Translate

Tajaan

Khamis, 23 Mei 2013

KERETA MAHAL kerajaan perlu segera turunkan harga.

23 May 2013, 09:56 PM

1. Hanya bertahan sekitar 7 tahun sahaja gear auto Avanza kami... akhirnya meragam kini... perlu ingat betul-betul jangan lebih dari 20,000km atau setahun (mana satu yang lebih awal) mesti tukar minyak gear auto ini; Kes Avanza milik keluarga kami dirujuk:

i. Sy tak pasti bila perlu ditukar sebab pihak Toyota tak kasi tahu atau letak sticker ingatan buat kami; Apatah lagi jika yang punya Avanza ini adalah seorang isteri yang hanya KOSONG pengetahuan tentang masalah teknikal sebuah kereta. Sedangkan sejak beli kami tak pernah tukar minyak gear auto di luar sentiasa di Pusat Servis Toyota Balakong Selangor... nak jadi kes. Kegagalan pihak Pusat Servis Toyota memantau perkara ini secara bersungguh-sungguh berlakulah jangka hayatnya terhenti. Kos untuk menukar baru gear auto kereta Avanza 1.3 ini amat MAHAL sampaikan RM20K.

ii. Bila SUDAH hampir tak berfungsi; meragam sy beli minyak gear auto keluaran Toyota buatan Japan... pertama kali tukar dengan pomen sendiri bukan Pusar Servis Toyota. Mak Datok  keadaaan minyak teramat kotor seperti telah bertahun-tahun tidak ditukar. Sy memang percaya dengan khidmat Pusat Servis Toyota di Balakong di mana isteri sy yang sentiasa menghantar di sana. Tapi melihat kedaaan minyak sebegini nampak sangat ada sikap tak prihatin pihak Toyota dalam memantau kesempurnaan Avanza 1.3 kami.

ii. Di label tin minyak yang sy beli; Siap tertulis Type T-IV hanya untuk kenderaan Toyota; sy baru pakai sehari kebarangkalian masih tak stabil (atau memang mekanikal di dalam gear auto telah bermasalah) ; kami terpaksa berkejar ke Balakong sebab kenderaan Toyota menggunakan sensor elekronik dengan komputer yang canggih tak selasai di buat di luar tanpa alat radas komputer.  Apa yang berlaku si Andy Lau Pit Then: Service Advisor berbincang dengan isteri saya; katanya minyak yang kami guna tak sesuai ... kononnya yang sesuai hanya DX3 milik mereka tiada tin seperti sy beli (kod spare part sama 08886 dengan minyak T-IV)  Pihak Toyota buang minyak yang sy beli (sekitar RM100) baru pakai sehari tanpa izin isteri sy. Sikap TAMAK dan tidak mahu memberikan peluang pihak lain mencari rezeki dengan kenderaan Toyota ini bagi saya adalah sikap peniaga RASIS; samseng, tak bertemadun atau BACUL. kenapa sy kata begini sila rujuk perkara di 5 (lima).

ii. Pemilik Toyota TIDAK BOLEH menukar minyak gear auto yang remeh sebegini di luar pusat servis Toyota. Bagi sy cara begini memang tiada tolak ansur dan berbudi bicara. Sebaiknya bertanya dahulu dengan empunya kereta bukan main buang sahaja; takkan tak perasan minyak tersebut baru sehari diguna perlu dibuang ikut suka hati; (Minyak baru masih cantik warna sirap) yang lagi sedih minyak tersebut memang keluaran Toyota buatan Japan. Ingat beli minyak tersebut dengan duit kulit kerangkah?. Isteri sy memang telah memberi tahu minyak tersebut baru sehari dipakai; ada tin berbaki sekitar satu liter di dalam Avanza kami.

2. Sikap tak beretika dengan pelanggan wanita sebegini oleh mereka di Pusat Servis Toyota Balakong pastinya akan membuat pengguna kenderaan Toyota menyampah untuk berurusan dengan Pusat Servis Toyota. Kecuali kereta Toyota milik syarikat yang boleh buat penolakan Cukai Pendapatan Syarikat yang merugikan kerajaan tentunya. Semua orang tahu Pusat Servis Toyota menggenakan bayaran servis amat mahal; bayang Long Life coolant RM29.90 sebotol; perlu ditukar 3 botol tiap kali buat servis di pusat servis mereka; tanpa berunding dengan pelanggan untuk coolant ini; main taruh saja.  Pengguna kereta Toyota perlu berbelanja RM73.83 untuk coolant sahaja. Jika tidak pasti enjin Toyota akan berasap terbakar. Bagi sy ini bisnes menganiaya pihak perempuan yang buta bab senggara kereta. Isteri sy manalah tahu bab coolant ini. Jika sy berurusan dengan Toyota memang sy tolak coolant harga orang kaya ini. Hebat sangatkah coolant yang pihat Toyota bekalkan. Ada banyak lagi barangan alat ganti lain jika sy semak amat meragukan harganya.

hahaha Masalah masih tidak berubah biarpun ditukar dengan dengan minyak gear auto DX3 yang konon minyak PALING sesuai untuk Avanza 1.3 kami. Ada ketika sangkut di gear rendah masih mengaum. (kami telah berbelanja dalam tempoh dua hari sekitar RM200 untuk minyak gear auto sahaja) Katanya gerigi di dalam gear auto sudah makan. Pengguna perlukan RM20K untuk membeli gear auto yang baru di Pusat Servis Toyota seantero negara. Tiada pilihan lain. Nahas.

3. Adakah kita tahu apa ke bendanya minyak gear auto Toyota Type T-VI yang ditawarkan penjual alat ganti. Benarkah minyak ini konon kata Pusat Servis Toyota hanya sesuai untuk Vios dan kereta jenis lain tak sesuai untuk Avanza; sedangkan di tin yang saya beli sesuai semua gear auto semua kereta Toyota. Kod alat ganti pun sama 08886 di tin minyak gear auto sy beli pun di resit invoice pihak Toyota bekalkan 08886DX3 yang isteri sy perlu bayar. Jika benarlah telahan silap sy beli minyak gear auto ini seharusnya pihak jurujual juga pengeluaran minyak gear auto perlu menulis jenama/jenis Toyota di tin mereka agar pengguna tidak tertipu. Tulis di resit invoice 4 liters mana lagi sekitar 1 liters yang harganya sekitar RM20 seliter. Sy beli tin 4 liters jika taruh dalam gear auto; pasti melimpah atau gilerrr namanya. Hanya sekitar 3 liters sahaja perlu diisi terbukti di batang skala.

4. Sy temui URL Toyota Avanza di Indonesia juga blog tempatan kebanyakan pomen tempatan mengguna Type T-VI keluaran Toyota untuk minyak gear auto Avanza seperti saya beli. Perlu diketahui kebanyakan barangan gantian di Toyota Balakong Selangor buatan Thailand. Kilang barangan gantian Toyota kini dibuka di Thailand bukan di negara Malaysia. Dalam masa yang sama jika kita membeli alat gantian di kedai pasar terbuka; masih terdapat barangan tulen/ori dari Japan tapi agak mahal.

Barangan dari Thailand yang pihak Toyota bekalkan bukan saya nak komdem tetapi musibahnya Avanza kami jangan termasuk lubang sikit. Pasti berdengunglah tayar kereta kami. Tak seperti bearing asal kami beli; bertahun-tahun lamanya ianya masih hebat. Ini berlaku banyak kali terkadang setahun sampai dua tiga kali terpaksa tukar. Hatta kos yang mahal sy tukar sendiri di pomen luar bukan Pusat Servis Toyota; hampir separuh kali ganda murahnya. Malahan sy ADA banyak pilihan nak pilih buatan Thailand atau Japan atau bersepah barangan buat Taiwan atau Balakong mari... di pasaran terbuka.

Takutnya minyak gear auto ini pun buatan Thailand. (Bukan menuduh)

5. Perkara yang seakan sama berlaku sekitar tahun lalu di mana bateri yang baru kami dipakai sehari senang-senang ditukar dengan bateri baru oleh mekanik di Pusar Servis Toyota Balakong ini. Tak pernah tenguk jenama bateri macam itu. Maklumlah mereka berurusan dengan isteri saya yang kosong masalah bateri. Terima saja cadangan mereka. Macam bateri itu tak ada gerenti. Bayangkan jika kereta Toyota anda sangkut jauh di kampung halaman; takkan nak bergegas ke Pusat Servis Toyota sekadar nak tukar bateri. Dalam masa yang sama bila nak buat senggara sehari kemudian di Pusat Servis Toyota dikatakan bateri yang baru sehari beli itu bermasalah. Agaknya jika ada kabel getah lain yang lekat di Avanza kami pun mekanik mereka mahu buang. Satu hari nanti tayar pun kena beli kat Toyota. Gila ke apa cara Toyota ni buat bisnes.

Seperti notis untuk lapik kaki kami; "Use Toyota Original Equipped Floor Mat" sy lapik dengan getah lain pun mereka kasi amaran bahaya. Sebab lapik kaki milik mereka 7 tahun sy pakai nampak baru. Sy lapik lapik kaki lain di atas semua lapik kaki ori. (lapik kaki di bahagian pemandu ini tak pun menghalang brek atau sebagainya apa isu bahayanya)

BIADAP cara Toyota di Balakong ini berniaga. Takkan pihak Toyota tak kasi peluang penggguna kenderaan mereka bertukar ke alat ganti lain; seperti bateri yang lain ketika terdesak. Apakah hanya pihak Toyota yang HEBAT buat bateri kereta orang lain tak RETI. Lapik kaki mereka sahaja yang selamat lapik kaki orang lain akan kena cekam atau gout. Perkara sebegini kerajaan kena pantau dan mesti dihentikan. Jangan ada peniaga berniaga cara BACUL begini terutama terhadap pelanggan wanita yang buta bab kereta; tahu pakai sahaj. Takkan perkara remeh begini sy terpaksa buat repot balai polis. Berapa ramai kaum wanita di luar sana jadi makanan pihak Toyota Balakong ini.

Ini baru kes Avanza kereta murah belum kereta mewah; secara lojik pun jika beli RM58K kenapa pihak Toyota perlukan RM20K untuk ganti seketul gear auto mereka.  Pihak kerajaan perlu memantau perkara ini agar tiada berlaku perniagaan yang licik lagi bacul sebegini. Kasihan rakyat Malaysia eh. Barangan alat ganti Toyota apakah kerajaan kita cukai sampai 300%.

Nak beli MPV buatan tempatan cer semak berapa harganya?. Kena saingan Toyota. Kualitinya yang utama masalah kereta sebegini sering dipertikaikan oleh pengguna. Sy dah pakai dua buah kenderaan tempatan pun memang ada masalahnya tersendiri tapi barangan ganti memang murah. Di sudut keselesaan agak kurang. Bila nak frasa pakai kereta buat luar negara Toyota pula kenderaan mereka hebat dan jimat minyaknya sebab enjin mereka memang kelas; tetapi teruk khidmat selepas belian; servis meracau pun alat gantinya melampau mahal. Takkan kami tiada hak untuk hidup bahagia dengan kenderaan yang melampau mahal di Malaysia ini.

Message: ** Record updated ... Complaint No. : A138818  Sila klik CETAK untuk cetakan tiket aduan.  BPA Jabatan Perdana Menteri

Toyota
Wing Hin Automobile Sdn. Bhd
Lot 963, Jalan Balakong, Balakong, Selangor 43300.

Isnin, 20 Mei 2013

Buah keras bukan sekadar rempah masakan


buah, iri rong dan bunga buah keras

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia dan Lumbang di Filipina, ialah salah satu spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga euphorbiaceae.

Selalunya buah keras digunakan sebagai rempah atau perasa (untuk mendapatkan rasa berlemak) dalam masakan terutamanya masakan Melayu dan Indonesia. Ia juga sering digunakan sebagai pemekat kuah. Selain darpada kegunaan dalam masakan, buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu.

buah keras yang masih berkulit


buah keras sudah dibuang kulit

Walaupun boleh dimakan, namun begitu buah keras atau nama botaninya aleurites moluccana merupakan pokok rasmi Hawaii ini perlu dimasak sebelum dimakan kerana mempunyai kandungan toksik (saponin dan phorbol) yang tinggi ketika masih mentah.

pokok buah keras

Pokok buah keras bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15-25 meter, dengan dahan-dahan yang merampak. Ðaunnya sederhana dan berbentuk bujur telur, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-20 sentimeter, dengan warna yang hijau pucat. Batang daunnya panjang berukuran 5 hingga 15 sentimeter dan mempunyai dua kelenjar pada dasarnya.

bunga buah keras

Bunganya kecil berwarna putih dan berdiameter kira-kira 1 cm. Buahnya berdiameter 2 hingga 5 cm, berwarna hijau dan berisi serta mempunyai 1 atau 2 biji. Buah keras berbentuk bulat dan bijinya keras mempunyai kandungan minyak yang tinggi dan membolehkannya dijadikan lilin. Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi.

buah keras muda dan daunnya


buah keras ~ closed up ~

Di Hawaii, pokok buah keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan. Pokok ini dianggap sebagai bentuk tubuh Kamapua'a, dewa babi. Salah satu legenda menceritakan tentang seorang wanita yang walaupun mencuba dengan sedaya upayanya untuk menyenangkan hati suami, selalu dipukul olehnya. Akhirnya, suami wanita itu membunuh dan mengebumikannya di bawah sebatang pokok buah keras. Sebagai seorang wanita yang baik hati dan adil, beliau diberikan hidup baru, sedangkan suaminya akhirnya dibunuh.

Hilangkan tanda-tanda regangan di perut

Selain buahnya yang digunakan sebagai rempah masakan, beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. Ðaun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Ðaun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan.

Isi rong pulpa dikatakan mampu digunakan untuk dijadikan tuaman bagi merawat masalah sakit kepala, demam, ulser dan sendi membengkak. Isi rong biji juga dikatakan mempunyai kesan penjulap.

Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak. Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam system perawatan rambut. Minyak dari biji buah keras dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar , tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. Ði Sumatera, biji yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut.

Hilangkan nafas berbau

Masalah berkaitan pencernaan juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. Ði Hawaii, buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut.

Getah dari buah muda dikatakan mampu merawat kulat pada kulit. Bagi lelaki yang mengalami masalah pembengkakan pada kemaluan, getah buah dikatakan mampu digunakan bagi merawat masalah tersebut. Air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran, getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut.

Rawatan tumor

Kulit kayu pokok buah keras pula dikatakan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan jus yang dicampurkan dengan santan kelapa digunakan untuk menyembuhkan spru (jangkitan pada usus). Ði Jepun kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat tumor. Ði Jawa, kulit kayu pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak-suburan wanita. Kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sabtu, 18 Mei 2013

Dari FB 19 Mei 2013 Shilintong



WARKAH BUAT TEMAN juara buat Rakanku yang Sakit Kronik
seperti ku

Hari Ini
1:57pm
Penyair Idanradzi

Jika rajin cari kat kedai "teh mas cotek" atau pun "teh peria katak"... ramai kata ianya berkesan untuk turunkan gula dalam badan; sy kadang-kadang minum teh misai kucing... ada pelbagai harga di pasaran... ikut sesuai badan apa salahnya mencuba janji taklah herba ni mahal amat; sakit poket kita pula.

2. Herba sebegini mmg baik tapi selalu sy berpesan jangan beli yang jualan langsung (MLM); mmg mahal elok cari jualan terbuka... macam goji ada orang jual di internet sampai 3 atau 4 kali ganda mahal.... bendanya sama; perlu diingat jangan percaya goji yang dicampurkan ke bahan lain seperti kopi goji pelbagai; ini bahaya... baik beli goji di kedai ubat cina/kedai sensei... kita amalkan makannya... amalan tu penting kesannya akan nampak sekitar beberapa bulan...

3. Sy tak makan sangat ubat kolestrol doktor kasi tapi amalkan goji & pati delima nampaknya bersih... kolestrol sy; bila sy berhenti makan mmg nampak kesannya kembali bermasalah; bermakna badan kita dah tua... tak boleh nak hancurkan kolestrol ni tanpa bantuan herba dll.

Tak amalkan sangat tu maksudnya jika herba tu mmg kita makan bolehlah kurangkan dos/pengambilan ubat kimia ni...

4. Banyak makan ubat kimia, herba, ulaman seperti jering akan buat buah pinggang kita berkeladak... beli Shilintong di kedai sensei; baru minggu lalu sy beli naik sikit harganya ... kotak biru sekitar RM9 (100 biji) Harga asal sekitar RM8. Sesekali makan Shilintong tak perlu makan sampai 3 kali sehari bila sengal pinggang belakang atau kencing tak lawas makan 5 biji... kemudian jangan makan ikut kata sukatan kut alahan... Rasalah bila dah makan betapa nikmatnya kita kencing; ianya boleh bersihkan batu karang... dalam blog sy ada sy tulis tentang Shilintong ini; semua kedai sensei ada; jangan beli kotak coklat itu untuk ubat KUAT. Selamat mencuba.

http://dgelenggang.blogspot.com/2009/11/shilintong-untuk-mereka-ada-masalah.html

dalam laman web/URL ini ada semua petua tentang shilintong juga goji serta pati delima
Gelengg@ng Melenggang: Shilintong Untuk Mereka ada Masalah Buah Pinggang (Petua)
dgelenggang.blogspot.com




  • Penyair Idanradzi jangan risau sy dah amalkan Shilintong sekitar 5 tahun lebih kesannya amat bagus.. ada cop kementerian kesihatan; peniagaan herba cina ni dah beratus tahun; jangan tahu dek mereka giler jualan langsung MLM; nanti semua jadi MAHAL... macam GOJI tak patut ada orang dera orang sakit kronik macam sy ni jual kat internet bukan main mahal benda sama... samalah pati delima sebenar pergi ke CarreFour ada jual yang harga patut... tanyalah sy jika nak tahu apa jenamanya!... orang sakit kenapa nak SAKITKAN poket mereka.

  • Rosli Abdul Aziz Pati delima teman beli sebotol RM140. Ipoh tak ada CarreFour...

  • Penyair Idanradzi Mereka yang kritikal sakit kencing manis jika dekat dengan Jenaris datanglah ke rumah sy depan rumah tu ada pokok mengkudu; asyik melambak buahnya tak siapa nak kutip; pokok tu sy yang tanam cuma depan rumah jiran; sebelum jiran tu tebang baik biakkan... buah mengkudu boleh dimakan begitu saja jika mampu; baunya agak pelik, rasanya agak pedas.... tapi sy makan juga sesekali... kalau rajin blender & tapis sebab bijinya tak hancur kut kacau buah pinggang... daunnya sedap buat ULAM... pokok/buah ni bersepah kat sekitar Jenaris sy yang biakkan... cubalah amalkan... amalkan bukan makan sesekali... insya-Allah gula dalam badan akan turun... cer tanya mereka yang jual dalam sistem MLM. Mahal amat belum tentu pun 100% selamat.

  • Kpl Zainal Rashid T/kasih atas info..

  • Penyair Idanradzi adoi itu harga GILER (15.5 kali ganda) jika sama saiz dengan GULSAN jangan beli harga macam tu sy mmg jual pati delima GULSAN harga borongnya sy tahu dan sering ke tempat jualan borong tu... ED (Nusie anak Pak Tam) sekarang jadi tauke Pati Delima atas cadangan sy... cikgu nak letak muka cikgu kat botol pun boleh; ramai buat macam tu... mereka import dari arab kalau nak guna bungkusan sendiri jadi kosnya mahal.

  • Penyair Idanradzi e-mel sy jika nak tahu maklumat penuh nanti tak baik pula kasi sekat orang niaga... sini GULSAN sekitar RM15 sebotol ada jual RM18, RM20 mmg di Perak sy lihat semua RM25 ke atas... harga asal beli borong memang murah.

  • Penyair Idanradzi Lebih baik beli di CarreFour; rasa semua CarreFour ada jual e-mel sy jika nak tahu jenamanya... google dalam blog sy dgelenggeng ada kut sy tulis jenama ni... GULSAN dari Turki; kalau cikgu mampu beli RM140 boleh stok setahun lebih eh.... dapat sekitar 15 botol... mak datok!.

  • Penyair Idanradzi Uar-uarkan kepada rakan jika Kpl Zainal Rashid.. nampak sesuai petua sy; tadi ke pasar tani petai naik harga sampai RM5 untuk 3 papan... mungkin bukan musimnya. Sy beli di Pasar Besar Kajang baru RM3 untuk 3 papan.

  • Rosli Abdul Aziz Teman beli jenama Al-Rumm. Teman ada rasa bimbang tukar brand lain....takut kurang keberkesanannya. Atau semua pati delima tu sama?

  • Penyair Idanradzi sy menderita lebih setahun setengah... buah pinggang ada batu karang; kencing sentiasa berdarah... ulang-alik jumpa doktor pakar bedah; makan ubat doktor cecair & macam manik jernih; tak langsung berkesan... telan ubat tahan sakit juga tak berkurangan... asyik kena suntik punggung terbaring di wad kecemasan selalu sangat macam tu... bila makan Shilintong tak sampai dua minggu... selesai semua masalah... dah baik barulah doktor kasi jumpa pakar scan buah pinggang; berbaris dengan orang mengandung untuk scan perut boroi ni; barulah doktor kata awak dah baik; sampai sekarang.

  • Penyair Idanradzi Al Rumm ke apa jenama apa pun sama saja... janji 100% parti jangan campur bahan lain... mmg waris sy pun terkena mahal amat bila sy rasa... ala sama saja... bekas saja mereka tukar... yang kat CarreFour lagi asli sbb tak semanis GULSAN... murah amat RM12 makan dua kali sehari pun tak habis sebulan... pastikan bancuh dengan air jangan memandai pakai sudu telan macam tu saja; sbb orang kencing manis payah insulin nak pecah bahan pekat...

  • Rosli Abdul Aziz Ooooo....teman telan begitu saja. Rasanya masam manis kelat...

  • Penyair Idanradzi pati delima bukan ubat... kalau nak minum banyak sudu sehari pun tak kisah... tetapi memadai sekali atau dua kali sehari... sy amalkan ketika nak tidur ... elok juga bangun pagi barang sesudu dua... kami terpaksa jual RM15 sebotol sbb ikut harga pasaran sekitar sini; sekarang mudah nak dapat jadi tak berapa laku... kami beli sekotak kat pembekal untuk stok satu keluarga.

  • Penyair Idanradzi Jangan buat macam tu nanti badan tu tak stabil... kena bancuh dengan air suam atau sebarang air; jangan didihkan pula... yang ori masam likat... manis tu sedikit sahaja... GULSAN dari Turki yang kat CarreFour tu dari Syria... yang cikgu beli tu kalai manis sikit tu dari Turki... sebenarnya pembekal sama tapi mereka jadikan cara MLM tu yang jadi mahal... amalah Goji; cer google di internet mahal amat... kalau beli di kedai sensei RM10 dapat sekitar 300 gram sebulan tak habis...

  • Penyair Idanradzi Goji ni makan elok dengan teh O sy tak rekemen kopi.. elok juga dengan quick oats... TAPI mereka yang makan ubat cair darah sy tak rekemen makan goji... sbb darah jadi likat semula... ada yang kena panggil ambulan nanti... ini pernah berlaku... ada dua harga goji ni yang kasar tu mahal sikit; khasiatnya sama; yang kasar tu mat salleh suka makan macam kismis gigit macam tu saja... kesan utama kena tukar spek sebab mata akan TERANG semula... baca sejarah mereka yang amalkan makan goji kebanyakannya berusia 100 tahun lebih... makan bilangan sunat... 7, 11, 13, 15 banyak pun tak apa tapi mahallah kos nanti... jangan lupa selawat nabi... pesan rakan tablik sy... selamat mencuba rasanya ini entah kali ke berapa puluh kali sy berpesan kepada rakan...

  • Penyair Idanradzi jika kritikal gula melambung naik cubalah amalan sy sbb memang amat berkesan... tapi INGAT; ubat doktor tu masih kena makan... jangan bergantung dengan herba saja... jika nak cuba kurang makan ubat kimia pasti ada alat bantu... macam sekarang ni sy ada alat monitor gula... jika badan rasa tak sdap.. kena cepat check gula dalam badannn... semua ubat samalah herba... memang ada ketika kita kena hentikan seketika SEBAB kut ianya jadi macam ketagih alahan macam orang gian dadah tak ada tak jadi.. ini bahaya; pelbagaikan dengan ulaman.. sayuran hijau... minuman air segar...

  • Penyair Idanradzi air bertapis atau botol tutup putih tak digalakkan minum... pastikan selalu beli air galian botol tutup BIRU... air juga punca kita jadi tambah tenat... badan perlukan air mineral (bukan penapis 7 leyer... mahal amat tu) air mineral akan membantu badan kita menjadi normal... kan kita asal dari tanah nak sihat kena minum air tanah... RO water entah apa ke nama tu memang tak digalakan minum... kalau ada air telaga macam zaman dulu tapi guni tong dram kan bagus... Rosli Abdul Aziz.. Kpl Zainal Rashid... Mahyan Mohd Hassim

  • Penyair Idanradzi Kita ni asyik kena tipu oleh MLM tu sbb sy anti amat dengan MLM ni... sy kena batu karang tu pun sy kesan sbb asyik minum air penapis Amway... memang bahaya... hilang duit banyak badan meragam...

TIDUR & PERIBADI KEKASIH ANDA

Tidur dengan posisi seperti berdiri tegak menandakan memiliki jiwa sosial yang tinggi, santai namun tegas.

Tidur dengan posisi telungkup atau tengkurap serta kepala menghadap ke samping, menandakan

kepribadian yang santai dan suka bergaul.

Tidur dengan posisi terlentang serta tangan dan kaki terbuka lebar menandakan berjiwa kebebasan, tidak

mudah di atur, pengembara.

Tidur dengan posisi telungkup atau tengkurap serta kepala menghadap ke samping, menandakan

kepribadian yang santai dan suka bergaul.

Posisi tidur yg menyerupai posisi tenggiling atau janin dalam kandungan cenderung menandakan karaktor

pemalu dan sangat sensitif.

Tidur dengan posisi seperti berdiri tegak menandakan memiliki jiwa sosial yang tinggi, santai namun tegas.

Tidur terlentang dengan kedua tangan berada di atas kepala menandakan pendengar yang baik, selalu

menawarkan bantuan, dan sederhana.

Tidur terlentang dengan kedua tangan di samping tubuh dan kaki rileks terbuka, menandakan keperibadian

yang tenang dan pendiam.

Tidur terlentang dengan kedua tangan di samping tubuh dan kaki rileks terbuka, menandakan kepribadian

yang tenang dan pendiam.

Tidur dengan posisi memeluk guling menandakan sifat manja, membutuhkan perhatian dan romantis.

Tidur dengan posisi satu tangan di dahi menandakan letih bergerak bebas, banyak fikiran, kurang semangat

dan perlu motivasi.

Tidur dengan posisi kepala di tindih bantal menandakan sedang menginginkan ketenangan, keharmonian dan

pengertian.

Tidur dengan posisi kedua tangan di belakang & di tindih kepala menandakan sedang banyak masalah,

namun tetap berusaha untuk nyaman.

Tidur dengan posisi miring serta kepala menindih salah satu tangan menandakan kesehariannya sedang

memerlukan bantuan atau sokongan.

Tidur dengan posisi kedua tangan bersedekap di perut menandakan pribadi yg tenang, tidak tergesa-gesa

dlm mengambil keputusan & tegas.

Tidur dengan posisi badan telungkup dengan kepala ke samping menandakan keterpurukan hari, emosi yang

tinggi, dan perlukankan nasihat.

Kelebihan Dan Keajaiban Air Zam Zam


 

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.


Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit

Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.


Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam