TANDA KIAMAT DI TEPI KAABAH | Menara Jam Di Raja Mekah : Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah
“Apabila melihat pembangunan yang sangat
hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim
melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim
meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan,
tanam-tanaman dan binaan,
Juga ketika Allah memerintahkan Baginda
berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim
taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang
mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun
kemudian.
Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang
berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril
bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda
Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat.
Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi
Muhammad SAW menyebut:
“..apabila engkau melihat orang yang
tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing
berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah! Nabi
sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif
fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal
kita lihat.
Saya juga menerima komen di bawah dari
pengunjung portal saya berkenaan artikel ringkas di atas (Fakta
benar/salah sila pastikan semula):
1. Dalil secara Qati’ (putus-tidak boleh
dipertikai) untuk menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah
adalah ‘Pusat Bumi’ seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi
spt Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran. Diikuti pula ilmu
sains,astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta
tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92
2. Menyatakan bahawa Makkah
al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi.
Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan
diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat. Untuk mendapat cas
tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul,
selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah
sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’. Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat
Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi,
waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini.
Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi,
tetapi ia juga merupakan tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan
amal ibadat.
3. Menyangkal fakta barat yang
menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah. Sebenarnya ia
adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran
390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam
bidang astronomi dan geografi Islam.
4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan
bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu
garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds
al-Syarif. Berbeza dengan padangan yang sebaliknya.
Maka, umat Islam di Palestin secara
khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa
perlu condong ke mana-mana arah. Begitu juga arah kiblat mereka juga
terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah.
Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w
untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.
5. Menyatukan dan memudahkan urusan
waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun HIJRAH dan sambutan hari
kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang
sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya
menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’
ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.
6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat
Islam sedunia dari segi fikrah ‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu
Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara
non-muslim secara amnya.
Secara simboliknya, sistem Greenwich
Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna
pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan
ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.
7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan
oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara
sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar. Hal ini berlaku
sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan
menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah
berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia bertujuan untuk memudahkan
urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara
tersebut.
Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi
Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′
darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka
berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah. Begitu juga di
negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau
pengurangan ukuran darjah permukaan bumi.
Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk
umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab
itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan
WAKTU’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya
sebagai pengurusan harian hidup. Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah
merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah
al-Musyarrafah.
8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk
bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya
di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).
Wallahu A’lam.