Translate

Tajaan

Rabu, 28 September 2011

4 golongan lelaki ditarik masuk ke neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Selasa, 27 September 2011

‘HAK SUAMI KE ATAS DUIT ISTERI’

Assalamu’alaikum Ustaz,

Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. Jadi, adakah maknanya di sini saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami? Sebab ada rakan lelaki saya berkata duit isteri pun, perlu mintak kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab. Terima kasih.

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalaam Warohmatullah

Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian.

Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumah tangga... susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia.

Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya di rumah suami, menjaga rumah tangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca al- Qur’an, khatamkan al-Qur’an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.

Saya menolak pendapat “ustaz” kursus rumah tangga itu yang berkata duit isteri… isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.

1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumah tangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumah tangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini.

Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu. Muafakatlah kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.

Wallaahu a’lam.
Syukran.
UnzhurMaa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
AlHaqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
AbdulManaf Bin Abdul Gani

Gelenggang:

Ramai rakan saya yang sejak awal kahwin telah sepakat mengumpulkan pendapatan (gaji) bersama sabagai belanja rumah tangga. Wang berlebih mereka buat akaun bersama atau; bahagi sama rata untuk menabung buat keluarga.

Pasangan ini saya lihat aman bahagia; malahan rezeki mereka melimpah ruah hinggakan pernah terbit dia akhbar ayah, ibu & anak mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hasil sikap bersyukur mereka ata rezeki yang turun ke hadrat keluarga mereka.

Pasangan yang mengasingkan pendapatan atau gaji jadi hak masing-masing sering berlalu perbalahan; selalunya masing-masing menuding ini hak atau tanggungjawab pasangan hinggakan tak dapat nikmat bahagia. Di akhir hayat menderita dengan ego masing-masing selalunya pasti ada pasangan yang akan si ayah@bapa.. papa kedana si ibu@emak berlagak kaya raya mengumpul dan... akibat mengikut pendapat Ustaz yang keliru lagi mengelirukan ini... bak kata Ustaz di atas.

Isteri dan KWSP Suami


Isteri bercerai putus hak wang KWSP suami


Soalan:

SAYA bercerai secara fasakh di Perlis. Setahun selepas bercerai, bekas suami meninggal dunia. Kami mempunyai empat anak dan semuanya dipelihara oleh ibu bapa mentua. Arwah meninggalkan tiga rumah semuanya berada di Selangor yang dibeli ketika dalam tempoh perkahwinan, sebuah kereta dan wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ibu bapa mentua sudah mendapatkan sijil faraid dan dalam proses pembahagian harta pusaka. Saya menerima sejumlah wang daripada KWSP kerana arwah menamakan saya sebagai penama. Baru-baru ini ibu bapa mentua meminta semua wang KWSP yang saya terima dengan alasan saya tidak berhak menerima wang KWSP. Saya ingin tahu hak saya dan anak terhadap wang KWSP dan harta lain kerana saya tidak sempat menuntut semua itu sebelum arwah meninggal dunia. Jika boleh menuntut, di manakah sewajarnya saya menuntut, sama ada di Perlis atau Selangor?
Bekas Isteri,
Perlis Indera Kayangan

Jawapan:

SEMOGA puan dan anak sentiasa dalam rahmat dan reda Allah melalui hari mendatang. Mengikut fatwa dan amalan semasa, wang simpanan si mati dalam KWSP adalah harta pusaka dan bukannya harta sepencarian. Ia mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Ia jelas melalui Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 iaitu wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP maka wang itu adalah milik si mati.

Oleh itu, wang milik si mati adalah harta pusaka. Walaupun puan dinamakan sebagai penama untuk mengeluarkan dan menerima wang itu, wang yang diterima hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid. Fatwa Kebangsaan juga memutuskan penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraid.

Keputusan fatwa juga menetapkan Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak. KWSP turut memberikan peringatan kepada penerima seperti berikut: “Bagi ahli yang beragama Islam, penerima waran ini adalah sebagai wasi atau pentadbir dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut undang-undang Islam (faraid).”

Pelantikan penama hanyalah sebagai amalan biasa dalam KWSP mahupun mana-mana institusi kewangan seperti Tabung Haji dan bank. Majlis Raja-Raja kali ke-96 pada September 1973 memberikan pendapat yang dikeluarkan sebagai fatwa seperti berikut: “Penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati daripada sumber itu untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.”

Persoalan sama ada penama berhak kepada harta atau wang simpanan menurut hukum syarak atau sebaliknya dan sama ada harta atau wang simpanan itu dianggap sebagai harta pusaka si mati atau tidak timbul dalam kes Re Ismail bin Rentah (si mati) (1939) FMSLR 230. Dalam kes itu si mati menjadi ahli Syarikat Koperatif Pegawai Melayu, perkhidmatan awam dan menamakan anak perempuannya sebagai penama untuk menerima saham dan faedahnya dalam syarikat itu apabila beliau meninggal dunia.

Ketika kematiannya, si mati meninggalkan waris iaitu balu, ibu, anak perempuan, saudara lelaki dan saudara perempuan. Penolong Pendaftar memerintahkan saham dan faedah si mati daripada syarikat dibahagikan kepada waris dan bukan hanya kepada penama seorang. Penama membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dan diperintahkan bahawa rayuan ditolak.

Yang Arif Hakim Raja Musa dalam keputusannya memutuskan: “Dalam pendapat saya, surat penama dalam kes ini tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup oleh kerana tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaiknya dia boleh dianggap sebagai hibah dalam masa mard al mawt, akan tetapi hibah dalam masa sedemikian dianggap sebagai tertakluk kepada undang-undang wasiat. Oleh kerana itu mengikut undang-undang Islam, jumlah itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris.”

Walaupun puan dilantik sebagai penama KWSP tetapi puan tidak termasuk sebagai waris pusaka si mati untuk mewarisi wang KWSP kerana pertalian di antara puan dengannya sebagai waris pusaka sudah terputus disebabkan perceraian antara puan dengannya sebelum arwah meninggal dunia. Namun, terpulanglah kepada peguam puan untuk berhujah menyatakan puan masih berhak ke atas 1/3 wang KWSP menggunakan undang-undang wasiat atau hibah semasa mard al-mawt seperti dinyatakan kes di atas.

Bagaimanapun, puan masih berhak untuk menuntut harta sepencarian terhadap rumah dan kereta arwah. Ia kerana tiada had masa untuk seseorang menuntut harta sepencarian selepas perceraian. Arahan Amalan No 5 tahun 2003 bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan sama ada semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian atau selepas kematian mana-mana pihak.

Oleh itu, puan masih boleh menuntut harta sepencarian terhadap rumah dan kereta arwah dengan membuktikan sumbangan puan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pemerolehan harta berkenaan. Berkaitan di mana puan perlu memfailkan kes tuntutan harta sepencarian, walaupun ia masih dipertikaikan oleh khalayak namun menurut Arahan Amalan No 6 tahun 2003, penentuan mahkamah yang berbidang kuasa membicarakan kes harta sepencarian adalah mahkamah di mana perintah perceraian atau pengesahan perceraian dikeluarkan.

Jika perintah perceraian fasakh puan dikeluarkan oleh mahkamah di Perlis, maka puan perlu memfailkan tuntutan itu di Perlis walaupun harta semuanya berada di Selangor. Berkaitan hak anak puan, mereka adalah waris yang sah dan berhak menerima pusaka arwah selepas hutang dan harta sepencarian ditolak daripada pusaka arwah. Berbincanglah dengan mentua untuk menyelesaikan kes tuntutan harta sepencarian dan faraid secara baik.

Nota Kaki;

saya pernah berbual dengan seorang sahabat yg juga seorang perunding kewangan, beliau berpendapat sekiranya anak masih terlalu kecil maksudnya di bawah 18 tahun, seelok2nya diletakkan penama isteri/suami.

rasionalnya, sekiranya berlaku kematian di pihak suami terutamanya, isteri dapat menggunakan secara terus sumber kewangan drpd kwsp tersebut. sekiranya penama adalah anak yg masih di bawah umur 18, maka wang tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah sehinggalah anak itu genap usianya 18 tahun.

kalau silap tolong betulkan...

dan jika isteri meninggal dunia, maka suami bolehlah terus menggunakan wang tersebut untuk mencari pengganti yang sesuai...

oleh Aslina Mohd Astar »

Paling saya nak elakkan berurusan dengan Amanah Raya... dah serik dah. Masa tu buat urusan untuk keluar kan baki wang dalam bank arwah adik ipar saya. Keluar masuk pejabat Amanah Raya dekat 10 kali tak settle2. Last2 dengar nasihat seorang sahabat... pergi mahkamah syariah buat sijil faraid , bawa pergi bank terus dapat keluar semua duit arwah dari bank tu... tak sampai seminggu dah settle.

Caruman KWSP Tidak Dikira Harta Sepencarian

Timbul persoalan sama ada wang simpanan yang ada di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah harta milik peribadi pencarum atau sebagai harta sepencarian yang boleh dituntut oleh satu pihak lagi, bekas isteri mahupun bekas suami.

Harta berupa caruman wang KWSP si mati tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian melalui sumbangan secara tidak langsung jika dirujuk kepada konsep asalnya. Sebaliknya, ia menjadi harta pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Dengan itu, KWSP adalah harta milik peribadi pencarum dan hanya pencarum yang mempunyai hak mutlak ke atas wang itu.

Melihat kepada konsep dan kepentingan ini, maka fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000, menjelaskan seperti berikut:
  • Wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid;
  • Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid;
  • Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah menasihatkan KWSP menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.

Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia. Fatwa itu menjelaskan perkara berikut:
  • Wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka;
  • Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.
Berdasarkan fatwa-fatwa yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa wang simpanan KWSP adalah hak milik mutlak pencarum yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid apabila pencarum meninggal dunia dan bukan harta sepencarian.

Oleh yang demikian, tuntutan yang berkaitan dengan wang simpanan KWSP supaya diisytiharkan sebagai harta sepencarian adalah bercanggah dengan fatwa yang diputuskan di atas. Penolakan ini juga wajar kerana selari dengan Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mentafsirkan seperti berikut: Harta sepencarian™ ertinya harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak. Di bawah seksyen sama, hukum syarak diertikan sebagai hukum syarak mengikut Mazhab Shafie iaitu mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali™.

Keputusan fatwa juga menetapkan Bahagian Undang-Undang JAKIM hendaklah menasihatkan KWSP supaya menyemak semula peraturan dan undang-undang sedia ada berhubung dengan penamaan supaya selaras dengan hukum syarak.

Pelantikan penama hanyalah sebagai amalan biasa dalam KWSP mahupun institusi kewangan seperti Tabung Haji dan bank.

Majlis Raja-Raja kali ke-96 pada September 1973 memberi pendapat dikeluarkan sebagai fatwa seperti berikut:

  • Penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati daripada sumber itu untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.
Jelasnya, konsep dan pembahagian harta sepencarian di Malaysia dikanunkan di dalam Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri. Mahkamah Syariah negeri-negeri diberi bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan membicarakan tuntutan harta sepencarian bagi mana-mana pasangan orang Islam yang bercerai.

Sumber : Berita Harian

Isnin, 19 September 2011

Hukum guna barang milik orang lain

SAYA tinggal di asrama. Kawan-kawan saya sudah pindah dari asrama dan ada meninggalkan barang-barang termasuk makanan dan serbuk pencuci.

Bolehkah saya mengambil dan menggunakan barang-barang itu kerana jika tidak digunakan, apabila sampai waktu pembersihan bangunan, ia bakal dibuang pihak asrama.

Saya rasa sayang kerana ia masih boleh digunakan lagi. Apa hukumnya jika saya makan makanan itu? Saya tidak pasti sama ada mereka akan mengambil makanan itu semula atau sebaliknya.

