Tertunggu juga kami
dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin
Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan
berita ini atau tidak. Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih
tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada
laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain….
Jikalau K. Rajagopal ada pernah mengatakan ranking bola sepak Malaysia pada ranking FIFA tidak penting, harap-haraplah pendapat sebegitu tidak keluar untuk ranking di bawah ini..
Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah
(BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik?
Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat &
prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita
Malaysia.
Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu
negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini
rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejut
dengan laporan berita The Wall Street Journal ini berdasarkan
statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah,
Transparency International (TI).
Sumber Laporan Berita + Video : http://www.abc.net.au
Jikalau tidak masakan, berbangkitnya skandal skandal komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima “individu yang ada hubungan rapat peringkat tertinggi dengan pihak kerajaan”
daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas,
Securency International dan Note Printing Australia serta merupakan
broker bagi program senjata nuklear Pakistan.
Skandal ini sedang hangat di Australia apabila dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.Skandal ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Ini hanya beberapa contoh sahaja….
Jikalau
sebelum ini, kami pernah mengeluarkan laporan berita yang
bertajuk Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052
Trillion (US$338 Bilion)! (KLIK SINI). Satu
angka dan bebanan yang cukup besar kepada negara. Sedang akhbar utama
di India contohnya menyamakan ia dengan satu kejadikan rompakan
besar-besaran kepada negara mengenai kes aliran wang haram haram ini
(illicit fund) di sana….
Malangnya media arus perdana dilihat tidak begitu berminat untuk berkongsi laporan berita ini di media mereka. Mereka dilihat lebih suka menyiarkan iklan animasi dan iklan komersial yang mengatakan Malaysia akan memerangi rasuah.
Sebenarnya tidak perlu mengeluarkan
belanja untuk iklan sebegitu rupa. Persepsi rasuah & usaha untuk
meyakinkan kalangan rakyat Malaysia di mana kerajaan “benar-benar”
dilihat lebih berkesan jika janji yang dilontarkan disusuli dengan
tindakan yang dilihat ada integriti, bukan setakat mencanang di seluruh
pelusuk Malaysia semata.
Terbaru, badan pemantau rasuah,
Transparency International (TI) meletakkan Malaysia mendapat markah
terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012 berdasarkan laporan The
Wall Street Journal. Ini kerana……
- 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah.
- Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
- Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan