Translate

Tajaan

Isnin, 2 Mac 2015

JADILAH Suami Isteri yang ROMANTIS

 Bismillaahir Rahmaanir Raahim





~○♡JADILAH Suami Isteri yang ROMANTIS♡○~

Bermesraan, itulah yang membuat hubungan suami-isteri terasa indah dan nikmat.

Caranya?

Cuba perhatikan uraian berikut ini.

Dalam berkomunikasi, ada dua jenis lambang yang bisa dipergunakan, yaitu lambang VERBAL n lambang NONVERBAL .
Menurut penelitian Profesor Birdwhistell, maka nilai efektifitas lambang verbal dibanding non verbal adalah 35:65. Jadi, justru lambang non verbal yang lebih efektif dalam menyampaikan pesan.

Bermesraan, adalah upaya suami isteri untuk menunjukkan saling kasih sayang dalam bentuk verbal.

Sentuhan tangan n gerak tubuh lainnya, adalah termasuk lambang non verbal ketika suami berkomunikasi dengan isterinya. Komunikasi verbal semata belumlah efektif jika belum disertai oleh komunikasi non verbal, dalam bentruk kemesraan tersebut.

Rasulullah Salallaahu Allaaihi Wassalaam pun merasakan pentingnya bermesraan dengan isteri, sehingga beliau pun mempraktikkannya untuk menghias hari-2 dalam keluarganya, yang tecermin seperti dalam hadis-hadis berikut:

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah Salallaahu Allaaihi Wassalaam dan ‘Aisyah ra biasa mandi bersama dalam satu bejana.

Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Beliau kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’

Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Sabdanya, ‘Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” (HR Sa’id bin Manshur)

2. Memberi wangi-wangian pada auratnya ‘Aisyah berkata, “Sesungguhnya Nabi saw apabila meminyaki badannya, beliau memulai dari auratnya dan mengolesinya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi), dan isterinya meminyaki bahagian lain seluruh tubuhnya. (HR Ibnu Majah)

3. Mandi bersama isteri Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi saw dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (HR ‘Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4. Disisir isteri Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Saya biasa menyisir rambut Rasulullah saw, saat itu saya sedang haid”.(HR Ahmad)

5. Meminta isteri meminyaki badannya Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah saw pada hari raya ‘Idul Adh-ha setelah beliau melakukan jumrah ‘aqabah.” (HR Ibnu Asakir)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama Dari ‘Aisyah ra, dia berkata, “Saya biasa minum dari muk yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil muk tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau minum, kemudian saya mengambil muk, lalu saya menghirup isinya, kemudian beliau mengambilnya dari saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya.” (HR ‘Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)

7. Membelai isteri “Adalah Rasulullah saw tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (HR Ahmad)

8. Mencium isteri Dari ‘Aisyah ra, bahwa Nabi saw biasa mencium isterinya setelah wuduk, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wuduknya.”(HR ‘Abdurrazaq) Dari Hafshah, puteri ‘Umar ra, “Sesungguhnya Rasulullah saw biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (HR Ahmad)

9. Tiduran di Pangkuan Isteri Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Nabi saw biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-Quran.” (HR ‘Abdurrazaq)

10. Memanggil dengan kata-kata mesra Rasulullah saw biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya, seperti ‘Aisy, dan Humaira (pipi merah delima).

11. Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra Nabi saw biasa memijit hidung ‘Aisyah jika ia marah dan beliau berkata, Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” (HR. Ibnu Sunni)

12. Membersihkan titisan darah haid isteri Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menetes ke tikar itu, beliau mencucinya di bahagian yang terkena titisan darah dan beliau tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau solat di tempat itu pula, lalu beliau berbaring kembali di sisiku. Bila darahku menetes lagi ke tikar itu, beliau mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau pun solat di atas tikar itu.” (HR Nasa’i)

13.Bermesraan walau isteri haid Dari ‘Aisyah ra, ia berkata, “Saya biasa mandi bersama Rasulullah saw dengan satu bejana, padahal kami sama-sama dalam keadaan junub. Aku biasa menyisir rambut Rasulullah ketika beliau menjalani i’tikaf di masjid dan saya sedang haid. Beliau biasa menyuruh saya menggunakan kain ketika saya sedang haid, lalu beliau bermesraan dengan saya.” (HR ‘Abdurrazaq dan Ibnu Abi Syaibah)

14. Memberikan hadiah Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, “Ketika Nabi saw menikah dengan Ummu Salamah, beliau bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan.

Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Ia (Ummu Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah saw, dan hadiah tersebut dikembalikan kepada beliau, lalu beliau memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad)

15. Segera menemui isteri jika tergoda.

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi saw pernah melihat wanita, lalu beliau masuk ke tempat Zainab, lalu beliau tumpahkan keinginan beliau kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (HR Tirmidzi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah salallaahu allaihi wassallaam kepada para isterinya, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan komunikasi non verbal ini, kerana bahasa tubuh ini akan lebih efektif menyatakan cinta n kasih sayang antara suami isteri.

Nah, SILAHKAN MENCUBA..

SALAM SANTUN UKHUWAH FILLAAH KERANA ALLAH

~○□♡□○~☆♡☆~○□☆♡☆□○~☆♡☆~○□♡□○~~○□♡□○~☆♡☆~○□☆♡☆□○~☆♡☆~○□♡□○~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan