Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ni
semasa saya balik ke rumah mentua saya di Batu Gajah.. Saya dapati
kereta Kia Spectra kesayangan saya ada mengeluarkan bunyi yang kurang
menyenangkan apabila membelok di beberapa persimpangan jalan..Sebenarnya sebelum ini pun dah ada bunyi-bunyian tersebut.. Tetapi ianya jarang-jarang berlaku.. Jadi saya menangguhkan untuk memperbaiki kerosakan tersebut..
Kebetulan pula
pada ketika itu saya berada di Batu Gajah, jadi inilah peluang terbaik
untuk saya baiki kereta mana yang patut.. Sebelum ini saya dapati Kos baiki kereta di Batu Gajah lebih murah berbanding di tempat saya
bekerja.. Ini disebabkan terdapat sebuah kedai yang menjual spare part
kereta dengan harga yang murah di sini..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik semula kepada masalah kerosakan kereta Kia Spectra saya yang telah berumur 6 tahun..
Langkah pertama
yang saya lakukan adalah pergi ke bengkel baiki kereta yang
berhampiran dengan rumah ayah mentua saya.. Saya bagi tahu kepada pomen
di bengkel tersebut, tentang masalah yang kereta saya hadapi..
Bagi sebuah bengkel kereta yang bagus.. Mereka akan cuba sedaya upaya melayan pelanggan mereka dengan baik.. ;)
Untuk mengenalpasti kerosakan kereta saya.. pomen bengkel kereta tersebut telah membuat uji pandu ke atas kereta saya.. Dahsyat juga pomen ini... Siap buat drift beberapa kali semasa beliau sedang memandu uji kereta saya....
Setelah puas buat
drift.. Pomen tersebut memberitahu bahawa kedua-dua Drive Shaft kereta
saya mengalami kerosakan.. bagi saya memang patut pun Drive Shaft ini
rosak.. Sebabnya saya tidak pernah menggantikan Drive Shaft kereta ini
semenjak saya membelinya pada tahun 2006.. 6 tahun pakai tanpa
berganti.. Kira lamalah tu kan..
Semasa pomen bengkel tersebut sibuk mengesan kerosakan kereta saya.. Saya sempat mengambil gambar pada bahagian yang rosak tersebut..
Gambar Drive Shaft kereta yang rosak pada sebelah kanan..
Gambar Drive Shaft kereta yang riosak pada bahagian kiri..
Bahagian yang
rosak ini dikenali sebagai C.V. Joint atau Constant Velocity Joint..
Bila dah rosak kenalah baiki.. bagi memastikan keselamatan diri,
keluarga dan kenderaan terpelihara..
Jadi saya
tanyalah kepada taukey Bengkel kereta tersebut tentang kos baiki untuk
kedua-dua Drive Shaft tersebut.. Taukey bengkel tersebut memberitahu kos baiki Drive Shaft tersebut termasuk upah ialah RM420.00..
Mak Oi.. Mahal tu.. Mana nak cari duit sebanyak itu dengan serta-merta??
Sebelum ini saya
sedia maklum, Spare Part untuk kereta Kia Spectra memang mahal..
Disebabkan Spare Part kereta ini agak susah dicari..
Kereta keluaran
Korea tidak seperti kereta-kereta keluaran Jepun seperti Honda dan
Toyota yang mempunyai lambakan Spare Part di pasaran.. Biasanya Spare
Part kereta Kia adalah Spare Part original.. Disebabkan itu harga Spare
part kereta ini agak mahal..
Untuk
menyelamatkan diri.. Saya memberitahu kepada taukey bengkel kereta
tersebut... sekarang ini saya tidak membawa jumlah wang yang mencukupi..
Jadi saya akan baiki kereta ini di lain waktu, apabila saya telah
mempunyai duit yang mencukupi nanti.. (Bohong sunat tu)..
Taukey bengkel
kereta tersebut bersetuju dengan kata-kata saya.. Beliau berpesan supaya
jangan tangguhkan lama-lama untuk baiki kereta ni.. Disebabkan ia
boleh mendatangkan bahaya sewaktu dalam perjalanan.. Saya faham akan
kata-kata taukey tersebut, sambil beredar meninggalkan bengkel beliau
yang telah memberikan "maklumat berharga" kepada saya..
Sekarang ni saya
dah tahu bahagian mana yang rosak.. Siap ada gambar lagi.. Tindakan
seterusnya yang saya lakukan ialah mengunjungi kedai spare part kereta..
Untuk mendapatkan harga bagi dua Drive Shaft tersebut..
Bila saya tanya
dekat kedai Spare Part, Harga yang diletakkan untuk seunit drive Shaft
tersebut ialah RM140.. Setelah proses tawar menawar dilakukan saya dapat
membeli Drive Shaft tersebut pada harga RM68 seunit.. Untuk 2 unit,
saya perlu membayar RM136.. Kira murahlah tu berbanding harga yang
dikenakan oleh bengkel kereta tadi.. Syukur Alhamdulillah..
Langkah yang
seterusnya saya perlu mencari bengkel kereta yang lain.. Yang boleh
memasang Drive Shaft ini pada kos upah yang berpatutan..
Bila saya tanya
satu kedai tu.. taukey kedai boleh bagi harga RM30 seunit untuk kos
pemasangan Drive Shaft tersebut.. Jadi upah yang dikenakan untuk
memasang dua Drive Shaft (C.V. Joint) tersebut adalah RM60..
Bila saya
jumlahkan kesemua perbelanjaan yang saya keluarkan untuk baiki
kerosakan Drive Shaft pada kereta saya, tak sampai pun RM200..
2 unit Drift Shaft (C.V Joint) = RM136
Kos Pasang C.V joint = RM60
Jumlah keseluruhan kos baiki kereta = RM196..
Jimat RM224 (lebih 50%) berbanding harga (RM420) yang dikenakan oleh bengkel kereta pertama.. Penjimatan yang sangat banyak..
Kesimpulan yang dapat saya buat dalam artikel ini..
Kita jangan menyerahkan 100% urusan baiki kerosakan kereta kita pada mana-mana bengkel kereta. Biasanya bengkel kereta akan meletakkan harga belian pada Spare Part yang mereka jual (Biasalah bisnes).. Sedangkan kita boleh mendapatkan separuh harga untuk Spare Part kereta tersebut, sekiranya kita membelinya di kedai menjual Spare Part..
Sekiranya anda tinggal di kawasan Pusing, Ipoh, Batu Gajah.. Saya syorkan anda membeli Spare Part kereta di kedai seperti alamat berikut:
Syarikat Peniagaan Alat-Alat Ganti Ban Fatt
76, Jalan Besar, 31000 Batu Gajah, Perak
Tel : 05-3664858
Kedai ini terletak berhampiran dengan Masjid Besar Batu Gajah.. Setakat ini Alhamdulillah, saya boleh mendapatkan Spare Part kereta Kia Spectra pada harga yang murah di kedai ini...
Sumber
http://www.coretananuar.com/