Translate

Tajaan

Khamis, 30 September 2010

Sultan lucut gelaran adinda Oleh Norliza Wasilan

2010/10/01

Tengku Muhammad Faris arah penarikan berkuat kuasa semalam

KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V melucutkan gelaran Temenggong yang dianugerahkan kepada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 32, berkuat kuasa semalam.

Baginda turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I), yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, ketika mengumumkannya, berkata penarikan gelaran dan anugerah itu sudah dimaklumkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra melalui surat yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, semalam.

Saya tandatangani surat berkenaan dan diserahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra menerusi wakil, iaitu Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Rosdi Ismail, pada jam 10 pagi tadi (semalam), katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Ditanya mengenai elaun, Mohd Aiseri berkata, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak lagi menikmati elaun bagi gelaran Temenggong itu.

Dalam Perlembagaan, gelaran Temenggong ini memang ada elaun, jadi (selepas penarikan balik gelaran) kini (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tak ada (elaun lagi), katanya.

Sementara itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.
Beliau berkata, tidak berasa apa-apa dengan surat yang memaklumkan penarikan balik gelaran Temenggong dan Darjah lain terhadap dirinya.

Saya tidak mahu memberikan komen sebab perkara pokok, iaitu isu pertikaian mengenai Tengku Muhammad Faris Petra (sebagai Sultan) masih dalam mahkamah. Pada saya (surat berkenaan) tak beri kesan, katanya.

Bharian

iDAN : Semua tahu akan kes Monahara yang masih belum selesai; sekarang Tuanku dalam dilema masalah istana pula; agar kita mendoakan agar Tuanku terus bersabar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan