Translate

Tajaan

Khamis, 31 Mac 2016

Top overhaul sendiri (DIY)

Banyak entri terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan dengan top overhaul ini.Top overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka injap minyak dan ekzos..Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta ,maka bermulalah proses top overhaul .
Top overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel.Tapi kali ni aku nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol..




Sebab utama Top Overhaul dilakukan:-

1.Enjin mengalami kepanasan sehingga melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk
2.Injap patah
3.Rocker Arm retak
4.Timing belt putus 5,Enjin tiada pick up walaupun klac plate masih baik disebabkan karbon banyak dalam head dan permukaan blok
6,Prestasi enjin yang menurun mendadak
7.Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada kebocoran ketara pada gasket
8,Enjin gegar dan satu dari plug tidak berfungsi ,enjin jalan 3 silinder sahaja

Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top overhaul ini:-
1.Kebuk silinder(cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust(exhaust valve,fuel valve)
3.Penahan injap( valve seal)
4.Spring injap(valve spring)
5. Penahan penyebar api(Distributor seal)
6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker arm)
8.Gasket silinder(head gasket)
9.Skru silinder

Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul(overhaul atas) dalam enjin kereta.Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder,ceraikan segala komponen-komponen di atas, kemudian melakukan pembersihan atau pencucian bakaran karbon pada piston,dan kebuk silinder.Cuci dengan petrol atau disel.Pastikan timing belt telah dimarking sebelum meneruskan membuka timing belt dan silinder head.

Setelah semuanya telah dilakukan,bermula proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser injap(grind valve).permukaan injap harus diratakan supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam di atas piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta tidak dapat hidup sempurna.

Grind injap tersebut dan carikan permukaan rata dan ujikan dengan minyak setelah dipasang semula.Segala valve seal harus ditukar,dan kalau boleh sekali dengan valve spring serta semua gasket berkaitan..

Setelah proses pembersihan,grind valve dilakukan pasang semula dan ketatkan segala skru kebuk silinder dah harus pastikan gasket telah ditukarTop overhaul akan lebih sempurna jika semasa mengetatkan skru diatas kebuk dengan penggunaan top wrench yang boleh laras.

Peringatan-sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila injap minyak terbuka injap exhaust tertutup dan juga sebaliknya.Jika ini tidak dipastikan kemungkinan akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada piston.

Top overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit.Pastikan segala perturan dan amaran di atas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul.Semasa pemasangan timing belt juga pastikan korang dah letakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak dapat dihidupkan dengan sempurna.

Kecacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah kerana

1)Silinder head yang tidak di skim (jangan skim jika terlalu nipis dapatkan nasihat machinist)
2)Salah marking pada timing belt-tidak tepat satu atau dua gerigi
3)Head gasket yang tidak ditukar
4)Tidak teliti dalam membersihkan serpihan /kotoran pada blok dan silinder
5)tappet yang tidak diselaraskan dengan tepat.

INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SAHAJA.

BERITAHU MEKANIK MASING-MASING UNTUK MELAKUKAN SKIM HEADSEBELUM TOP OVERHAUL DISEBABKAN ENJIN PANAS SAHAJA,WALAUPUN TIDAK MENGALAMI KEPANASAN MELAMPAU SKIM HEAD JUGA BOLEH MEMPERBAIKI PRESTASI ENJIN UNTUK KERETA.

SKIM HEAD ADALAH CARA KERJA DIMANA SILINDER HEAD ENJIN AKAN DICANAI OLEH MACHINIST UNTUK MERATAKANNYA SUPAYA IA JADI RATA SELEPAS MELALUI KEPANASAN ENJIN YANG MELAMPAU.

SKIM HEAD HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH MACHINIST DAN MENGGUNAKAN MESIN KHAS UNTUK MENCANAI SILINDER TERSEBUT PADA KADAR UKURAN TERTENTU UNTUK SESEBUAH SILINDER

SILINDER HEAD YANG TIDAK BOLEH DICANAI AKIBAT TELAH NIPIS HARUSLAH DIGANTI.

Khamis, 17 Mac 2016

8 Negara Paling Panas di Dunia






Banyak dari negara – negara di dunia mempunyai rekor Negara Terpanas Di Dunia. Dan di sisi lain yang ada di daftar ini kebanyakan adalah negara – negara yang terletak di dekat atau bahkan di garis khatulistiwa. Saat bumi mulai berputar, tiap – tiap dari negara ini mempunyai tempat yang kian dekat dengan matahari

Berikut adalah 10 Negara Paling Panas Di Dunia menurut unikgaul.com:


1. Libya

Ini negara dengan luas terbesar ke-4 di Afrika terletak dekat dengan khatulistiwa dan dianggap menjadi negara terpanas di dunia.Tanah dari wilayah negara ini sebagian besar ditutupi oleh padang pasir gersang dan panas. Di ibukotanya, Tripoli, suhu tinggi rata-rata sekitar 30 ◦ C di musim panas. Angin disebut Ghibli mampu mengubah suhu menjadi sekitar 40 ◦ C sampai 50 ◦ C.


2. Aljazair

Aljazair mengalami suhu yang sangat panas. Bahkan selama musim dingin, suhunya masih panas dan lembab. Suhu diketahui melebihi 50 ◦ C di negara ini.


3. Ethiopia

Negara ini dianggap salah satu yang terpanas di dunia. Danakil Depression adalah gurun dengan area lebih dari 100 meter di bawah permukaan laut. Daerah ini ditandai dengan gelombang panas dan juga tremor bumi. Suhu Udara di sini bisa meningkat sampai dengan 63 C.


4.Iraq

Iraq mengalami suhu panas di tahun 2010. Merkuri mencapai 520 ◦ C di Basra pada tanggal 14 Juni. Negara ini biasanya mengalami musim panas yang kering dan musim dingin yang basah.kadar hujan di Sebagian besar negara ini sekitar 10 inci per tahun.


5. Amerika Serikat

Beberapa daerah di Amerika Serikat yang panas, terutama Death Valley, California. Suhu rata-rata 48 ◦ C selama musim panas. Daerah ini merupakan padang pasir tandus yang memiliki rata-rata hujsn 5 cm per tahun.


6. Arab Saudi

Pada tahun 2010, Arab Saudi mengalami tahun panas. Di Jeddah suhu naik hingga 52 ◦ C. Gelombang panas ini disertai dengan badai pasir. Ini menyebabkan pemadaman listrik utama di 8 pembangkit listrik di negara ini.


7. India

India menghadapi sejumlah gelombang panas dalam dekade terakhir. Pada tahun 2003 gelombang panas menewaskan sedikitnya 1.065 orang di bagian Selatan India. Pada tahun 2010, gelombang panas yang melanda negara itu menyebabkan pukulan besar bagi perekonomian india di sebelah barat laut dan menyebabkan ketergantungannya pada kapas.


8. Iran

Negara ini juga dikenal memiliki iklim panas, terutama di Gurun Luth. Di bagian dari negara ini telah tercatat suhu naik sampai 71 ◦ C.

Khamis, 3 Mac 2016

SPM Azim... Cikgu ooo Cikgu.



