Translate
Tajaan
Sabtu, 25 Februari 2017
MERANCANG WAKTU
Dalam jurnal@blog lamaku ada aku tulis bab strategi menentukan arah hidup; (sayang jurnal tersebut buat masa ini tak dapat diakses; servernya habis kena godam... ish ada 1001 catatanku ghaib)
Sila ikut sasaran merancang masa ini agar kehidupan kita tidak jadi keliru kecamuk & cacamarba. Ada empat sasaran kerja. Ikutlah turutan ini agar segala urusan teratur & tidak sampai membuang waktu.
1. Mana yang segera & penting.
2. Mana yang tak penting tapi segera.
3. Mana yang penting tapi tak segera.
4. Mana yang tak penting & tak segera.
Yang kasi tips ini Pakar motivasi dari Rusia tetapi fasih berbahasa Inggeris. Dia kata kalau kita pandai mengimbangkan benda penting & segera ini pasti hidup kita tak akan rumit. Yang pasti dia letakkan chit-chat, ym, blog FB & wsapp itu bukan kategori penting mahupun segera. (Sekarang ada bos guna wsapp untuk urusan rasmi... emm ini agak pelik! manusia kini kena sentiasa dekat di WiFi)
Sasaran masa yang utama SEGERA & PENTING.
1. Segera & penting.
Solat dah tentu; ianya adalah Rukun Islam yang kedua. Tertinggal solat sebab nak kejar perkara lain ianya amat nazak lagi naif. Antara perkara yang lain yang perlu didahulukan segera & penting katanya jika isteri mahu bersalin. Keluarga kemalangan teruk. Sakit perut! Strok atau pengsan... Apa jua kecemasan jika kita lambat bertindak akan mendatangkan maut. Samalah makan ubat jika memang sakit kronik, segeralah makan ubat jika sudah memang rasa tak sihat ianya amat penting.
Temujanji: jika abaikan rasa tak penting tak segera menepati janji, maka awak sahih seorang munafik.
2. Tak penting tapi segera;
Hantar & mengambil anak ke sekolah; jika kita memang tak mampu kita boleh serahkan bas sekolah menghantarnya tapi tindakan kena segera;
Membeli belah kita boleh suruh orang rumah atau pembantu belikan tapi jika lambat bertindak mana sayur beras nak makan. Memasak ada ketika memang tak penting masak sendiri tapi kena segera... bila dah lapar sangat atau anda berpuasa saat berbuka udah nak sampai; kena segeralah cari makan. Atau beli sahaja jika memang duduk sendirian duit pun memang banyak. Kenyang itu tak penting sebab agama Islam pun sarankan berhenti makan sebelum kenyang tapi ikut jadual amat penting.
3. Penting tapi tak segera.
Seperti Rukun Islam terakhir Mengerjakan Haji boleh ditangguhkan jika ada masalah lain tapi ianya amat penting jika sudah sedia. Malahan bila telah cukup kemampuan akan jatuh berdosa jika sengaja tidak mahu naik Haji.
Begitu juga tidur, jika kerja banyak terpaksa lewat tidur tapi penting amat untuk cukup tidur. Bersenam tak mesti kena buat segera tapi sebaiknya sehari paling malas 20 minit.
Bayar bil, selalunya ada tempohnya jadi tak perlu disegerakan tapi kena bayar jika tidak seperti cukai pintu mahal dendanya atau seperti bil elektrik jika tak bayar akan dipotong elektrik di rumah.
4. Tak penting & tak segera.
Berinternet atau YM, blog, FB atau Wsapp siapa nak marah kita jika tak ketik sehari atau sebulan; tolong ingat sikit saya yang berjinak denga FB ini sekitar sebulan dah dapat lebih 300 kenalan. Nak buang kawan 300 ratus sehari pun tak siapa nak marah!. Jadi apa masalahnya lantaran FB sampai kerja hakiki terabai begitu!.
Samalah jualan langsung atau gores & menang. Kalau kita kaji penting ke benda ini? Perlu segerakah mahu menjadi ahli. Contohnya menjadi ahli jualan langsung Penapis Air ada yang sanggup buat pinjaman sampai RM20K. Sedangkan di pasaran bersepah Penapis Air jauh lebih baik, jauh lebih murah harganya dua kali ganda murah dari harga jualan langsung. Penting sangatkah benda ini. Segera@urgent sangatkah keperluannya?.
Rumusan.
Samalah jika nak menonton wayang atau mahu melancong atau mencari hiburan yang lain, penting sangatkah?. Tak perlu pun disegerakan. Carilah masa yang sesuai untuk santapan jiwa awak!.
Sebagai rumusan terpulang kepada anda nak merancang masa anda. Cuma imbangkan; sebagai contoh di zaman moden kini ada orang perempuan terlalu penting solat berjemaah sampai tak masak di rumah, saya rasa ini satu kesilapan sebab; selain ibadah memasak itu juga satu kerja harian yang dianggap Islam sebagai ibadah. Imbangkan niat awak, semua niat baik itu menghalalkan cara. Maksudnya jangan tunggang terbalik terlalu nak kejar pahala jemaah sampai rutin harian yang lagi banyak pahalanya terabai.
Bagi perempuan atau para isteri; ada ketika solat berjemaah ini terpaksa dilupakan sebab tiada tuntutan solat berjemaah yang disarankan terhadap perempuan; jangan pula sampai tak solat ini memang terlarang. Perempuan lebih afdal solat di rumah. Ini memang jelas ajaran Islam.
Solat sendiri di rumah, atau nak pahala berganda boleh berjemaah dengan keluarga di rumah. Tidak mesti ke surau sebab biarpun memasak bukan wajib bagi wanita; tetapi jika berniat ikhlas ketika memasak itu pun ibadah juga. Seperti waktu Maghrib yang pendek; selalunya jika isteri bekerjaya waktu Maghrib itulah saat paling sibuk kena solat, kena masak takkan sibuk berkejar ke surau.
Insya-Allah pahala memasak untuk keluarga itu jauh lebih besar ganjarannya berbanding pahala sembahyang berjemaah buat seorang isteri.
TETAPI jika ada peluang atau waktu senggang ke masjid atau surau pun dekat dengan rumah apa salahnya sembahyang jemaah di surau setelah urusan rumah tangga usai.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."
Sebab itu para isteri kena tahu; solat jemaah tak dituntut oleh agama bagi para muslimah; lebih afdal solat di rumah; Solat para isteri di rumah itu lebih sempurna di sisa Allah berbanding solat di surau atau masjid.
Menghidangkan air buat suami pahalanya seperti puasa sunat setahun. Apatah lagi memasak untuk suami & keluarga. Akan tetapi para suami tak boleh menghalang jika isteri minta IZIN untuk solat di masjid atau surau; asalkan jangan timbul fitnah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan