Translate

Tajaan

Ahad, 16 Disember 2012

Ubat Tahan Sakit Rosakkan Buah Pinggang

Bagi mereka yang masalah sakit kronik, seperti Batu Karang, Migraine, Darah Tinggi, Barah Gusi atau serangan penyakit yang perlu telan Ubat Tahan Sakit, sebaiknya berhati.

2. Jangan terlalu bergantung dengan Ubat Tahan Sakit, sebab ianya sejenis ubat yang terkawal. Namanya pun ubat tahan sakit ianya tak dapat merawat sakit yang sedia ada. Carilah penawar yang lebih bermakna. Penawar yang dapat menghilangkan sakit selamanya bukan hanya dapat menahan sakit seketika.

3. Adalah dicadangkan cari herba atau ubat jenis pemakanan amalan harian. Bukan ubat kimia yang boleh memudaratkan. Jangan beli ubat yang dijual secara Jualan Langsung (MLM) sebeb di sisi jualan ini ada lintah darat yang menyiksa awak yang sakit. Carilah ubat dijual secara terbuka yang tidak membebankan. Terbaik jika perlu jus mengkudu kenapa usahakan sendiri bersepah buah mengkudu yang boleh diproses sendiri menjadi jus.

4. Jika mahu amalkan pati delima bertanyalah secara berhemah kepada mereka yang jujur mahu membantu awak; di mana boleh didapati harga yang patut & tidak mahal (Aku pernah ditanya secara pelik bagaikan tiada belajar sopan santun seseorang yang nak tahu di mana boleh dapatkan harga borong & patut tentang pati delima ini)

5. Jika awak berdegil nak juga bergantung dengan memakan Ubat Tahan Sakit tiap kali diserang sakit; terpulanglah tapi musibah bergantung dengan Ubat Tahan Sakit ini; BUAH PINGGANG awak akan menjadi mangsa. Jangan tak tahu PANADOL itu salah satu Ubat Tahan Sakit yang amat bahaya ditelan.
Bagi mereka yang masalah sakit kronik, seperti Batu Karang, Migraine, Darah Tinggi, Barah Gusi atau serangan penyakit yang perlu telan Ubat Tahan Sakit, sebaiknya berhati.

2. Jangan terlalu bergantung dengan Ubat Tahan Sakit, sebab ianya sejenis ubat yang terkawal. Namanya pun ubat tahan sakit ianya tak dapat merawat sakit yang sedia ada. Carilah penawar yang lebih bermakna. Penawar yang dapat menghilangkan sakit selamanya bukan hanya dapat menahan sakit seketika.

3. Adalah dicadangkan cari herba atau ubat jenis pemakanan amalan harian. Bukan ubat kimia yang boleh memudaratkan. Jangan beli ubat yang dijual secara Jualan Langsung (MLM) sebeb di sisi jualan ini ada lintah darat yang menyiksa awak yang sakit. Carilah ubat dijual secara terbuka yang tidak membebankan. Terbaik jika perlu jus mengkudu kenapa usahakan sendiri bersepah buah mengkudu yang boleh diproses sendiri menjadi jus.

4. Jika mahu amalkan pati delima bertanyalah secara berhemah kepada mereka yang jujur mahu membantu awak; di mana boleh didapati harga yang patut & tidak mahal (Aku pernah ditanya secara pelik bagaikan tiada belajar sopan santun seseorang yang nak tahu di mana boleh dapatkan harga borong & patut tentang pati delima ini)

5. Jika awak berdegil nak juga bergantung dengan memakan Ubat Tahan Sakit tiap kali diserang sakit; terpulanglah tapi musibah bergantung dengan Ubat Tahan Sakit ini; BUAH PINGGANG awak akan menjadi mangsa. Jangan tak tahu PANADOL itu salah satu Ubat Tahan Sakit yang amat bahaya ditelan.

  • Catatan Idanradzi Adap bere-mel atau bertanya berbeda dengan adap berchating dengan org tak kenal... kenapa tak kasi salam secara ringkas; apa bendanya bertanya hanya tulis Tajul saja: isi e-melnya kosong.tersangat payahkah nak ucapkan salam jika tak reti bersalam pun kenapa tidak tulis barang sepatah dua ayat yang tersusun nak tahu alamat pemborong barangan Timur Tengah tersebut; atau lebih baik awak cari sendiri; ibarat naik merc cuma buka tingkat siap spek hitam lagi; panggil org oii saja tanpa salam bertanya arah jalan[ elok KITA tunjuk balai polis saja atau penjara pergi tanya wader ... sbb itu RAMAI (bukan semua) kaum cina bila kita bertanya biarpun lokasi tu sebelah mereka SUMPAH mereka takkan kasi tahu sebab mereka tak pernah belajar bersopan-santun bagai kita org Melayu.
  • Catatan Idanradzi samalah sakit tak semua doktor itu hebat & pakar... ramai rakan sy yang telah tiada mengadu doktor kasi ubat yang belum boleh dijual baru diujikaji untuk binatang saja... giler ke doktor begini; samalah doktor pakar jantung KERAJAAN yang menjaga aku selama lebih setahun setengah terkejut beruk bila aku tunjukkan ubat yang aku makan; berkata "kami tak mampu nak bekalkan ubat sebegini sebab mahal amat harganya!" mmg mahal pun bila aku check harganya di farmasi...
  • Rosli Abdul Aziz Teman kerap makan painkiller untuk gout. Kadar creatinine ( tahap kesihatan buah pinggang) menurun ke 169. Lepas tu teman stop painkiller 2 bulan. Sekarang ni semakin baik iaitu 120. Normal ialah 108.
  • Catatan Idanradzi gout boleh diubati ada dua cara yg sy tahu... satu beli kerepel malinjo yang mentah goreng dengan minyak sayur seperti minyak jangan PANTANG minyak kelapa sawit; kalau cikgu lebih duit jangan usik minyak kelapa sawit; boleh guna tapi jangan berulang kali; tumis ikit minyak jangan berlinangan minyak; terbaik beralih ke minyak sayur...
  • Catatan Idanradzi satu lagi pati delima jangan beli online mahal; pergi ke Carre Four ada Jenama Hamada sebotol baru sekitar RM13 sebesar botol kicap; ramai minum pati delima hasilnya gout mereka kurang menyerang
  • Rosli Abdul Aziz Dulu teman guna Mazola..minyak jagung. isteri komplen dapor habis kena minyak merecik...hahaha!
  • Catatan Idanradzi sy mmg jual pati delima jenama GULSAN; masih tak dijual di pasar terbuka; ramai ambil dari pemborong di Shah Alam; sy selalu ke sana' mmg harganya murah jika beli borong; 24 botol paling sikit; bedanya pati delima GULSAN & HAMADA... negara yg buat; Gulsan dari Turki rasanya sedap manis... Hamada dari Syria tak manis masam saja tapi tak semasam cuka epal atau cuka kurma... tapi jika nak minum pati delima elok cara bancuh tak digalakkan minum terus pakai sudu; kut jadi masalah ada yg mengadu gula dalam badan bermasalah mungkin manis buah tu sukar dipecahkan oleh insulin... gula mmg tak dicampur sbb kami dah buat ujian jenama Gulsan ni titik di sekumpulan semut; semut ni ngundur tak sudi dekat pun.
  • Rosli Abdul Aziz kadar gula teman tahap sempadan. sekarang ni tengah amalkan teh misai kucing dan teh peria.
  • Catatan Idanradzi Abg ipar sy tengah amalkan pati delima GULSAN baru dua botol ghoutnya bertambang okey; dari tak boleh berjalan; tak boleh nak sujud nampaknya dia dah berjalan lancar cuma bengkaknya pada ibu kakinya masih tak pulih makin mengecil; sy syak itu Minyak Kelapa Sawit yg punya pasal; Cik jangan lagi minum teh tarik; Susu Pekat yg mamak guna tu mmg dari kelapa sawit; glukos/gula dalam susu tu apa jenis insulin pun tak boleh pecahkan... bertukar kepada teh kopi pun tak digalakkan..
  • Catatan Idanradzi teringin nak minum teh tarik suruh org rumah buat (dah kebah ke deman Sabah tu) guna susu tepung... tarik sendiri.
  • Catatan Idanradzi bukanlah PANTANG langsung sesekali nak minum teh tarik bedallah... badan kita nak gula juga... tapi amalkan minum seharian.
  • Rosli Abdul Aziz Teman bantai juga teh tarik....tapi secawan kongsi berempat: teman, isteri, anak dan menantu. Hilang rasa bersalah!
