Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa Surihani sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran berjumlah RM50,000.
“Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai,” komen Lisa Surihani tentang penahanan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial K. Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
RM50 Ribu Wang Lisa Surihani Lesap
Selepas semakan keatas akaun bank dilakukan, didapati terdapat rekod pengeluaran wang sebanyak RM50,000 dari akaun tersebut dikeluarkan di beberapa lokasi dan yang terbaru di Kuantan, Pahang, pada selasa lalu. Berikutan itu, Lisa Surihani dan ibunya tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, pada hari yang sama.
Namun yang menjadi kemuskilannya, macam mana proses penukaran kad boleh dilakukan oleh orang lain ? Bukan ke setiap proses penukaran kad memerlukan bukti seperti kad pengenalan.
- Sabar ye Lisa ! Mungkin pihak polis akan dapat selesaikan kes ini.
RM50,000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani
Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.
Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.
Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.
“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan