Translate

Tajaan

Selasa, 13 Januari 2009

Wajah-wajah anggun (Delima Merkah)



Dengan wajah boleh menceriterakan sesuatu

Jumaat, 2 Januari 2009

Melembutkan Ayam Pencen (Petua)


Melembutkan Ayam

  • Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.
  • Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.
  • Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
  • Masukkan daun betik, atau putik betik ketika merebus ayam itu.
  • Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.

Khamis, 1 Januari 2009

Buah Nenas (Petua)

Memilih Nenas :-

  • Pilih nenas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol.
  • Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik - bintik putih.

Buah-buahan kelihatan segar :-

Untuk membuatnya kelihatan segar, sapukan buah-buahan tersebut dengan minyak kelapa kemudian renjiskan dengan air. Cara ini sesuai untuk buah-buahan sebagai hantaran.


Buah yang dipotong berubah warna:-

  • Celupkan buahan ke dalam air limau nipis. Hasilnya buah-buahan ini tidak akan berubah warnanya.
  • Boleh juga mencelupkan buah-buahan tersebut dalam air gula. Selain mengekalkan kesegarannya, ia juga menambahkan rasa manis pada buah-buahan tersebut