Translate

Tajaan

Rabu, 12 Ogos 2015

PULAU BESAR MELAKA YANG SENANTIASA `KERAMAT’


Pelbagai peristiwa ganjil yang berlaku di Pulau Besar sejak lama lagi. Secara kebetulan dan dengan izin Allah, ada yang mendapat jodoh selepas beribadat di sana. Ada yang mendapat anak selepas bernazar. Ada juga kejadian bot karam akibat keceluparan diri sendiri.

Pada penulis, ada 2 kejadian besar yang berlaku kerana ada kaitan dengan `Sumpahan Pulau Besar’ iaitu kemarau teruk dan kerugian besar Pandanusa.

Kemarau melanda Melaka yang dipercayai akibat daripada perobohan makam makam untuk mengelakkan perbuatan kurafat. Mungkin ada makam yang sahih oleh pendakwah Islam yang tersilap telah dirobohkan. Kamarau teruk ini diburukkan dengan kolam teduhan tercemar dan terpaksa di keluarkan air. Bekalan air mentah dan dirawat menurun mendadak.

Pandanusa adalah sebuah resort bertaraf 4 atau 5 bintang suatu masa dahulu. Selain daripada kemudahan penginapan dan lot bangalow, Pandanusa juga mempunyai Padang Golf 18 lubang (tidak pasti jumlah lubangnya). Pandanusia tidak menjual arak tetapi pelanggan tidak dilarang membawa arak dan `girl friend mahupun boyfriend’. Maksiat berlaku di pulau ini. Dipercayai para Wali Allah memohon kepada Allah melindungi Pulau ini dan berlakunya kejadian ganjil.

Pemilik Pandanusa Tan Sri Wan Azmi dari Kelantan, seorang ahli perniagaan yang faham dengan situasi di Pulau Besar. Beliau banyak membelanjakan wang untuk membangunkan Pulau Besar. Pertamanya kos pembelian tanah. Sebahagian besar daripada tanah di Pulau Besar kepunyaan Tan Sri Wan Azmi atau Pandanusa. Beliau secara berfasa membeli feri dan membeli tanah di Anjung Batu membina jeti. Kemudahan ini amat mustahak di dalam perniagaan hotel di pulau.

Malangnya perniagaan Pandanusa tidak menguntungkan. Kerugian terkumpul yang tinggi dicatatkan. Kualiti perkhidmatan penginapan tidak dijaga baik. Kualiti makanan tidak memuaskan sehinggakan Kerajaan Melaka tidak mahu mengadakan seminar atau program di Pulau Besar. Apabila ini berlaku, pelancong tidak datang dan jualan akan merendah. Bisnes lain milik Tan Sri Wan Azmi termasuklah DeBono Industries Sdn Bhd, sebuah pekilang komposit yang beroperasi di Bukit Rambai dan kemudiannya berpindah ke Perindustrian Cheng. Bisnes ini pun mengalami kerugian besar. Begitu juga dengan bisnes Rohas Group yang beribupejabat di Kg Baru.

Secara amnya, Pandanusa gagal menukar Pulau Besar sebagai pusat pelancongan dan sukan golf. Selain daripada halangan `kesilapan manusia’, halangan `keghaiban’ memainkan peranan juga.

Keganjilan yang terkini dan terakhir ialah hasrat `Sultan Melaka’ membuat kenduri kesyukuran sempena pertabalan `Baginda’ sebagai `Sultan Melaka’. Beliau ditangkap di Jeti Anjung Batu lagi sebelum sempat berlepas ke Pulau Besar. Mengadakan kenduri yang dipenuhi dengan bacaan al-Quran amat baik cuma niatnya kurang sempurna iaitu penabalan `Sultan Melaka’ yang palsu.

Penulis harap para pengunjung yang ingin ke Pulau Besar atas urusan melancong atau beribadat di masjid dan surau di sana, diharapkan tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Kita boleh sedekah Al Fatihah kepada para wali Allah tetapi bukan meminta para Wali Allah yang memakbulkan hajat masing masing. Mohonlah pada Allah. Keduanya niatnya juga untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan manusia sejagat.



Catatan 2

Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia.Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Terdapat 2 cara jika anda ingin ke sana. Anda boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. Perjalanan dengan feri adalah berjadual manakala bot laju pula masa perjalanan pergi/balik bergantung kepada pasang surut laut dan masa yang ditetapkan sendiri oleh penumpang.

Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.

Perigi di kaki pulau;

Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Keramat Ular;

Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.

Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Batu Tengorak

Batu ini terletak di kawasan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Istana Bunian

Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

Banyak lagi tempat2 menarik lg kat Pulau besar ni...selain tempat-tempat  yang saya telah  taipkan diatas ni...








Tiada ulasan:

Catat Komen