Translate

Tajaan

Ahad, 31 Julai 2011

Hantu Gua Musang-Kuala Lipis..

Tarikh keramat 3 hb Jun, aku pada masa tu memang dah bersiap sedia untuk bertolak dari KL ke Machang, Kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak dan adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari Kuantan ke Machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui KL - Machang..


Bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tgh malam - 7.30 pg ..

aku memandu sorang2 sahaja mengekori kereta abangku bersama isteri, adik ipar nya dan anak kecil nya

Melalui Karak Highway kemudian ke Bentong dan Raub serta melalui Kuala Lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan Bukit Tinggi antara Kuala Lipis Gua Musang dan juga Bukit Tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan..


Betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2 lain..memang aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2....

Kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku tak hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..masa tu aku rasa macam nak pitam.....Semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...memang aku tak nampak tapi aku boleh rasa ...Sebelum kejadian ni aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu dengan hati2 ..

Aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..masa tu cd ayat2 al quran abang aku dah ambik awal2 lagi :mad: :mad: so aku hanya pasang mp3 lagu2 lama2 dengan kuat sambil mulut membca ayat2 al-Quran...

Lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai hp nak dail abang aku tapi masa tu signal takde :mad: :mad:


Aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..memang terasa sangat aura dari belakang aku..kereta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku...

Kereta abg aku di depan dan aku di belakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2 gelap ajer ...memang pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut :mad: :mad:

Apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas kereta abg aku, abg aku masa tu katanya dah perasan ada something wrong dengan aku, jadi dia bagi aku pintas dia.....masa tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan sendiri nya...

Kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan sehingga sampai di ruang rehat Gua Musang...

Masa tu lah abg aku bagi tau ada benda kat belakang kereta aku, aku memang tak nampak benda tu...

Peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari KL-Kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak kurang hebat nya...

begitulah peristiwa ngeri aku yg paling latest...:mad:




Subject: Jalan KL - Ipoh

Kejadian ni berlaku adalah setahun lebih....ni aku dlm perjalanan dr KL ke Ipoh..ikut highway lah..tempat kejadian aku tak brp pasti dekat mana tp lebih kurang lepas perhentian Tapah laaa...

Masa tu kita orang bertolak dari KL pukul 1:00 pagi, baru lepas kerja terus bertolak. Ingat sampai Ipoh subuh kira ok la. Sampai dekat tempat kejadian itu..jalan memang gelap, dan kebetulan tak ada kereta kat belakang, depan atau pun dari arah bertentangan. Kira kereta aku satu2nyalah kat jalan tu.

Memula tak ada apa ler, pastu ade kawan aku cakap, seram gak ekkk sorang-sorang kat highway nih....kita orang yang lain mengiyakan saja. Memang seram pun la, kiri kanan hutan..gelap..tak ada kereta lain. pas tu tetiba ada bunyi bedebuk kat atas bumbung kereta...terkejut beruk jugak kita orang. Lepas tu kereta terasa berat semacam...kawan aku yang memandu cakap nak berenti tenguk....ktrang sume ckp JANGANNNNN!!!!!!!!!!!..macam tulah lebih kurang.

kwn aku yg belah kiri tepi tingkap tu ade intai gak, ade ape....dia kata nampak mcm kain......PUTIH. ape lagi lagilah ktrang cuak....kebetulan dl mkete tu ade kaset org mengaji...trus pasang. ade la dlm bbrp minit still sama. ade ler bbrp kete lalu dr sebelah sana tp diorang tak perasan apa2 kot...pastu...bunyi berbeduk lagi sekali tp kali ni perlahan sikit. tetiba jer kereta ringan.....dan tiba-tiba kita orang nampak mende tuh ...zastttt........terbang depan kita orang terus masuk hutan.....huii..seramnnyaaaa............nasib baik masuk hutan, kalo dibuatnye bertenggek kat dpn bonet mau sasau ktrang dibuatnya. tp samp skang tak serik gune highway tgh mlm.... drive mlm2 best.


Subject: Volkwagen kuning

Cite psl volkwagen kuning ni seram gak. Ayah aku cite die penah bertembung, kt jalan bertentangan sebelum masuk terowong tu dlm kul 3 pagi. Tapi bukan die ajak race pun, cume ayah aku kate, mase ayah lalu kt area tu, x de kete lain selain kete ayah aku. Tingkap bhg. driver x tutup rapat... for sure leh dengar bunyi engin kete yg lalu dekat ngan die, melainkan kete tu mati engin kot. tapi ayah aku kate, die cume nampak kete tu jalan ngan lampu berpasang tapi x de bunyi..cume bunyi engin kete ayah aku je dengar. Ayah aku cite, die terserempak ngan volkwagen kuning ni time awal 90an..


Subject: Highway Timur Barat

Aku ada satu cerita.....
Terjadi kat kawan aku......

Kawan aku ni cikgu di Kelantan, kampung dia asalnya di Kedah. Sekampung dengan akulah. Jadi dia selalu berulang alik lalu highway timur barat korang pernah lalu kan highway tuh..... gajah banyak tuh kat situ.

Jadi kawan aku nih nak balik kampung pada suatu cuti sekolah. Pada hari kejadian itu kebetulah kengkawan dia tak jadi balik sebab ada kokurikulum jadi nak tak nak dia kena drive sengsorang. Isk! aku cerita kat korang aku dah seram sejuk ni! sebab aku selalu guna jugak highway ni.

Malam itu dia bertolak..... sampai kat pertengahan highway timur barat ni ada satu kawasan rehat kat tengah-tengah banjaran tu. Jadi dia ingat nak rehatlah kat situ. Dalam pukul 11 malam lebih. Dia pun rehat sambil buang apa yang patut. Dekat situ pun ramai jugakyang lepak masa tu.... jadi tak la dia rasa semacam saja kan.

Lepas lepak sekejap dia pun teruskan perjalanan. Dalam perjalanan tuh dia bawa selamber sajalah kan iyerlah apa nak kejar karang bawa lelaju terbabas dalam gaung pulak. Adalah lori ikut dia dari belakang. Siap bagi lampu beam lagi. Rakan aku ni selamber sajalah. Lori tu ikut rapat sekejap sekejap beam... kejap kejap beam.... rakan aku ni anginlah jugak. Apahal mamat ni.... sampai kat Petronas dekat Banding. Rakan aku berhenti. Mamat lori ni pun berhenti juga.

Rakan aku cuak jugak . Apahal ni. Dreba lori tu datang dekat dia tanya kau bawa siapa dalam kereta tu reramai. Loh...! rakan aku kata dia sorang saja. Nak balik kampung. Dreba lori itu kata. tak apa.... kau pergi buka pintu semua kereta lepas tu pergi lepak sekejap. Rakan aku serta merta rasa nak pitam. Saapa pulak dalam kereta aku ni!.... isk! dreba lori itu pulak yang tolong bukakan pintu. Lepas tu dia orang sembang.

Dreba lori tu kata dia perasan masa dekat kawasan rehat tu lagi. Ye la rakan aku ini lepak sensorang lepas tu buka pintu empat empat pulak tuh. Lepas tu masa rakan aku belah dari situ dia nampak penuh dalam kereta rakanku tapi yang bestnya member aku tak perasan pulak ada orang ikut dia. Rakan aku gelabah bawa terus.....

Sudah lepak dan borak-borak..... dreba lori tuh kata line clear. Rakan aku ini cuak gak. Lepas itu dia kata tak apa... dia ikut dari belakang kalau ada apa apa lagi dia bagi beam.... Rakan aku iyer kan sahaja.

Alhamdullillah sampai kat Kedah tak ada apa apa terjadi. Nasib baik jumpa mamat lori itu kalau tak benda itu dah sampai kampung aku dah. Dia orang buat lawatan sambil belajar.

Itu la cerita aku... tapi aku still guna highway itu lagi walaupun tengah tengah malam sebab aku suka driving malam. Siang ngantuk.


Subject: Jalan Kem Kemuning

korang penah lalu jalan kat kem kemuning tu tak..... sebelum sampai ke plaza tol Bukit Merah.... jalan tu bengkang bengkok skit..... isk.... aku pun tak penah lalu jugak tapi kisah nih bapak sedara aku yang ceritakan.... boley tahan gak seramnya.

satu malam dia nak test jalan nih.... katanya jalan nih seram .... then dekat pukul 1.00 pg dia lalu..... sebelum lalu jalan tuh dia singgah Shell dulu...... dia pun bagi tau la kat tokey shell tuh dia nak lalu jalan tuh..... tokey tuh larang dia lalu..... bahaya katanya ..... banyak orang cerita nampak cik pon tengah kirai rambut.... korang tau kan kirai rambut..... ala cam kibas-kibas rambut ala mengoda camtuh.... ahaks.... pas tokey tuh cakap camtu dia pun sengih jek sebab memang niat dah termaktub nak carik benda tuh......

dia pun jalan jek ....... jalan tuh bengkang bengkok ...... ada kat satu spot tuh..... dia nampak cam dua orang tengah jalan ...... kebetulan sebuah keter pun tak der masa tuh..... nak tak nak..... sebab dah terpaksa..... takkan nak follow jek menda alah apa yang melengang jek tengah jalan tuh..... dah la tuh..... nampak samar-samar jek benda tuh.... dia ngan konfidennya langgar je menda tuh...... fuh.... lega takrak apa apa pun katanya lam ati..... dia pun hairan apa yang aku langgar tadi...... korang ingat apa?

cerita blum berakhir......

lepas tuh start dia dengar bunyi cam orang bercakap.... tepi telinga dia...... tepi sangat..... cam berbisik.... alahai.... meromang bulu tengkok den.... bunyi butir apa dia tak paham.... bunyi cam orang asli pun ada..... tapi betul betul tepi telinga dia..... dia cuba nak paham... tapi tak paham..... dia gelabah.... kalau aku .... aku gelabah..... bukak cd yasin..... kat mulut macam2 ayat dah baca.... yang penuh.... yang separuh, semua baca. tetiba...... bunti tuh hilang. lega kejap..... rupanya belum berakhir.

enjin keta nak mati. tersemput-semput. korang bayangkan.... isk....enjin keta auto..... tekan berderum derum tak pergi.... berat sangat rasanya.... dah la tuh semput semput lak.... dia dah berpeluh.... nyesal pun ada..... nak kencing pun ada.... nun dari jauh nampak dah lampu highway plus.... tapi nak sampai tuh rasanya cam pi Ipoh..... dia dah nak nangis...... pasang cd makin kuat..... at last ..... keter dia dah back to normal..... apa lagi pecut terus ke Bukit Merah........ lepas tuh trus balik penang.... sampai umah tidor..... 7 hari kemudian baru kebah demam..... tuh baru kena sakat belum nampak depan mata..... kalau depan mata mau ICU.... kata orang aku kalau kena..... tak tau la...... ekekekekkee




Subject: Bukit Putus

Ada member aku lalulah dekat Bukit Putus ni. Laluan dari Kuala Pilah nak ke Seremban.
Masa tu tengah malamlah dan ada orang nak tumpang. Org itu askar, siap dengan pakaian tentera.

Katanya dia tertinggal truck askar nak balik ke kem Rasah, jadi member aku ni pun tumpangkanlah. Cerita punya cerita sampailah dan askar tu pun turunlah. Lepas saja askar tu turun, member aku nie tak sedap hatilah sebab dia dah tercium satu bau-bau yang kurang menyenangkan (bau busuk yg teramatlah busuknya....) dia sampai berhenti kat petrol pam. Pergi cari apa yang berbau tapi tak jumpa.

Bila dia ingat balik, mungkin bau tu datangnya dari askar tadi tu. Masa dia cerita dengan mamat petrol pam tu ada satu pakcik itu dengar dan pakcik tu kata, memang askar tu selalu menumpang orang yang lalu. Katanya kat jalan tu dulu, ada truck askar terjunam masuk gaung. Ramai yang mati. Tak tahulah... tapi pakcik tu kata, benda ni dah lama berlaku, awal-awal 70an dulu lagi. Sekarang ni tak dengarlah pulak citer cam tul lagi.


Subject: arrrr!!!

Ini pengalaman aku sendiri, dulu masa awal 2002 aku teman member aku anta keta kat ipoh dia ni wat part time anta keta kat showroom, so bila dah anta nanti aku amik dia balik ...masa tu pun aku tgh cuti panjang....on the way g ipoh aku sorang le ni bwk keta ujan renyai2 dah senja dah dekat smp tol spg pulai dah...keta pun tak banyak, kena lalu satu gua kapur kan gua tempurung sebab aku takut minyak abis dan ujan aku tak buka acd aku buka vent udara luar, so sejuk la, tup2 je smp depan gua tu, keta berat so aku ingat normal kot kaw bukit tapi laju masa tu dalam 140 (aku nak cepat sebenarnya tu pasal laju)

Bila aku jeling kiri nampak cam org duduk kat blkg dan aku cuba alih cermin blkg aku nampak pompuan pakai tudung tgh tunduk je kat seat kiri belakang. Mau nya aku tak takut, kalau aku malatah gaknya dah arwah dah aku terbabas masuk parit sblh lane kanan atau tersasar masuk jalan sebelah.

Dalam mengigil tu aku cakap pelan2 tolong jgn kacau aku ye...aku tak kaco ko, so tolong keluar dari mana ko masuk, aku bukak sket suma tingkap pas tu dah tak de dah...keta pun ringan cam biasa...fuyoo tapi memang seram siot, balik tu aku suh member aku drive dan cerita kat dia, memang la kat ctu keras katanya..elakkan dari buka tkp dan sewaktu ngannya agaknya aku bukak vent angin luar kot tu yg dia masuk tu...mgkn taim tu gak aku period tu yang dia nak kaco. Bila ingat2 balik cam tak pecaya je.. . hish eery nyerr...tol la mak aku cakap kalo terserempak menda cam gini jgn over panic, rilek je serilek yang bleh...insyaAllah ok.


Subject: Highway plus

apa khabar kelian semua, saya nak kongsi sikit pengalaman saya di highway plus.....

pada tahun 1996 ke 1998.....saya selalu berulang alik dari KL ke Ipoh, balik kampung tiap2 minggu tengok orang tua.....saya travel naik motor maklum le....orang susah.

saya kena di kawasan pekuburan lama di behrang kalau kelian perasan....kalau dari ipoh, kubur tu sebelah kiri sebelum perhentian behrang.......kena perati betul2 kalau tak ....tak nampak......ok, saya sambung citer tadi.....semasa nak balik Ipoh dalam 11pm dari KL, bila sampai kawasan tu....beg pakaian, yang saya ikat kat seat belakang menolak saya sampai saya duduk nak ke tank minyak.....kemudian saya tolak balik ke belakang.....dia main tolak2 macam tu sampai jumpa exit yang kat depan....tempat terang baru ok....biasa saya kalau keluar KL dalam pukul 11pm....

yang lain masa di gua tempurung masa turun bukit.....tengah nak potong 1 lori pickup.....tiba2 engine mati..... tarik clucth motor kemudian lepas balik, engine tau mau hidup, tapi motor tak jammed... menolak le saya sampai exit gopeng....sampai kat bawah flyover tu sekali start je engine dah hidup......

di tempat yang sama juga....di gua tempurung......nak turun bukit juga....tiba2 lampu motor padam....sampai exit gopeng menyala balik.....mmmm

1 tempat di kawasan Tambun Ipoh, selepas kubur Islam lama...... di jalan lurus tu ada kawasan jirat cina dan india....saya dan abang ipar nak hantar kawan kat Taman Perpaduan....dalam pkl 2 am....tengah abang ipar bawak kereta....tiba2 dia cakap kau nampak apa yang aku nampak tak....saya cakap nampak....apa kita nak buat....saya cakap langgar je.....di pun langgar....bila lepas langgar...saya tengok belakang....muka dia tak puas hati....sebab kena langgar....benda yang kami langgar tu langsuir berdiri tengah jalan......

ingatkan lepas langgar tu dah tak ada.....rupanya bila kami lalu kat situ sebab nak balik..rapat setia.....dia tunggu....kali ni bila dia nampak kereta kami dia hilang.....ingat kan ok le...rupanya dia mengilai ketawa kat sebelah kereta.....tapi rupa tak nampak, suara je... sampai le kat pekan tambun baru hilang......sampai rumah saya cakap kat abang ipar ok tak....dia cakap ok....boleh tidur....tq

Lagi Cerita Hantu: Ketik bawah ini.

Hantu Lebuh Raya

Kisah Benar Gantung Diri Rohnya Tak Aman

1 ulasan: