KUALA LUMPUR – Kalau anda jenis lemah semangat jangan tenung lama-lama gambar di atas. Kalau anda jenis berani, lihat di celah-celah besi di belakang gadis dalam gambar itu. Apa yang anda nampak?
Seolah-olah ada sesuatu bukan di kejauhan itu. Persoalannya kini apakah ia hanya satu bentuk bayangan di sebuah pokok atau mungkin juga satu gurauan?
Dengar kata ia adalah gambar lama yang diambil berhampiran Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka sedang kecoh dengan pelbagai kisah seram buat masa ini.
(Baca: Kenyataan Pihak MPP UiTM Lendu)
Ada yang mengatakan imej dalam gambar itu adalah orang minyak. Selain itu, tersebar kisah bahawa rasuk dan histeria sedang berleluasa di sana. “Dengar kata semalam ada budak-budak membuat program Tarian Ulik Mayang yang menyebabkan mula berlaku gangguan,” menurut seorang pensyarah ketika dihubungi di Melaka malam ini. Apa yang diketahui, kekcohan yang berlaku menyebabkan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Lendu mengadakan bacaan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama malam ini.
Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian pelajar terutama yang duduk di tempat yang berhampiran dengan kampus kembali ke rumah masing-masing. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ketika dihubungi Mynewshub.my memberitahu beliau belum lagi menerima sebarang laporan mengenai kekecohan di UiTM Lendu malam ini. Beliau bagaimanapun memberitahu akan melihat kepada isu itu.
Saturday, January 19, 2013
Kes Rasuk Menjadi-Jadi Di UITM Lendu? Bila bercakap soal histeria, meracau, kena rasuk dan sebagainya, memang tak boleh dipisah dengan kehidupan pelajar berasrama. Terutama dalam asrama perempuan. Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.
Penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ. ” Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau. ” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis
: “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” ” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,” katanya dalam blog berkenaan. Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.
Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.
Ibn Masud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan. Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.
Menurut ahli akademik, Dr. Amran Kasimin, hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut. Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa ? maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.
Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh. Ubai Ibnu Ka’ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata: ” Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.? Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan: ” Dia terkena sakit sasau.? Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda. Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan Nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.
Menurut Dr. Amran, peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat. Katanya, pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.
Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.
Ujarnya, sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan. ” Perkara sebegini boleh juga terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.
“ Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah. ” Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental,” ujar Dr. Amran.
Semoga penulis blog tersebut dan rakan-rakannya bersabar dan banyakkan beribadat agar tidak timbul lagi perkara sebegini. Pada mereka yang nak tahu apa yang terjadi di UITM Lendu seperti yang dikataan itu,
Rektor UITM Melaka Minta Pelajar, Ibu Bapa Bertenang
KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan para pelajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) Melaka diminta bertenang kerana keadaan kampus sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal, kata Rektornya, Prof. Madya Dr. Mohd.Adnan Hashim.
Menurut Dr. Mohd. Adnan, beliau tidak menolak kemungkinan ada pelajar di kampus tersebut yang mengalami masalah tersendiri hingga menyumbang kepada insiden ‘rasuk’ seperti mana yang hangat tersebar dalam media sosial ketika ini.
” Saya ingin memberi jaminan bahawa keadaan adalah terkawal dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana pihak pentadbiran kampus mengambil berat masalah pelajar serta cuba sebaik mungkin bagi memastikan keselesaan mereka,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini lewat malam ini.
Beliau juga memberitahu pihaknya sentiasa menekankan aspek keagamaan termasuk majlis bacaan Yassin kepada warga kampus tersebut.
Topik rasuk dan histeria di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka secara tiba-tiba trending di Twitter malam ini.
Topik berkaitan kejadian tersebut banyak dibincangkan menggunakan beberapa hastag seperti #uitmlendu, #PrayForLendu, #UITMLendu, #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForUiTMLendu serta beberapa yang lain lagi.
Kebanyakan pengguna akaun Twitter dari kalangan pelajar dan golongan muda yang dilihat memberikan perhatian kepada kejadian rasuk di UiTM berkenaan.
(Baca: NGO Lapor Polis Dakwa Pelajar Islam Diberi Bible Di Hadapan Sekolah)
Ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan situasi di sana dan ramai juga yang mendoakan keselamatan kepada pelajar-pelajar berkenaan.
Kisah seram di Uitm Lendu Melaka benar atau tidak hantu?
Apabila cerita disampaikan dari mulut ke mulut maka tidak mustahil plot penceritaan itu ditokok tambah bagi menghangatkan lagi situasi seram yang dikatakan gangguan makhluk halus di Uitm Lendu Melaka
Sebenarnya cerita seperti pelajar mengalami histeria dan gangguan aneh di sana sudah lama diketahui antara kawasan yang dikenalpasti sebagai tempat yang dikatakan keras itu adalah di lokasi jambatan gantung berdekatan tasik
Malah,rakan-rakan penulis yang belajar di sana masing-masing menceritakan pengalaman seram mereka seperti penampakan susuk tubuh ganjil dan pintu bilik asrama sering diketuk-ketuk oleh makhluk yang tidak dapat dikesan identitinya
Penulis tidak menganggap apa yang berlaku disana hanya rekaan semata-mata kerana berdasarkan kejadian terbaru yang hangat di bincangkan di internet menerusi laman sosial seperti Twitter jelas mengukuhkan apa yang pernah dialami oleh rakan penulis
Uitm Lendu kisah hantu kisah seram di uitm lendu melaka benar atau tidak?
Bahkan juga difahamkan pihak MPP telah memberi arahan kepada seluruh pelajar terutama penghuni kolej-kolej kediaman untuk mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana yang perlu dilakukan di setiap tingkat di kolej kediaman masing-masing
cerita hantu di uitm lendu melaka kisah seram di uitm lendu melaka benar atau tidak
Percaya atau tidak hanya mereka yang pernah mengalaminya kejadian mistik di sana tahu jawapannya.Kita yang berada jauh usahlah menokok tambah cerita yang akan mengundang keresahan pelajar di sana
Pada pendapat penulis jangan terlalu emosi dan takut pada hantu mengatasi ALLAH.Orang ramai khususnya umat Islam tidak perlu takut kepada hantu kerana ia adalah jelmaan iblis, syaitan atau jin dan semuanya itu adalah makhluk ALLAH
Kejadian diganggu hantu sepatutnya menjadikan kita lebih dekat pada ALLAH dan lebih banyak muhasabah diri
Cara yang terbaik mengatasi masalah gangguan makhluk halus, umat Islam boleh membaca ayat Kursi dan ayat-ayat al-Quran yang lain
Ish kalau sampai hilang ini kira kes berat macam dalam akhbar sering kita baca
orang bunian sorokkan orang dalam perdu buluh.
Lagi Kisah Hantu di UiTM Lendu
Cerita satu
Tengah syok tengok orang buat hakka.. Tetiba macam kecoh kat satu bilik kat bawah.. Aku pun pelik laaa...!! Tetiba abang yang baru balik dari surau tu suruh budak hakka berhenti berlatih.. Dia cakap "Korang nak naik bilik awal??" Kitorang semua mesti lah nak kan.. masing masing pun dah penat, mengantuk lagi! Lepas tu abang tu cakap, "Kalau korang nak naik awal, janji dengan aku.. jangan pergi bilik tu" Kitorang semua pun pelik lah.. Mesti ada orang kena rasuk ni..
Macam "benda" tu melompat ke orang lain pulak.. Maybe sebab tu lah abang senior tu tak bagi pergi bilik tu.. Tapi... tak ada orang pun nak dengar cakap abang tu.. semua pergi serbu bilik tu nak tengok apa yang jadi.. Aku malas lah nak pergi menyemak.. Tapi ada lah jugak menjenguk.. hahaha... Keesokkannya time aku nak pergi kelas.. Aku pun tunggulah kawan sekelas aku kat bawah..
Tak lama lepas tu dia keluar, aku pun tanya lah kawan aku tu pasal budak kena rasuk semalam sebab bilik dia dekat dengan budak yang dirasuk tu.. "Budak yang kena rasuk tu macam mana? dah okay??" "Okay daaah... haaa kau nak tau cerita sebenar dia?? "Eh nak..! macam mana dia boleh kena rasuk??" "Ni budak yang kena rasuk tu cerita balik tau..Macam ni, semalam kan ada budak perempuan kena rasuk kat surau semalam?? Budak perempuan tu kena rasuk oleh SAKA diasendiri..
Lepas tu ada abang senior kita sebok nak tengok timenak halau saka tu.. lepas saka tu dah keluar.. Saka tu ikut abang senior kita.. Time dia menuju balik kat kolej.. Budak lelaki yang kena rasuk tu nampak Saka tu ikut abang tu..
