Translate

Tajaan

Khamis, 2 September 2010

Fitnah II: Dr Burhanuddin al-Helmy patut jadi PM berbanding Tunku

Thursday, 18 March 2010 2:55 PM Oleh Mohd Ali Bakri

KAJANG: Umno fitnah Dr Burhanuddin al-Helmy sehingga dipenjarakan, lalu Tunku Abdul Rahman dinaikkan sebagai Perdana Menteri, padahal tokoh cendekiawan siasah Melayu itu hampir-hampir diangkat Perdana Menteri Malaysia.

Pengamat politik semasa Abdul Rahman Abdul Karem berkata, hal yang sama dilakukan oleh Umno ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, iaitu dengan memfitnah beliau dengan menggunakan isu liwat.

"Dahulu Umno telah memfitnah Ibu Zain ada hubungan dengan Dr Burhanuddin al-Helmy, sehingga mereka berdua dituduh pergi luar negeri ke India bersama-sama.

"Padahal, kedua-dua mereka pergi menghadiri kongres di India bagi membincangkan kedudukan tanah jajahan British ketika itu dalam rangka untuk mencapai kemerdekaan," kata beliau ketika dihubungi erapakatan.com baru-baru ini.

Kisah Ibu Zain difitnah mempunyai hubungan dengan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Dr Burhanuddin al-Helmy itu turut disajikan dalam bentuk rakaman teater muzikal Ibu Zain sebelum ini.

"Ini bermaksud, perkara Umno memfitnah rakyat, memfitnah musuh politik mereka ini, bukanlah perkara baharu. Ia sudah berlaku sejak dahulu lagi. Dulu, mereka gunakan Ibu Zain, sekarang mereka guna Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Jadi, Onn Jaafar fitnah Dr Burhanuddin lalu beliau dipenjarakan, kemudian dinaikkan Tunku sebagai Ketua Menteri. Hal yang sama pun terjadi sekarang dengan Dr Mahathir melakukan fitnah ke atas Anwar, lalu dimasukkan beliau ke dalam penjara, dan Abdullah dinaikkan sebagai PM," tambah beliau lagi.

Pada zaman Abdullah, tambah Abdul Rahman, kelemahannya hampir sama dengan Tunku di mana, orang Melayu masih miskin dan semua ini menyebabkan bangsa ini sentiasa ditindas oleh bangsa lain.

"Sekarang, cuma diubah nama sahaja, daripada DEB kepada MEB. Saya ibaratkan, pencapaian 30 peratus itu umpama ada penumpang yang masuk ke dalam rumah kita, lalu penumpang itu isytihar 70 peratus daripada isi rumah kita itu miliknya dan baki 30 peratus itu milik tuan rumah.

"Saya fikir, kalau Dr Burhanuddin al-Helmy yang menjadi Ketua Menteri, dan Tunku tidak naik, masalah ini tidak timbul lagi," kata beliau lagi.

Terdahulu, kerajaan memperkenalkan MEB yang didakwa tidak akan menghapuskan hak istimewa bumiputera malah memfokuskan kerjasama dengan bukan bumiputera.

Dalam perkembangan terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bentuk kerjasama itu adalah dalam aspek politik dan promosi dalam perniagaan.

"Kita mahu supaya ada kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang bukan sahaja menguntungkan bumiputera, tetapi juga bukan bumiputera," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan