Translate

Tajaan

Selasa, 18 Mei 2010

Resort mewah Pulau Redang


PULAU REDANG di Terengganu merupakan antara pulau yang dikenali kerana keindahan landskap dasar lautnya. Antara tarikan yang sering menjadi sebutan mereka yang pernah berkunjung ke pulau itu ialah kejernihan airnya, batu karang, ekosistem marin yang masih terpelihara dan hutan rimbanya.

Pulau peranginan itu juga sentiasa menjadi sebutan di kalangan penggemar selam skuba dan aktiviti laut seperti snokeling, berkayak dan sebagainya.

Mengambil masa sekitar 45 minit perjalanan dari Jeti Merang, Setiu atau satu jam perjalanan dari jeti Shahbandar Kuala Terengganu, Pulau Redang menawarkan percutian yang cukup berbaloi.

Dengan bayaran sekitar RM300 hingga RM500, pengunjung berpeluang menikmati pakej percutian tiga hari dua malam yang ditawarkan oleh kebanyakan resort di pulau itu.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Terengganu mencadangkan untuk hanya meluluskan pembangunan resort mewah bertaraf lima bintang di pulau itu.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat reaksi pelbagai pihak terutamanya daripada golongan berpendapatan sederhana.

Namun ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana berpandangan ia tidak wajar dan akan memberi kesan kepada banyak pihak.

PULAU REDANG juga menawarkan penginapan untuk pelancong bajet rendah.


Mereka yang terkena tempias itu termasuklah pelancong tempatan, pengusaha resort sederhana, pengusaha bot, pemandu pelancong dan penduduk kampung di pulau itu.

Seorang pengunjung yang juga penyelenggara alat keselamatan dari Petaling Jaya, Vincent Tan, 26, memberitahu, dia juga turut merasa tempiasnya jika benar resort mewah dibangunkan di Pulau Redang.

“Sudah tiga kali saya ke pulau ini dan kali ini saya membawa keluarga,” katanya yang hanya membelanjakan sekitar RM500 seorang untuk percutian selama tiga hari dua malam.

Jelasnya, berbanding pulau lain, Pulau Redang merupakan destinasi terbaik percutian kepada mereka yang gemarkan aktiviti sukan air. Jika benar perubahan itu dilakukan, maka dia terpaksa memilih lokasi lain untuk bercuti.

“Jika perubahan itu dilakukan sekarang, maka ia sudah terlambat kerana hampir 80 peratus batu karang di Pulau Redang sudah mati.

“Biarlah tempat ini kekal begini dan buka peluang kepada semua orang untuk datang ke pulau ini kerana penguatkuasaan sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi,” kata Tuan Harun Mahmud, 61, yang melihat perkembangan pulau tersebut sejak berkunjung ke situ sekitar tahun 1980-an.

Jelas Tuan Harun, jika kerajaan tetap mahu melaksanakan cadangan tersebut, beliau mencadangkan supaya ia dilakukan di pulau-pulau lain di Terengganu seperti Pulau Bidong dan Pulau Tenggol yang masih belum dibangunkan.

Seorang pesara yang kini membantu isterinya mengusahakan sebuah resort di pulau itu yang hanya mahu dikenali sebagai Harris, 59, memberitahu, tindakan itu seperti mahu mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah di pulau itu.

“Mengehadkan bilangan pengunjung yang datang ke sini bukan caranya sebab ia seolah-olah menafikan hak kebanyakan orang,” katanya.

Kepada pengusaha calet, Azmi Ali, pintu rezekinya dan penduduk kampung mungkin akan terjejas dengan pelaksanaan pembangunan itu kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan kemudahan bertaraf lima bintang.

“Saya telah mula mengusahakan resort ini kira-kira dua dekad lalu tetapi ini sahaja kemudahan yang mampu saya sediakan,” katanya sambil menunjukkan beberapa buah bilik di resort miliknya yang tanpa status sebarang bintang.

