"Emm payahlah macam tu... "
"Sebab si Azim hanya cutu hari Jumaat sbb tu nak tenguk wayang hari ni... semalam dia hilang rumah lepas Maghrib tu yang x sempat nak ajak tenguk wayang...."
"Ingat nak meraikan dia saja... Jika tenguk wayang dengan si Azim berdua macam tak meriah saja." meraikan kejayaan SPM Azim.
Keputusan SPM Azim sederhana sahaja. Nak masuk Asasi memang agak sukar kena saingan (Betul ke kata Aziq kena sekurang-kurang 8A untuk masuk Asasi?) Doakanlah Azim dapat masuk Matikulasi ikut jejak abang-abangnya. Azim hanya dapat 6A seperti telahan kami berdua sedari awal.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Math Agama Islam semua Azim dapat A. Masalah mata pelajaran Sains sekadar kepujian tak dapat cemerlang. Siapa pelajar di SMTKL tahu masalah ini. Bukan Azim tu tak pandai Sains tapi cikgu yang mahir ngajar mata pelajaran ini bertukar. Ini masalah pengurusan sekolah.
Azim belajar di kelas teratas 5AE (Elektrikal) di SMTKL itu. Ada beberapa orang rakannya dapat 9A. Ada sekitar 15 orang pelajar SMTKL dapat 9A SPM 2015. Pelajar dapat 10A ramai kalangan kos Awam & Mekanikal
(Aziq abang si Azim dulu ambil kos Mekanikal, Aziq adalah pelajar terbaik di SMT Gombak tapi sekarang tinggal berjauhan dengan Azim di UTM Skudai... sedih amat tak dapat bantu adiknya... emmm gadgets yang ada tak dapat membantu mereka berkomunikasi dalam pembelajaran!!! asrama mana dibenarkan bawa hp!. Curi-curi bawa bolehlah)
Kasihan Azim dia tak dapat bantuan dari rakan atau abgnya Aziq atau dapat masuk kelas tiution yang dihentikan oleh pihak SMTKL tahun lalu sebab ibu bapa pelajar kosnya mahal. Lagi pun Azim terikat di asrama. Pada saat akhir dia ada masalah ini tak dapat kami kesan atau menolongnya.
Bagaimana pun TAHNIAHLAH Azim dapat keputusan terbaik ini. Bersyukurlah!!!. Ini sudah takdir Ilahi yang penting agar Azim dapat sambung belajar di tempat sesuai. Doakanlah untuk Azim!!!.
Alahai semua keputusan mata Sains di SMTKL menurun tahun ini. Memang ada pelajar pintar. Pelajar terbaik di SMTKL ini adalah pelajar lelaki, bayangkan dapat 9A+ dan 1A. Kos Mekanikal. Tak ada tiution tak ada bantuan apa pun. Huh ini memang dikatakan genius. Azim selalu perhatikan pelajar ini nampak biasa saja bukanlah ulat buku. Tak nampak pun bila masa dia belajar!!!.
Aziq dulu pandai dia kejar pelajar pintar ini sama kelas. Semangat pelajar pintar ini yang banyak membantu dia dalam SPM.
Saya berbual dengan beberapa ayah pelajar yang anaknya berjaya mata pelajaran Sains ini, ada seorang ayah terpaksa memberi tuition anaknya masa cuti sekolah. Ayah pelajar ini seorang jutawan okeylah; memilik PhD mengajar di UM. Ada kedai pakaian di GM Klang diuruskan oleh isterinya, pendapatan sebulan dia sahaja tak lari RM20K. Belum lagi kedai pakaian di GM Klang yang isterinya uruskan. Pensyarah memang dilarang buat bisnes tapi keluarga tak kisah, isterinya sanggup bersara awal sebab melihat bisnes pakaian ini boleh maju.
Bila dia tahu anaknya ada masalah mata pelajaran Sains ini, sama macam masalah si Azim, dia sanggup panggil tenaga pengajar tiution ke rumah. Sejam dia bayar RM75. Tak pernah anaknya dapat markah B dalam mata pelajaran Fizik atau Chemistry sejak Tingkatan Empat di SMTKL tu. Percubaan SPM anaknya cuma dapat 2A. Akhirnya keputusan SPM anaknya semalam dapat 7A... menariknya berjaya dapat B+ dan B dua mata pelajaran Sains... Fizik dan Chemistry. Hanya tiution di rumah saat akhir!!!.
Agar catatan sy ini dapat pihak pengurusan atau pengetua SMTKL baca. Mesti ada komitmen untuk usaikan masalah ini bagi pelajar SMTKL untuk SPM tahun ini dalam mata pelajar Sains.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia KPM kena menjadikan isu cikgu yang mahir mengajar ini satu agenda yang penting jika mahu pelajar Melayu kita terus hebat dalam mata pelajar Sains ini. Carilah cikgu yang betul-betul tepat. Begitu juga mata pelajar lain. Saya lama kerja di UPM. Masalah pengajaran ini memang ujud. Bila laksanakan ISO memang ramai pensyarah yang ada PhD ada masalah dalam pengajaran. Terpaksa perlu hadiri kursus mengajar secara tepat. Pensyarah saya rasa lain!!!. Cikgu sebaiknya takkan timbul masalah sebegini. Namanya pun cikgu bukan kejap nak dapat segulung ijazah mahu jadi seorang cikgu kini. Tak main lagi maktab macam dulu. Ramai cikgu kini sudah ada Master.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan