Translate

Tajaan

Ahad, 9 Jun 2013

Wajah manusia dalam 100,000 tahun?


9 Jun 2013
Wajah manusia dalam 100,000 tahun?
Wajah manusia seperti digambarkan oleh saintis.
DAHI besar, muka leper dan mata bundar begitulah ramalan saintis tentang raut wajah manusia 100,000 tahun akan datang.

Penyelidik Nickolay Lamm dan Pakar Genomik dari Universiti Washington, Amerika Syarikat Dr Alan Kwan berpendapat, otak manusia pada hari ini bersaiz tiga kali ganda besar, lebih berat dan tengkorak juga lebih mengembang berbanding zaman primitif.

Menurutnya, melalui kemajuan genetik, evolusi masa depan boleh dikawal mengikut kesesuaian biologi bagi memenuhi kehendak mereka.

“Perubahan ini berlaku kerana manusia kini boleh memilih raut wajah di peringkat awal kehamilan mengikut cita rasa sejajar keperluan persekitaran,” katanya dipetik dari MailOnline.

Dr Kwan percaya, pembesaran saiz mata disebabkan peningkatan penggunaan sistem solar berbanding matahari.

“Mata juga akan melalui perubahan di mana ianya lebih bersinar kerana penerimaan cahaya rendah manakala kulit akan menjadi lebih berpigmen untuk membantu mengurangkan kerosakan sinaran matahari,” katanya.

Latifah Omar meninggal dunia

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
9 Jun 2013

Latifah Omar
SENIWATI Latifah Omar dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), petang tadi.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM setelah menjalani pembedahan akibat penyakit ulser.

Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital.

Shahidan 'belasah' FAM

KUALA LUMPUR - ''Saya akan lepaskan dan kena melepaskannya.''

Demikian ujar Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) berhubung kesediaannya untuk melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bagi membolehkan jawatan itu dipegang Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Namun, alang-alang digantung 30 bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan mengkritik badan induk itu, Shahidan tidak sesekali gentar untuk terus 'menghamburkan' rasa marahnya terhadap FAM.

''Saya kena lepaskan (jawatan Presiden PFA) tetapi saya cuma marah kepada FAM. Mereka 'buang' saya, gantung saya tetapi tiada seorang pun pihak dalam FAM bertanya khabar PFA.
''Tahukah mereka, PFA tiada siapa pegang jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Ia satu badan yang tiada orang nak tolong bayar gaji. Saya sendiri terpaksa keluar duit poket nak bayar gaji (PFA),'' tegasnya.

Ujar Shahidan, FAM selaku badan yang kaya seharusnya membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.

''Saya nak minta FAM tolonglah PFA. Kalau dahulu tak boleh kena tegur, sekarang saya nak tegur. Perlis (PFA) kena teruk dan miskin tidak bergaji, bantulah.

''Kepada Menteri Besar Perlis (Azlan), mahu atau tidak, beliau kena pegang jawatan Presiden PFA,'' katanya.

Selain digantung 30 bulan, Shahidan turut didenda RM39,000 menyebabkan bekas Menteri Besar Perlis yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

Atas dasar itu, Ahli Majlis PFA dikatakan sudah sebulat suara bersetuju untuk melantik Azlan sebagai presiden yang baharu dalam Mesyuarat Agung PFA yang bakal diadakan 16 Jun ini.
Dalam pada itu, Shahidan turut menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Kabbadi Malaysia dan Persatuan Petanque Malaysia.

Bagaimanapun beliau meminta 'jasa baik' Kementerian Belia dan Sukan supaya dikekalkan untuk menerajui Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

''Kalau boleh, saya nak kekal dalam renang (ASUM) sebab sukan ini boleh dimajukan ke peringkat lebih tinggi,'' katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 8 Jun 2013

Hafizh dapat wildcard lagi

 ARKIB : 08/06/2013

KUALA LUMPUR - Pelumba remaja negara, Hafizh Syahrin Abdullah menerima khabar gembira apabila bakal beraksi lagi pada Grand Prix Motosikal Dunia selepas diberi wildcard untuk berlumba dalam kelas Moto2 di Litar Catalunya, Sepanyol, 14-16 Jun ini.

Selepas menduduki tangga ke-22 pada penampilan pertamanya dalam perlumbaan di luar negara di Le Mans bulan lalu, pelumba berusia 19 tahun itu berpeluang menunjukkan bakat sebenar apabila turun ke litar sekali lagi pada pusingan keenam kejuaraan motosikal dunia.
Pemilihan pelumba Petronas Raceline Malaysia itu untuk menerima tiket wildcard di Catalunya keputusan yang agak mengejutkan memandangkan permintaan tinggi daripada pelumba-pelumba tempatan sendiri yang sentiasa mengisi tiket wildcard di Sepanyol.
"Saya sememangnya menantikan cabaran ini.

"Barcelona sudah dianggap seperti rumah kedua saya, manakala Litar Catalunya pula seperti litar halaman sendiri yang kedua untuk saya.

"Jika di Le Mans kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan litar, di Catalunya pula situasinya agak berbeza kerana pasukan kami sememangnya berlatih di sini," kata Hafizh.

"Apa yang lebih penting ialah kami sudah mempunyai data yang cukup berkaitan litar ini.
"Dengan segala maklumat sedia ada, saya percaya kami dapat melakukan persiapan secukupnya menjelang hari perlumbaan sebenar nanti," kata Hafizh yang cukup teruja untuk membuat penampilan di Catalunya.

Pada aksi wildcard pertama musim 2013 di Le Mans, Hafizh mempamer semangat juang tinggi dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 sekalipun jentera Kalex yang digunakannya mengalami masalah klac patah setelah terjatuh pada pusingan pertama perlumbaan.

"Saya tidak begitu bernasib baik di Le Mans kerana terjatuh apabila cuba mengelak daripada terlanggar kelompok pelumba hadapan yang terjatuh, namun ia memberi pengalaman berguna kepada saya.

"Di Catalunya, kami masih realistik dengan mengekalkan sasaran untuk saya sekurang-kurangnya dapat mengutip mata kejuaraan," rumus Hafizh.

Malah Hafizh juga dikhabarkan menerima wildcard untuk beraksi dalam perlumbaan Moto2 di Grand Prix Malaysia, Oktober ini selepas mempamer aksi di Litar Sepang, tahun lalu.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 7 Jun 2013

Misteri di sebalik Israk, Mikraj

IBRAHIM ABDULLAH
7 Jun 2013
ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke  Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengalami pembedahan dada dan perut oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan Buraq untuk ditunggangi Nabi dalam perjalanan misteri yang dinamakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan.

Dalam perjalanan itu Nabi SAW menghadapi gangguan jin Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib dan menakjubkan. Antara lain ialah:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buahnya) yang baharu keluar semula. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan.

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan pula. Jibril memberitahu Nabi SAW: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Sekumpulan kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami mereka.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

Setibanya Nabi SAW di Masjidil Aqsa, Nabi turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum.

Nabi SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Nabi memilih susu lalu meminumnya. Kata Jibril : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.

Sewaktu Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus menemui ALLAH), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzah).

Langit pertama, Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam as. Langit kedua, berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya as. Langit ketiga, berjumpa Nabi Yusuf as. Langit keempat, berjumpa Nabi Idris as. Langit kelima, berjumpa Nabi Harun as. Langit keenam, berjumpa Nabi Musa as. Langit ketujuh, berjumpa Nabi Ibrahim as. Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib, Nabi SAW dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan sembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).

Tangga kelapan, di sini disebut “Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Nabi SAW masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat penunggunya.

Tangga kesembilan, Nabi SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustwa dan Sharirul Aqlam, lalu melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga ke-10, Nabi SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab, lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala lalu bersujud. Kemudiannya ALLAH memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu.

Khamis, 6 Jun 2013

FAM nafi harga tiket final Piala FA RM45

KUALA LUMPUR - Bukan RM45 tetapi RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Itu penjelasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai dakwaan bahawa harga tiket perlawanan akhir Piala FA melibatkan Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 29 Jun ini dinaikkan sebanyak RM5.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) menegaskan, pihaknya tidak menaikkan harga tiket perlawanan akhir seperti yang digembar-gembur sejak kebelakangan ini sehingga menjadi topik hangat dalam rangkaian media sosial.

"FAM tidak pernah membuat sebarang kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala FA kepada RM45 seperti yang disebarkan di dalam laman sosial. Harga tiket RM40 untuk perlawanan akhir Piala FA telah ditetapkan hasil perbincangan pada awal musim 2012," katanya

Jelasnya, beliau tidak tahu punca tersebar berita kononnya harga tiket Piala FA yang dikatakan mencecah RM45 dan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

"Sejak awal musim 2012, FAM telah memutuskan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala FA adalah RM40 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

"Harga tiket perlawanan akhir Kelantan-Johor DT pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kononnya bernilai RM45 adalah tidak benar.

"FAM berharap peminat tidak tertipu dengan sebarang laporan tidak rasmi ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan tidak benar di laman sosial dan blog bahawa tiket perlawanan akhir Piala FA 2013 mencecah RM45, yang menimbul rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.
"Dakwaan tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej FAM yang mungkin dituduh mahu mengaut keuntungan. Sedangkan harga tiket final masih lagi seperti edisi sebelum ini iaitu RM40.

"Saya berharap peminat bola sepak tempatan tidak terburu-buru membuat sebarang spekulasi tanpa pengumuman rasmi yang dibuat oleh FAM.," katanya

© Utusan Melayu (M) Bhd

Gelengg@ng:
Bagi orang biasa RM40 sudah cukup mahal kecuali ada sponsor yang kasi tiket murah atau bantuan kepada penyokong.  Parkir di sana juga mahal; sukar nak dapat masuk parkir di stadium kecuali datang awal pagi atau tengah hari. Lewat petang jangan harap boleh masuk parkir.

Rabu, 5 Jun 2013

Kenyataan Khairy berat sebelah, tidak membina - Tengku Abdul Rahman

 ARKIB : 05/06/2013

KUANTAN 5 Mei - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terkilan dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang pada perlawanan ulangan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim.

Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan seumpama itu tidak seharusnya keluar daripada seorang menteri kerana selain berat sebelah dan tidak membina, ia juga boleh menjatuhkan semangat peminat bola sepak di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd