Tulisan Encik Zabri minggu lalu mendapat sambutan ramai kaum wanita, malangnya beliau tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi kecuali e-melnya, malangnya tidak semua pembaca mempunyai komputer seperti memiliki telefon.Bagaimanapun kisah minggu ini tidak kurang menarik, walaupun beliau sudah lama menulis kepada ruangan ini, tetapi kerana kesilapan teknik cuma baru ini sahaja Puan Ann dapat dihubungi untuk mendapatkan kisah hidupnya lebih lanjut.
Kata beliau, walaupun pengalaman pahitnya telah beberapa bulan berlalu, tetapi hingga kini masih belum selesai, masih main tarik tali dan amat menyulitkan kehidupannya anak-beranak.
Kata Ann kalau ada orang kata hidup mereka amat terhimpit, rasanya hidupnya lebih teruk lagi hingga beliau tidak menduga hidupnya menjadi amat tertekan. “Bagaimanapun sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang masalah saya sekarang baik saya bercerita dari awal mula perkahwinan saya.
“Bekas suami saya pernah berkahwin dahulu sebelum kami berkahwin, dan dia mempunyai dua orang anak berusia 18 dan 14 tahun. Saya tidak pernah merampas atau menggoda suami orang untuk berkahwin dengan saya, sebaliknya beliau adalah seorang duda dan telah bercerai dua tahun sebelum kami kahwin.
“Saya sedar bukan mudah berkahwin dengan duda yang telah mempunyai anak-anak yang telah remaja, sebab mereka masih menyayangi ibu mereka dan menganggap kita sebagai orang luar, tetapi saya nekad, jika dudalah suami saya, saya terima nasib saya dan akan berusaha untuk mendekati mereka. Dan saya bersyukur kerana usaha saya berjaya, dan kami menjadi sahabat yang akrab.
“Semasa berbulan madu di London pun anak-anaknya ikut sekali, malah setiap kali kami pergi bercuti anak-anaknya pasti ikut sama dan saya memang tidak ada masalah dengan anak-anak tiri. Dua tahun kemudian iaitu tahun 1996 saya melahirkan seorang anak lelaki dan setahun selepas itu seorang lagi, dan kami memang menepati ciri-ciri keluarga bahagia, sebab saya boleh berhubung baik dengan anak-anak tiri dan sudah pasti suami saya ketika itu amat gembira dengan penerimaan anak-anaknya.
“Lebih menyenangkan hati, kehadiran saya juga diterima oleh seluruh kaum keluarganya, hinggakan baru dua tahun berkahwin pun hubungan kami bagaikan sudah beberapa tahun. Sebab saya ramah dan keluarganya juga baik.
“Tetapi malangnya sedang saya sibuk dengan urusan pejabat dan anak-anak yang masih kecil serta anak-anak tiri, saya menerima sepucuk surat layang dari pejabat beliau mengatakan bahawa suami saya (Zul) sedang main kayu tiga dengan wanita lain yang sama pejabat dengannya. Siapa tak terkejut. Bagai halilintar membelah bumi berita tersebut sampai ke pengetahuan saya. Surat layang memanglah tak bernama, ada orang kata tak boleh percaya, tetapi saya jalankan siasatan sendiri, sebab saya tidak mudah percaya dengan tuduhan orang. Selama beberapa bulan saya jalankan penyiasatan baik di kampungnya ataupun di pejabat terutama dengan kawan-kawannya.
“Akhirnya terbongkarlah kisah sebenarnya apabila saya dapat nombor telefon rahsia simpanan Zul. Alangkah terkejutnya saya bila dapat tahu yang menggoda itu adalah kakitangannya sendiri. Zul main asmara dengan stafnya sendiri. Tempat mereka memadu kasih adalah di dalam pejabat Zul. Saya namakan wanita itu sebagai Mek.
“Bukan setakat itu sahaja, tak puas dalam bilik pejabat mereka sering keluar pejabat dan outstation, malah mereka sering ponteng kerja semata-mata untuk dapat memadu asmara di luar pejabat tetapi dalam waktu bekerja. Kerana Zul ketua pejabat mereka sudah tentu tidak ada masalah. Tak ada kakitangan lain yang berani komplen, tetapi mereka pakat-pakat hantar surat layang di luar pengetahuan Zul sendiri.
“Kerana tak tahan dengan sikap suami saya yang main kayu tiga di belakang saya dan menghabiskan banyak wang dengan kerja-kerja haramnya, saya terus hubungi Mek dan bertanya mengapa dia sanggup mengganggu suami saya sedangkan dia sendiri ada suami, bukankah lebih baik dia jaga suaminya. Tetapi jawapan yang saya terima amat menyakitkan hati, katanya, pada namanya sahaja dia ada suami, tetapi suaminya. Sakit dan tidak dapat memenuhi kehendaknya sebagai isteri sedangkan dia masih muda.
“Saya tak boleh terima alasan Mek sebab mana saya tahu hal dalaman suaminya. Tetapi apa yang jelas pada pandangan saya ialah beliau ingin menikmati kemewahan yang dapat suami saya berikan. Dia mahu kongsi, dia juga mahu mewah dari segi kewangan dan kebendaan, tetapi tidak mendapatnya dari suaminya.
“Mulanya dia sering mengadu masalah dengan suami saya tak ada duit, suami sakit dan macam-macam, tentu suami saya bantu, lama-kelamaan dia dah sedap dapat wang banyak dan kemewahan dia hendak semua hingga mengganggu kehidupan saya. Sebab ketika Zul mabuk kepayang dia lupakan rumah tangga, sering mengadu tak ada duit, sedangkan dia curahkan duitnya yang banyak kepada Mek.
“Kalau menguruskan anak-anak saya memang tak ada masalah, tetapi dengan anak-anak tiri yang memerlukan banyak wang tentu saya pun tak mampu, lagipun itu bukan tanggungjawab saya. Saya cuma ibu tirinya.
“Saya bukan hendak menghina, tetapi Mek berasal dari kampung, ada keluarga sendiri tentu dia sayangkan anak-anaknya, kalaupun bencikan suami. Tetapi Mek berlainan sungguh, semakin dinasihat semakin menyengat kelakuannya walaupun pada dasarnya kita lihat dia cukup baik, berbudi bahasa, lemah lembut, kalau bercakap susah nak dengar suara, bertudung lingkup, tetapi kelakuannya Allah s.w.t sahaja yang tahu buruknya.
“Kawan-kawan pejabatnya juga tak percaya kelakuannya pada mulanya sebab Mek amat lembut, pijak semut pun tak mati, bertudung lingkup berbanding saya yang tidak bertudung dan bersuara kuat ini. Tetapi keadaannya yang sebenar amat berbeza sekali, hingga ramai yang menggeleng kepala bila melihat kelakuannya yang sebenar.
“Kisah hidup Zul dan Mek turut menggugat ketenteraman bekas isteri Zul yang pertama, dia pun naik radang bila anak-anaknya mengadu tak dapat duit daripada ayahnya sebab Zul belanja untuk Mek. Banyak kali juga peristiwa serang-menyerang serta pergaduhan antara mereka berlaku, baik di rumah ataupun di pejabat. Akhirnya majikan terpaksa campur tangan bila serang-menyerang di pejabat sering berlaku, dan kakitangan pejabat sudah hilang hormat dengan sikap Zul itu. Zul kemudian dikenakan tindakan tegas dengan memindahkannya kerja di tempat lain dengan harapan Zul berubah.
“Sebenarnya perbuatan yang buruk cepat terbongkar terutama dipecahkan oleh pengawal keselamatannya, mereka sendiri naik malu dengan perbuatan bos mereka. Malah mereka hairan bagaimana Zul boleh berubah dengan godaan tersebut, kalau gadis mungkin boleh tutup mulut juga dan mereka boleh segera kahwin, tetapi Mek adalah isteri orang.
“Walaupun sudah dipisahkan, tetapi hubungan tetap akrab. Tetapi mereka tak serik, mereka masih tinggal serumah. Akhirnya dengan takdir Allah mereka ditangkap basah di sebuah kondo di Shah Alam. Setelah ditangkap basah bodohlah saya mengharapkan kasihnya lagi, kerana ketika itu dia sudah tidak pulang ke rumah saya beberapa bulan lamanya. Saya terima takdir dengan tenang, dan saya buat tuntutan cerai.
“Sebelum buat tuntutan cerai, saya sudah membuat beberapa persediaan tentang masa depan saya, kerana orang tengah gila dia tak peduli apa saya buat. Bila semua sudah lengkap saya tuntut cerai, sebab pada saya tak guna menagih cinta kepada orang yang sudah membenci saya. Saya masih muda, saya ada harta iaitu dua orang anak dan saya sudah bersyukur dengan sedikit simpanan yang berjaya saya ketepikan.
“Tuntutan cerai tak lama cuma tiga bulan semua selesai, sebab dia tengah mabuk. Waktu itu dia tak peduli langsung nak tengok anak-anak saya. Hinggakan dia tak beli susu untuk anak-anak saya, sebaliknya memberikan kemewahan kepada anak orang lain.
“Walaupun kami bercerai tahun lalu, tapi sampai sekarang mereka belum kahwin lagi, sebab Mek isteri orang. Mungkin mereka sedang asyik bercinta hingga lupa dosa.
“Sebenarnya saya sendiri tak tahu mengapa mereka masih belum kahwin lagi, mengapa Mek tidak diceraikan, mungkinkah suaminya terlalu bodoh atau dayus membiarkan isterinya menjadi simpanan orang ataupun memang suaminya sengaja tak mahu ceraikan Mek supaya mereka tidak boleh kahwin lagi. Kes mereka masih belum dibawa ke Mahkamah Syariah lagi, masih belum selesai lagi. Dalam pada itu ada pula orang kata mereka dah kahwin, yang mana satu saya belum pasti.
“Cuma saya kini sedang menunggu musibah yang bakal mereka terima nanti, sebab balasan daripada Allah s.w.t itu amat berat dan tidak boleh ditolak ke tepi, cuma masa dan ketikanya sahaja yang menjadi penentu.
“Bagi saya perbuatan Zul amat memalukan dan turut mengaibkan saya semasa menjadi isterinya sampai sekarang. Walaupun saya takut dengan perkahwinan kali kedua, tetapi saya masih berpeluang membina rumah tangga harmoni dan lebih cerdik sekarang. Tambahan pula saya belumpun 40 tahun, paras rupa tidak mengecewakan dan saya bersyukur dengan perceraian ini menjadikan saya lebih matang, lebih stabil, lebih berada dan bergaya dari segi rohani dan jasmani. Bagi saya semua kebaikan, kebahagiaan dan kemewahan yang saya terima sekarang berkat kesabaran saya. Dan saya bersyukur.
“Kalau ada orang takut dengan cerai, sebaliknya saya bersyukur, kerana terlepas daripada tekanan, penangan dan sepak terajang yang pernah saya terima. Kalau ada orang kata orang berpelajaran tinggi tak pukul isteri, itu bohong sebab manusia tetap manusia, ada orang tahu menggunakan otak, malangnya masih ramai yang tak pakai otak, mereka fikir isteri sebagai hamba mereka sahaja dan boleh membuat sesuka hati,” demikian cerita Ann panjang lebar tentang pengalaman pahit yang dilaluinya.
Benar juga kata Ann. Soal suami pukul isteri bukan sahaja berlaku kepada lelaki yang kurang taraf pendidikannya, tetapi yang pandai-pandai pun sama bodohnya. Bila nafsu sudah menguasai fikiran, mereka tidak boleh lagi membezakan intan dengan permata.
Kini kata Ann lagi, walaupun perceraiannya telah selesai, tetapi bekas suaminya mula membuat pelbagai tuntutan setelah menyedari kesilapan yang telah dilakukannya dan mengikut kehendak kekasihnya. Nampaknya Ann terpaksa ke Mahkamah Syariah lagi untuk menyelesaikan tuntutan hadanah dan harta sepencarian.
Sebenarnya bukan suami Ann seorang sahaja yang bersekedudukan dengan isteri orang, tetapi ramai lagi. Mereka luar saja nampak baik tetapi di dalam berulat, busuk.
Di celah-celah kehidupan
Cerita ini ditulis oleh perempuan. Maka penilaian & pertimbangannya berbeda. Kita tidak tahu di hati suami Mek yang sedang sakit & isterinya curang.
BalasPadamPenulis ini lebih mengatakan Zul lelaki lelaki curang; bagaimana pula Mek yang curang. Jika Zul dikatakan lelaki berulat & busuk! Hakikatnya kedua-dua orang penzina ini berulat & busuk.
Tindakan suami Mek tidak menceraikannya mungkin ada alasan; kita tidak seharusnya mengatakan dia lelaki dayus selagi hukum agama kita tidak ditegakkan. Malahan kita yang tahu ceritera ini silap-silap mendapat dosa kering kerana tiada lagi sikap kita mahu faham apa itu Nahi Mungkar. Bukan mustahil Zul akan mengulangi perbuatannya kerana kita tidak melaksanakan hukuman Ilahi. Bangkai bernyawa jantan & betina ini dibiarkan terusan hidup!... amat bahaya.
zaman skunk macam2 boley berlaku.. suami org dengn wife org.. mane2 opis pun ade.. bende ni terjadi pade diri aku.. baru je lagi dalam minggu lepas.. aku ade kenal sorng pompuan.. yg asalnya seperti kamu cakap dari kg juge.. bukan nak mengata.. tapi bg aku kejutan budaya akan buat seseorng tu berubah.. berbalik pade perkara yg menimpa aku.. pompuan tersebut seenarnye di bela oleh suami org.. dah 3 tahun mereka bersama.. aku kene serang sebab aku xtaw pasal mereka.. lelalki terbabit cari aku kat putrajya.. errrmm... akhir zaman...
BalasPadammacam macam ....
BalasPadamSdr Fhad Boulala;
BalasPadamSdr kena bertindak wajar & pisahkan pasangan ini, jika tak dapat secara berhadapan, tentunya ada cara lain seperti menyedarkan perempuan ini melalui e-mel.
Setidak-tidak kita cuba menolong agar perkara sumbang begini tidak terus berlaku. Nak takut apa jika kita di pihak yang benar. Kuasa Dia Nan Esa lebih kuat berbanding jika lelaki tersebut datang mahu memukul kita. Lelaki tersebut di sudut hukum hanya bangkai bernyawa jika dia telah berumah tangga masih melakukan zina.
Kita kena menyekat masalah ini yang hanya akan menghancurkan masyarakat Islam kita. Jika ditakdirkan lahir anak luar nikah perkara ini akan membiak & janin ini akan mengujudkan Dajal yang lebih kejam terhadap keturunan yang bakal kita tinggalkan di dunia ini.
Sdr Fhad, jika Sdr dikasari jangan biarkan lelaki ini terlepas; buat laporan Polis demi menjaga masa depan generasi kita.
Sdr Jijah;
BalasPadamKita sering melindungi pasangan yang melakukan zina hingga perkara ini dalam diam-diam terus berlaku. Sebagai contoh kes nasional melibatkan pembunuhan Norritta Samsudin; apakah tindakan kita sebagai mengamal agama Islam ini adil;
Apakah dengan ujian DNA yang mengesahkan ada air mani tertuduh di jasad mangsa tidak cukup sebagai bukti dalam dakwaan. Kalau pun tidak lekat dengan bersabit kesalahan membunuh; tetapi di sudut agama lelaki ini telah boleh direjam sampai mati sebab dia adalah suami orang. Dia tidak mebunuh Norritta tetapi dia suami yang berzina.
Jika 4 saksi yang diperlukan; apa bedanya pengesahan DNA, doktor, pengutip bahan bukti, juru analisa, polis & hakim yang terlibat jauh lebih ramai dari 4 saksi.
Takutnya kita akan ditimpa musibah saling melindungi penzina ini. Samalah dalam kes ceritera di atas. Apakah cukup sekadar didedahkan & penulisnya pula menuding satu pihak sahaja. Sebabnya penulis ini perempuan melihat kesalahan di pihak lelaki sahaja. Jujurkah penulisan yang begini. Sedangkan si Mek itu dalam segi hukum juga bersalah. bayangkan jika kita ini suami di Mek; pastinya penderitaan kita lebih dahsyat dari apa yang Arwah Abg Din rasai; maka lagi sakit yang mahu ditanggung... isteri pula bergerladangan dengan lelaki lain.
ASSALAMULAIKUM SAYA TERDETIK UNTUK MEMBERI SEDIKIT ULASAN TERHADAP CERITA ANN TADI, DALAM KITA MENCARI KEHIDUPAN LEBIH SEMPURNA KITA MESTI MELALUI UJIAN YANG ALLAH BERIKAN PADA KITA DAN PERLU KITA BERSABAR DALAM DUGAAN, PERKAHWINAN ADALAH HAK SETIAP MANUSIA OLEH SEBAB ITU KITA PERLU BIJAK DALAM MENGATUR PERLAYARAN BAHTRA PERKAHWINAN YANG PENUH CABARAN ,DAN DIA MAHU LIHAT SEJAUH MANA KEIMANAN DAN KETAKWAAN KITA , SAYA JUGA TIDAK TERKECULI DALAN UJIAN ITU, JADI JIKA PENCERIAN ADALAH JALAN TERBAIK, WALAUPUN PERIT TERPAKSA JUGA KITA LALAUINYA OLEH SEBAB ITU KITA PERLU PERSEDIAAN YANG CUKUP, SAYA TIDAK MENAFIKAN SETINGGIMANA PUN SESEORANG ITU TERPELAJAR DALAN AKADEMIK ATAU ILMU DUNIA BILA NAFSU TELAH MENGUASI DIRI DIA JUGA TIDAK BOLEH BERFIKIR DENGAN WARAS, OLEH SEBEB ITU ANAK2 ADALAH AMANAH ALLAH DAN JUGA ISTERI JUGA AMANAH ALLAH KEPADA KITA WALAU SETERUK MANA SEKALIPUN JANGAN KITA MENGABAIKAN MEREKA SEBAB KITA AKAN DITANYA ALEH YANG MAHA ESA TENTANG TANGUNG JAWAB KITA KEPADA MEREKA , DALAM CERITA TADI KEDUA2BERSALAH, MUNGKIN MEREKA MASIH TIDAK BOLEH BERFIKIR SECARA WARAS JIKA PERKARA TERSEBUT TERJADI KEPADA MEREKA , ZUL DAN MEK ADALAH PELAKU, MANGSANYA ADALAH ANN DAN SUAMI MEK, JADI UNTUK ANN ANDA JUGA PERLUKAN TEMAN UNTUK BERBUAL SEMASA DI USIA YANG MENDATANG SETELAH SEMUA ANAK2 TELAH PERGI MENJALANKAN TANGUNG JAWAB MASING2 JANGAN TERGOPOH UNTUK MEMILIH PASANGAN,PERLU AMBIL SIKAP BERHATI2 DAN BERWASPADA DI MASA AKAN DATANG...... WASALAM FROM JAIZUL.78@GMAIL.COM
BalasPadamSelagi kita tidak melihat hukuman Allah SAW itu maha adil selagi itu kita terasa zina ini perkara biasa... kita masih tunduk dengan nafsu... sedangkan zina itu memang Dosa Besar & hukumannya jelas di dalam agama kita... rejam sampai mati bagi isteri atau suami...(org bujang lain)
BalasPadamDalam kes di atas kita seolah-olah membela penzina yang mana Allah SAW amat menyayangi mereka agar mereka direjam hingga mati & biarlah si Zul & si Mek dalam jagaan Dia Nan Esa tidak sampai menyusahkan isteri & anak-anaknya yang menderita kini.
Selagi org itu beragama Islam berzina pun tetap Islam kecuali dia syirik dengan Allah SWT; Apa masalah kita mahu melindungi penzina ini sampai dunia kita ini jadi haru-biru dek laku penzina!.
Taubat semata tetapi hukuman tidak terlaksana, memang musibahnya pada semua sebab kita sama-sama ingkar akan hukuman Allah SWT.
Jauhilah zina lantaran ianya Dosa Besar & dibenci oleh agama.
Betul tu Jaizul Ann & Suami Mek menjadi mangsa sebab kita masih dalam kancah Hukum Alam; kita pula jangan sampai jadi seperti Zul; melambak anak dara masih tak ada calon nikah sahaja dengan anak dara ini; nak buat apa kacau rumah tangga orang.
Agar Ann mendapat jodoh yang setia.
hai.... :-)
BalasPadamKisah ini serupa dengan kisahku..... Aku pun dah bercerai. Mek tu sama mcm gf dia. Kononnya lembut dan baik. Anak imam di B... Yang lagi hebatnya, suaminya, dia n bekas suami kerja satu tempat. Hairan.... 6 tahumn bermadu kasih sampai terlanjur pun suami sendiri tak tau. Bila dah terbuka rahsia, aku juga disalahkan mereka bertiga. Really insane la these people!! Tapi, sampai sekarang, masih terus juga berbuat dosa walau aku dah bagi laluan (bercerai).
BalasPadamidan i like your coment
BalasPadamboleh x i berhubung ngan you
Islam membenarkan perceraian lantaran telah tiada lagi jalan penyelesaian; bukan lantaran cerai mencari keuntungan; Seba ramai saya perhatikan kalangan artis yang bergelar janda akan mencari calon suami yang kaya raya.
BalasPadamBagaikan pernikahan mereka ini dirancang sahaja untuk mendapatkan gelaran janda.
Kes 10Mei berbeda. Sanggup berpisah lantaran memberikan jalan terbaik agar suami tidak bergelumang dengan dosa. Satu pengorbanan yang amat tinggi. Dalam satu sudut mmg tak tahan dengan bebanan perasaan dalam satu sudut lain mmg langkah terbaik; bayangkan jika telah kita tahu pasangan kita berzina; suami/isteri begini seharusnya telah tiada & sebagai isteri seharian tidur dengan siapa?. Jika kita Islam jelas hukuman zina buat suami/isteri ini adalah rejam.
Seandainya dalam tempoh sedemikian terjadi pula zuriat dari darah seorang penzina bayangkan natijah anak yg dilahirkan.
6 tahun itu terlalu lama, bayangkan ada suami tak sampai setengah tahun tahu isteri curang sampai sanggup gantung diri. Bukan perkara mudah bab zina ini!. Memang ianya amat meracun hati.
Sebab itu Islam tak pernah pun menyusahkan hambanya mahu bernikah lebih dari seorang!; kenapa kita pilih jalan rumit & buat dosa terlarang ini. Akta undang-undang negara yang memberat serta menyusahkan pernikahan ini sebaiknya dikaji semula. Suami pun sama jika diringankan syarat mulalah tidak kenal tanggung jawab & berlaku adil.
Agar diketemukan jodoh yang sentiasa bertanggung jawab yg penting setia & tidak sampai melukaikan hati; tak semua janda seperti saya nyatakan. Memang ramai ibu tunggal teraniaya & tidak menerima pembelaan. Saya tahu ramai wanita kecewa & nekad tak mahu bernikah kali kedua setelah dikecewakan. Hidup sendiri tak semestinya sepi jika sentiasa mendekati diri dengan-Nya.
Kes 21Jun.
e-mel yg sering saya buka idanradzi@yahoo.com
talian yang mudah berbual dengan saya 0387371884 talian hp saya ni jarang dibuka 016 909 4343. Seharian sy selalu di FB jika nak berchating idanradzi yang lambang bunga ada banyak akaun idanradzi di FB!...