  • Catatan Idanradzi insulin ni boleh dibersih dengan air garam galian; jangan amalkan minum ait bertapih siap 7 jenis tapis tak mana bagusnya; badan kita nak juga air galian; beli kat TESCO atau Giant botol tutup BIRU jangan tutup utih.
  • Catatan Idanradzi sy kena batu karang sebab beralih dari air tapis sendiri beli dari korea/cina rege RM35 tu jauh lebih baik; bila beli penapis Amway itu antara punca sy kena batu karang; bila sy kajian rupanya badan kita nak juga air mineral/galian... ibarat nak buat TAPAI ragi kena ada eh; ragi itulah air mineral untuk badan... badan kita rupanya dari tanah sebab tu nak bahan dari tanah sebelum ke tanah juga... tak mahunya air kosong RO giler tu rupanya; bateri kereta lain eh.
  • Catatan Idanradzi ala kita ni dahb tua asyik berpantang lama-lama putih mata... nak minum minum saja lepas tu minumlah banyak-banyak air mineral bukan air tapis... kalau dah beli penapis air... sesekali kena juga beli air mineral ini untuk kesihatan... kalau ada labu sayong itu salah satu cara elok diamalkan... tapi elok ada penapis murah ada batu dalamnya tu... ianya sy rasa lebih bagus dari penapis 7 lapisan; alangkah baik jika ada telaga macam jaman dulu guna tin minyak kepala/tin dram taruh pasir batu pelbagai...
  • Catatan Idanradzi air nitis dari gunang juga bagus; jangan ada org asal buat hal pulak kat atas tu... tapi di h/way sungai long ni ramai org ambil airnya mmg banyak membantu pesakit macam kita ni.. sampai org singapura bila ke msia pasti singgah ambil air ni; sy ada juga sesekali ambil mmg UNIK; sbb berbulan-bulan sy simpan masih bersih tak ada keladak; ada tauke cina siap ambil guna van dan botolkan... letak sticker jual sebagai air rawatan kesihatan...
  • Catatan Idanradzi puncak alam pun sy perhatikan ada air nitis dari bukit ini... kira air mata air yg mmg bersih...
  • Catatan Idanradzi dua-dua teh tu mmg bagus cubalah agar serasi; jika tak juga berkurang cer cuba ambil 7 helai pucuk daun CERI yang banyak kat tapak lombong tu; masa ambil tu biasalah pesan org tua bismilah kut ada penunggu tak pasai-pasai demam pulak... ambil air MINERAL ATAU AIR PAIP PUN TAK APA ASALKAN DITAPIS (tapi mmg lebih baik air mineral) rebus dengan dua botol besar 1.5 litre... masa nak masakan air ni Selawatkan Nabi 7 kali dengan niat nak turunkan gula dalam badan... rebus hingga TINGGAL satu botol air; dari dua botol jadi sebotol sahaja (separuh)... sejukkan... simpan air ini dalam botol KACA & simpan di dalam peti ais; minum sehari seTUTUP botol tenguk hasilnya... kalau serasi amalkanlah.
  • Catatan Idanradzi petua ini sy dapat dari orang tablik katanya jangan lebih minum nanti kurang pula mmol/L gula dalam badan kita... sebab bila nak jumpa doktor kan selalu kita kena bebal; dia kata seminggu dua sebelum jumpa doktor amalkanlah insya-Allah gula akan stabil; bermakna sekitar 2 minggu dah nampak hasilnya.
  • Catatan Idanradzi jika tak berhasil mungkin tambah daunnya jadi 9 helai atau 11helai sunat 15 helai... cukuplah kut jangan lebih-lebih nanti kut lain pula jadinya; sbb tak semua org sesuai dengan mana-mana petua; rebus dengan kandungan air cara yg sama; sy yakin ini be...Lihat Lebih Banyak
  • Catatan Idanradzi yang terbaik jika cikgu suka berulam... putik mengkudu adalah TERBAIK untuk kurangkan gula dalam badan... tanam mengkudu jika ada kawasan lapang bukan susah nak tumbuh pun... amalkan makannya paling malas seminggu dua tiga kali insya-Allah taklah menggila naiknya gula dalam badan kita.
  • Catatan Idanradzi makcik si Mila ni dah lebih 70 tahun umurnya mmg dah lama sangat mengidap diabetes ni dia tak pernah makan ubat doktor, amalan dia dia buat sendiri air jus mengkudu... nak beli mahal dia duduk tengah kota KL Kg Baru sebelah rumah arwah M. Sharif) anak-anak tolong carikanlah kut buah mengkudu ni; tapi kat jenaris ni depan rumah sy mmg ada beberapa pokoknya sy yg biakkan... sy tenguk dah merata mula biak pokok mengkudu ni; di tadika tu tengah lebat berbuah tak siapa nak ambil pun buah atau putik serta pucuknya...
  • Catatan Idanradzi silap-silap nanti jenaris akan di tukar nama Desa Sri Mengkudu... pokok Jenaris nampaknya makin hari makin pupus... tua ditebang majlis bandaran kajang.

Sabtu, 15 Disember 2012

Aziz Satar dan Isteri rujuk semula selepas 9 bulan bercerai

Rupanya pelakon Vateran yang terkenal di Zaman P.Ramlee iaitu Aziz Satar dah bercerai dengan isterinya 9 bulan yang lepas.Namun perceraian mereka tidak digembar-gemburkan..
Menurut Aziz Satar,dia telah menceraikan isterinya 3 Mac Lalu pada pukul 6.30 petang.
 Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham yang kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba tiba terkeluar lafaz “I cerai you talak satu”. 
Selepas lafaz cerai dilakukan, Aziz Satar ingin segera rujuk kembali dengan isterinya. Sayangnya oleh kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan dimasukkan ke Hospital Ampang, perkara tersebut telah tertangguh. Apa pun, Aziz Satar kini telah beransur sihat dan sedang dalam usaha untuk memujuk isterinya agar rujuk kembali.
Ye lah,sebenarnye dulu  perasan jugak, Aziz Satar nie bila dia bergurau ,"mengutuk" siterinya depan-depan.. rasa macam tak patut la..Isterinya cuma mampu tersengih je mendengar gurauan kasar Aziz..Masa tu  tengok dalam beberapa rancangan yang menampilkan Aziz Satar dan Isterinya dan beberapa kali jugak Aziz bergurau dengan cara memperlekehkan isterinya..Contoh masakan dia tak sedap sambil gelak-gelak..dan adalah yang lain-lain...Kadang-kadang bila bergurau tak sedar mengguris.. yang terguris mendengarnya..
Apapun,alhamdulillah nak rujuk balik.kata orang buang yang keruh ambil yang jernih..

Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.
“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi

AES amat Menyusahkan Pemandu.

Komen rakan kita di Internet

Aku dah ada 3 saman AES lampu isyarat  Jalan Ipoh, KL. Waktu kereta yang sibuk lancar jalan masa lampu hijau, tukar saja warna kuning terus kamera lip lap tangkap gambar. Gila ke hapa. Bukannya ada warna lain sebelum warna kuning. Takkan la nak terus brek KECEMASAN. Sama jugak jalan sebelum tol. Hadlaju sebelum 110km sebelum sampai tol terus turun 60km. Aku lepas minyak pun kereta masih lg 80 -100km. X kan semua kereta nak brek utk capai 60km tu. GILAA KE HAPA !!!

Kuning hati-hati berhenti! otu setahun aku jika kereta dibelakang rapat memang kan berlaku kemalangan jika buat brek kecemasan. Tak percaya cer cuba brek kecemasan setiap kali kena lampu kuning. Jangan tenguk cermin belakang nak malang lori memang tak akan brek punya.


Kes kedua ini memang menyulitkan sebab kereta belakang selalunya laju jika kita mahu TIBA-TIBA memandu 60 km/j depan tol sebab sebelumnya kebanyakan kereta memandu sekitar 100 km/j lebih di lebuh raya. Nama pun lebuh raya kecuali had laju lebuh raya tu cuma 70 km/j mudahlah nak turunkan kelajuan mendadak menjadi 60 km/j.

Sama keadaannya aku cuba memandu 60 km/j di HADAPAN keluar tol sebab memang ada kamera AES dipasang dalam jarak beberapa ratus meter;  kemudian baru ada tanda had laju 110 km/j. Maksudnya depan tol juga kena memandu 60 km/j sekitar 500 meter lebih kurang jika tidak patuh PASTI awak kena saman. Kereta buruk aku pun bila dah bayar tol rem minyak cepat saja dah lebih 60 km meternya.

Lebuh raya LEKAS sebagai contoh dari pintu utama  Kajang ke Seremban menghadapi masalah ini; ada sekitar 500 meter ke 1 km pemandu kena perlahan 60 km/j depan pintu tol. Yang ikut kelajuan 60 km/j tak sampai 20% bermakna 80% sah kena saman jika kamera AES ini di pasang. Biar pun jalan raya sebelum lebuh raya LEKAS hadlajunya cuma 80 km/j. 20% ini berisiko kena sondol belakang jika ikut lorong tengah atau kanan.

Selepas tol SETOL ke Senawang had laju cuma 80 km/j dua lorong pergi dua lorong balik ada sekitar  5 kamera AES dipasang satu tu untuk 60 km/j. Cer cuba ikut arahan had laju ini bawa 80 km/j dengan jalan sunyi dan banyak kejadian ROMPAK di sini. Memang ini amat menyiksakan. Kena saman atau kena rompak.

- Jika di lebuh raya yang had laju 110 km/j pun memang sering berlaku kemalangan dipasang AES aku amat setuju. Aku jenis pemandu yang jarang di lorong kanan sebab tak mampu menyaing kereta mewah bila aku bawa 110 km/j tak sampai 5 minit dah bertalu-talu orang main lampu dongak dari belakang.

Rabu, 12 Disember 2012

Wayang 3D memang menarik




Bila aku tenguk filem 3D di pawagam barulah aku perasan betapa hebatnya teknologi filem kini; menarik amat perkembangan multimedia terkini. Jika awak sekitar Alamanda Putrajaya bolehlah sesekali cuba tenguk filem dalam versi 3D. Hari Rabu cuma sekitar RM13 hari biasa lebih mahal pastinya sekitar RM15 ke RM18.

2. Memang itulah kadar menonton wayang zaman kini. Jika di pawagam Capsquare (TGV) atau KLCC (TGV) lagilah mahal. Sebab seingat aku jika menonton di Capsquare hari biasa bukan hari Rabu selalunya harga tiket sekitar RM14. Jika pergi berdua dah tentu akan lepas beli beras sepanjang sebulan. Jika fikir macam tu maka tak jejak kakilah ke pawagam.

3. Nak rasa GEMPAKnya menonton filem 3D di pawagam Alamanda (GSC) pastikan tempah tiketnya baris ketiga dari depan tau di belakangnya. JANGAN tdmpah tiket baris depan sekali dan baris kedua dari depan layar memang tidak selesa. Terpulanglah kepada awak nak duduk depan atau belakang tapi sy memilih duduk di hadapan sekali (baris ketiga) tak mahu ada gangguan penonton hadapan.

4. Berbeda di Capsquare; biarpun duduk di hadapan sekali tetap selesa. Aku perhatikan di pawagam Alamanda ada dua baris kerusi yang tak sepatutnya ada. Aku terpaksa tempah baris kedua dari depan sebab tak suka menonton dari sisi pawagam biarpun kerusinya sendeng sedikit mengadap layar. Jika ada penonton di baris hadapan emm minta maasflah. Aku tak jejak kaki lagi menonton di Mines itulah sebabnya tak selesa asyik diganggu pandangan oleh penonton di hadapan. Filem Live of Pi yang aku tonton baru ditayangkan sekitar dua minggu. Itu yang mungkin buat masih ramai penontonnya sampat nak penuh pawagam.

KETEGOR

Kuatkah anda dengan gangguan hantu atau syaitan. Sebab dalam dunia moden masih ada gangguan syaitan atau SAKA. Sana-sini pasti kita dengar masih ada dukun atau bomoh yang handal menghalau makhluk halus & sebarang ilmu hitam.

2. Aku berani cakap keujudan benda ghaib ini memang ada sebab aku sendiri berpengalaman menempuh. Sampai orang kta si iDAN itu telah gila tak siuman lagi meracau atau mengembara tak tahu arah tujuan.

3. Selalunya penawarnya adalah Agama atau al-Quran. Ada banyak ayat a--Quran jika kita berdoa dan amalkan syaitan yang bersarang dalam diri akan keluar. Jika kita baca kisah syaitan ini; ianya boleh masuk ke dalam diri menganggu si empunya melalui pembuluhan darah.

4. Malam tadi aku tenguk filem seram; sampai jam 3:00 pagi. Semangatku tak kuat ku itu yang buat aku demam bila terjaga siang. Ceritera itu separuh lojik kisah roh jahat yang merasuk manusia. Sampaikan roh jahat/syaitan ini boleh memujuk manusia mengantung diri. KERASUKAN dalam agama kita memang ujud. Ianya tidak boleh menarik nyawa manusia tetapi boleh memesungkan akidah kita menjdi sesat & bertindak di luar batasan.

5. Amok ejaan lama kini di tulis dengan amok selalunya merasuk ke diri mereka yang rapat dengan agama. Orang Melayu yang asalnya beragama Hindu kini telah majoriti beragama Islam adalah kaum yang sering dikaitkan dengan Amok. Masa Aziq masuk hutan di kem LKN ramai pelatih yang kena rasuk makhluk halus termasuk jurulatih; Aziq selamat & dia yang akan azankan jika rakannya kena kerasukan. Yang peliknya hanya kaum Melayu & India sahaja kena rasuk; ramai pelatih dari Sabah & Sarawak tidak diganggu. Misteri ini seharusnya kita kaji apakah kaum Melayu & India ini lemah semangat atau kaum yang rapat dengan makhluk halus.

Adoi... aku demam kuat hari ini sebab amat seram ketika dinihari tadi. Jiranku pun selalu mengadu di depan ruang foyer rumahku sering mereka nampak lembaga hitam legam besar sangat makhluknya.

Selasa, 11 Disember 2012

KADUK NAIK JUNJUNG

Jika boleh satu bumi ini aku nak tanam Pokok Kaduk (Piper Sarmentosum) sebab pucuknya sedap untuk buat ulam. Daunnya macam sirih hijau berkilat.

Ada beberapa kali aku tanam di halaman rumah tapi mungkin tak sesuai lalu mati. Beberapa bulan dulu aku lalu di Kubur Mona Fendi yang kerat orang itu &; ternampak ada banyak pokok kaduk yang segar. Aku berhenti terfikir nak cabut anaknya untuk cuba tanam di halaman rumah.

Memang ada terdengar SERU seseorang menyakatku sebab biasalah kubur ini suka enakutkan orang. Dah memang ramai banduan hebat dikebumikan di kubur termasuk pengikut Mona Fendi. Tak sangka pula ianya subur & ; kini aku boleh berulam pucuk kaduk jika rasa nak makan berulam.

Aku berhajat nak tanam sekitar Jenaris agar ianya membiak bebas & siapa jua boleh berulam dengan kaduk jika ke Jenaris.

Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita. Mungkin juga ada di antara anda tahu sebenarnya pokok kaduk ni fungsinya bukan setakat hiasan semata-mata. Lebih-lebih lagi daunnya, kan?

Pokok Kaduk

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam untut awet muda dan daunnya sebagai penyedap masak lemak, khasiat lain yang boleh anda manfaatkan terhadapnya adalah merawat;
- sembelit
- sakit gigi
- demam malaria
- lemah dan sakit dalam tulang

Langkah-langkah merawatnya:

1. Ambil sebatang pokok kaduk termasuklah bahagian akarnya.
2. Bersihkan keseluruhan pokok kaduk tadi.
3. Rebuslah pokok kaduk sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, biarkan air rebusan tadi hingga suam.
5. Tuangkan air rebusan yang telah suam ke dalam gelas dan minumlah perlahan-lahan.

Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau pun boleh dirawati. Cuma caranya yang berbeza sikit

Cacing Dalam Perut

1. Ambil beberapa helai daun kaduk yang masih segar.
2. Ramas-ramaskan daun tersebut.
3. Kemudian, campurkan kesemua daun kaduk yang telah diramas dengan kira-kira sebaldi air.
4. Akhir sekali, siramkan air tersebut ke seluruh badan anda.

Batuk

1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
2. Kisar daun kaduk tadi hingga halus dengan mencampurkan sedikit air.
3. Akhir sekali, sapukanlah pada bahagian leher anda.

Panau

1. Ambil beberapa helai daun kaduk.
2. Tumbukkan ia sampai lumat.
3. Kemudian, sapukanlah pada kawasan tubuh badan anda yang mengalami panau.

Selamat Mencuba