SITI,

PERAK

MENJUMPAI barang orang lain termasuk dalam hukum luqatah dalam fiqah Islam.
Terdapat beberapa hukum berkaitan antaranya pertama, harus menggunakan dan mengambil faedah termasuk memakannya sekiranya ia dianggap remeh dan kecil oleh masyarakat setempat seperti barang yang anda temui di asrama itu.

Ia adalah rukhsah yang diberikan Rasulullah s.a.w untuk diambil faedah.
Bagaimanapun, sekiranya anda pasti tuannya, hendaklah berhubung dan meminta izin. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) sekarang.

Kedua, haram menggunakannya apabila ia membabitkan benda besar dan berharga seperti kereta dan haiwan yang mampu hidup sendiri.

Ia hendaklah dibiarkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana tuannya dapat mencari benda yang hilang berkenaan. Umar pernah berkata: “Barang siapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia bersalah.”

Ketiga, sekiranya ia antara benda yang dijumpai adalah pertengahan antara kedua-dua di atas seperti ikan, ayam dan barang-barang yang mudah rosak, seseorang boleh menilai dengan mengambil tindakan yang lebih baik sama ada menggunakannya sebagai hutang yang perlu dibayar apabila empunyanya ditemui, menjual dan menyimpan hasil jualan untuk diserahkan kepada empunya apabila ditemui.

Sekiranya barangan itu tidak mudah rosak seperti jam dan gelang, ia hendaklah dihebahkan di tempat orang ramai seperti masjid dan pusat masyarakat.

Selepas setahun, ia boleh dimiliki atau dijual dengan hasilnya dikira sebagai simpanan. Tetapi ia tetap hak milik orang lain dan perlu dipulangkan apabila ada tuan yang menuntut dan terbukti pemiliknya selepas siasatan. (Lihat juga ‘Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain,’ http://muis.ismaweb.net/2010/03/e-g-hukum-luqotah-jumpa-barang-org-lain/)

Rabu, 14 September 2011

Jepun Mempunyai 47,756 Rakyat Yang Berusia 100 Tahun Ke Atas


| 14/09/2011

TOKYO – Jepun mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas, kebanyakannya adalah wanita.

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan semalam menyatakan bahawa ia merupakan peningkatan sebanyak 3,307 orang berbanding setahun lalu.

Sebanyak 87.1 peratus daripada mereka adalah wanita.

Rakyat yang paling tua ialah Chiyono Hasegawa yang berusia 114 tahun.

Dia dilahirkan pada 20 November 1896.

Kewibawaan statistik itu pernah dipersoalkan pada tahun lalu apabila beberapa orang yang disenaraikan dalam senarai tersebut telah mati dan hilang.

Pihak kementerian bergantung kepada rekod pendaftaran penduduk untuk membuat statistik itu.

Jepun merupakan salah sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat tua. – AP

Penduduk Kampung India Bina Jambatan Dengan Akar Pokok

| 14/09/2011

DUA buah jambatan akar yang terdapat di kampung Nongriat, negeri Meghalaya, India.

NEW DELHI – Penduduk sebuah kampung di negeri Meghalaya, India membina sebuah jambatan dengan menggunakan akar pokok. Jambatan semula jadi itu berusia beratus-ratus tahun dan ia mampu untuk menampung berat 50 orang pada satu-satu masa. Ia dibina menerusi sistem mengalihkan akar pokok yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut sejak ratusan tahun lalu. Akar itu diajar supaya ia bergerak menyeberangi sungai. – Agensi

Anak tikam ibu dan bapa hingga mati

2011/09/14

SANDAKAN: Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong, berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.

Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.

"Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya di sini hari ini.

Rowell berkata, dari laporan awal yang diterima, lelaki itu dikatakan naik berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.

Katanya, lelaki itu ingin berbuat demikian untuk mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.
Beliau berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai penanam sayur sebelum ini pernah mengugut mahu menikam ibu dan bapanya kerana tidak menunaikan permintaannya itu.

"Lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta," katanya.

Beliau berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu turut ditemui di ruang tamu rumah tersebut. - BERNAMA

iDAN: Semangat berniaga yang terlalu tinggi menjadikan suasana tragis; jika berjaya pun berniaga kehilangan ibu ayah atas perbuatan sendiri apakah ini membahagiakan?


Selasa, 13 September 2011

Peribahasa


1

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.



2



1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Isnin, 12 September 2011

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Memilih Pasangan



oleh: Nhadiatul Shahidah
pada 11hb September 2011 pukul 1.16 ptg

Bagaimanakah cara lelaki dan wanita dalam memilih pasangan mereka? Keputusan di atas adalah hasil kajian terhadap 100 orang lelaki dan juga wanita.

Lelaki- Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lelaki amat-amat mementingkan visual atau penampilan seseorang wanita itu. Ini kerana lebih daripada 80% lelaki memilih cantik sebagai salah satu pilihan untuk pasangan mereka.

Hasil daripada gambar rajah juga menunjukkan bahawa lelaki tidak terlalu mementingkan wanita yang bijak dalam memilih pasangan. Ini mungkin disebabkan keegoan seorang lelaki yang tidak suka wanita melebihinya ataupun mereka merasakan bahawa itu tidak penting kerana mereka yang akan memimpin keluarga dan bukannya wanita.

Wanita yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil pula adalah merupakan peratus yang paling sedikit di dalam cara seorang lelaki memilih pasangan. Mungkin lelaki tidak terlalu mementingkan faktor ini kerana sifat kepimpinan yang semulajadi wujud di dalam diri mereka.

Wanita- Berbeza daripada cara pemilihan lelaki memilih pasangan, wanita pula tidak meletakkan wajah atau penampilan seseorang lelaki itu menjadi perkara utama. Mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang bijak dan emosi yang stabil.

Ia mungkin disebabkan oleh perwatakan wanita yang selalu memerlukan perlindungan daripada lelaki. Selain daripada itu, ia juga mungkin kerana wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Kebanyakan wanita meletakkan paras rupa seorang lelaki perkara yang terakhir dalam mereka memilih pasangan hidup. Kerana bukan paras rupa yang mereka cari tetapi mereka mahukan seorang lelaki yang mampu untuk memimpin mereka. Cara wanita memilih pasangan dilihat lebih mementingkan keikhlasan berbanding lelaki yang lebih mementingkan kepuasan.

Paksu:

Paling utama bagi paksu adalah calon isteri yang tinggi pendidikan agamanya. Jika pun tak pandai mengaji al-Quran atau wanita contoh@Mithali (Soleha) ; yang penting kesedaran agamanya tinggi. Kecantikan sekadar bonus.

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Memilih Pasangan


oleh Nhadiatul Shahidah pada pada 11hb September 2011 pukul 1.16 ptg


Bagaimanakah cara lelaki dan wanita dalam memilih pasangan mereka? Keputusan diatas adalah hasil kajian terhadap 100 orang lelaki dan juga wanita.

Lelaki- Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa lelaki amat-amat mementingkan visual atau penampilan seseorang wanita itu. Ini kerana lebih daripada 80% lelaki memilih cantik sebagai salah satu pilihan untuk pasangan mereka.

Hasil daripada gambar rajah juga menunjukkan bahawa lelaki tidak terlalu mementingkan wanita yang#0bijak dalam memilih pasangan. Ini mungkin disebabkan keegoan seorang lelaki yang tidak suka wanita melebihinya ataupun mereka merasakan bahawa itu tidak penting kerana mereka yang akan memimpin keluarga dan bukannya wanita.

Wanita yang bijak dan mempunyai emosi yang stabil pula adalah merupakan peratus yang paling sedikit didalam cara seorang lelaki memilih pasangan. Mungkin lelaki tidak terlalu mementingkan faktor ini kerana sifat kepimpinan yang semulajadi wujud didalam diri mereka.

Wanita- Berbeza daripada cara pemilihan lelaki memilih pasangan, wanita pula tidak meletakkan wajah atau penampilan seseorang lelaki itu menjadi perkara utama. Mereka lebih cenderung untuk memilih lelaki yang bijak dan emosi yang stabil.

Ia mungkin disebabkan oleh perwatakan wanita yang selalu memerlukan perlindungan daripada lelaki. Selain daripada itu, ia juga mungkin kerana wanita merasakan lelaki yang bijak dan emosi yang stabil mampu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Kebanyakan wanita meletakkan paras rupa seorang lelaki perkara yang terakhir dalam mereka 1memilih pasangan hidup. Kerana bukan paras rupa yang mereka cari tetapi mereka mahukan seorang lelaki yang mampu untuk memimpin mereka. Cara wanita memilih pasangan dilihat lebih mementingkan keikhlasan berbanding lelaki yang lebih mementingkan kepuasan.

Paksu:

Paling utama bagi paksu adalah calon isteri yang tinggi pendidikan agamanya. Jika pun tak

Roh ketika ajal.

Tajuk : Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal

Dari Al-Bara' bin 'Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali; kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakulmaut a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah".

Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya ditangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu' (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh.

Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): "Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam 'illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi".

Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apabila orang itu orang jahat, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi.

Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca (ayat 40 Surah al-A'raf ertinya): "…..Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum…..". (Kemudian Baginda s.a.w bersabda): "Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpalah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ…….."

Al-Bara' bin 'Azib r.a

Jumaat, 9 September 2011

Radovic restu hasrat Safee

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KELAB Indonesia, Pelita Jaya FC (PJFC) masih belum memberi kata putus mengenai hasrat penyerang utama negara, Mohd Safee Sali untuk menjalani ujian percubaan (trial) bersama kelab Liga Divisyen Dua England, Cardiff City selama dua minggu bermula Isnin ini.

Namun impian penyerang berusia 27 tahun itu berkemungkinan tidak menghadapi sebarang masalah selepas mendapat restu jurulatih kelab terbabit, Misha Radovic semalam yang memandangkan sebagai sesuatu yang positif. “Jurulatih (Radovic) semalam sudah memberikan kebenaran. Cuma kini perlu menunggu pelepasan pihak kelab yang mungkin diketahui dalam tempoh sehari dua selepas perbincangan pihak pengurusan diadakan,” kata penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu ketika dihubungi semalam.

Difahamkan pengurus kelab Indonesia itu, Lalu Mara Satria, antara individu penting PJFC kini berada di Timor Leste serta berada di kawasan yang sukar dihubungi dan dijangka pulang hari ini.

Bekas penyerang Selangor itu yang kini giat mengharungi latihan pra-musim bersama PJFC berkata dia masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai ujian percubaan terbabit namun tetap bersedia untuk memberikan yang terbaik.

“Saya baru saja menjalani latihan kembali bersama kelab. Tahap kecergasan mungkin belum mencapai 100 peratus namun saya akan berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam tempoh beberapa hari ini,” katanya.

Mohd Safee jelas menjadi aset penting kepada PJFC selepas membantu kelab terbabit daripada tersingkir ke liga bawahan apabila menjaringkan sejumlah gol penting walaupun hanya pada pusingan kedua Liga Super Indonesia (ISL).

Malah dia satu-satunya pemain import PJFC yang tidak digugurkan untuk menghadapi saingan baru ISL yang bermula 8 Oktober depan. Cardiff City, kelab dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee kelmarin membuka pintu buat penyerang berbisa negara itu untuk menjalani ujian percubaan selepas turut memberikan peluang yang sama kepada kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim yang terpaksa menangguhkannya berikutan komitmennya bersama Selangor dalam kancah Piala Malaysia.

Selasa, 6 September 2011

PPSMI sudah ‘berkubur’

Oleh Hafizah Iszahanid
2011/08/22

Kerajaan diminta bertegas dengan dasar yang sudah diputuskan

TIMBUL lagi isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) minggu lalu berikutan pengakuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran bahawa kerajaan sedia menimbang untuk membenarkan dasar PPSMI di sekolah pilihan.

Meskipun keesokan harinya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dilaporkan berkata, kerajaan tegas untuk memansuhkan PPSMI dan tidak akan tunduk pada walau apa juga tekanan, isu ini menyebabkan sebahagian besar warga Malaysia gelisah. Kenapa mesti berdolak-dalik dan bertarik tali pada sesuatu perkara yang sudah diputuskan?

Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Faridah Jalil berkata, jika disorot dari sudut Perlembagaan Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sudah dimaktubkan dalam Perkara 152. Bagaimanapun, perlembagaan itu hanyalah kata-kata yang boleh diubah dan ditafsirkan mengikut kepentingan.

Secara jelas Perkara 152 menggariskan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu dan semua urusan rasmi kerajaan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan hendaklah dilakukan dalam bahasa Melayu, ini merangkumi pendidikan kerana ia dalam kategori urusan rasmi.

“Sebelum ini tuntutan untuk penubuhan Universiti Merdeka pada 1981 yang ingin menggunakan bahasa selain bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditolak oleh mahkamah kerana penggunaan bahasa Cina secara jelas berlawanan dengan Perkara 152. Malah ia juga bercanggah dengan Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Malaysia,” katanya pada pertemuan dengan Sastera.

Bagaimanapun pada dekad 2000, kerajaan menggubal Akta Pengajian Tinggi Swasta yang membenarkan penubuhan universiti dan kolej persendirian yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ini selari dengan matlamat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa.

“Inilah yang saya maksudkan dengan perlembagaan itu boleh diubah dan ia sebenarnya boleh disesuaikan dengan masa. Jika kita lihat, di Thailand dan Indonesia, isu seperti ini tidak berbangkit kerana mereka bangga dengan bahasa ibunda mereka. Namun di Malaysia, tinggalan penjajah British terlalu kuat dan memansuhkan penggunaan bahasa Inggeris selepas merdeka tidak begitu relevan, apabila kita menyaksikan bahasa Inggeris menjadi bahasa antarabangsa,” katanya.

Dr Faridah menilai tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melaksanakan PPSMI dibuat atas polisi kerajaan pada masa itu bukan dengan maksud memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui kedua-dua mata pelajaran terbabit kerana penguasaan bahasa penjajah antaranya dapat dilaksanakan menerusi subjek sastera.

Subjek Matematik tidak memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris yang tinggi kerana ia hanya bermain dengan simbol dan formula berbanding dengan Sains, selain pada zaman Tun Mahathir, Malaysia hendak menjadi negara yang melahirkan teknokrat, lalu penekanan bahasa Inggeris ditingkatkan hingga kita melupakan perkara asas.

“Saya berpendapat jika subjek Matematik dan Sains dilakukan dalam bahasa Inggeris, ia tidak akan menjejaskan jati diri, seandainya kita bersama-sama pejuang bahasa dan sastera terus giat memperjuangkan bahasa dan sastera. Jika PPSMI dimansuhkan dan digantikan dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) saya berharap MBM itu bukan hanya memartabatkan, sebaliknya juga memperkasakan.

“Kesilapan paling besar ialah apabila Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) dalam laporan di lawan sesawang dan akhbar, memperjuangkan PPSMI dengan menyebut ‘bahasa Melayu tidak berupaya menjadi bahasa ilmu atau bahasa saintifik yang kurang nilai komersial.

“Kenapa kita perlu berjuang dengan memperlekehkan orang lain? Kalau hendak perjuangkan PPSMI silakan, tetapi bukan dengan memperlekehkan bahasa Melayu. Situasi ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan sebilangan besar orang Melayu dan pejuang bahasa Melayu,” tegasnya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof Dr Mohd Ali Hassan berkata, isu terbabit sepatutnya sudah selesai dan pihak yang berkaitan perlu lebih peka dalam mengeluarkan kenyataan tanpa perlu menyinggung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pengantar di negara ini.

“Apa yang kelihatan ialah kerajaan tidak tegas dengan usaha pemansuhan PPSMI dan seolah-olah tidak serius mahu melaksanakan MBMMBI. Ia juga memberi gambaran kerajaan tidak jitu dengan keputusan yang sudah dibuat dalam usaha memperkasakan bahasa ibunda, lalu kenyataan sebegitu dilihat sebagai satu taktik pemancingan politik,” katanya.

Prof Mohd Ali, kerajaan seolah-olah tidak mahu menjayakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa sains dan teknologi sehingga kesemua itu memberi implikasi yang negatif lalu menunjukkan ketidakwibawaan.

“Kenapa perlu tiba-tiba berpatah balik ke belakang untuk sesuatu yang sudah diputuskan? Mengapa tidak tegas dalam isu perjuangan bahasa Melayu? Kalau isunya PPSMI itu perlu wujud kerana kegagalan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, kita mesti faham ia adalah dua perkara berbeza.

“Kalau gagal bahasa Inggeris, perbaiki bahasa Inggeris, semak kembali kokurikulum, prasarananya, guru yang dipertanggungjawabkan bagaimana? Hendak perkasakan bahasa Inggeris, perkasakan dulu guru yang mengajar subjek itu, PPSMI tidak akan memperkasakan bahasa Inggeris pelajar sekolah negara ini,” ujarnya.

Prof Mohd Ali melihat langkah kerajaan mahu membenarkan sekolah memilih sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik, akan mencelaru dan menghuru-harakan pelajar, selain menjejaskan perpaduan.

“Akan wujud dua kelompok dalam generasi hadapan. Ibu bapa kena ingat, sekolah ini sekolah kerajaan dan mesti mengikut aspirasi kerajaan. Kalau hendak anak belajar bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik, hantar anak ke sekolah persendirian,” katanya.

Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia, Datuk Dr Hassan Ahmad, ketika dihubungi Sastera, jelas tidak dapat membendung kekecewaannya dan perkara ini dapat dilihat melalui kenyataannya yang melihat sebagai dasar yang memecah-belahkan rakyat.

“PPSMI adalah dasar penjajah yang memisahkan sekolah elit dengan sekolah tidak elit dan sekolah kampung dengan sekolah bandar. Dasar yang sebelum ini sudah berjaya mengapa perlu kita berpatah balik?,” soalnya

Bahasa Perak

Tuesday, June 8, 2010
Mari Belajar Bahasa Perak


Untuk Gantinama:

teman = saya
mike = awak
kamu=awak
mengkema =engkau orang(ramai)
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya (bacha dengan E tanda diatas)
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.
kedua dua gelaran ini juga digunakan didalam keluarga.
Pah/Opah = Nenek
Tok = datuk
Enda = panggilan ibu yang biasa dipanggil oleh anak2 sadah di Perak.....tak semua
Tok Enda = panggilan nenek



Kebanyakkan hujung ING tinggal IN saja

Kambing = kambin
kuching = kucin
lembing = lembin
daching = dachin
cacing = cacin
guling = gulin
pusing = pusin
bising = bisin

kebanyakkan akhiran IR diganti dengan IO, AR diganti dengan O
Acar = aco
air = ayo
Ajar = ajo
akar = ako
asar = aso
fikir =pikio
pasir =pashio
putar = puto..........ada ungkapan orang marah.....puto dek hawa taun lah kamu..makna nya biar kamu kena taun
kikir=kikio
cicir = cicio
kafir=kapio
lendir lendio
hanyir= hanyio
bibir =bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu
kedapatan pada dubur kanak kanak
biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik kemata buta makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta.

bakar=bako
belukar=beluko
tikar =tiko
seluar=seluo
ular =ulo
sambar=sambo
selimbar selimbo
takar=tako
besar=beso.........itu chik beso maknanya encik besar..panggilan kepada abang sulong dalam sesetengah keluarga sadah diPerak (mungkin tak semua mengamal nya) anak ana saudaranya pula akan memenggil Ayah Beso.

chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai ). itu yang ada nama kampong Chego Galah (Chegar Galah) di Kuala Kangsar penempatan keluarga sadah di Hulu Perak selain di sebelah hilirnya di kampung Pulau Pisang di daerah Parit.

zikrr = jikio


PERKARTAAN2 LAIN

ate = habis tu (penyedap cakap)
biole = biar lah
belontok = macamikan haruan berbintik cokelat
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok tepung campur bawang
cucor = jirus
cabuk = berkudis buruk cth orang marah..cabuk le kaki kamu.....makna nya biar kaki kamu tu berkudis teruk
tumpo = mati (bahasa kasar)

pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh/sangat cth budak ne jahat bebeno
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas.....cth aku piat telinga tu karang.
petia = perhati
bedek(membedek) = belek (membelek)
kela = gaduh
berkela = bergaduk
kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas.
tepek = lempeng
jamban = selain makna biasa.......nama bagi pelantar atau rakit tampat mandi di sungai Perak biasanya dibuat dari batang balak.
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
Tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
kek = cake
cekelat = gula gula
kopek = tetek
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek jer...
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh.........umpama orang bertanya banyak ke lagi kueh raya
jawabnya tinggei kekodak tong aje.......

ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul........dengan lidi umpamanya.
sidang = berhenti.......pada hujan
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas
getik = benci
amra = kedondong
meghenin = berkilat
nganto = sejenis permainan anak muda dibulan puasa dekat dekat nak raya ketika ibu sibuk buat kueh deme
akan ambil beberapa jenis kueh buboh dalam pinggan umpamanya dihantar secara senyap senyap
kerumah kawan di letak atas tangga umpamanya kemudian diletupkan mercun bagi tau isi rumah
ahli keluarga rumah itu akan keluar dan mengejar si penghantar jika dapat mukanya akan dilumur
dengan bedak atau arang tapi no hard ffeeling kerana ini seronok seronok dan tuan rumah yang
menerima kueh itu akan makan seisi keluarga . Tetapi permainan ini sudah hampir pupus melainkan
di kampung 2 pedalaman.

melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak
R yang diawal atau tengah perkataaan di ganti drngan GH

rumah = ghumah
orang = oghang
kerja = keghoje
memburu = menbughu
resah = ghesah
rosak =ghosak
ribu = ghibu

Ada beberapa perkataan oghang puteh oleh orang tetue di perakkan
bob = buku
belen = baki
merket = pasar
bot =bot

Tentang duit
1 sen = seduit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen= 2kupang
25 sen = dua kupang 5 duit
setersnya hingga
90 sen =sembilan kupang
95 sen = sembilan kupang lima duit
seringgit = seringgit
RM1.25 = seringgit suku
RM1.50 = tenghah dua ringgit

Potong Tangan

(satu pandangan)

Perbuatan mencuri adalah berat di sisi Allah. Ia sama berat dengan perbuatan menyekutukan Allah, zina, membunuh anak-anak sendiri, mendatangkan umpatan dan mengingkari Nabi. Petunjuk dipetik daripada firman Allah berbunyi:

"Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (60:12)

Mencuri bermaksud "mengambil kepunyaan orang tidak dengan kebenarannya, memaling" menurut Kamus Dewan. Perbuatan itu zalim, dan hukumannya ditetapkan di dalam ayat berikut:

"Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana." (5:38)

Ayat yang menyusul menyuruh pencuri bertaubat dan membetulkan, dan kemudian, Allah akan menerima taubatnya:

"Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (5:39)


Potong

Tangan pencuri, baik lelaki mahupun perempuan, harus dipotong menurut ayat 5:38 tadi. Perkataan potong yang menyerlah diterjemah daripada kalimat qata'a. Ia dijumpai di dalam lima belas ayat al-Qur'an, termasuk yang baru disebut. Kerana konteks ayat yang berlainan maka terjemahan bagi kalimat itu berbeza. Perbezaan mereka dapat dilihat di dalam ayat-ayat yang diturunkan di bawah ini, tetapi dengan ringkas sahaja:

"Orang-orang yang memecahkan perjanjian Allah ..." - 2:27 (dan perjanjian disebut lagi, tetapi bukan Allah, di dalam 13:25)

"Supaya Dia memotong sebahagian orang-orang yang tidak percaya ..." - 3:127 (ayat 8:7 turut menceritakan memotong orang-orang yang sama)

"Sisa terakhir kaum yang membuat kezaliman dipotong." - 6:45 (sisa terakhir orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah disebut di dalam ayat 7:72, dan kaum Lut, 15:66)

"... dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah," - 9:121.

"... menghulurkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia memotongnya," - 22:15

"... aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu mempersaksikan aku." - 27:32.

"... kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan," - 29:29

"Tidak terputus, dan tidak tercegah," - 56:33 (pelbagai rezeki di syurga)

"Apa sahaja pohon palma yang kamu tebang," - 59:5, dan,

"Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya (Muhammad)," - 69:46

Kalimat qata'a terbit daripada akar berhuruf qaf-ta-ain. Adalah difahamkan seterusnya bahawa empat kata lain terbit daripada akar tersebut - qit, qita, qatta'a, dan taqatta'a. Mereka, seperti qata'a, diterjemah kepada beberapa perkataan juga, iaitu sebahagian, bahagian-bahagian, kawasan-kawasan, dipotong, memotong, dibelah, memutuskan, diputuskan, memecahkan dan berpecah, menurut konteks ayat.

(Sila rujuk ayat-ayat mengandungi kalimat qata'a [potong] yang lengkap, dan ayat-ayat daripada empat kata terbitan lain yang disebut, melalui "link" di hujung halaman ini, atau di sini. Terima kasih.)

Lantaran itu, kesemua kalimat tersebut kelihatan membawa maksud potong atau seumpamanya, dan ayat-ayat yang mengandunginya pula nampak jelas, tidak macam jenis mutasyabihat atau perumpamaan.


Hukum

Sekiranya diterima hukuman potong tangan bagi pencuri sebagai hukum hudud Allah, atau had-had Allah, tentu ia menjadi hukuman yang maksima. Dengan itu, tambahan anggota badan, seperti kaki untuk dipotong, atau pencuri dihukum bunuh, sebagaimana ajaran sesetengah golongan, telah melewati batas-batas yang ditetapkan Allah. Itu amat berat, jauh lebih berat daripada mencuri.

Sehubungan itu, satu kes mencuri yang tidak dipotong tangan tersurat di dalam al-Qur'an. Daripadanya boleh diambil iktibar. Kes itu disebut di dalam sebuah cerita seorang Nabi yang menjadi "pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda" (12:111).

Barang yang dicuri adalah gelas berkaki kepunyaan raja (12:72). Sebagai balasan, pencuri ditahan (12:79). Keterangan lanjut boleh dibaca dalam kisah Nabi Yusuf.

Perbuatan mencuri gelas kepunyaan raja tidak seharusnya dipandang ringan, apatah lagi kalau disamakan dengan "membuat kerosakan di bumi" (12:73). Namun, dalam kes yang agak berat itu pun, Allah menunjukkan keadilan-Nya dengan tidak mengisyaratkan memotong tangan pencuri.


Pertimbangan

Mencuri merupakan suatu kezaliman (5:39 tadi) terhadap orang lain. Maka timbul soalan, umpamanya, berapa nilai atau berat kezaliman yang dilakukan oleh pencuri sehingga dia harus dikenakan hukuman maksima? Bagaimana kalau dia memulangkan curiannya, dan dia bertaubat? Mahukah dipotong juga tangannya? Atau, memotongnya setelah sabit kesalahan yang kedua?

Soalan-soalan tersebut, dan banyak yang lain, harus diambil kira dalam pertimbangan sebelum memotong tangan seorang hamba-Nya.

Seterusnya, didapati dalam jenayah yang lebih berat, seperti membunuh orang, yang membawa hukuman mati, sebagai hukuman maksima, pun, Allah menggesa orang-orang yang mempunyai minda memilih kehidupan di atas pembunuhan. Atau, mengutamakan sifat perikemanusiaan. Firman-Nya,

"Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa." (2:179)

Pembunuh itu selanjutnya boleh dimaafkan oleh saudara orang yang dibunuh dan membayar "ganti rugi". Ayat al-Qur'an yang menjelaskannya berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas) ..... tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih." (2:178)

Petunjuk di atas tentu baik diambil kira dalam masalah mencuri. Bayaran ganti rugi tidak menzalimi sesiapa. Ia tanda permaafan.


Hukuman contoh

Hukuman memotong tangan pencuri dianggap sebagai "hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana." (5:38). Atau, sebagai penghalang, daripada pencuri menlanjutkan kegiatannya, atau menghalang orang lain daripada mencuri sepertinya. Barangkali, hukuman itu dapat, misalannya, menghalang wang rakyat berjuta ringgit daripada dicuri oleh orang-orang yang ingin mencurinya.

Bagi orang yang melempar tuduhan mencuri ke atas orang lain pula, dia harus mendatangkan empat saksi, atau bukti, kalau mahu ikut kes zina, iaitu kejahatan yang disebut bersama mencuri di dalam ayat pertama dipapar di halaman ini. Dan menurut kes zina lagi, dalam menjalankan hukum Allah, "janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka." (24:2)

Masih dengan zina. Kali ini, yang menjadi iktibar ialah hukuman sebat yang dikenakan. Sebat di situ bukan metafora. Macam itu juga pendapat penulis ke atas potong tangan. Pendapatnya mungkin berbeza dengan pendapat sesetengah orang lain. Apapun, ia hanya satu pandangan sahaja.

Hukuman potong tangan pencuri lelaki dan perempuan tidak dijalankan dengan sewenang-wenangnya. Pertimbangan untuk menyelamatkan tangan mereka dan peluang untuk bertaubat, dan dimaafkan, walaupun mereka jahat, harus menjadi agenda penting bagi orang-orang mempunyai minda, dan bertakwa (takut kepada Tuhan), apabila mereka duduk untuk menegakkan hukum Allah. Takut nanti, azab-Nya akan turun lalu meliputi seluruh ahli masyarakat Islam, atas kezaliman yang dilakukan terhadap mereka pula. Dan atas, salah guna nama Islam yang murni.

Sila rujuk:
Kalimat curi di dalam al-Qur'an
Kalimat potong di dalam al-Qur'an

Penulis Bacaan
November 2003
Ramadan/Syawal 1424

Isnin, 5 September 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 2)


"Bila ayah nak balik ke Meru" entah kali ke berapa Mila bertanya, sambil dia kemas rumah sambil itu dia mencongak waktu.

"Ayah ikut saja, kalau ibu nak balik sekarang pun ayah tak jadi masalah!"

Dengar khabarnya Mila & adik-adiknya mahu berkumpul di rumah pusaka mereka. Ini tahun pertama keluarga Mila berhari raya tanpa ibu & ayah. Nyaie (bahasa baku tulis Nyai.. aku suka nulis Nyaie.. ada bunyi eee hujungnya) pergi meninggalkan kami ketika dewan perkahwinan gegak-gempita dengan alunan lagu pilihan Mila. Aku sebenarnya menolak lagu yang lantang ketika majlis; selalu berpesan pada Mila. Jika buat majlis biarlah tetamu santai; waris ramai datang nak berbual nak dengar lagu banyak kat radio; entah berapa banyak FM di saluran radio kita.

Apatah lagi jika majlis siap berkaraoke; bukan aku anti hiburan tetapi tak tahu mana nak dengar. Di ruang terbuka mungkin boleh diterimapakai; bayangkan jika di dewan. Nak makan-makan atau bersembang pun rasa serba tak kena. Jika mahu hiburan; alunkan saja lagu sederhana rendah nadanya. Jangan memaksa tetamu mendengarnya.

Nyaie menyambut panggilan Ilahi sekitar 2:15 petang; khabarnya tersebar sekitar 2:30 petang. Laguan gegak-gempita beralun sampai sekitar 3:00 petang. Roh nan pergi tetap pergi, kita di dunia seperti biasanya terpaksa meneruskan perjalanan hidup kita. Huh! itu kenangan lama.

"Selipar itu kenangan kita ke Melakalah ibu, takkan tak ada pasangannya!" aku ternampak Mila tangkap muat sahaja barangan yang dia mahu buang; memang ramai kalangan kita suka rumah jadi padang golf akhirnya lapang cuma tinggal tahi cicak sahaja. Aku perasan ada beberapa pasang kasut kesayanganku yang mahu aku baiki tinggal sebelah sahaja; mana pasangannya aku tak pasti. Ketika aku tiada di rumah Mila & anak-anaknya buat operasi Bersih. Jangkaan aku betul; stor aku di atas sana tak boleh dimasuki kini. Konsep sumbat muat akan menjadi sejarah kamar Afiz duduki kini; nak buka pintu pun tak boleh lagi.

Untuk mengemas rumah zaman sekarang telah banyak kemudahan; konsep simpan dalam kotak kertas sudah kurang berkesan; paling cantik simpan dalam kotak plastik; siap beroda & mudah dialihkan. Titik bab kemas rumah.

Sedar tak sedar; hairan bin ajaib. Mila buat keputusan beraya di Jenaris. Seingat aku entah berapa lama kami tak beraya di Jenaris; silap-silap telah berbelas tahun kami mesti raya di Meru. Jika Hari Raya Korban itu mungkin selalu.

Dua hari sebelum raya aku telah bising menyuruh Mila sinaraikan barangan yang mahu dibeli. Biasalah hari raya mesti ada sahaja keperluan dapur yang tak cukup. TESCO tak jauh dari rumahku ini; sekitar 2 atau 3 kilometer sahaja. Selalunya jika musim perayaan TESCO akan dibuka sampai jam 1:00 pagi (buka 8:00 pagi memang telah menjadi jadual harian). Aku perasan jika mencari barangan basah keperluan dapur dua pasar raya ini bersaing sihat. TESCO & Econsave. Giant yang beberapa ratus meter sahaja dari rumahku memang tak dapat tandingi harga runtuh dua pasar raya ini.

Rakan St Michael's Inst Ipoh (SMI) yang buka restoran Nasi Arab pun mengadu, terpaksa berlari ke TESCO untuk mendapatkan harga barangan yang munasabah. Pasar Borong pun tak dapat menyaingi kemurahan barangan basah di TESCO ini.

Mila merancang nak masak Sayur Lodeh; sambal kacang dia telah beli kompeninya yang buat; Sime Darby. Nasi himpit dia mahukan buatan Adabi yang peketnya kecil. Banyaklah barangan yang kena beli; faham sahajalah nak buat Sambal Lodeh.

Awal pagi Isnin aku telah bising nak ke TESCO, Mila buat faham tak faham sahaja; akhir sekitar jam 12:00 tengah hari baru aku bertolak ke TESCO. Alahai hanya jual bulu ayam sahaja untuk cuci habuk; tak jumpa biarpun kaki ayam di TESCO; udang pun cuma ada udang kering; kacang panjang pun habis; ketupat segera cuma ada jenama Nona yang peketnya besar. Aku berbual dengan Minaci yang menjadi Jurutimbang di bahagian sayuran & barangan dapur.

"Jam 8:00 pagi orang telah serbu; ayam awal pagi lagi dah habis! ayam memang ada tawaran murah hari ini!" aku tanya pada pemotong ayam si Bangla yang memang aku telah cam mukanya.

"Bila ayam mahu sampai?... ini petang adakah?"

"Sudah kasi tahu stok habis tapi tarak tahu bila mahu sampai!" Huh! gemek sahaja TESCO ni; aku buka di akhbar memang harga ayam mereka jual RM3.39 setiap keluarga 4 ekor. Gua punya keluarga tarak dapat seekor pun.

- bersambung

Sila ke situs Penyair iDANRADZi di http://idanradzi.blogspot.com/ jika mahu tahu kisah perjalanan raya 2011 Penyair ini.

Aqiqah

PENGERTIAN ‘AQIQAH
  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH

  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

  1. Berdoa semasa hendak menyembelih:


    بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.

  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

  1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.

  2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.

  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.

  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.

  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.

  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.

  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.

  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH

  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

  1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

  2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

  3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.

  4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.