Budak yang kena rasuk tu dah buka HIJAB!!! so dia boleh nampak" "Ouh my dior!!" "Yelah! Time dia nampak saka tu ikut abang tu.. Saka tu perasan yang dia boleh nampak!! Budak yang kena rasuk tu pejam mata, then bila dia buka mata je Saka tu betul betul depan dia!! Jarak saka dengan budak tu satu inchi je kau tau!! Budak tu terus tersandar kat dinding.. Then lepas tu ada abang senior lain ternampak budak tu, abang senior tu terus bawa budak tu masuk bilik dia..
Budak yang kena rasuk tu cakap, time dia kena rasuk, dia kena bawa oleh saka tu kat dalam hutan.. Dia kena ikat kat pokok.. Dua hari dia kat dunia sana..! Tapi kat dunia sebenar satu jam je! Dia cakap Saka tu bawa dia ke Perlis, sebab saka tu cakap loghat orang Perlis.. Hhaha.. Dia boleh lepas dari ikatan time ustaz ubat dia.. lebih kurang macam tulah dia cakap.. Dia cakap lagi, muka saka tu sama dengan muka budak perempuan yang kena rasuk semalam.. Tapi tua sikit lahhhh.." "ouh macam tu.."Aku pun tak tau sama ada nak percaya atau tak.. Tapi kalau betul macam mana?? entah lah.. Tapi kira berani lah budak tu sebab pergi buka hijab dia.. Entah apa lagi yang dia nampak kan? haha.. SERAM! p/s: Lepas ni aku nak cerita pasal orang histeria dari bilik ke bilik.. :S
Cerita Dua HANTU UITM LENDU MELAKA
IT’S BEEN SO SCARY HERE IN LENDU. EVERY NIGHT THERE’D BE A FEW CASES OF STOLEN ITEMS AND PEOPLE KENA RASUK, AND PUKAU.
The stolen items part is creepy. First you’d be entering your room and you would think everything is fine. And then you’ll start to realise that one thing is missing. And then two things have gone missing, then you realise that almost everything valuable is missing from your room. And finally you’ll find a note saying this: “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.”, which roughly translated means “Await my presence/arrival at the other colleges.”. Oh by the way, here, we call dorms ‘Kolej/College’. Four places have been attacked so far.
All with the same note. Rasuk, I saw with my own eyes. Real crazy stuff. Rasuk is when a thing enters your body, with the intention to hurt you and the people around you, and use your body to do various things. The girl at my level started dancing, and laughing, and screaming and shouting, walking here and there, and it was going in and out of her body so it was like she was her one second and another person the next.When it was happening at the early stages, my roomates and I turned on the Yaasin on a speaker and sat together. And then we heard it: something screaming outside our window, as if trying to block out the sound of the Yaasin. When we paused the playback, it stopped screaming. When we turned it back on, it started screaming again. It was horrific. So we told our senior, who was at our level, handling the girl that kena rasuk.
She then told us to just keep playing the Yaasin and ignore the sound, or leave the room and go to another room and stay there. We did the latter.When we went to the other room, and as we were just about to close our eyes to sleep, we heard a different sound: someone tapping at our window. Mind you, we’re on the third floor. Then we heard another sound: a tapping on the bed posts. By that time, the girl that kena rasuk was already okay, but the seniors were still at our level. So we told the same senior again what had happened, and she came in, along with 17 of the other seniors, who are the members of the Majlis Tertinggi Kolej.We sat in a circle, kept quite, and listened. Then we all heard it at the same time. We all just stayed in the room at the time, with no intention to leave at all, and we asked the seniors what happened the night before, or the other nights, and they told us that it’s only been our college, and one other boys’ college. And it’s quite bad.
Bad to the point where the Polis Bantuan, who are the people who guard our entire campus, had to be involved in the search of the boys who kena rasuk, because guess what? They can fly. Yup, they freakin’ jumped off the second floor of the college, and flew away.As we were telling the story, so many of us can hear what was happening outside our window. Taps, screamings, shoutings, clappings.. you name it. And while one of the seniors was speaking, another senior was signaling towards the window, while the senior that was speaking just nodded as if to say, “Ignore it!” to her.
She was describing to us what had happened in her room, and one thing that happened was that she heard claps but just one clap and at different intervals. She showed us the sound of the clap, and then the whole room felt two strong winds blowing at different directions, and bam, the door opened by itself, as if kicked by something outside. But there was nothing there.That was when we all read the Yaasin together, and decided that the entire room, all 20 of us, will not leave, because apparently the thing was walking around our level, waiting for us to come out. And apparently it was dancing the same dance the girl did when she kena rasuk, right outside our window.
