Translate

Tajaan

Rabu, 29 April 2009

Pementasan Teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan'

Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Selepas kejayaan mengadakan persembahan di Kelantan sempena Majlis Santapan Diraja dan pementasan terbuka di Dewan Pementasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kota Bharu pada Mac lalu, Kumpulan Teater Elit dan Seniman Paksi Rakyat meneruskan pementasan teater Menunggu Kata Dari Tuhan di Lembah Klang.

Teater karya Dinsman yang diadaptasi daripada hadis riwayat Bukhari dan Muslim itu akan dipentaskan di Auditorium Muzim Negeri Selangor, Shah Alam pada jam 9 malam ini sehingga 3 Mei ini.

Pementasan teater yang dianjurkan kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kebajikan menampilkan pelakon terkenal tanah air, Sabri Yunus yang memegang peranan sebagai Ka'ab Malik diiringi penggesek biola, Sani Sudin

Menurut Dinsman, sewaktu dihubungi, Menunggu Kata Dari Tuhan yang dipentaskan selama 45 minit itu, mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Ka'ab Malik tidak dapat memberi alasan yang kukuh apabila tidak dapat turut serta dalam peperangan Tabuk.

Rasulullah ketika itu mengetuai peperangan Tabuk menentang Rom. Ketika zaman Rasulullah semua individu perlu berperang. Begitupun ada segelintir daripadanya enggan berperang dan bertemu Rasulullah untuk memohon maaf dan menyatakan alasan masing-masing kerana tidak mahu terbabit dalam peperangan.

Ka'ab berdepan dilema apabila tidak mempunyai alasan yang kukuh terbabit dalam perang itu. Ka'ab kemudian meminta petunjuk daripada Allah supaya memberinya jalan untuk mengatasi dilema yang menghantuinya itu. Pelbagai dugaan dan ujian dilalui Ka'ab sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, menurut Dinsman lagi, gesekan biola oleh Sani Sudin akan mengiringi lakonan Sabri Yunus menyampaikan sebuah hadis mengenai permasalahan Ka'ab bin Malik kerana tidak ikut berperang bersama Rasulullah, dan ujian yang dilaluinya selama 50 hari 'menunggu kata dari Tuhan'akibat dia membuat pengakuan ikhlas kepada Rasulullah.

Malah menurut Dinsman, dengan harga tiket RM10, penonton bukan hanya dapat menghayati kisah Nabi, sebaliknya turut menerima senaskhah buku yang memaparkan sinopsis serta dialog dalam teater terbabit. Maklumat lanjut mengenai pementasan tersebut boleh dihubungi di 013-6362408 atau 019-3858757.

Dalam perkembangan berkaitan, Dinsman juga berbesar hati kerana Menunggu Kata Dari Tuhan turut mendapat perhatian untuk dipentaskan di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Jelas Dinsman, pementasan teater tersebut di Masjid Batu pada 30 Mei nanti dianggap satu kejayaan dalam seni teater walaupun sebelum ini beliau pernah Sasterawan Negara, Dato' A.Samad Said membaca puisi dalam masjid tersebut sempena forum PPSMI.

"Menariknya teater dalam Masjid Batu ini kerana pihak masjid menganggapnya sebgai suatu pendekatan baru dalam pengajian hadis. Ia bukannya sebagai satu aktiviti seni atau teater yang biasa, tetapi satu majlis ilmu yang dibuat dalam bentuk seni teater.

"Sebaik sahaja selesai persembahan teater, ia akan diteruskan dengan suatu majlis perbincangan mengenai hadis berkenaan,"katanya dengan penuh harapan agar teater seperti ini akan mendapat tempat di hati masyarakat. - azm _



Khamis, 2 April 2009

Hilangkan Bau Hanyir Ayam

Daging ayam yang di simpan lama akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Kesegarannya juga akan berkurangan. Cara untuk menghilangkan baunya ialah :
  1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
  2. Gaulkan ayam itu dengan sedikit tepung gandum. Perapkan seketika.
  3. Kemudian bersihkan ayam itu dengan air. Lemaknya akan keluar dan bau hanyirnya akan tiada lagi.

(2)Hiriskan dua ulas bawang putih. Sewaktu menggoreng ayam, masukkan bawang putih tadi.

Daki Badan yang Degil (Petua)

Hilangkan Daki Di Badan

  • Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
  • Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.