"Emm payahlah macam tu... "
"Sebab si Azim hanya cutu hari Jumaat sbb tu nak tenguk wayang hari ni... semalam dia hilang rumah lepas Maghrib tu yang x sempat nak ajak tenguk wayang...."
"Ingat nak meraikan dia saja... Jika tenguk wayang dengan si Azim berdua macam tak meriah saja." meraikan kejayaan SPM Azim.
Keputusan SPM Azim sederhana sahaja. Nak masuk Asasi memang agak sukar kena saingan (Betul ke kata Aziq kena sekurang-kurang 8A untuk masuk Asasi?) Doakanlah Azim dapat masuk Matikulasi ikut jejak abang-abangnya. Azim hanya dapat 6A seperti telahan kami berdua sedari awal.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Math Agama Islam semua Azim dapat A. Masalah mata pelajaran Sains sekadar kepujian tak dapat cemerlang. Siapa pelajar di SMTKL tahu masalah ini. Bukan Azim tu tak pandai Sains tapi cikgu yang mahir ngajar mata pelajaran ini bertukar. Ini masalah pengurusan sekolah.
Azim belajar di kelas teratas 5AE (Elektrikal) di SMTKL itu. Ada beberapa orang rakannya dapat 9A. Ada sekitar 15 orang pelajar SMTKL dapat 9A SPM 2015. Pelajar dapat 10A ramai kalangan kos Awam & Mekanikal
(Aziq abang si Azim dulu ambil kos Mekanikal, Aziq adalah pelajar terbaik di SMT Gombak tapi sekarang tinggal berjauhan dengan Azim di UTM Skudai... sedih amat tak dapat bantu adiknya... emmm gadgets yang ada tak dapat membantu mereka berkomunikasi dalam pembelajaran!!! asrama mana dibenarkan bawa hp!. Curi-curi bawa bolehlah)
Kasihan Azim dia tak dapat bantuan dari rakan atau abgnya Aziq atau dapat masuk kelas tiution yang dihentikan oleh pihak SMTKL tahun lalu sebab ibu bapa pelajar kosnya mahal. Lagi pun Azim terikat di asrama. Pada saat akhir dia ada masalah ini tak dapat kami kesan atau menolongnya.
Bagaimana pun TAHNIAHLAH Azim dapat keputusan terbaik ini. Bersyukurlah!!!. Ini sudah takdir Ilahi yang penting agar Azim dapat sambung belajar di tempat sesuai. Doakanlah untuk Azim!!!.
Alahai semua keputusan mata Sains di SMTKL menurun tahun ini. Memang ada pelajar pintar. Pelajar terbaik di SMTKL ini adalah pelajar lelaki, bayangkan dapat 9A+ dan 1A. Kos Mekanikal. Tak ada tiution tak ada bantuan apa pun. Huh ini memang dikatakan genius. Azim selalu perhatikan pelajar ini nampak biasa saja bukanlah ulat buku. Tak nampak pun bila masa dia belajar!!!.
Aziq dulu pandai dia kejar pelajar pintar ini sama kelas. Semangat pelajar pintar ini yang banyak membantu dia dalam SPM.
Saya berbual dengan beberapa ayah pelajar yang anaknya berjaya mata pelajaran Sains ini, ada seorang ayah terpaksa memberi tuition anaknya masa cuti sekolah. Ayah pelajar ini seorang jutawan okeylah; memilik PhD mengajar di UM. Ada kedai pakaian di GM Klang diuruskan oleh isterinya, pendapatan sebulan dia sahaja tak lari RM20K. Belum lagi kedai pakaian di GM Klang yang isterinya uruskan. Pensyarah memang dilarang buat bisnes tapi keluarga tak kisah, isterinya sanggup bersara awal sebab melihat bisnes pakaian ini boleh maju.
Bila dia tahu anaknya ada masalah mata pelajaran Sains ini, sama macam masalah si Azim, dia sanggup panggil tenaga pengajar tiution ke rumah. Sejam dia bayar RM75. Tak pernah anaknya dapat markah B dalam mata pelajaran Fizik atau Chemistry sejak Tingkatan Empat di SMTKL tu. Percubaan SPM anaknya cuma dapat 2A. Akhirnya keputusan SPM anaknya semalam dapat 7A... menariknya berjaya dapat B+ dan B dua mata pelajaran Sains... Fizik dan Chemistry. Hanya tiution di rumah saat akhir!!!.
Agar catatan sy ini dapat pihak pengurusan atau pengetua SMTKL baca. Mesti ada komitmen untuk usaikan masalah ini bagi pelajar SMTKL untuk SPM tahun ini dalam mata pelajar Sains.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia KPM kena menjadikan isu cikgu yang mahir mengajar ini satu agenda yang penting jika mahu pelajar Melayu kita terus hebat dalam mata pelajar Sains ini. Carilah cikgu yang betul-betul tepat. Begitu juga mata pelajar lain. Saya lama kerja di UPM. Masalah pengajaran ini memang ujud. Bila laksanakan ISO memang ramai pensyarah yang ada PhD ada masalah dalam pengajaran. Terpaksa perlu hadiri kursus mengajar secara tepat. Pensyarah saya rasa lain!!!. Cikgu sebaiknya takkan timbul masalah sebegini. Namanya pun cikgu bukan kejap nak dapat segulung ijazah mahu jadi seorang cikgu kini. Tak main lagi maktab macam dulu. Ramai cikgu kini sudah ada Master.