Translate

Tajaan

Khamis, 26 Julai 2012

Kisah Wanita Yang Paling Baik Akhlaknya.


Assalamualaikum,

Saya baru saja habis membaca kisah ini melalui sebuah buku, rasanya kalau kita sebagai wanita biasa jarang dapat kita mencontohi keseluruhannya.Tapi rasanya baik juga kalau dapat saya kongsikan kisah ini dengan rakan2 blogger yang masih belum membacanya. Buku bertajuk Kisah-Kisah Wanita Teladan. Buku lama tapi ini baru pertama kali saya membacanya.

Kisahnya, pada suatu hari Siti Fatimah binti Muhammad S.A.W. puteri kesayangannya yang juga isteri Sayidina Ali bertanya kepada Rasulullah S.A.W.

"Ya Rasulullah S.A.W.! Siapakah wanita yang paling baik akhlaknya.?"

Jawab Rasulullah S.A.W., "Wahai puteriku Fatimah, pergilah engkau kerumah Siti Muth'iah, disana engkau akan mengetahui siapa wanita yang terbaik akhlaknya.

Siti Fatimah pun berangkat menuju rumah Siti Muth'iah dengan membaa seorang anaknya iaitu Hassan yang pada waktu itu masih kecil. Sesampainya dirumah Siti Muth'iah maka dia memberi salam pada wanita itu, sebelum pintu dibuka dilihatnya dari jendela siapa yang memberi salam, ternyata Siti Fatimah, akan tetapi kerana membaa anak kecil lelaki Siti muth'iah menolakknya secara halus agar anaknya dibawa pulang terlebih dahulu kerana walau bagaimanapun anaknya adalah seorang lelaki. Sesuai pesan suaminya iaitu tidak diizinkan menerima tetamu seorang lelaki walau saudaranya sekalipun.

Siti Fatimah kehairanan sejenak melihat didinding rumah terselit sebuah kipas, sebatang rotan dan sebatang senduk kecil yang bersih, yang baru kali ini dia melihat barang-barang tersebut, iaitu dirumah Siti Muth'iah.

Setelah Siti Muth'iah selesai menghidangkan makanan ala kadarnya, maka Siti Fatimah berbicara tentang maksud kedatanganya, lalu jawab Siti Muth'iah:

Perilaku saya sebanrnya tidaklah teramat istimewa, malahan Rasulullah S.A.W. lebih mengetahui akan segala-galanya dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh beliau sebagaimana kewajipan saya sebagai seorang isteri, diantaranya:"

1. Saya tak dapat meninggalkan rumah jika suami sedang pergi.
2. Saya tidak beri izin tetamu lelaki masuk kerumah jika suami tidak ada.
3. Saya tidak akan berkeluh kesah jika suami tidak punya harta.
4. Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
5. Saya tidak cepat-cepat cemburu.
6. Saling menghargai dan mengerti antara kami berdua.

Mendengar keterangan Siti Muth'iah demikian, Siti Fatimah menjadi terharu hatinya. Kini ia balik bertanya: "Maaf ya Muthi'ah, ada sesuatu yang saya akan tanyakan, saya lihat ada kipas, ada rotan, ada senduk kecil sejak tadi menjadi perhatian saya. Apa gunanya benda-benda tersebut kesemuanya."

Kata Siti Muth'iah:

"Saya sengaja sediakan sebatang rotan, kipas dan sebatang senduk kecil, memang saya manafaatkannya buat kami berdua yakni untuk saya dan suami saya. Saya tahu seorang suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isterinya dan kerana sayang kepada isterinya. Dia mencari nafkah sehari-hari walau keadaan panas terik tidak menjadi halangan baginya pergi ketempat jauh untuk mencari rezki.."

Oleh kerana itu sebagai ajaran Rasulullah S.A.W. bahawa saya harus taat pada suami saya, saya curahkan apa yang boleh pada diri saya demi untuk membahgiakan suami saya. Maka begitu nanti suami saya pulang saya akan berpakainan kemas, saya sambut suami saya dengan senyuman. Andaikata nampak wajah suami saya kusut kelihatannya saya sambut dengan ramah, saya tanyakan sebabnya. Maka begitu suami saya masuk saya bukakan bajunya dan sepatunya, saya gosok peluhnya dengan senduk kecil ini kemudian untuk menghilangkan rasa panas badannya lalu saya ambil kipas ini lalu saya kipasi dia .

Begitulah saya kerjakan ketika suami saya baru pulang. Kemudian setelah itu saya tanyakan apakah ia mahu mandi atau mahu makan dulu! Bila suami saya kata mahu mandi saya hantar suami saya kebilik mandi, saya membantu menuangkan air kebadannya . Maka jika suami saya minta digosokkan badannya saya kerjakan itu semua dengan penuh rasa cinta dan bahagia. Maka setelah selesai mandi saya sediakan pakaian persalinan untuknya. Begitulah saya kerjakan setiap hari. Bila selesai makan dan selesai solatnya saya ambil rotan ini dan saya berkata kepada suami saya; Suamiku saya peganglah rotan ini. Ketika itu saya membuka baju, saya tidak malu-malu.

Kata saya:

" Wahai suamiku, bilamana saya ada kesalahan dan kekurangan dalam melayani keinginanmu pukullah saya dari depan atau belakang."

Demikianlah saya kerjakan terhadap suami saya. Maka bila saya berbuat demikian terhadap suami saya lalu suami saya tiba-tiba memeluk saya dengan penuh mesra dengan raut muka yang berseri-seri dan terlontar dari mulutnya :

"Muth'iah isteriku sayang, mudah-mudahan ketaatan dan ketulusan hatimu terhadap suami akan mendapat rahmat disisi Allah Ta'ala."

Subhanallah, sanggupkah kita menghulurkan rotan kepada suami kita untuk memukul kita sesuai dengan dosa kita kepadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya." (HR al-tarmizi)

Sekian Wassalam