rumah kalian. Sungguh, fitnah akhir zaman itu sangat sulit tipu dayanya, ketahuilah bahawa segenap penjuru agama ini telah difitnah. Maka, saya menyeru sekalain para pembaca agar keluar dari fitnah itu. Carilah kebenaran dalam setiap perkara tak kira di mana anda berada hatta di ceruk hutan sekalipun.

Ketahuilah bahawa kebenaran itu sangat pahit. Namun, berkatalah benar walaupun ianya sangat pahit. Maka, carilah kebenaran itu dimana jua anda berada dan bersama siapa jua anda duduk.

Tanpa perlu melengahkan masa, saya beri ruangan ini kepada bedah buku oleh Tn Ibnu Yaacob.




Sekian dahulu,
'bradokapak'
1.43 pagi, Rabu 25 April 2012.

---------------------------------------------------------------------------------




Tajuk Asli: Allazina Sakanu al-Ardha Qablana; Pengarang: Muhammad Isa Dawud

  
Penterjemah: Irwan Kurniawan (Bahasa Indonesia), Mukhtar Yusuf (Bahasa Malaysia)

Terbitan: Pustaka Hidayah (Indonesia), Pustaka Syuhada -http://www.facebook.com/pustakasyuhada (Malaysia)

Ulasan oleh: Ibnuyaacob (http://ibnuyaacob.com/)


Pendahuluan
   
Assalamu’alaikum,

Kurnian Allah SWT yang mencukupkan diriku dengan pancaindera anugerah-Nya, moga aku sentiasa bersyukur dan sentiasa tergolong dalam golongan mukmin yang bersyukur dengan pemberian-Nya. Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk dan silap itu adalah dari kelemahan diriku sendiri.

Menurut penerbit, buku ini adalah karya terbaru selepas buku “Dialog Dengan Jin Islam”dan “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda”.

Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah di terbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya.

Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika danVariasari.

Kali ini penulis akan mengulas berkenaan bukunya yang bertajuk SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA? Walaupun isi kandungan ini tidak mengisahkan hal-ehwal Dajjal yang menjadi intipati utama blog ini, namun isi kandungannya terdapat maklumat-maklumat tersembunyi yang pada pandangan penulis merupakan kunci kepada identiti Dajjal.

Di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai peminat tulisan Muhammad Isa Dawud. Sekiranya para pembaca sekelian kurang bersetuju, tidak mengapa. Ianya cuma sekadar perkongsian ilmu penulis yang sedikit ini dalam mentafsir pemikiran orang yang lebih bijak dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal antropologi dan sosiologi.


Persoalan-Persoalan Utama


Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-
  1. Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.
  2. Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
  3. Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
  4. Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
  5. Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
  6. Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
  7. Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
  8. Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
  9. Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
  10. Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak,manuskrip-manuskrip kunoal-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.


Ulasan Mengikut Topik



Kita, Sebelum Membicarakan Mereka (ms 1-36)

Topik ini dimulakan dengan ungkapan berikut

Dilahirkan….letih…kemudian mati
Dilahirkan….kini letih…..dan belum mati…. namun pasti akan mati

Isa Dawud menyatakan bahawa itulah ringkasan hidupnya. Ya, samalah dengan penulis sendiri dan para pembaca sekalian. Memang kita letih bekerja, belajar dan beribadat dan semua itu akan menghala kepada satu matlamat iaitu ‘kematian’.



(Gambar) Anatoli Francis (1844-1924) , Ashley Montagu (1905-1999)

Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernamaZemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.

Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagumengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?

Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.

Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan.

MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Isi-Isi Penting Topik



  • Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi.
  • Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

 

Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Noh (ms 36-52)

Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.





 (Gambar) Ekspedisi mencari bahtera Nuh di Gunung Ararat.

MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.


(Gambar) Gunung Armenia yang dikatakan terdamparnya bahtera Nabi Nuh.

Selain itu, terdapat ekspedisi lain iaitu oleh Gordon Gaskeil, Christian Herald dan George Jefferson Green. Kesemua mereka cuba membenarkan perkara yang palsu.
Seperti biasa, perbahasan tentang Nuh di bawah topik ini terhenti pada mukasurat 46. MID menamatkan perbincangan bahtera Nuh dengan menghuraikan dengan panjang lebar tentang kepalsuan fakta-fakta Taurat. Kemudian perbincangan itu diselitkan secara tidak langsung tentang makhluk-makhluk aneh sebelum kedatangan Adam.

