Translate

Tajaan

Khamis, 24 April 2014

DELL & pc dugong.

Sesiapa yang mahu lupuskan pc dugong seperti komputer lama (Desktop) sila kontak saya di talian telefon 03 87371884.

Semalam Mila bawa balik kompuetr yang dilelong; DELL. Jauh lebih laju dari pc dugong yang aku gunapakai selama ini... kira hari ini aku bergumbira dapat ketik papan kekunci yang melantun menarik. Selama ini lama juga aku pakai komputer yang UPM lupuskan aku beli dengan harga RM2 sahaja. Seyogia sempat juga aku melayan dunia maya & berkarya.

Si Afiz sibuk nakkan komputer yang dapat dia guna untuk buat kerja menaip di rumah juga dapat tenguk wayang atau DVD. Aku tak sempat nak formatkan ada sekitar dua atau tiga komputer yang sebaya dengan dengan pc dugong yang aku gunapakai. Insya-Allah nanti dia lapang aku nak ajar dia bagaimana nak format komputer juga bagaimana nak jadikan ianya mudah digunakan jika telah diklonkan. Aku sering guna Norton Ghost agar mudah nak memantau komputer terutama bila digigit virus.

Cuma jika nak klonkan PC senang guna OSnya Fat32 bukan NTFS.  Satu kerja pula pc yang Mila bawa ini guna OS yang baru ini NTFS... pulak tu cekera padatnya tidak dibahagi dua (tiada partition). Tunggu window rosaklah nampaknya baru boleh diklonkan komputer ini. Aku tak pasti bagaimana aku pernah klonkan pc yang OSnya NTFS; tak silap aku aku pernah guna perisian Hiren's Boot, untuk klonkan komputer yang gua OSnya NTFS. Sampai kini aku masih tak mahir nak buat Hiren's Boot ini. Ada sesiapa di sini yang pakar guna Hiren's Boot ?.

Selasa, 1 April 2014

Gamat

Gamat atau nama saintifiknya holothurian stichopuc sp1 adalah hidupan marin yang telah digunakan oleh orang melayu sejak zaman dahulu. Gamat antara kehidupan marin yang diketahui berupaya mengubati dan mempertahankan dirinya secara biologi. 

Mengikut sejarah, gamat telah digunakan oleh wanita-wanita sebagai ubat selepas bersalin dan pembedahan, mengubati luka, ulser, sakit dada, kudis, radang paru-paru, serta lelah. Bagaimanapun kaji seledik yang dijalankan oleh pakar saintis menunjukkan gamat juga boleh digunakan sebagai ubat pelalian dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Penggunaan gamat sebagai ubat pelalian lebih berkesan berbanding ubat yang berasaskan kimia dan dadah.

Kini Gamat juga digunakan sebagai anti pembekuan darah untuk menyembuhkan penyakit kardiovaskular dan mempertingkatkan tenaga dalam badan. Gamat kaya dengan protein, kologen dan serabut elastin. Gamat juga mengandungi logam-logam yang diperlukan oleh badan untuk mempertingkatkan metabolisma seperti kuprum, kobalt, magnesium fosforus dan iodin. 

Hasil Kajian
Ujian telah dijalankan oleh satu pasukan doktor dari sebuah pusat pengajian tinggi universiti tempatan. 3 ekor tikus putih yang telah dilukakan dan disapu dengan iodin manakala 3 ekor lagi juga dilukakan tetapi disapu dengan ekstrak Gamat

Hasilnya mendapati 3 ekor yang disapukan dengan ekstrak Gamat sembuh dalam masa 5 hari manakala 3 ekor tikus yang disapukan dengan iodin sembuh dalam masa 11 hari. Hasil dari ujian ini membuktikan Gamat mempunyai antibiotik serta daya mengubat penyakit luka dengan lebih pantas.