Sementara itu pengusaha bot pelancong, Azahari Che Razak, 26, memberitahu, kadar yang dikenakan bagi percutian ke pulau itu buat masa ini masih dianggap terlalu tinggi terutama kepada pelancong tempatan.


AKTIVITI selam skuba antara tarikan utama di Pulau Redang.

Pendapatan terjejas

Andai cadangan itu diteruskan, maka ia akan menambah beban pelancong sekali gus menjadikan percutian ke Pulau Redang sebagai angan-angan sahaja.

“Ia akan menyebabkan orang ramai tidak datang ke pulau itu dan akan menjejaskan pendapatan kami,” katanya yang menyediakan perkhidmatan bot pergi balik dari Jeti Merang ke Pulau Redang dan Lang Tengah.

Bagi Azmi Awang, 23, yang berasal dari pulau itu, dia sanggup untuk kembali ke kampung halamannya selepas sekian lama merantau mencari rezeki sebagai pemandu pelancong dengan bot pemberian bapanya.

“Pendapatan saya di sini agak baik sebab ramai pelancong datang tetapi saya tidak tahu bagaimana pula nasib saya dan penduduk kampung lain selepas ini sekiranya pulau ini berubah wajah,” katanya.

Bagi Maria Harris, 22, dia juga risau jika pulau itu dieksklusifkan kerana mungkin orang ramai akan memilih untuk melancong ke luar negara memandangkan tiket penerbangan ketika ini cukup murah.

Bagaimanapun, beberapa pihak pula berpandangan cadangan untuk mengeksklusifkan pulau itu perlu dilakukan kerana pulau tersebut sudah tidak seindah seperti sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan juga imam Pulau Redang, Ladin Awang, 71, memberitahu, sudah banyak perubahan yang dilihatnya sepanjang tempoh dia membesar dan mendirikan keluarga di pulau itu.

“Terlalu ramai orang datang ke sini menyebabkan pulau ini jadi kotor dan kehidupan karang juga terjejas.

“Ikan di sekitar pulau ini juga sudah berkurangan,” katanya yang merupakan generasi ketiga keluarganya yang menetap di pulau itu.

Langkah untuk menaiktaraf Pulau Redang katanya adalah wajar dan beliau tidak risau dengan rezeki penduduk di pulau itu kerana mereka tetap boleh menumpang rezeki resort mewah di pulau tersebut.


DUA remaja tempatan Pulau Redang meraih pendapatan dengan membawa pelancong untuk aktiviti snorkeling.

“Pada masa sekarang pun ramai penduduk kampung yang bekerja di beberapa buah resort mewah di kawasan ini terutamanya Berjaya Redang Resort,” katanya.

kredit : kosmo.com.my


Hantu di Pulau Redang

oleh: Penglipur

satu lagi.. masa dekat Pulau redang...
aku dengan geng pergilah bercuti...ikut rombongan sekolah.

Lain macam sahaja suasana malam tu.
Entah camna boleh gaduh dgn sesama murid sekolah serombongan.
bengkak semacam saja diaorang itu dengan rakan karib aku!!!
nak dijadikan cerita..

dalam pukul 12 pagi
kwn karib aku nangis..sakit hati!!! kitorg pun keluar la dr bilik..
pastuh ramailah murid yg memujuk... bila telah reda
aku & rakan karibku terus masuk bilik..

Tetiba 5.. 6... orang murid menjerit & ada yg menangis..
geng aku dah menggelabah.. nasib baiklah kwn aku yg nangis tu handal & alim orangnya... dia ambil yassin.. baca sikit.. lepas itu budak histeria itu senyap.

Mereka yang tersedar rasa pelik.. tanya.. knp ada org baca yasin... kita org suruh la diaorg tidur...esok tu. dia cakap.. dia nmpk org dahulu kala pakai baju lama...
mcm Tuan Puteri kat belakang kitaorg yg baca yassin ni...

aku apa lagi..seram woii...
esok mlm.. aku dengan geng aku angkut bantal...pergi tido dlm bilik cikgu...

Tiada ulasan:

Catat Komen