Isi-Isi Penting Topik Ini

  • Hampir kesemua fakta-fakta yang dikemukan oleh pengkaji Yahudi tidak boleh dipercayai terutamanya berkisarkan bahtera Nabi Nuh.
  • MID mendedahkan bahawa kita perlu berhat-hati dalam meneliti setiap ekspedisi yang dilakukan oleh pengkaji barat tentang peninggalan-peninggalan para nabi.
  • Penulis sendiri dengan yakin ingin mengatakan bahawa ekspedisi ini banyak difilemkan khususnya dalam rencana Discovery Channel dan National Geographic.
  • Kesimpulannya, fakta-fakta bahtera Nuh dari kedua-dua siaran (channel) ini tidak semuanya boleh dipercayai.


Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil (ms 53-90)

 

Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :
“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia, yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak menyaksikanpenciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita melihat, belajar dan memahami…”


Isi-Isi Penting


  • Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi.
  • Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10 juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.
  • MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.
  • MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucas dan Injil Mathewdalam membincangkan soal umur manusia tertua.
  • Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.

 

Lima Juta Tahun Sebelum Adam (ms 91-109)

  • Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
  • MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh HerbertBlatsberWilliam MorrowCharles ThomasAshley Montagu dan Alfred Kroeber.
  • Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…
  • MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
  • Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.

 

Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam (ms 117-140)

  • MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
  • Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara Sweeden dan Norway.
  • Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang olehVon Deikin berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
  • Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin. MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari al-Quran.
  • Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.


Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 141-162)

  • Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya di Zimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
  • MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhover yang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
  • Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiranIbnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“. Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
  • Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan An-Nabaa’.
  • MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman.

 

Misteri Di Danau Kematian Dan Api Yang Besar Dan Misteri Terbesar Bersama Setiap Batu Atau Peninggalan (ms 163-184)

  • Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan misteri Gunung Berapi Saint Helen di Montana, Amerika Syarikat.
  • Huraian misteri gunung berapi ini kemudian diakhiri dengan ulasan tentang sejarah penemuan negara Amerika dan asal usul namanya sekali.
  • Kemudian, perbincangan yang panjang-lebar telah ditumpukan pada sejarah kuno negara Australia melalui lagenda-lagenda yang dituturkan oleh suku-suku orang asli di sana seperti Aborigin, Arunta, Warra Munga, Binbinga dan Kamiliol.


(Kiri) Orang asli Aborigin dan (Kanan) Orang Asli Warramunga, dari Australia
  • Perbahasan tentang negara Australia diketengahkan kerana Muhammad Isa Dawud cuba membuka persoalan berkemungkinan bahawa negara Australia yang seperti pulau besar itu adalah bongkahan dari jatuhan serpihan-serpihan planet lain.
  • Muhammad Isa Dawud kemudian membongkar pula bukti-bukti dari lagenda-lagenda di Peru, Amerika Selatan. Perbahasan mengenai Peru tertumpu kepada misteri bentuk-bentuk fizikal tempat-tempat ibadatnya. Bukti-bukti penemuan ahli paleantologi mengenai lembah-lembah di Peru juga dibahaskan dengan panjang.



(Gambar) Kuil kuno di Peru yang berjaya ditemui ahli arkeologi.
  • MID menyimpulkan di akhir topik ini bahawa penemuan-penemuan dan misteri di Montana, Australia dan Peru itu masih belum ada jawapannya.

 

Api Aneh Di Bumi Aneh Tidak Ada Kehidupan Di Bumi Kita Yang Datang Dari Planet Lain (ms 185-212)

  • MID memulakan topik ini dengan mengisahkan dengan panjang lebar berkenaan seseorang yang ‘aneh‘ yang datang ke kota London. Orang aneh tersebut telah bekerja di sebuah ladang yang besar. Sebuah peristiwa aneh telah berlaku di ladang itu dan penjaganya. Perisitiwa itu disaksikan sendiri oleh tuan punya ladang yang kemudiaanya telah dianggap gila orang masyarakat setempat kerana menuturkan tentang ‘daerah makhluk asing’.
  • Perbincangan diteruskan dengan menghuraikan kisah kedua iaitu berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke alam lain di sungai berdekatan rumahnya.
  • Budak perempuan yang bernama Karen itu telah mengalami satu pengalaman mengembara ke alam lain (dimensi kelima) yang tidak disengajakannya.
  • Kanak-kanak itu mengisahkan kepada keluargaya bahawa dia telah melihat suatu peradaban yang lebih maju tetapi hampir musnah.
  • Malah Karen juga berbicara dan berjalan bersama-sama makhluk di alam misteri itu. Namun percakapannya tidak dipercayai kerana ia masih kanak-kanak. Sehinggalah dewasa, budak perempuan itu membukukan kisah misterinya.

 

Tetaplah Mada’in Salleh Sebuah Misteri Dan Tanda Bagi Yang Bertanya (ms 213-242)

  • Topik ini membicarakan dua hujah dari dua orang penulis, yang pertamanya seorang dari Sweeden iaitu F.N. Mubirg dan seorang lagi penulis Muslim iatu Abd Hamid Murdad. Kedua-dua penulis itu membicarakan misteri bagi tempat dan kaum yang sama iaitu kaumTsamud, ‘Ad dan daerah Mada’in Salleh di Semenanjung Arab cumanya berbeza dari segi pendapat dan hipotesis.
  • Pertamanya Muhammad Isa Dawud membentangkan hasil tulisan F.N. Mubirg yang mengambil kisah dari seorang pengembara zaman Viking Kuno. Pengembara itu menceritakan pengalamannya melihat tempat-tempat di kawasan Timur Tengah yang menunjukkan adanya peradaban yang maju dengan bangunan-bangunan yang tinggi.
  • Pengembara itu juga melalui manuskripnya mengisahkan bagaimana nenek moyangnya yang berkerja sebagai perompak telah terdampar di suatu tempat yang agak aneh. Bangunannya dari logam dan mempunyai kapal-kapal yang dapat terbang ke udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
  • Bahagian kedua pula MID membentangkan sebahagian kisah yang dipetik dari buku bertajuk Madain Saleh, Tilka Al’A'jubah karangan Muhammad Abd Hamid Murdad. Penulis buku ini mengisahkan pengalamannya melawat lembah Mu’azam, Gunung Al-Hiwar dan Al-Hijr. Tempat-tempat ini adalah peninggalan peradaban kuno kaum Tsamud yang dilaknat Allah SWT.
  • Muhammad Abd Hami Murdad juga menceritakan legena-lagenda fiksyen yang menjadi pegangan kaum-kaum Badwi yang tinggal di kawasan-kawasan itu. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai mitos yang direka-reka kaum Badwi terutamanya bagi kawasan Wadi Al-Anbiya, Wadi Ar-Rajiim, Gunung Bakrah, Gunung Al-Ibrah, Gunung Al-Muruuj dan Lembah Al-Mazham serta Madain Salleh.
  • Akhir sekali, Muhammad Isa Dawud menyimpulkan bahawa dia sendiri bersetuju dengan penulisan penulis barat dan muslim itu tentang peradaban-peradaban yang wujud di Madain Salleh. Menurutnya lagi, peradaban itu telah pun diberitakan dengan jelasnya dalam kitab yang paling dipercayai iaitu Al-Quran.

Mungkin Ada Penghuni Marikh Tetapi Inilah Kenyataannya (ms 243-257)

  • Topik akhir ini Muhammad Isa Dawud mulakan (seperti topik sebelumnya) dengan ulasan terhadap buku bertajuk Di Tepian Alam Semesta, karangan Carter F. Washington.
  • Buku Carter ini membincangkan penemuan terhadap kerangka-kerangka makhluk kuno yang membuktikan wujudnya kehidupan sebelum turunnya Adam. Dalam perbahasannya, Carter dengan tegas mengatakan huruf-huruf Latin dimulakan oleh makhluk-makhluk ini.
  • Beliau juga dengan yakin menegaskan peradaban di bumi adalah berpunca dari peradaban yang wujud dari planet-planet lain.
  • Seorang ahli astronomi bernama Liwel. Penyelidik ini telah membangunkan teleskop bintangnya sendiri untuk mengkaji keadaan-keadaan di planet Marikh.
  • MID mengakhiri perbahasannya dengan mengetengahkan suatu kesimpulan yang ringkas tetapi menarik dan kukuh (pada pandangan penulis). Kesimpulannya ialah ;
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka. 
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”


Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Direnungkan dan Dibahaskan

  1. Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
  2. Kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion
  3. Persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Qayyim iaitu adakah Adam, Hawa dan Iblis berada bukan di syurga sebenar tetapi syurga dari planet lain yang hampir sama indahnya dengan syurga sebenar.
  4. Malaikat mengetahui telah adanya peradaban yang moden sebelum Adam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…
  5. Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengeja mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Pandangan Penulis

Saya lebih tertarik dengan fakta kelima (5) iaitu  penghijrahan Nabi Musa dan Bani Israel. Selepas membaca kenyataan Muhammad Isa Dawud tentang lagenda itu, tiada lain yang saya fikirkan iaitu adakah sebahagian orang Bani Israel yang melihat gambar-gambar itu di dasar Sungai Nil adalah termasuk Samiri yakni Dajjal (mengikut teori Isa Dawud). Jika Samiri adalah salah eorang individu yang melihat gambar-gambar itu, maka tidak syak lagi bahawa dia kelak akan cuba mendapatkan bantuan jin dalam mencari teknologi-teknologi baru. Kita sedia maklum bahawa Dajjal dikurniakan Allah pemikiran yang pantas dan genius. Maka sudah pasti Samiri (Dajjal) itu mengetahui peradaban itu ialah peradaban bangsa Jin. Ini hanyalah teori sahaja yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Hanya Allah jualah yang mengetahui segala.
Beberapa Kelemahan Yang Dikenalpasti
  • Bahasa yang diterjemah ke Bahasa Malaysia kurang tepat walaupun dilakukan oleh orang Malaysia, masih terdapat beberapa perkataan Indonesia yang tidak diterjemahkan. Ini mungkin menganggu kekusyukan membaca dikalangan pembaca Malaysia.
  • Agak mengecewakan pihak penerbitan Pustaka Syuhada (Malaysia) tidak menterjemah sendiri dari buku asli dalam bahasa Arab. Terjemahan atas terjemahan akan merosakkan beberapa ayat dan cara persembahan asal penulis buku tersebut.
  • Font editing kurang kemas dimana perbezaan huruf tidak dibuat pada sebahagian ayat-ayat al-Quran, hadith dan pandangan penulis buku. Sebaiknya dialog, hadith dan pernyataan penulis di asingkan dalam perenggan (paragraph) lain.
Namun demikian usaha pihak Pustaka Syuhada menerbitkan tulisan Muhammd Isa Dawud amatlah dihargai. Mudah-mudahan pihak penerbit (Pustaka Syuhada) dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini disamping menerbitkan lebih banyak lagi karangan-karangan ilmiah para penulis Arab di lain masa. InsyaAllah

Untuk pembaca Indonesia, Singapura, Malawi, Brunei dan Bangladesh;

(Ulasan di atas adalah berdasarkan buku Muhammad Isa Dawud versi Bahasa Malaysia cetakan tahun 2007. kemungkinan pernyataan dan mukasurat terdapat sedikit perbezaan - Ibnuyaacob)

Respon menarik:

Dalam al-Quran disebutkan bahawa bila Allah mencipta Adam, ada di antara malaikat yang ragu kerana ada makhluk seperti itu telah melakukan kerosakan di bumi. Jadi siapakah makhluk yang diragui oleh malaikat itu? Adakah ianya manusia atau makhluk lain. Ini yang belum jelas.Setakat pembacaan saya, saya belum ketemu jawapan yang memuaskan.Dari al-Quran dan Hadis tidak pula dijumpai maklumat lanjut. Dari penulisan orang Islam dan bukan Islam banyak didapati berbagai bagai teorinya. Kalau dari Evolusionism. lagi banyak teorinya. Dalam ayat lain al-Quran ada menyebutkan bahwa Allah mencipta makhluknya yang kamu tidak tahu - mungkin berada di alam lain, alam ghaib. Kita hidup dalam demensi kita, dan mungkin banyak lagi makhluk hidup dalam demensi masing-masing. bolehkah sesiapa menjelaskannya?. Bagi saya kita harus merasa puas dengan setakat ilmu yang Allah berikan, sebab Allah mencipta manusia untuk menyembahnya full stop, rasanya tidak perlu kita mashgul sangat perkara ghaib tu. Wallahu a'alam