Sebelum kami kongsikan gambar rumah banglo milik Datuk Sosilawati Lawiya, ini berita terbaru mengenai kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya
dan tiga individu lain, kononnya suspek utama ditumbuk, ditendang dan
dipaksa dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan. Itu kata
tiga peguam yang mewakili suspek utama dan adiknya. Okey…..itu sedikit
mengenai perkembangan terkini hal-hal berkaitan siasatan mengenai kes
bunuh ini.
Di sini terdapat beberapa gambar rumah banglo Datuk Sosilawati Lawiya. Nama beliau berjaya diangkat sebagai antara usahawan wanita yang paling berjaya di Malaysia.
Ini hasilnya jika buat sesuatu tanpa
jemu dan ikhlas tanpa melibatkan kroni dan penipuan. Dan inilah hasilnya
yang beliau capai sebelum ini. Pastinya beliau berjaya dengan
“produknya” bukannya atas konsep “kau angkat aku, aku angkat kau. Akhirnya tak terangkat orang bawahan“. Bukan semua begitu, tetapi “ramai yang terkena”.
Laluan menuju ke ruang tamu dihiasi dengan candelier yang cukup ekslusif di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
Apa yang boleh dikatakan candeliar yang digunakan menaikkan lagi ciri kemewahan yang terdapat dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
Sekali tengok susunan yang dibuat di
meja makan tampak seperti menghadiri satu majlis yang berbentuk formal.
Ini pula ruang makan di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
Ruang dapur di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya yang tampak kemas dan tersusun
Ruang Tamu di dalam rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
Ruang tamu utama di dalam rumah Banglo
Datuk Sosilawati Lawiya untuk digunakan oleh Allahyarhamah ketika
menanti jemputan dan tetamu. Penataan cahaya yang cukup menarik dan
terang menyerlahkan hiasan yang dibuat di ruang ini
P/S : Selepas kami baca balik artikel
kali ini, ada iras-iras macam suara latar dalam rancangan Nona pun ada
daripada segi susunan ayat. Layan rumah banglo Datuk Sosilawati Lawiya
Anggaran harta Datuk Sosilawati Lawiya :-
- Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
- Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
- Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
- Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
- Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
- Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
- Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
- JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta
[Berita Penuh di sini]
Kalau yang adiknya boleh mengumpul kekayaan sehingga RM20 juta, apatah
lagi abangnya yang merupakan peguam bergelar Datuk iaitu Pathmanabhan
a/l Nalliannen? Agak-agak berapa nilai kekayaan beliau? Apa yang nak
peliknya kalau mereka berjaya mengumpul kekayaan luar biasa kerana mereka buat kerja kotor lagi jijik, senang-senang sahaja boleh mengumpulkan seberapa banyak kekayaan yang diingini…..
Nilai kekayaan merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan, lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja
Gambar rumah pembunuh aka peguam, Pathmanabhan a/l Nalliannen (suspek utama)
Datuk Peguam ini (Pathmanabhan a/l
Nalliannen) dikatakan memiliki kekayaan peribadi lebih daripada RM100
juta. Peguam bergelar Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen juga bijak
bersedia dia atas sebarang kemungkinan apabila kebanyakan harta miliknya bukan atas namanya, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayainya termasuk kenalan rapat dan ahli keluarganya.
- Memiliki beberapa bidang tanah di dalam dan juga sekitar Banting, termasuk ladang ternakan seluas 1.6 hektar
- Beberapa buah rumah semi-D juga di Banting
- Juga memiliki beberapa rumah kedai, klinik perubatan berdekatan dengan berdekatan dengan kawasan perumahan mewah di Banting yang diletakkan, seterusnya diuruskan oleh ahli kerabat beliau sendiri
- Memiliki banyak koleksi kereta mewah termasuk 7 kereta Mercedes Benz. Hanya sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan atas namanya
- Rumah kedainya yang juga menempatkan firman guaman milik beliau sendiri terletak di tengah-tengah bandar Banting
- Unit apartmen di Taman Kinrara
- Rumah banglo yang juga merupakan kediaman bagi suspek utama dengan pasangan bersama-sama dua orang anaknya
- Memiliki hartanah bernilai jutaan ringgit
- Mempunyai empat stesen minyak, termasuk yang terbaru di Kuala Lipis, Pahang yang dibeli menggunakan hasil penipuan
Bagaimana pembunuh Datuk Sosilawati berjaya mengumpul aset dan nilai kekayaan sebanyak ini?
Pencucian wang (money laundry), mendapatkan tanah secara haram dan penipuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan