Translate

Tajaan

Isnin, 20 Mei 2013

Buah keras bukan sekadar rempah masakan


buah, iri rong dan bunga buah keras

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia dan Lumbang di Filipina, ialah salah satu spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga euphorbiaceae.

Selalunya buah keras digunakan sebagai rempah atau perasa (untuk mendapatkan rasa berlemak) dalam masakan terutamanya masakan Melayu dan Indonesia. Ia juga sering digunakan sebagai pemekat kuah. Selain darpada kegunaan dalam masakan, buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu.

buah keras yang masih berkulit


buah keras sudah dibuang kulit

Walaupun boleh dimakan, namun begitu buah keras atau nama botaninya aleurites moluccana merupakan pokok rasmi Hawaii ini perlu dimasak sebelum dimakan kerana mempunyai kandungan toksik (saponin dan phorbol) yang tinggi ketika masih mentah.

pokok buah keras

Pokok buah keras bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15-25 meter, dengan dahan-dahan yang merampak. Ðaunnya sederhana dan berbentuk bujur telur, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-20 sentimeter, dengan warna yang hijau pucat. Batang daunnya panjang berukuran 5 hingga 15 sentimeter dan mempunyai dua kelenjar pada dasarnya.

bunga buah keras

Bunganya kecil berwarna putih dan berdiameter kira-kira 1 cm. Buahnya berdiameter 2 hingga 5 cm, berwarna hijau dan berisi serta mempunyai 1 atau 2 biji. Buah keras berbentuk bulat dan bijinya keras mempunyai kandungan minyak yang tinggi dan membolehkannya dijadikan lilin. Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi.

buah keras muda dan daunnya


buah keras ~ closed up ~

Di Hawaii, pokok buah keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan. Pokok ini dianggap sebagai bentuk tubuh Kamapua'a, dewa babi. Salah satu legenda menceritakan tentang seorang wanita yang walaupun mencuba dengan sedaya upayanya untuk menyenangkan hati suami, selalu dipukul olehnya. Akhirnya, suami wanita itu membunuh dan mengebumikannya di bawah sebatang pokok buah keras. Sebagai seorang wanita yang baik hati dan adil, beliau diberikan hidup baru, sedangkan suaminya akhirnya dibunuh.

Hilangkan tanda-tanda regangan di perut

Selain buahnya yang digunakan sebagai rempah masakan, beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. Ðaun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Ðaun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan.

Isi rong pulpa dikatakan mampu digunakan untuk dijadikan tuaman bagi merawat masalah sakit kepala, demam, ulser dan sendi membengkak. Isi rong biji juga dikatakan mempunyai kesan penjulap.

Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak. Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam system perawatan rambut. Minyak dari biji buah keras dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar , tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. Ði Sumatera, biji yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut.

Hilangkan nafas berbau

Masalah berkaitan pencernaan juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. Ði Hawaii, buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut.

Getah dari buah muda dikatakan mampu merawat kulat pada kulit. Bagi lelaki yang mengalami masalah pembengkakan pada kemaluan, getah buah dikatakan mampu digunakan bagi merawat masalah tersebut. Air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran, getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut.

Rawatan tumor

Kulit kayu pokok buah keras pula dikatakan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan jus yang dicampurkan dengan santan kelapa digunakan untuk menyembuhkan spru (jangkitan pada usus). Ði Jepun kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat tumor. Ði Jawa, kulit kayu pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak-suburan wanita. Kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

2 ulasan:

  1. dekat mana nak cari buah keras yang masih berkulit.. sy nak buat ubat...

    BalasPadam
  2. baru ni saya ke Machang Kelantan di sana Pasar Isnin ada dijual buah keras ini dengan kulitnya jika rakan ada di sana tentunya boleh suruh dia belikan...

    BalasPadam