Translate

Tajaan

Khamis, 29 Mei 2014

Rogol beramai-ramai, tiga beranak antara 14 ditahan

Seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.
  
"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.
  
"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasir Mas hari ini.
  
Lai berkata seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu  Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.
  
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
  
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
  
Sementara itu, Lai berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.
  
- Bernama

Suami Abby Abadi lafaz cerai dua kali

Mei 29, 2014

Suami Abby Abadi lafaz cerai dua kali
Abby Abadi (kiri) - foto Bernama
 
KUALA LUMPUR: Umum mengetahui pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, memfailkan perceraian terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat, kira-kira pukul 9 pagi hari ini (Khamis).

Berita terkini yang memetik laporan MStar Online, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaluddin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.  - Astro Gempak

Rabu, 28 Mei 2014

16 siswa UMS dibicara, 8 dibuang asrama

Lapan mahasiswa dibuang asrama manakala lapan lagi sedang menghitung nasib selepas terlibat dalam himpunan membantah pengambil alihan premis pelajar di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang dikendalikan pelajar.

Pengerusi kumpulan promahasiswa (Pro-M)universiti itu Jamhuri Mohamad berkata, 16 pelajar itu dibicarakan bawah Kaedah 9(3) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kaedah itu berkaitan menghadiri atau menyertai perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran pihak universiti.

Jika disabitkan bersalah, mahasiswa itu boleh dihukum sama ada berbentuk amaran, didenda tidak melebihi RM200, dilarang berada di kawasan universiti, digantung pengajian atau dipecat

Tidak puas hati dengan prosiding itu, Jamhuri mendakwa, mahasiswa tidak diberi peluang untuk membela diri dan hukuman yang dikenakan “berat sebelah”.

“Pro-M UMSKAL mempertikai tindakan pihak Universiti yang melakukan perbicaraan dan hukuman secara tergesa-gesa.

“(Seramai) 16 orang mahasiswa dibicara dalam masa kurang 5 jam dan 8 daripadanya terus dihukum,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga mendakwa, tarikh perbicaraan juga terlalu hampir dengan tarikh surat pertuduhan dikeluarkan.

Katanya, surat pertuduhan dikeluarkan pada 23 Mei yang mengarahkan perbicaraan pada 26 Mei.

Jamhuri juga berkata, universiti gagal menghormati regulasi Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan kebebasan berhimpun yang dijamin perlembagaan.

Mahasiswa sebelum ini bertegas tidak akan mengosongkan premis itu walaupun sudah diberikan arahan lisan.

Sebuah perhimpunan bantahan turut dilakukan bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan universiti.

Pentadbir universiti sebelum ini menarik balik satu lot premis yang telah enam tahun dikendalikan oleh pelajar bawah Sekretariat Masjid Al Hikmah.

Pengarah UMSKAL Prof Dr Ismail Ali ketika dihubungi  berkata, beliau tidak dapat mengulasnya kerana tidak terlibat dengan tindakan tatatertib yang dikendalikan oleh bahagian perundangan dan tatatertib universiti.

Khamis, 24 April 2014

DELL & pc dugong.

Sesiapa yang mahu lupuskan pc dugong seperti komputer lama (Desktop) sila kontak saya di talian telefon 03 87371884.

Semalam Mila bawa balik kompuetr yang dilelong; DELL. Jauh lebih laju dari pc dugong yang aku gunapakai selama ini... kira hari ini aku bergumbira dapat ketik papan kekunci yang melantun menarik. Selama ini lama juga aku pakai komputer yang UPM lupuskan aku beli dengan harga RM2 sahaja. Seyogia sempat juga aku melayan dunia maya & berkarya.

Si Afiz sibuk nakkan komputer yang dapat dia guna untuk buat kerja menaip di rumah juga dapat tenguk wayang atau DVD. Aku tak sempat nak formatkan ada sekitar dua atau tiga komputer yang sebaya dengan dengan pc dugong yang aku gunapakai. Insya-Allah nanti dia lapang aku nak ajar dia bagaimana nak format komputer juga bagaimana nak jadikan ianya mudah digunakan jika telah diklonkan. Aku sering guna Norton Ghost agar mudah nak memantau komputer terutama bila digigit virus.

Cuma jika nak klonkan PC senang guna OSnya Fat32 bukan NTFS.  Satu kerja pula pc yang Mila bawa ini guna OS yang baru ini NTFS... pulak tu cekera padatnya tidak dibahagi dua (tiada partition). Tunggu window rosaklah nampaknya baru boleh diklonkan komputer ini. Aku tak pasti bagaimana aku pernah klonkan pc yang OSnya NTFS; tak silap aku aku pernah guna perisian Hiren's Boot, untuk klonkan komputer yang gua OSnya NTFS. Sampai kini aku masih tak mahir nak buat Hiren's Boot ini. Ada sesiapa di sini yang pakar guna Hiren's Boot ?.

Selasa, 1 April 2014

Gamat

Gamat atau nama saintifiknya holothurian stichopuc sp1 adalah hidupan marin yang telah digunakan oleh orang melayu sejak zaman dahulu. Gamat antara kehidupan marin yang diketahui berupaya mengubati dan mempertahankan dirinya secara biologi. 

Mengikut sejarah, gamat telah digunakan oleh wanita-wanita sebagai ubat selepas bersalin dan pembedahan, mengubati luka, ulser, sakit dada, kudis, radang paru-paru, serta lelah. Bagaimanapun kaji seledik yang dijalankan oleh pakar saintis menunjukkan gamat juga boleh digunakan sebagai ubat pelalian dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Penggunaan gamat sebagai ubat pelalian lebih berkesan berbanding ubat yang berasaskan kimia dan dadah.

Kini Gamat juga digunakan sebagai anti pembekuan darah untuk menyembuhkan penyakit kardiovaskular dan mempertingkatkan tenaga dalam badan. Gamat kaya dengan protein, kologen dan serabut elastin. Gamat juga mengandungi logam-logam yang diperlukan oleh badan untuk mempertingkatkan metabolisma seperti kuprum, kobalt, magnesium fosforus dan iodin. 

Hasil Kajian
Ujian telah dijalankan oleh satu pasukan doktor dari sebuah pusat pengajian tinggi universiti tempatan. 3 ekor tikus putih yang telah dilukakan dan disapu dengan iodin manakala 3 ekor lagi juga dilukakan tetapi disapu dengan ekstrak Gamat

Hasilnya mendapati 3 ekor yang disapukan dengan ekstrak Gamat sembuh dalam masa 5 hari manakala 3 ekor tikus yang disapukan dengan iodin sembuh dalam masa 11 hari. Hasil dari ujian ini membuktikan Gamat mempunyai antibiotik serta daya mengubat penyakit luka dengan lebih pantas.

Sabtu, 1 Mac 2014

Alat Kelamin Gatal Sejak Hidap Diabetis

SOALAN:
Saya ibu tiga anak yang menghidap kencing manis. Sejak menghidap penyakit berkenaan, kemaluan saya sering mengeluarkan sejenis cecair yang membuatkannya gatal dan melekit.

Saya sering menggaru kemaluan kerana ia terlalu gatal. Sejak itu, saya juga tidak selesa dan tidur sering terganggu. Apakah yang harus saya lakukan?

Fara,
Selangor


JAWAPAN:
Pesakit kencing manis (diabetes mellitus) perlu memastikan paras gula di dalam darah berada pada tahap terkawal. Paras gula berlebihan ini boleh mendedahkan risiko jangkitan berulang, jangkitan yang lazimnya didapati adalah jangkitan kulit dan faraj.

Dalam erti kata lain, lelehan faraj yang anda alami berulang kali mungkin satu petanda penyakit kencing manis anda tidak berada dalam paras kawalan yang baik.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti jenis kuman penyebab jangkitan itu serta ubat yang bersesuaian. Lazimnya, pemeriksaan dalaman menggunakan spekulum akan dilakukan untuk mengambil sampel lelehan dan dilakukan ujian kultur di makmal ini mengambil masa beberapa hari.

Buat sementara itu, doktor lazimnya memberikan ubat yang bersesuaian mengikut pengamatan ke atas lelehan terbabit. Jika kemudian didapati ubat ini tidak bersesuaian dengan keputusan makmal kelak, ia akan diganti dengan ubat lain.

Ujian ini kemudian boleh diulang untuk memastikan ia sudah dirawat sepenuhnya.

Di samping itu, ujian berkaitan kawalan penyakit kencing manis juga boleh dilakukan.

Ini termasuk ujian paras glukosa dalam darah pada hari terbabit serta ujian darah fruktosamin dan ujian darah HbA1c sebagai pengukur kawalan penyakit anda dalam tempoh kebelakangan ini (beberapa minggu hingga beberapa bulan sebelumnya).

Keperluan dos ubatan anda juga boleh dinilai semula.

Ahad, 2 Februari 2014

Keluar Darah Beku Ketika Buang Air Kecil

SOALAN:
Saya cberusia 29 tahun dan sudah berkahwin selama tujuh tahun tetapi masih belum dikurniakan anak. Masalahnya, kitaran haid saya tidak menentu serta mempunyai masalah kencing manis dan kegatalan pada alat sulit.

Ada kalanya, keluar darah beku bila saya buang air kecil. Adakah ia dianggap darah haid?

Semasa kecil, saya tidak mendapat suntikan mencukupi. Adakah ia punca masalah saya kini? Adakah saya berpeluang untuk hamil?

Mai,
Bandar Baru Ampang, Selangor


JAWAPAN:
Penyakit kencing manis anda perlu diberikan tumpuan terlebih dulu. Lazimnya wanita yang mempunyai kencing manis tidak mempunyai masalah untuk hamil tetapi berisiko untuk mengalami keguguran dan kecacatan janin.

Tidak mustahil jika sebenarnya anda pernah mengalami keguguran awal yang disangka sebagai haid lewat. Berkemungkinan juga anda mempunyai masalah lain yang menyebabkan kesukaran hamil. Ini perlu diperiksa.

Kegatalan alat sulit dan darah selepas membuang air kencing adalah petanda jangkitan faraj serta jangkitan air kencing. Ia bukan saja perlu disahkan melalui ujian mudah secara mengambil sampel lelehan faraj dan air kencing, ia juga perlu dirawat.

Malah, jangkitan berulang adalah satu petanda keadaan kencing manis yang masih belum terkawal sebaiknya.

Anda dinasihatkan berjumpa pakar perubatan endokrinologi untuk menilai status penyakit kencing manis anda. Rawatan perlu diteruskan sama ada dari segi ubat-ubatan atau corak pemakanan.

Pemeriksaan dan ujian awal berkaitan kesuburan juga boleh dilakukan sekarang, seelok-eloknya oleh pakar sakit puan am. Setelah ia terkawal, barulah anda boleh memulakan kehamilan.

Suntikan pelalian yang diberikan sewaktu kecil bertujuan melindungi kita daripada penyakit berjangkit seperti batuk kering (tuberkulosis atau TB) dan seumpamanya.

Sebagai makluman, sebahagian penyakit ini (jika dijangkiti) boleh juga mengganggu sistem peranakan wanita misalnya TB pelvis boleh merosakkan ruang rahim dan pelvis.