Jika boleh satu bumi ini aku nak tanam Pokok Kaduk (Piper Sarmentosum)
sebab pucuknya sedap untuk buat ulam. Daunnya macam sirih hijau
berkilat.
Ada beberapa kali aku tanam di halaman rumah tapi mungkin tak sesuai
lalu mati. Beberapa bulan dulu aku lalu di Kubur Mona Fendi yang kerat
orang itu &; ternampak ada banyak pokok kaduk yang segar. Aku
berhenti terfikir nak cabut anaknya untuk cuba tanam di halaman rumah.
Memang ada terdengar SERU seseorang menyakatku sebab biasalah kubur ini
suka enakutkan orang. Dah memang ramai banduan hebat dikebumikan di
kubur termasuk pengikut Mona Fendi.
Tak sangka pula ianya subur & ; kini aku boleh berulam pucuk
kaduk
jika rasa nak makan berulam.
Aku berhajat nak tanam sekitar Jenaris agar
ianya membiak bebas & siapa jua boleh berulam dengan kaduk jika
ke
Jenaris.
Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan
di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita. Mungkin juga
ada di antara anda tahu sebenarnya pokok kaduk ni fungsinya bukan
setakat hiasan semata-mata. Lebih-lebih lagi daunnya, kan?
Pokok Kaduk
Selain pucuknya yang sering dibuat ulam untut awet muda dan daunnya
sebagai penyedap masak lemak, khasiat lain yang boleh anda manfaatkan
terhadapnya adalah merawat;
- sembelit
- sakit gigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang
Langkah-langkah merawatnya:
1. Ambil sebatang pokok kaduk termasuklah bahagian akarnya.
2. Bersihkan keseluruhan pokok kaduk tadi.
3. Rebuslah pokok kaduk sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, biarkan air rebusan tadi hingga suam.
5. Tuangkan air rebusan yang telah suam ke dalam gelas dan minumlah perlahan-lahan.
Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk
dan panau pun boleh dirawati. Cuma caranya yang berbeza sikit
Cacing Dalam Perut
1. Ambil beberapa helai daun kaduk yang masih segar.
2. Ramas-ramaskan daun tersebut.
3. Kemudian, campurkan kesemua daun kaduk yang telah diramas dengan kira-kira sebaldi air.
4. Akhir sekali, siramkan air tersebut ke seluruh badan anda.
Batuk
1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
2. Kisar daun kaduk tadi hingga halus dengan mencampurkan sedikit air.
3. Akhir sekali, sapukanlah pada bahagian leher anda.
Panau
1. Ambil beberapa helai daun kaduk.
2. Tumbukkan ia sampai lumat.
3. Kemudian, sapukanlah pada kawasan tubuh badan anda yang mengalami panau.
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan