Translate

Tajaan

Isnin, 22 Disember 2014

Sorok Bulu Kaki Daripada Suami

Kehadiran wanita cantik bernama Suryati pada hari memang saya nanti nantikan. Beliau sudah beberapa kali membuat temu janji tetapi kerap juga membatalkannya. Saya yakin beliau mempunyai sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Kali ini saya berasa sangat gembira menerima kehadiran beliau buat pertama kalinya. Suryati berusia 28 tahun. Wanita muda ini sangat bersopan santun dan berhemah sekali bila berbicara.

"Minta maaf doktor kerana kerap membatalkan temu janji. Sebenarnya saya terpaksa menunggu suami saya outstation dahulu barulah dapat datang ke klinik doktor,'' katanya.

Pertanyaan saya kepada wanita itu: ''Kenapa pula begitu? Bukankah lebih bagus jika datang bersama-sama suami. Kita dapat berbincang dengan lebih baik.''

Suryati memberitahu bahawa dia mempunyai masalah yang tidak boleh diceritakan kepada suaminya kerana dia berasa sangat malu. Dia menunjukkan kepada saya betisnya yang berbulu lebat. Menurutnya bila suami ada di rumah dia akan bercukur setiap hari bagi mengelakkan masalah itu di ketahui oleh suaminya.
Akibat bercukur kulit betis menjadi kasar dan menggerutu. Liang-liang roma pada betis kelihatan besar. Kulit betis juga turut dipenuhi kesan ruam akibat penumbuhan bulu bulu yang terlekat di dalam kulit (in grown hair). Kesan rambut seperti ini menyebabkan betis sering gatal gatal. Kesan bercukur juga sering menyebabkan kulit luka dan berparut.

Menurut Suryati beliau pernah cuba mencabut bulu-bulu itu tapi tidak tahan dengan kesakitan yang dirasai. Beliau juga sering ke salon bagi melakukan waxing tapi tidak mempunyai masa untuk selalu ke sana. Kaedah waxing perlu dilakukan dua kali sebulan bagi mendapat hasil yang baik. Setahun yang lalu beliau pergi ke sebuah salon bagi rawatan IPL namun kulitnya terbakar dan parut kesan melecur membuatkan kulit kurang cantik. Suryati tidak pernah berbincang dengan suaminya masalah yang dihadapi lantaran berasa malu dan rendah diri dengan kekurangannya itu. Kerana itulah dia bertekad berkunjung ke klinik saya di Semenyih apabila suami ke luar negara.

Saya bersimpati dengan beliau. Masalah Suryati ini sebenarnya merupakan masalah ramai wanita tidak mengira bangsa dan keturunan. Keinginan membuang bulu di badan bermula sejak seseorang itu di peringkat remaja dan berterusan sehingga usia tua. Baik lelaki atau perempuan yang bermasalah sudah tentu berasa rimas dengan kehadiran rambut atau bulu yang terlalu lebat dan ingin membuangnya. Sama ada rambut di ketiak, muka, kaki, tangan, bikini line atau mana-mana tempat di badan , kebanyakan wanita dan lelaki hanya mahu bulu kelihatan di atas kulit kepala sahaja.


Laser

Di antara rawatan membuang bulu, rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan. Jenis jenis laser yang digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG. Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi proses tersebut akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut tersebut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati.

Bagi kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:Yag. Oleh kerana laser diserap oleh pigmen yang berada pada akar bulu, ia memusnahkan bulu secara total.

Rawatan ini sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini , bulu roma tebal maka penyerapan laser adalah paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma. Bulu yang di fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik kerana kandungan melaninnya rendah maka ia tidak mati.

Saya menasihatkan mereka yang ingin menjalani rawatan laser membuang bulu roma secara kekal agar mencukur dahulu sehari sebelum ke klinik. Ini bagi memastikan bulu tersebut berada pada fasa yang aktif (Anagen).

Laser perlu dibuat beberapa sesi selang antara 6 dan 12 minggu. Ini adalah untuk membolehkan bulu roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.

Kita perlu ingat bahawa kadar pertumbuhan setiap sel bulu adalah berbeza. Tidak mungkin semua bulu berada di dalam fasa yang aktif pada waktu yang sama. Maka rawatan berulang kali akan memastikan kejayaan yang sangat baik.

Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah manakala orang yang berkulit gelap rawatan terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse Nd:Yag.

Di klinik Marissa Esthetic saya menggunakan sistem soprano iaitu diod laser keluaran AlMA LASER yang merupakan satu syarikat pengeluar laser terunggul dalam dunia perubatan. Ia begitu hebat dan sesuai bagi kulit orang asia dan mampu menghapuskan bulu roma dengan berkesan sekali.

Soprano laser bukan sahaja menghilangkan bulu roma malahan turut memutihkan kulit, menutup liang roma yang besar akibat sering bercukur dan menegangkan kulit. Kulit jelas kelihatan lebih cantik selepas laser. Ciri-ciri seperti ini sangat penting apabila kita mahu menghilangkan bulu pada muka terutamanya. Saya pasti mereka yang pernah mencuba sistem ini pasti akan menyukainya. Dengan tindakan cold laser(tidak panas) kulit tidak terbakar. Ini membuatkan kita berasa selesa.

Sebulan selepas rawatn pertama Suryati berkunjung lagi ke klinik saya. Kali ini beliau datang bersama suaminya. Suryati kelihatan sangat berkeyakinan. Jelas beliau berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya.

Ketuat di Kemaluan


SOALAN :

Saya adalah gadis berumur 21 tahun, merupakan anak sulung dan tidak pernah melakukan seks. Baru-baru ini saya dapati ketuat di kemaluan (genital wart) saya berasa sakit. Ketuat itu memang ada sejak saya kecil dan meningkat dewasa.

Soalan saya, adakah mempunyai 'genital wart' itu normal? Bagaimana ia boleh tumbuh? Adakah perubahan pada ketuat tersebut disebabkan perubahan hormon? Adakah ketuat yang berdarah boleh menjadi tanda kanser servik? Bolehkah ketuat bertukar kepada malignant cell dan menyebabkan kanser di bahagian reproduktif wanita?

Terima kasih.
Gadis, Ipoh

JAWAPAN :

Daripada cerita di atas saya kurang pasti sama ada ketuat di kemaluan yang dialami itu genital wart atau tidak. Genital wart adalah tidak normal jika dialami oleh seseorang wanita. Genital wart atau kutil genitalis (Kondiloma Akuminata) merupakan kutil yang tumbuh di dalam atau di sekeliling faraj atau dubur. Ia berjangkit melalui hubungan seksual dan disebabkan oleh 'human papiloma virus'. Kebiasaannya kutil tersebut timbul selepas satu hingga enam bulan diinfeksi dan tumbuh dalam bentuk kluster dan bukannya satu sahaja. Wanita yang mengalami masalah ini disarankan menjalani ujian pap smear.

Saya yakin apa yang dialami sudah bertahun-tahun (sejak kecil lagi) adalah suatu ketumbuhan (kutil) yang jinak dan tidak bermasalah. Ketumbuhan yang ganas akan membesar dalam masa yang singkat. Kutil sebegini dikenali sebagai 'cutaneous skin tag', seperti kulit yang terlebih tumbuh. Kebiasaannya berlaku pada bahagian lipatan iaitu di bahagian leher, ketiak dan celah paha (pangkal paha). Ia tidak memudaratkan dan tidak sakit, tidak membesar dalam masa yang singkat. Selalunya ia bertangkai dan sebesar biji halba atau beras. Ia bertukar rupa dan mungkin menimbulkan kesakitan jika terluka dan diinfeksi oleh bakteria. Anda tidak memerlukan apa-apa rawatan bagi kutil sebegini. Bagi wanita yang ingin mendapat perawatan disarankan berjumpa dengan pakar kulit. Perawatan secara laser, krioterapi (pembekuan) atau pembedahan dengan bius lokal.

Untuk pengetahuan anda, sekarang sudah ada vaksin bagi mencegah diinfeksi oleh human papiloma virus. Human papiloma virus (HPV) jenis 16 dan 18 adalah penyebab utama kanser serviks bagi wanita. Vaksin yang ada di negara kita adalah Cervarix dan Gardasil. Vaksin ini boleh mencegah seseorang wanita daripada diinfeksi oleh HPV utama tersebut. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat berkenaan pengambilan vaksin ini.

Rabu, 10 Disember 2014

BILA USIA SEMAKIN SENJA


Kerja doktor cuba merawat. Pesakit pula kena setia makan ubat. Ada ketika bila dah diserang sakit kronit ni silap makan boleh buat sakit tak menentu. Gula naik semua masalah lain jadi kacau. Darah akan naik. Samalah jika kolesterol naik pasti tekan darah juga naik.

2. Ubat kena makan untuk menyekat sakit merebak. Bahan makanan lain seperti herba kena menjadi makanan untuk memulihkan kesihatan. Ketika kita sakitlah ada kalangan rakan akan ambil kesempatan untuk memujuk kita beli ubatan dari jualan MLM yang mahal untuk menjadikan mereka cepat kaya. Paling naif ada kalangan mereka dapat melancong percuma setelah mendera mereka yang sakit kronik ini dengan pembelian barangan yang mahal.

3. Doktor sudah sediakan ubat. Makanlah. Negara kita sebenarnya kaya dengan herba yang terbiar tidak kita amalkan mahu memanfaatkan terbuang. Sebagai contoh. Buah mengkudu. Melambak gugur. Ada ketika serasi bagi mereka yang diabetes menjadi penawar yang bagus. Cuma usaha sedikit. Perah sendiri & minum jusnya. Jering petai ulaman kampung juga bagus untuk perjalanan darah juga boleh buang kolesterol dalam badan.

3b. Ada banyak herba lain yang dijual secara terbuka di kedai sensei cina bagus untuk diamalkan dari duit habis disamun mereka yang guna cara jualan langsung yang mahal ini. Yang pasti rajin mencuba juga bertanya apa petua amalan mereka yang sakit kronik boleh bertahan pun berumur panjang.

5. Bila dah tua ni doktor muda pun sering membebel bila keadaan diri kita tak stabil. Ada ketika sakit kronik ini bukan sebab tak makan ubat boleh menjadi kritikal. Makan ubat sekali pun jika fikiran yang terganggu, tidur tak cukup, kurang bersenam semua itu menjadi penyebab sakit boleh melonjak naik. Sebab itu pesakit kronik kena banyak berehat beri sokongan juga jangan buat mereka stres. Jika awak asyik membuli pesakit kronik dengan pelbagai agenda juga ancaman menggusarkan ibarat awak sengaja mahu membunuh pesakit kronik ini.

Sedar tak sedar Januari nanti akan masuk tahun ke sembilan aku bergelar pesakit kronik. Sebab aku mula makan ubat malas mati ini sejak usiaku 48 tahun. Huh aku berharap aku boleh bertahan.