Scary stuff right there.I think that night is just one of the nights that I’ll just keep thinking about for years to come. I mean this is insane. I was scared. And I’ve never been scared of such things. I’ll just have to keep thinking that God is with me and He and His words from the Book will protect me better than anything else. God is greater than anything else, anywhere, any time. He is with me.Last night, which was Thursday, night of Friday, every college kena kacau by the thing that’s been rasuk-ing. My college was the worst because here we were, reading the Yaasin, and then three people started screaming, as if in pain. It’s was the scariest.
Even the three colleges near us could hear the screaming. Word got out really fast so just as our college was being reported with rasuk, another college called in. An ustaz and some boys from the Majlis Penggerak Masjid were the first at the scene in our college. The YDP of Majlis Pewakilan Pelajar was there too.Then we found out through Twitter that every college was holding a bacaan Yaasin, all at the same time.
College lights were flickering and whatnot, and every college was chilly all night. And, from what I read on Twitter, a lot of people couldn’t sleep because of the sounds and the voices. But gosh, it was super creepy. I can still remember the screams.The pukau part, is just really really frustrating. What these intruders will do is they will knock on your door (or sometimes they just barge in, if you don’t lock it) and they will shake your hand or tap your shoulder. By then you’re screwed. They’ll start talking nonsense to you, and 10 minutes later you’ll realise that you have taken out RM700 from your bank account and given it to these intruders, for a bottle, of literally nothing.
They move really quickly. Everybody’s just afraid of staying in their rooms by themselves now because if they forget to lock it, there’s a higher chance of kena pukau. And this pukau thing will only happen if there are any carnivals/bazaar/fairs in our campus, which happens pretty much every two weeks. Plenty people have been pukau-ed. It’s the worst.I don’t know what’s going on anymore. It’s just been too much lately. At the start of the semester, everything was fine. And then a month later, creepy things start to happen. Hope we can all be safe during this troubling time. Just end this so we can all be in peace. Thing is, we don’t even know what we did that set off the anger in the spirits around Lendu. All the events this week were all Islamic-oriented.
Perhaps it’s mad because of that, because two nights ago, there was a talk in which the ustaz explained the Al-Fatihah. And he read it ever so beautifully. Just as he got to the third ayat, strong winds started blowing, and everything went havoc. The projector screen fell nearly hitting the ustaz’s head, backdrop nearly teared, the papers on the registration tables flew around… and man it was just creepy when the ustaz said “Ada benda tak nak saya teruskan bacaan saya ni.”.
When he said that, another strong wind blew.Ugh, I just.. this is freakin’ scary alright. What do we do about this other than pray for safety? I mean it’s all the spirits here combined. Usually it’s one or two just trying to mess with everyone’s head, but now it’s really just disturbing everyone on campus for no particular reason. It’s annoying, and creepy, frustrating. Scary too. Gosh, just end this. End this now.Day Eighteen
Tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai cerita hantu Uitm Lendu ini dan berita pelajar histeria disampuk selain dirasuk hantu seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang ramai selain pelajar Uitm itu sendiri melalui Twitter, blog, forum dan Facebook..Mungkin ada pelajar-pelajar Uitm Lendu Melaka boleh memberi kenyataan sebenar..?
Cerita Hantu Popular Masa Kat U.
assalammualaikum dulu aku study kat uitm, lendu melaka. Tapi 1 sem je aku bertahan kat sana sebab…sebab..sebab kat sana macam – macam je citer hantu aku dengar. Jadi untuk kebaikan sendiri, aku pun pindah ke uitm, kampus bandar melaka pada semester kedua! Pehh!! Nampak sangat menipunya. Sedangkan batch kita orang memang DIPINDAHKAN pun oleh pihak u pun. bukan suka – suka nak pindah, tahu! Berbalik pada citer hantu tadi. Masa kat lendu, aku duduk kat blog F. F stand for Firdaus! Lokasi atas bukit berdepan dengan hostel budak lelaki. Eh, pelu ke aku nak mention sume ni? Okay, abaikan. Jadi, masa lepak – lepak dengan kekawan tu. mulalah bergosip. Sampailah masuk citer hantu.
Memandangkan aku tak penah duk asrama sejak sekolah lagi jadi KEexcitedTAN aku untuk dengar citer diaorang tak payah cakaplah kan. Tapi betul ke tak aku tak taulah ye. Okay, antara citer hantu yang aku ingat :
Hantu berus gigi.
Kisahnya ada sorang student ni gosok gigi. Kat sebelah dia ada sorang student yang turut sama gosok gigi. Pas dia gosok gigi terus angkat muka tengok cermin. Dandan tu jugak dia nampak student kat sebelah dia tadi gosok gigi sampai berdarah – darah!.. dia gosok gigi guna pisau. Errrk..
Hantu pak guard.
Bilik kat tingkat dua. Masa syok – syok study tengah malam ada pak guard ketok cermin tingkap. Siap cakap lagi ‘pi lah tido, dah lewat dah ni’.. bayangkan, bilik kat tingkat dua tapi pak guard tu leh ketok tingkap~
Hantu nenek dan cucu.
Hantu nenek dan cucu ni suka lepak atas almari sambil juntai kaki. Sapa yang duk kat hostel tu sila tengok atas almari anda sekarang!
Hantu jadian.
Err.. aku tak tau nama sebenar hantu ni. Aku cakap hantu jadian sebab aku penah dengar pasal hantu ni selalu jadi kawan kita. Ada satu citer tu ada sorang student ni study tengah malam dengan kawan dia. Tiba – tiba dia nak kencing. Pastu dia ajaklah kawan dia pi teman. Pas kencing terus balik bilik. Bila masuk bilik tengok kawan dia tadi kemain steady lagi tidur. Jadi siapa yang teman dia pi toilet tadi?
Hantu public phone.
Sorang student ni ngah bergayut kat public phone. Kat belakang dia ada sorang student tunggu. Nak guna public phone jugak. Tiba – tiba duit syiling dia jatuh. Dia pun tunduk lah ambik. Masa dia tunduk tu dia nampak student kat belakang dia tadi tak ada kaki, maksudnya tergantung!
Okaylah, tu je kut yang aku ingat. Tu pun sipi – sipi je aku ingat. Nak citer detail aku takut salah pulak. Biasalahkan citer dari mulut ke mulut. Ini merupakan
10 perkongsian foto seram dan aneh yang pernah diambil di Malaysia dan telah dikongsi dalam AmazingNara.
Beberapa gambar mungkin telah diketahui akan kesahihannya. Aku sendiri pun malas nak mengadap semua gambar ini lama-lama. Kalau takut tak boleh tidur malam, anda dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan gambar-gambar ini. Tak pasal-pasal kencing malam atas tilam nanti. (kami=AmazingNara)
1. Hantu Budak Cina Plaza Tol Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada pihak akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas papan tanda hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan diambil selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.
2. Hantu Kereta Remuk Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat tempat kejadian. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta tetapi ketika rakan tadi melihat gambar yang diambil, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
3. Batu Nisan Menjenguk Di Tingkap Gambar asal telah dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.
4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan Gambar ini menjadi terkenal selepas disiarkan dalam akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 lembaga di dalam gambar ini yang diambil oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun, keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.
5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal Gambar ini diambil di sebuah balai polis tinggal di sekitar Lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tiada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.
6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka menggunakan kamera berfilem. Sebenarnya pelajar tersebut bersama rakan-rakannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka namun lembaga ini muncul di bahagian tepi.
7. Pocong Di Kawasan Kilang Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan pada lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada
Gambar ini juga menjadi terkenal selepas disiarkan dalam akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.
9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja di dalam sebuah resort di Pahang dan telah disiarkan dalam akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar tahun 90-an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.
10. Wanita Kebaya Merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlakunya beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga telah disiarkan dalam akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian utara Semenanjung.
Dalam banyak-banyak kisah di atas, yang no. 4 je aku paling ambil tahu kot sebab aku memang lalu situ kalau nak balik kampung. Cerita yang lain, aku tak berapa nak carakan sangat. Apa pula cerita yang korang dengar dari gambar-gambar ini? Mana tahu ada cerita lain. Kongsikan di ruangan komen di bawah.
Ini pula hantu bawah katil.
Di hostital memang tempat sering Malaikat Maut keluar masuk mungkinkan hantu ini takut akan Malaikat Maut lalu menyorok bawah katil.
Ada lagi ceritera Hantu yang selalu diuarkan-uarkan sila kilik URL bawah ini.
http://idanradzi.blogspot.com/2012/04/misteri-volkswagen-kuning.htmlMisteri Volkswagen Kuning
Ini pun kisah hantu yang seram
http://dgelenggang.blogspot.com/2011/07/jalan-bukit-tinggi-bukit-7-gua-musang.html
Siri ini juga menarik.
Kisah Benar Gantung Diri ROHnya Tidak Aman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan