Translate

Tajaan

Sabtu, 23 Februari 2013

11 tips Cinta Sejati

Ketika bercinta indah dunia cinta sejati, setelah perkahwinan adakah cinta sejati mempunyai tarikh luput? Cinta sejati sering disalah tafsir oleh kebanyakan masyarakat umum bahawa ia hanyalah situasi ketika di zaman percintaan dan sebelum perkahwinan sahaja. Tanggapan ini adalah silap sekali dan perlulah dibetulkan

Cinta sejati ketika di alam percintaan muda adalah sangat terbatas dan hanya boleh diluahkan melalui isi hati. Tidak boleh lebih dari itu kerana ia adalah bercanggah dari erti cinta sejati itu sendiri. Dalam Islam juga ditekankan, cinta sejati adalah untuk suami isteri yang sah, dan yang beragama lain juga turut ditekankan bahawa cinta romantik sebenar adalah rasa cinta dan kasih yang tidak terhingga.

Kenapakah cinta sejati ditekankan kepada pasangan yang telah berkahwin? Kenapa keharmonian pasangan suami isteri perlu ditingkatkan api cinta sejati? Tahukah anda, inilah rahsia sebenar cinta suami isteri yang bahagia.

“Cinta sejatikian membara, semakin hari semakin sayang”

Untuk menjamin hayat kebahagian pasangan suami isteri, mereka perlulah memelihara cinta itu setiap hari dengan disirami kesucian cinta abadi  yang tidak berbelah bagi. Rujuklah apapun nasihat dari pakar, atau mana-mana buku panduan, inilah kunci utama yang akan ditekankan. Pasangan yang berusaha untuk mengekalkan dan memlihara cinta mereka adalah mereka yang berjaya dalam alam rumah tangga. Apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk menyemarakkan cintaabadi itu?

Ia sebenarnya amat mudah, tiada rahsia besar di sini untuk anda ketahui melainkan perbuatan ringan dan bersahaja yang boleh dilakukan setiap hari terhadap pasangan anda.

Berikut adalah 11 perbuatan yang boleh menyemarakkan cinta romantik dalam perkahwinan anda. Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh kita fikirkan; Asalkan baik tindakan spontan yang boleh kita bantu pasangan kita ... lakukanla. Pasti dia akan rasa disayangi.

1. Mengucup tangan suami pada setiap kali mahu keluar rumah paling tidak melafazkan salam adalah perkara yang sangat romantik. Salam & mendoakan kesejahteraan pasangan ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada anda dan pasangan anda. Anda berdua juga akan lebih bersemangat. Ketika di tempat sunyi/di kamar tiur contohnya sesekali suami bolehlah mengucup dahi isteri janganlah cuma sekali ketika akad nikah sahaja.

2. Sentiasa mencari jalan yang membuktikan anda tetap menyintai pasangan anda; tak mestinya dengan tindak laku formal atau asyik nak sebut aku cinta padamu (tapi akan dikatakan mengada-ngadu pula) tetapi sentiasa bersikap memaafkan kekurangan atau kesilapan pasangan anda;  itu sudah amat memadai. Pasangan anda pasti akan rasa sangat disayangi apabila anda sentiasa bersabar & tak suka memanjangkan perbalahan.

3. Duduk mesra bersama dengan pasangan anda . Berbual dengan cara ramah dan jadilah seorang pendengar yang baik setipa kali berbual. Jangan sesekali potong bualan pasangan anda dengan topik yang dia tidak suka.

4. Lakukan perkara bersama – sama seperti memasak, mengemas rumah dan bercuti. Jika pun tak mampu membantu apa kata jangan sampai anak kecil mengacau di dapaur; bawa atau layan anak anda ketika pasangan sibuk dengan rutin hariannya.

5. Bergurau senda antara satu sama lain. Berkomunikasi secara baik pasti akan merapatkan hubungan dan membuka hati untuk lebih menyayangi pasangan masing–masing.

6.Jangan biarkan pasangan anda tidur sendirian jika ada masalah berdengkur sekali pun atau cari jalan bagaimana mahu membuktikan anda prihatin dengan pasangan anda ketika bermalam... malam itu amat panjang; mungkin boleh pasangkan ubat nyamuk atau selimutkan pasangan anda jika terpaksa tidur berjauhan atau anda masih tidak mengantuk. Jika pasangan anda tergangu tidur dengan dengkuran anda ada baiknya anda tidur kemudian.

7.Sentiasa bertamu bersama jika ada majlis yang diundang; baik di pihak anda atau di pihak pasangan anda; cubalah mencari jalan jangan sampai tidak bersama ke majlis rasmi kecuali ada alasan yang kuat dan mendapat persetujuan bersama.

8. Makan bersama – sama dengan pasangan anda. Terutama jika telah ada anak janganlah makan berasingan. Peluang berkumpul makan bersama insy-Allah akan memberi berkat & kasih sayang yang intim.

9. Hantarlah pasangan anda ke klinik jika dia sakit; jika dia minta bantuan untuk meredakan sakitnya mungkin ada boleh menyapukan minyak angin atau mengurut setakat yang mampu. Perhatikan gelagat dia seharian jika ada tanda-tanda tak sihat eloklah bertanya & kumpulkan rasa simpati kepada pasangan anda.


10. Kongsi setiap perkara bersama – sama pasangan anda termasuklah masalah peribadi yang sukar diatasi seorang diri. Jangan menyimpan rahsia yang jika terbocor boleh meretak hubungan rumah tangga. Di sinilah nilai kejujuran satu hubungan yang jujur & ikhlas.

11. Bersabarlah dalam banyak perkara jangan sampai bila berlaku perselisihan pendapat/perbalahan ianya dipanjang-panjangkan. Jika keadaan teramat kronik mintalah panduan daripada Allah Nan Esa jangan cari orang ketiga yang belum tentu memahami masalah kita.

UKHUWAH KENA DIKEKALKAN





Lapan daripada sepuluh orang yang kita temui semasa hayat hanyalah diciptakan menjadi kenagan, walau pernah rapat dan intim. Idealisme tentang '"aku tak boleh hdup tanpa dia" adalah perasaan yang amat membahayakan diri kerana ia membuatkan kata sesat destinasi, lambat bertindak, kabur pilihan dn pedoman — bersama Lin Aira dan 11 yang lain di IPG Kampus Tuanku Bainun.
Suka · · · 17 jam yang lalu melalui mudah alih ·

  • Awan Pagi BETUL BETUL... SETUJU

  • Shizuka Shan Nk bermdah jp, hlngkn tension wt asgmnt. Haha

    ALin FiRkhan ayat penuh makna heheh ~~~

  • Shizuka Shan Terasa ke? Hehe

  • ALin FiRkhan hhehehehe.. x3,,,,,

  • Idan Radzi Fahaman ini yang SILAP besar sebab jika adik beradik atau waris; 10 kena biakkan jadi 100 & menjadi kelompok yang besar; jangan kita ke arah fikiran songsang ini. Orang luar yang bukan mahram atau saudara mara pun paksu tak terima guna fahaman ini sbb sikap kita beginilah paksu hilang anak saudara; hilang kawan... yang muda tak mahu jenguk paksu yang tua; terpaksa paksu kejar sana sini padahal jika kita kaji dalam agama kita apakah boleh digalakkan perkara begini. Apa ukhuwahnya kita jika asyik nak lupakan waris rakan pun umat sesama Islam.

  • Idan Radzi Intim bermaksud saling memahami; percaya dan ikatan ukhuwah yang kukuh bukan jadi MUSUH dalam selimut... jika mmg intim untuk melupakan baik jangan disebut intim...

  • Idan Radzi kerap kita jadikan suami atau isteri lapan dari sepuluh ini... maka pasti akan bercerai berai; habis tu apakah hanya emak bapa yang dua tu... habis tu bila emak bapa tak ada jadilah bagai kambing di tengah gurun SAHARA hidup sorang-sorang bila-bila masa serigala akan ngap kita.
  • Shizuka Shan Wohooooo... Sy mmg updte status apa yg sy rase jeeee
  • Shizuka Shan Hehehe. ok p. usu

  • Idan Radzi buang perasaan begitu kenapa tak jadikan kita ini manusia yang dua dari 10 itu; jika smua suka amalkan fikiran ini; tak perlu ada kenduri kendara kahwin; kaum cina dah buat; jangan jadikan surau atau apa jua tempat berhimpun... dah yang mahu berkumpul hanya 2 dari sepuluh; jadi bila nak sembahyang Jumaat akan pasti meraban mana nak cari jemaah untuk solat;  masjid hanya cantik jadi sunyi... kena kikis fikiran sebegini baik dengan waris dengan rakan pun dengan masyarakat lain.

  • Idan Radzi Mmg paksu pun perasan benda ini makin parah dalam hidup kita sebab itu pusat jagaan orang TUA makin sesak; org kita hanya ramai bertamu bila saudara mara dah mati atau nak makan nasi minyak; bayangkan antara kita; mana ada pakcik & makcik sebelah emak ayah kita lagi; kita sesama kita yang muda apakah rapat dan kenal... perkara ini kena dibetulkan.

  • Idan Radzi Ramai rakan setua paksu mengadu anak muda yang tinggi pelajarannya yang boleh dikatakan elit makin tak hormati orang tua di tempat kerja; sebab barah sakit saling menyayangi saling berkasih sayang dalam Islam memang makin PUDAR... harapan paksu anak buah paksu tak jadi begini.
  • Idan Radzi Ada ketika kita leka dengan alam maya FB & sebagainya sampaikan sikap kita di luar pun jadi macam di FB; hilang di FB hilang juga hubungan & ukhuwah sesama kita. Jika dengan teman-teman itu tak kisah sangat bagaimana pula dengan waris & saudara mara. Adik beradik seibu mungkin kita rapat dan mesra bagaimana dengan sepupu pun saudara sebelah ipar duai... ini mmg tak kena.

  • Idan Radzi ish jangan pula terasa paksu cuma suka membebel mungkin boleh pakai 20% saja bebelan paksu ni kita tetap bersaudara biarpun paksu jauh nun di Eskimo sana.. itu bagusnya jika kita pandai guna kemudahan IT ni... kan gitu.

  • Shizuka Shan Kdng2 jrak mishkan dn mbuat kn kte sukar bhububg. Betul tak
  • Idan Radzi betul tu tapi jika paksu ada peluang paksu sanggup lari sorang-sorang kejar rumah anak buah paksu... paksu lihat jarak salah satu sebab pasangan kita yang tak adil asyi memihak/rapat dengan keluarga dia juga satu sebab... pun ada banyak faktor lain... mmg ini ujian Ilahi.
  • Idan Radzi tapi timbul masalah; anak buah paksu tak ada di rumah; faham saja jiran kiri kanan mana kenal paksu ini adik ipar emaknya; alahai nak masuk rumah pun paksu tak berani; penyudahnya lepak kat masjid setelah ziarahi kubur ayahnya... Shizuka Shan... amat beruntung jika ketua keluarga (suami) mahu sentiasa mengeratkan hubungan keluarga sebelah pihak kita tapi jangan sesekali perkara ini tidak seimbang sampaikan tak berusaha rapatkan hubungan dengan keluarga sebelah suaminya... rumah tangga tak sebahagia mana jika bawa diri sendiri; ikatan persaudaraan itu jua satu cabang kebahagiaan sebab itu dalam Islam sering berpesan; ziarahilah orang sakit ada beribu Malaikat Rahmat mengiring kita. Tetamu yang datang sentiasa bawa rahmat ke dalam rumah kita...
  • Shizuka Shan Jadi kta perlu bijak gunakan jrak perhubungn yang jauh tu tuk ertkn silatrhim yg da lame tersekat dek arus ksibukn dunia. Bnyak kmudhn sosial yg leh kta gunakan. Mcm slh satu medan fb ini boleh kita gunakan dgn sbaik mgkin, bg ertkan persaudaraan.
  • Idan Radzi Itu yang paksu terkilan macam kenduri baru ini sebelah Mak Azie kenapa kita tak rebut meraikan bersama; menunjukkan Mak Azie ada ramai waris; siapa yang jauh tak apalah kalau tak datang; mungkin akan datang ketika kenduri di rumah Mak Azie yang penting kita kena datang sebab inilah peluang yang sebaiknya kita rebut untuk kenal saudara mara kedua pihak; paksu terkilan sebab sebelah keluarga paksu endah tak endah; anak-anak buah sebelah kita pun emm penat nak fikir; agak-agak paksu apakah ramai waris kita hadir ketika @Shizuka bersanding; paksu tak ada tapi Afiz mengadu kepada Paksu tak ada siapa kenal dia kecuali anak Mak Ha... kan pelik; kita sama-sama bersalah sebab tidak mengeratkan hubungan kita sejak berzaman.
  • Shizuka Shan Knduri ank mak azie yg lps sy xdpt hdirkn diri pak usu sbb msa tu dah blik mktb. Mcm mna nak dtg. Tambah pula msa tu suami kerja. Rsa terkilan gak xdpt p tapi nk wat cm mne. Knduri diadkn pd saya berada di penang
  • Idan Radzi jangan tak pergi ke Banting tak silap pada 23 Mac sebab biarpun kita jauh terpisah jika tak ada aral elok meriahkan majlis itu nanti.
  • Shizuka Shan 23hb mac xsilap masa tu saya cuti. InsyaAllah kalau xde aral melintng, sy dn suami dpt hdirkn diri. Tapi betul ke tarikhnya 23 mac paksu?
  • Idan Radzi tak pasti lagi tapi ayahnya kata sekitar tarikh tu... 23 tu Sabtu kalau 24 Ahad pun paksu besar kemungkinan ada aral juga; sebab tu paksu cantas semua majlis lain ketika majlis mempelai perempuan di Kapar Klang itu.

  • Idan Radzi minta diri jap sbb nak ke pasar malam nak cari bahan dapur kejap.