Translate

Tajaan

Isnin, 26 November 2012

Makan Malam di Palm Garden Hotel IOI Resort


http://www.kl-hotels.com/putrapg/photos.htm

MAHA tengah bermula sampai Ahad ini; jalan sesak giler dari Puchong ke Kajang tek dapat bergerak. Aku & Azim lancar; jangkaan aku dari rumah sekitar setengah jam akan sampai ke Palm Garden Hotel IOI Resort TEPAT seperti dirancang. Dari rumah sasaran aku jam 6:15 petang sebab nak bersiar-siar sekitar hotel/resort dan sembahyang Maghrib di surau hotel.

2. Aku mendapat undangan dari Hoo, tauke syarikat pembekal yang dulunya adalah bekas pelajar Fak Kejut. Pak Wahid rakan karibku adalah teraju utama@ Pengurus Besar syarikat ini. Aku pernah mendapat tawaran yang sama daripada rakan karibku Poi yang kini telah menjadi jutawan. Poi juga punyai syarikat pembekal & kita dia menjadi Ahli Majlis sebuah kota besar dalam poltik di Selangor.

3. Hujan amat lebat sejak dari Jenaris; Mila menolak undangan sebab Sime Darby buat hal lagi memindahkan ofisnya nun jauh belakang Lapangan Terbang Subang; Agak aku tak jauh dari tempat Altantuya dibunuh. Siang-siang pun kataanya ada hantu berkiaran. Nah bila aku tenguk kereka tak bergerak berbaris berkilo-kilo meter; pasti Mida yang numpang rakannya pergi kerja terperangkap dalam kesesakan/jem. Bertembung pula orang balik dari MAHA ikut jalan blakang.

4. Aku dismbut oleh Dr Aumrun (ejaan sebenar tak pasti; tapi sebutan Melayu Amran) berasal dari Siam yang dulu aku amat rapat siang dan malam dengan dia. Banyak kenangan rahsia dengan dia ketika kami berjaga malam sampai dinihari. Khabar terbaru dia telah pun dilantik menjadi pensyarah kontrak di Fak Kejut UPM. Hatta terungkitlah kisa lama & baru antara kami.

5. Azim nampak gelisah sebab dia tak dapat masuk/nyampuk berbual dengan kisah lama ayahnya; antara lain siapa mahu melancong ke Siam jangan tak kontak aku & Dr Aumrun kami ada pekej pelancong yang menarik sebab rakannya memang ada kompeni pelancongan di Siam sana. (Siam sekarang orang sebut Thailand). Lagi pun Dr Aumrun ni pakai mengalahkan VVIP siap kot pelbgai sebab tu Azim rasa kekok kut. Jika dengan Penyair Sejati si Fairus tu Azim asyik memuji dia; baik amatlah mesra amatlah asyi memihat si Fairus kalau ayahnya kata payah si Fairus ni asyik terikat dengan bini; nak ajak tenguk filem hindustan pun tak mahu.

6. Tak sangka Dr Aumrun ni dah punyai dua cahaya mata. Dia adalah antara pelajar luar negara yang amat lama siapkan PhDnya. bayangkan tujuh tahun baru siap. Hebat. Sebermula dari buat master & terus sambung PhD memang jangan nak kelentong bab Kejuruteraan Pertanian dengan beliau. Penyelidikannya selain padi ada pelbagai lagi yang tak terjangkau aku kepakaran sahabatku ini. Ada beberapa lagi rakan pelajar master & PhD yang aku temui di resort ini; rakan dalam & luar negara. Antaranya Dr Darius dari Acheh. ramai pensyarah muda yang aku cam muka tak tahu nama.

- bersambung nak ke MAHA; moh jumpa di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan