RO(Reverse Osmosis) Water atau air osmosis berbalik sebenarnya tidak baik untuk diminum. Saya nak kongsikan pengetahuan tentang keburukan air osmosis berbalik a.k.a RO Water. Semoga bermanfaat bagi semua pembaca di blog ini.
1.TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.
2.TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!
3.MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
Oleh kerana air RO tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.
4.TIDAK ADA MINERAL
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.
Maklumat ini saya dapat setelah membuat pencarian di internet. Anda boleh juga baca versi orang puteh punya di Wellsphere, ArticaleBase dan Demineralised water.
Jika anda nak minum air, saya nasihatkan minumlah air mineral. Minum air nano hidrogen lebih baik kerana bukan sahaja air ini bermineral malah mengandungi anti-oksida yang tinggi dan beralkali. Kalau tak mampu beli penapis air M6, cukuplah sekadar membeli air mineral atau nano hidrogen di vending machine M6 berdekatan tempat anda.
Keputusan di tangan anda sama ada mahu meneruskan minum RO water atau tidak. Saya hanya menyampaikan
Gelengg@ng:
Sy PERCAYA artikel ini sebab asal kejadian sy mendapat masalah batu karang mmg berpunca dari beli penapis air Amway yang kononnya ianya bersih dari segala kotoran... sebenarnya ianya membuatkan air bertapis ini TIADA tindak balas ke badan kita; memang tidak sesuai.
Bagi sy air terbaik memang dari perut bumi; air paip tu telah diproses bahan galiannya mungkin tinggal sedikit bila kita guna banyak lapisan tapis jadi kosong; apatah lagi air RO yang mmg memang diproses jadi KOSONG teramat KOSONG.
Kita mesti pernah makan TAPAI; cer cuba buat tapai tu tanpa RAGI; bahan galian/mineral ini ibarat RAGI jika nak jadikan tapai. Sebab itu kita selalu dengar malahan Chef Wan pun pernah buat rakaman di luar negara; tak ingat negara mana; tapi dalam bualannya semua orang perkampungan dia pergi tu tua-tua & berumur panjang. Sebab mereka minum secara terus dari AIR SUNGAI yang tidak tercemar. Tak perlu tapis.
Kembali ke asal manusia yang asalnya dari tanah memang perlu air dari tanah yang semulajadi buka tapisan (tapis buang kotoran okey bukan sampai bahan galian dalam air itu kosong). Nak minum air bertapis boleh memanglah bagus; tapi pastikan perlu air tambahan perbanyakkan minum air galian/mineral. bahan galian atau mineral dari buahan tu lain abg oii tak caya cer buat kajian air ZamZam bukan saja airnya ajaib tetapi penuh dengan khasiat tersembunyi. Itulah air kurnian Ilahi. Kenapa perlu diubah-ubah kemudian telan dalam badan bagai air gas. BAHAYA.
Tahukah anda risiko minum air RO
Banyak kali dah aku buat entri pasal air reverse osmosis atau nama manjanya air RO ni. Banyak dah aku baca pasal risiko minum air RO. Cuma minggu lalu baru aku tau yang sebenarnya WHO ada buat investigation tentang kebahayaan air RO ni pada kesihatan manusia.
Report 22 halaman tu boleh didapati dari laman web WHO. Dalam bentuk PDF. Boleh muat turun secara percuma.
Kalau sebut pasal air RO, ianya meliputi semua jenis. Yang ditapis di rumah dengan sistem penapis air RO, yang dijual dalam botol mahu pun yang beli dalam mesin air RO yang terdapat di depan kedai tu. Tak silap harganya 20sen seliter.
Apa yang bahayanya?
Air RO bersifat diuretik. Oleh itu ia boleh menyebabkan badan akan kehilangan lebih banyak air apabila minum air RO.
Air RO mempunyai keasidan yang tinggi. Ada satu laporan yang aku baca (laporan lain) yang mengatakan, oleh kerana air RO ni TIDAK ADA mineral dan dikira tak stabil. Ia menyebabkan bacaan pH yang dibuat guna kertas pH tu tak tepat. Dan pengambilan air dengan nilai keasidan yang tinggi adalah bahaya pada tubuh.
Dan antara yang paling menakutkan.
Oleh kerana air RO tak mengandungi sebarang mineral, ianya tak stabil dan boleh menyebabkan logam berbahaya seperti cadmium senang terserap masuk ke dalam airnya. Ini boleh menyebabkan logam toxic ni masuk pula ke dalam badan manusia apabila diminum.
Sebab tu Allah dah jadikan air yang bermineral ni cukup elok cukup baik dah. Mengandungi kalsium dan magnesium yang bukan saja untuk tubuh kita, tapi untuk elak daripada logam toxic tu menyerap masuk ke dalam air dan diminum pula oleh kita.
Nak lebih menakutkan dan tahu lebih lanjut. Sila muat turun full report.
Maka, agak-agak lepas ni lalu tak nak minum air RO lagi?
Cer tanya Pak Google masalah air RO ini... akan pasti akan dapat maklumat berulang; bahayanya air RO ini...
PERSOALAN KAMI TENTANG AIR R.O.? (PENAPIS AIR RO.)
1. Kalau yang mengambil Air RO. itu kosong saja tanpa mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia, mengapa semasa menunaikan Umrah & Fardu Haji ke Mekah, anda minum air zam-zam berbotol-botol yang penuh dengan zat galian/mineral tetapi bila balik ke Malaysia, anda berbalik kepada minum Air RO. yang kosong?
2. Mengapa kita perlu ambil makanan seperti buah2an, sayur2an, bijir2an, kekacang, ikan, daging, ayam, telur, susu dan sebagainya termasuk air minuman yang bermineral sekurang2nya 8 gelas sehari? Sebabnya tubuh kita perlukan zat vitamin, protein, karbohidrat, mineral dan lain-lain untuk pembesaran tubuh, kesihatan, memberi tenaga dan sebagainya
3. Jadi kalau makanan sendiri kita tidak buang segala nutrisinya, mengapa air kita perlu buang zat mineral/galiannya dengan minum Air R.O. yang kosong?
4. Sedangkan Allah SWT jadikan semua makanan & air yang penuh dengan vitamin, protein, karbohidrat, mineral dan lain-lain itu bersebab untuk kesihatan tubuh badan manusia ciptaanNya dan juga makhluk Dia yang lain seperti binatang.
5. Adakah binatang di hutan/di padang pasir minum air yang telah siap di RO. kan atau minum air dari sungai/perigi/mata air/tasik yang telah siap ada mineral di dalamnya? Walaupun dengan keadaan air yang tercemar sekalipun, binatang2 boleh meminumnya kerana Allah SWT menjadikan sistem tubuh binatang ciptaanNya berlainan dengan manusia. Sebagai contoh kita ambil UNTA dimana ia dapat bertahan hidup hingga lapan hari pada suhu lima puluh darjah tanpa makan atau minum. Ketika unta yang mampu berjalan tanpa minum dalam waktu lama ini mencari sumber air, ia akan menyimpannya. Unta mampu meminum air sebanyak sepertiga berat badannya dalam waktu sepuluh minit. Ini bererti seratus tiga puluh liter dalam sekali minum dan tempat penyimpanannya adalah di punuk unta. Sekitar 40 kilogram lemak tersimpan di sini. Hal ini menjadikan unta mampu berjalan berhari-hari di gurun pasir tanpa makan apa-apa. Kebanyakan makanan di gurun pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem pencernaan pada unta telah diciptakan sesuai dengan keadaan yang sukar ini. Gigi dan mulut binatang ini telah dirancang untuk membolehkannya memakan duri tajam dengan mudah. Perutnya mempunyai rekabentuk khusus tersendiri sehingga cukup kuat untuk mencerna hampir semua tumbuhan di gurun pasir.
”Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan. (QS. Al-Ghaasyiyah, 88:17)”
6. Adakah Allah SWT jadikan air untuk manusia tanpa mengira juga makhluk ciptaanNya seperti binatang yang juga memerlukan zat galian/mineral yang ada dalam air untuk binatang itu hidup dan memberi binatang itu tenaga?
7. Air zam-zam yang telah berusia sekitar 5,000 tahun dan ia menjadi air penawar bagi penyakit2 kronik yang tidak ada pada Air RO. yang dikenali juga sebagai ‘Air Mati’. Zat galian/mineral yang ada dalam “air hidup” (air zam-zam) itulah yang telah dapat membantu ia melawan, membaik pulih sel-sel yang telah rosak dan memberi tenaga baru untuk membantu melawan penyakit yang ada dalam tubuh badan kita.
“Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (QS. Al-Waaqi’ah, 56:68)”
“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (QS. Luqman, 31:20)“
“Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. (QS. Taha, 20:98)“
8. Disebabkan kandungan galian yang tinggi yang terdapat pada air zam-zam itulah ia menjadi sebagai “Air Penawar” seperti dialami sendiri oleh Prof Dato Dr Noordin dan sebab itulah beliau menggunakan air zam-zam sebagai “benchmark” dalam mencipta penapis air rx-water beliau.
“Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (QS. Al-Waaqi’ah, 56:68)”
9. Kami belum pernah dengar air zam-zam di RO. kan? Ia tidak perlu nak di RO. kan sebab air zam-zam tu sendiri adalah mukjizat dari Allah SWT dan sudah banyak kes Kanser & penyakit-penyakit lain yang sudah sembuh dengan menggunakan air Zam-Zam secara berterusan sebagai Terapi. Semuanya ini dengan izin & kehendak Ilahi.
10. Pernahkah anda terfikir siapa yang mencipta Air RO. ini? Sudah tentu bukan orang Islam. Bukankah lebih baik makanan atau minuman untuk orang Islam itu dikendalikan sendiri oleh kita yang beragama Islam kerana orang barat ini (kafir) mempunyai agenda tertentu untuk merosakkan aqidah orang Islam melalui pemakanan dan minuman yang tanpa kita sedari akan melemahkan pemikiran orang Islam terutama pada generasi anak kita dizaman teknologi ini!
Kenapa Kita Tidak Amalkan Makanan Sunnah Kerana Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!
Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad . Mengapa kita tidak ikut Nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan Yahudi menipu umat Islam.Kata-kata ini adalah bertepatan dengan Hadis Rasullulah yang bermaksud:
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.
Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para orang barat ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran orang barat ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ini nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol malah sekarang telah menjadi semacam satu trend dimana dihidangkan daging kambing dimajlis jamuan Hari Raya
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Orang barat ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5 ada racun tersembunyi) dan anak-anak Melayu kita inilah juga yang ketagih minum Coke.
Tksh atas info,mmg sy penah dgr dari seorang kwn arwah emak saya ttg keburukan air r.o ini sementelahan pula beliau ada penyakit buah pinggang.Katanya air r.o.sgt tdk membantu..wallahu'alam
BalasPadamsalam ....saya nak tanya ada kah keburukan Ro ini dapat dibuktikan dengan kajian Ilmiah... Setahu saya tidak ada kajian yang ilmiah yang menyatakan meminum air ro adalah tidak baik... Yang keduanya kita kena faham keadaan punca air kita bukan lagi sama macm dahuluu... sungai yang bersih dan cantik...apa pandangan saudaara tentang punca sumber air negara kita.... Kita memang memerlukan mineral...tetapi sekarang kita memerlukan mineral bukan dari ai lagi... Kita memerlukan mineral daripada buah-buahan dan sayuran...kalau kita perlukan mineral semula jadi semua manusia memerlukan akar la pada kaki mereka seperti pokok...hanya pokok sahaja yang boleh mendapatkan mineral semula jadi... sekadar pandangan...
BalasPadamBagai mereka yang memang mencari keuntungan dengan penapis air... pasti akan menolak fakta sebenar... malahan ego lagi mahukan manusia ada akar di kaki...
BalasPadamTak siapa pun nak melarang nak minum apa jenis air... itu hak masing-masing; cumanya bila satu hari nanti terkena pada diri... barulah akan nampak langit ini tinggi atau rendah...
Mungkin sikap kurang membaca & kurang berfikir secara matang buat kita ni sukar nak terima hakikat kehidupan ini. Kenapa dalam al-Quran tertulis Sungai Nil, Furat, Saihun dan Jaihun sungai-sungai syurga.
Rakan saya yang tinggal sekitar Sungai Nil berkata airnya masih tidak tercemar & boleh diminum begitu sahaja. Tak pun ada orang kata air dari sungai-sungai ini air RO; Begitu juga Air Zam-Zam sentiasa baik bersih untuk pelbagai penyakit termasuk penawar kena sihir. Kenalah faham apakah istilah air sebenar.
Samalah dengan buah delima memang buah dari syurga; perlunya badan dengan air berbeda perlunya mineral dari buahan; takkan tak pernah baca bagaimana ramai mereka panjang umur minum air sungai yang tak tercemar.
Badan kita asalnya dari tanah bukan bateri kereta untuk perlukan air RO atau air yang ditapis... yang mana nak beli penapis sering digunakan sistem jualan MLM yang ditegah oleh agama kita.
Tak semua punca air di negara kita ini kotor; ada empangan yang airnya amat bersih tidak tercemar; kita jangan terkurung dengan dunia Msia yang sempit... muka minda & contohi negara maju menjaga punca air.
BalasPadamSebagai contoh di sebuah negara maju; saya pernah terlibat dengan pembinaan empangan di Juo Machi; di mana empangan ini semata-mata dibuat untuk airnya untuk bekalan minuman setempat...pernah saya ceritera di blog ini bagaimana hanya tumpah sedikit minyak hitam ke sungai ini orang Juo Machi ini tak tidur malam cuba memerangkap minyak hitam ini; Ini yang perlu kita jadikan teladan.
Kita tidak boleh hidup selamanya dengan sungai tercemar & kononnya penapis air penyelesaiannya. Kita perlu sedar dari sekarang agar menyintai keindahan & kesucian sebatang sungai yang mengalir ke laut. Sikap kita yang mendewakan penapis air & menyalahkan punca air kena dibetulkan. Agar anak cucu cicit kita nanti membetulkan keadaan... mencari jalan agar kita kembali ke asal bagai dulu; punca air minum kita mudah dicari tanpa rasa takut & berlindung dengan penapis air berlapis-lapis.
terima kasih di atas info..
BalasPadamAir dalam empangan memang bersih tetapi air empangan yang bersih itu disalurkan kedalam paip yg dah berusia serta ada keladak dan terus masuk ke cerek utk dimasak.. cuba tinjau kat dalam pipe G.I kat rumah tu..
BalasPadamsy bukan penjual penapis
Info yang berguna... Insyllah sya akan sebarkan
BalasPadam