Translate

Tajaan

Ahad, 31 Julai 2011

Tiket kereta api Aidilfitri habis?


PELANGGAN tidak dapat membeli tiket kereta api KTM Antarabandar walaupun mendapat nombor giliran awal di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Julai - Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket kereta api untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri hairan apabila gagal mendapatkannya walaupun mula menunggu sejak awal pagi lagi.

Ada yang sanggup menunggu seawal pukul 7 pagi untuk mendapat nombor giliran paling awal, namun masih gagal untuk mendapatkan tiket kerana dikatakan sudah habis dijual.

Tinjauan Utusan Malaysia di kaunter tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KL Sentral hari ini mendapati, ia mula sesak diserbu orang ramai sejak awal pagi.

Beberapa kaunter turut ditampal notis pemberitahuan kepada orang ramai bahawa tiket khususnya pada 23 hingga 28 Ogos ke beberapa destinasi Pantai Timur sudah habis dijual.

Bagi Azmi Othman, 40, hari ini merupakan kali kedua dia mencuba nasib bagi mendapatkan tiket untuk pulang ke Pasir Mas, Kelantan setelah gagal mendapatkannya semalam.

"Nombor giliran saya adalah 18, namun apabila ke kaunter saya diberitahu tiket sudah habis dijual. Ini membuatkan saya terfikir sama ada perlu menunggu seawal pukul 5 pagi kerana hari ini seawal pukul 7 pagi sudah berada di sini semata-mata untuk membeli tiket.

"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku sebab sebelum datang hari ini saya menghubungi KTMB terlebih dahulu dan diberitahu tiket masih ada. Saya berharap KTMB mengambil tindakan sewajarnya seperti menambah perjalanan atau koc kereta api bagi kemudahan orang ramai sempena musim perayaan ini," jelasnya.

Sharifah Mazwin Syed Mohd. Sallehhuddin, 34, pula tidak berpuas hati dengan layanan penjaga kaunter tiket yang menengkingnya apabila bertanyakan tiket untuk pulang ke Ipoh, Perak.

Katanya, sudah beberapa hari dia berulang-alik ke KL Sental semata-mata untuk membeli tiket kereta api.

"Seawal pukul 7 pagi sebelum waktu kaunter dibuka saya sudah menunggu giliran untuk membeli tiket, namun tidak sampai setengah jam tiket dikatakan sudah habis.

"Apa yang membuatkan saya terkilan ialah apabila saya bertanya selepas itu, penjaga kaunter mengatakan bahawa tiket masih ada dan ini benar-benar menyusahkan orang ramai," katanya.

Gelenggang: Menantu saya Husna telah pergi membuat tempahan untuk ke Pantai Timur di kaunter Kajang sebelum 1 Ogos; katanya hanya dijual pada 1 Ogos baru dijual; lor! takkan belum 1 Ogos sudah habis?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan